Jumaat, 1 April 2011

WAHAI TUHANKU!






Wahai Tuhanku!
kepadaMu tempat aku kembali

Wahai Tuhanku!
Engkaulah yang menjadikan aku
menjadikan kedua ibu bapaku
kepaMu kami sujud dan sembah
kerana Engkau mencipta sekelian alam.

Wahai Tuhanku!
setelah aku berusaha
aku berdoa dan menyerah
segala-galanya kepadaMu Ya allah swt.

Wahai Tuhanku!
Aku berlindung dengan namaMu Ya allah
aku berlindung dengan kejahatan dijadikan
termasuk daripada syaitan yang kena rejam!


Oleh: Nurimanja,
Catatan pada 27/11/2010'
waktu pagi hari sebelum sarapan.





50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGARA NEPAL
    BERTAJUK: MAHARAJA NEPAL DENGAN BURUNG BUL-BUL DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA, DAN DITAIP SEMULA DENGAN KERAJINAN OLEH: QALAM & TINTA AZIMAT DAN
    ----------------------------------------------------------------------

    Siri Ke dua.


    SEMUA para pewmbesar, panglima dan hulu balang , dayang dan sampai kepada tukang masak istana, semuanya diperentah mencari burung bulbul di kebun bunga di belakan istana itu, berbagai cara dan helah untuk mereka menarik perhatian burung bulbul itu.Ada yang bersiul-siul, dan bernyanyi-nyanyi. Tetapi burung bulbul tidak juga dijumpainya.

    Setelah beberapa lama seorang dayang berjaya membawa burung bulbul itu masuk ke istana ayahnda maharaja Wu. Andanyanya Maharaja Wee amat bersuka cita sekali. Tetapi burung bulbul ituSendiri telah terbang pula ke jendela di istana anak raja itu. Betapa gembiranya anak raja Wu itu.

    Melihat burung bulbul itu telah datang ke istana. Baginda mengajuk-ajuk akan burung bulbul itu supaya berbunyi. Seketika burung bulbul itu pun berbunyi. Sungguh merdu suaranya. Banginda anak raja Wu amat senang hati sehingga terhibur dibuatnya.

    Setelah beberapa lama , maka tibalah hari ulang tahun kelahirnya anak maharaja Wu yang ke dua puluh lima. Baginda Wee menjemput sekali lagi maharaja Jepun itu kedatang ke majlis hari jadinya itu. Maka Maharaja Jepun itu telah menghadiahkan saekor burung bulbul tiruan atau mainan yang mana bunyinya lewbih hebat dan merdu dari burung bulbul yang asli.,

    Kerana hadiah burung bulbul mainan itu lebih merdu dan suara nyanyiannya. Menjadikan anak raja Nepal itu lupa akan burubg bulbul asalnya. Malah tidak memberi perhatian lagi kepada burung bulbul kesayangannya dahulu.

    Dengan perasaan swedih dan pilu burung bulbul yang asal dan asli itu pun terbanglah membawa diri meninggalkan istana anak raja wu itu. Bertahun pula dia tinggal di hutan belantara. Bersama burung hutan untuk menghiburkan hati yang pilu dan terluka.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Isu video gugat Pas (B)
    Oleh Zulkiflee Bakar
    pengarang@utusan.com.my

    ''Soal pokoknya ialah kita mahu tahu apakah benar pemimpin pembangkang berkenaan terlibat. Kalau kita yakin beliau tidak terlibat, kenapa perlu kita takut, itu yang sepatutnya pemimpin kami fikirkan,'' kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika dihubungi.

    Selain itu, menurut seorang lagi pemimpin muda Pas, tindakan kepimpinan parti itu yang tidak mahu menyokong saranan Ketua Pemuda Pas supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan akan mewujudkan persepsi yang tidak baik kepada parti itu.

    ''Sekarang ini pun orang dah anggap Pas tidak telus dan lebih mementingkan politik berbanding menegakkan keadilan. Cakap-cakap begini kalau dibiarkan akan menjejaskan imej Pas,'' katanya.
    Namun begitu bahaya yang menanti Pas berikutan sikap pemimpin-pemimpinnya yang dilihat 'double standard' dalam isu video seks tersebut ialah persepsi bahawa parti itu benar-benar bergantung kepada PKR dan DAP bagi survival politik mereka.

