Ahad, 17 April 2011

TAZKIRAH, ZIKIR, MUNAJAT.



cuma sadikit masa


Luangkanlah sadikit waktu
menunggu  di hujung malam
bukannyalah terlalu berat,susah
elok buangkanlah kemalasan di hati
yang telah bersarang  menguasai diri.

Bila berada di dalam kubur
jangan harap untuk meminta
mengerjakan solat sunat dua rakaat
kini bangunkanlah mengerjakan
walaupun sesekali di hujung malam.

Bangunlah untuk bertahajud
bertazkirah bermunajad  2/3 malam
agar jiwamu terasa  aman, tenang
fasrah, tawadaq, zuhud, dan qanaah
umpama  penyerahan diri kepada Allah.


Oleh: Nurimanja,
Catatan sajak lagenda
Tarikh hari ahad 17hb.04.2011




50 ulasan:

  1. BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri ke tujuh

    “Baik tuan guru, akan berjanji akan patuh!”

    Setelah selesai mereka bersolat ditepi pantai di bawah sebatang pokok yang agak rendang itu. Kedua Mereka pun bersiap sedia untuk meninggalkan tempat itu menyusuli pantai yang putih dan berseh itu. Anak muda berwajah kenabian itu sering saja melihat tingkah laku apa yang sedang dilakukan oleh orang tua alim itu.
    Dalam kepalanya bila lagi dia akan mengajar aku ilmu keagamaan ,dan ilmu falaq, sehingga kini maseh dalam pengembaraan, masanya telah banyak terbuang, bekalannya sudah hamper habis. Kalau begini keadaan susahlah nanti jadinya. Rungut anak muda berwajah kenabian itu dalam hati.

    Tetapi tempat aku berjumpa orang tua alim ini memang sudah betul sepertimana disirat daklam mimpiku itu. Dia juga mengetahu apa perkara yang akan berlaku dalam masa sepuluh tahun akan datang. Aku Cuma diberi tuhan mengetahui 19 hari akan datang saja.Aku tidak dapat membaca hati orang tua alim ini.

    Tetiba orang tua itu bersuara. Sambil memandang kepadanya.
    “Wahai orang muda , kalau kau ingin berguru denganku , perlu banyak bersabar, aku pengembara yang perlu melangsaikan segala tugas utamaku untuk menyelamatkan keadaan sepuluh tahun akan datang. Kau tidak tahu semua itu, kemampuanmu sekadar cuma tahu sepuluh hari akan datang. “
    Anak muda itu nampak gelisah, apabila orang tua alim itu tahu apa yang terlintas di hatinya. Dia agak terkejut dan menjadi kagum dengan kepintaran luar biasa andian orang tua alim itu. Dari sinilah timbulnya rasa minat yang mendalam untuk terus mengikut pegembaraan orang tua alim itu, walaupun kemana sahaja, asalkan dapat menuntut ilmu boleh membaca keadaan yang akan datang.

    Dalam perjalanan di sepanjang tepi pantai itu. Kelihatan ada setengah penduduk madi mada dan beristerihat di tepi pantai tasek yang besar itu , sambil menekmati keindahan alam dunia di waktu petang hari .

    Tetiba Bila sampai di tempat yang agak terpencil, orang alim itu seperti mencari sesuatu, melihat ke sana dan menjegah ke sini, akhirnya dia terlihat seorang anak muda yang kacak dan lawa seperti anak orang kenamaan.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. solehin ni apa bnda plak?

    BalasPadam
  3. xphm la sajak solehin ni

    BalasPadam
  4. sajak langsung aku xphm sajak ustaz ni

    BalasPadam
  5. sajak yg agak menarik ustaz zul ni

    BalasPadam
  6. kretif jgk sajak ustaz zul kali ni

    BalasPadam
  7. apa byk sgt nama2 dalam sajak ustaz zulkarnain

    BalasPadam
  8. nama2 byk dalam sajak ustaz zulkarnain ni smua nama2 pejuang islam ke?