    Kepimpinan Pas dilihat semakin hilang keyakinan diri untuk berjuang sendirian atau sanggup meninggalkan gabungan pembangkang demi sebuah kebenaran. Tetapi malangnya, semangat perjuangan itu seolah-olah sudah luntur, bagi kepimpinan Pas jika mereka keluar dari pakatan pembangkang maka terkuburlah impian mereka untuk meraih sokongan rakyat.

    Tambahan pula, rakaman video seks itu dikaitkan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cukup berkuasa bukan sahaja menguasai parti itu tetapi juga dilihat semakin berpengaruh di kalangan pemimpin-pemimpin kanan Pas.

    Pas terlalu yakin hanya Anwar sahaja yang layak memimpin pembangkang dan mampu memenuhi impian mereka untuk memerintah Malaysia. Oleh itu mahu tidak mahu, mereka terpaksa menolak apa juga isu yang dikaitkan dengan Anwar.

    Mereka bimbang jika apa-apa berlaku kepada Anwar, pembangkang akan kehilangan tonggak kepimpinan. Ia bererti dari semasa ke semasa, pemimpin dan sebahagian ahli Pas semakin hilang keyakinan bahawa parti itu mampu berdikari tanpa sokongan Anwar mahupun PKR atau DAP.

    Anwar bagi sesetengah pemimpin Pas dilihat seolah-olah jauh lebih hebat berbanding karisma ketokohan Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz mahupun para ulama dalam Pas. Ketika diminta mengulas hujah tersebut, seorang pemimpin Pas tidak menolak akan wujud tafsiran sedemikian jika parti tersebut tidak mengendalikan isu rakaman video seks tersebut dengan sebaik-baiknya.

    ''Sebab itulah di dalam Pas sekarang, ada percanggahan pendapat, ada yang mahu suruhanjaya diraja dan ada yang menolak,'' katanya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  3. huh! semalaam kenapa xde? hari ni baru ada balik

    BalasPadam
  4. cerpen semalam xde? selamat hari ni ada balik

    BalasPadam
  5. semua org terlibat sekalu dalam mncari burung bulbul ker?

    BalasPadam
  6. wah! semua sibuk mencari burung ajaib nampaknya

    BalasPadam
  7. kesian smua kaki tangan istana kena kerah cari burung? hehe

    BalasPadam
  8. mcm mana dorg boleh buat burung tiruan plak?

    BalasPadam
  9. dorg guna apa buat yg tiruan?

    BalasPadam
  10. burung tiruan pun ada? hebat teknolgi dulu

    BalasPadam
  11. sian burung tu dia ada perasaan jgk..

    BalasPadam
  12. apa la nasib burung bulbul tu nnt

    BalasPadam
  13. burung bulbul tu spesis burung risau jgk ker?

    BalasPadam
  14. bulbul asal dari nepal rupanya

    BalasPadam
  15. kesian burung tu terbang membawa diri

    BalasPadam
  16. mcm mana la nasib dia di hutan nnt

    BalasPadam
  17. harap2 ada org jmpa burung tu kat hutan

    BalasPadam
  18. harap2 ada org jmpa burung tu kat hutan

    BalasPadam
  19. terbang ke hutan plak

    BalasPadam
  20. sapa plak bela dia kat hutan nnt?

    BalasPadam
  21. nampaknya burung tu pergi membawa diri la plak?

    BalasPadam
  22. harap2 ada yg jmpa burung tu

    BalasPadam
  23. msih pening jgk betol ke video tu anuar>

    BalasPadam
  24. nak tuduh sembarangan pun susah sbb xtgk pun video

    BalasPadam
  25. habis la anuar sbb pas pun x sokong dorg

    BalasPadam
  26. pas pun was2 jgk ke sama anuar terlbat atau bukan?

    BalasPadam
  27. suruh diraja plak nak ditubuhkan?

    BalasPadam
  28. anuar ni buat hal la padan muka dia..

    BalasPadam
  29. PKR mencemarkan imej pembangkang

    BalasPadam
  30. PAS ni terlalu bergantung kat anuar ker?

    BalasPadam
  31. apa la PAS ni nk harap anuar je pinpim parti dorg

    BalasPadam
  32. harap2 PAS x bersubahat sama dgn anuar

    BalasPadam
  33. smoga PAS x terpedaya dgn tipu muslihat anuar

    BalasPadam
  34. pembangkang dah bergolak nampaknya skrg ni

    BalasPadam
  35. pembangkang sesama dorg pun berbalah ke?

    BalasPadam
  36. PAS skrg dh teruk la aku tgk

    BalasPadam
  37. xlama lagi berbalah la dorg nnt

    BalasPadam
  38. mula2 percanggahan perndapat lama2 berpecah la nnt

    BalasPadam
  39. burung bulbul kat malaysia ade x?

    BalasPadam
  40. burung bulbul ke hud hud?

    BalasPadam
  41. burung tu masih wujud x zaman skrg ni kat mana boleh jmpa?

    BalasPadam
  42. kat zoo ada x burung bulbul?

    BalasPadam
  43. MENARI LINCAH

    Dari awal semua menari lincah
    dunia bertepuk tangan
    mendabik dada suarapun
    terdengar riuh bermacam lantunan
    di telinga semua
    ada yang cuba menjadi penyair
    tapi bila di tanya di mana angin?
    dia kata tak pernah ditemui
    di mana fajar?
    dia kata tak mungkin pernah kembali
    Hinggalah berakhir
    pergerakan hari semoga kematian.
    menjadi awal sebuah kebaikan


    Pahlawan Melayu
    sajak simbolik sindiran

    BalasPadam
  44. CAKAP BELAKANG

    aku tak suka mereka pun tak suka
    engkau suka kalau tak suka
    cakap depan-depan
    suka main belakang
    orang tetap tahu
    orang tetap menghidu
    bau busuk kau tinggalkan
    macam bangkai lagak si pengecut
    bila berdepan jadi kura-kura
    sorok dalam cengkerang
    mahu sahaja kucincang
    campak ke kandang harimau
    biar tiada bekas
    tapi aku tak sanggup sebab
    akal aku masih waras…

    Roy Rashid
    sajak kemarahan

    BalasPadam
  45. HATI MERINDU

    Hati merindu tabahlah
    menghadapi hari
    walau tidak kesempatan berjumpa.
    Wahai hati yang merindu,
    Usah cemas bila rindu
    mengunung tinggi,.
    Duhai hati merindu,
    usah ditangisi andai
    aku tidak kembali,
    moga suatu hari abadi itu
    akan menjanjikan pertemuan pasti.
    hati merindu walau ku tiada disisi,
    kalian pergilah menuju dunia abadi.
    detik pertemuan pasti kembali

    Balqish
    sajak kerinduan

    BalasPadam
  46. FAKTA ATAU FANTASI

    Berjuta fakta berlari angin
    fakta fantasi cubaan cinta
    wayang cermin khabar bayang hitam
    Dari hati segelap malam
    Puas Dia menikam kata
    Cuba membentang rasa
    Palsu Indah sungguh dia
    Bermain kata
    Uda dan Dara
    Arjuna dan Delima
    Cinta dan Rangga
    Luka tiada berduka melarang curang
    Bersatu dalam konspirasi setia
    Tidak seperti dia mata beribu-ribu
    Cuba timbus segala ragu
    Terbit cinta penipu
    Untuk bunuh apa Harum wangi berlalu

    Salina
    sajak simbolik

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.

    MENARI LINCAH sajak Pahlawan Melayu penceritaannya bagi menyentuh tentang seni tarian atau suara tanah air kota terasa kepincangan orang-orang yang mengayakan, mungkin sedar atau tidak menjadi tidak ada ketentuan. Pada akhir pengucapan penutup sajak perlu mencari sesuatu kekuatan dan keyakinan buat pembaca. Dibenarkan untuk menang (SM)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.

    Sajak semacam marah nampaknya oleh Roy Rashid penceritaanya bagai bersahaja dalam cerita perbualan biasa. Mengisahkan seorang yang hidup suka berpura-pura menjadikan sesiapa pun benci dan tidak suka, baik dihumbankan saja kemana saja, tetapi hati masih ada belas kasihan dan akal pun masih waras. Terasa [engucapannya bagai bercerita. Maaf terpaksa keluar (TK)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.

    Balqis dengan sajak HATI MERENDU masih dengan kisah rang muda punya biasa yang sering diutarakan , rindu, marah cinta kasih sayang. Sesekali semacam sakit tenat dan ingin mati pula pengucapan sajak ini. Apa-apa pun punya maksud dan isi penceritaanya. KeranaSajak jiwa-jiwa ini kisah teralu biasa. Maaf sajak anda terpaksa terkeluar (TK)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA APRIL 2011 UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB.

    Salina dengan Fakta atau Fantasi penceritaanya bagai menilai keadaanya yang dialami selama ini adakah fantasi atau realiti sebenarnya. Mungkin terasa bagai dipermainkan. Inilah adalah terlalu biasa buat kisah orang muda punya biasa yang sedang memuja bunga dan kumbang. Maaf (TK).

    BalasPadam