    BalasPadam
  9. sajak ustaz zulkarnain ni berdasarkan hadis ke?

    BalasPadam
  10. sajak agak terbelit2 aku nak memahami sajak ni

    BalasPadam
  11. sajak ketuhanan plak ke? ni yg sy kurang phm sikit

    BalasPadam
  12. sajak ustaz zulkarnain plak lps ni sapa ye?

    BalasPadam
  13. menarik sajak ustaz zul ni tahniah!

    BalasPadam
  14. pelik2 la nama2 yg terdapat dalam sajak ustaz zul ni

    BalasPadam
  15. sajak agak menarik walaupun aku x berapa phm

    BalasPadam
  16. tazkirah? zikir munajat ni apa?

    BalasPadam
  17. eh! abul pun boleh thu 19 hari akan dtg ke?

    BalasPadam
  18. orang tua bawak abul ke mana? rasanya nnt habis la bekalan dorang

    BalasPadam
  19. abul pun ada kuasa boleh thu 19 thn akan dtg rupanya

    BalasPadam
  20. ingatkan orang tu je boleh thu masa akan dtg rupanya abul pun boleh thu?

    BalasPadam
  21. eh! abul dgn orang tu sama boleh thu masa akan dtg ke?

    BalasPadam
  22. eh! abul pun ada kebolehan thu masa akan dtg?

    BalasPadam
  23. orang tua tu boleh thu hati abul plak?

    BalasPadam
  24. orang tua mcm mana thu apa abul kata dalam hati?

    BalasPadam
  25. orang tu byk kebolehan la

    BalasPadam
  26. dorang berdua ni nak bertapa atas bukit ke?

    BalasPadam
  27. orang tu ada keboleh boleh baca hati orang jgk la

    BalasPadam
  28. rasanya mngkin orang tua tu nak turunkan ilmu dia kat abul

    BalasPadam
  29. eh! sapa plak watak anak muda yang kacak tu?

    BalasPadam
  30. en nuri nak guna nama sapa plak anak muda yang kacak tu?

    BalasPadam
  31. anak muda yang kacak orang tua tu nak cari tu sapa?

    BalasPadam
  32. rasanya anak muda yg muka kenamaan tu anak dia kot?

    BalasPadam
  33. kenapa dia nak cari anak muda yg kacaak tu?

    BalasPadam
  34. makin la makin menarik jalan cerita ni tiba2 dtg plak watak baru

    BalasPadam
  35. kenapa dia nak cari anak muda yang kacak tu?

    BalasPadam
  36. sapa plak anak muda yang kacak tu anak dia ke kawan dia?

    BalasPadam
  37. sapa anak muda yang dorang nak cari tu?

    BalasPadam
  38. eh! ada plak orang bermandi manda plak sapa la orang tu?

    BalasPadam
  39. sapa nak muda yang wajah kenamaan tu?

    BalasPadam
  40. pelik la kenapa orang tua tu nak jmpa anak muda kacak tu?

    BalasPadam
  41. rasanya mngkin anak muda yang kacak tu anak murid dia dulu

    BalasPadam
  42. PUISI 4 HARI

    hari pertama
    wahai bulan,
    temanilah aku tetaplah setia
    di malam-malam hariku
    kalaulah dapat aku bersinar
    seterang seindah dirimu
    hari kedua
    diri ini begitu kerdil,
    acapkali tewas bila taufan datang
    bagaimana pula harus aku hadapi
    bedilan ombak sehebat itu?
    hari ketiga:
    saat aku takutkan hampir tiba
    saat selama ini menjadi mimpi buruk
    saatdiharap tidak menjelma
    siapalah aku untuk terbang jauh
    kerana tiada dapat melawannya
    hari keempat:
    mulut mengunyah manisan
    tapi lidah hanya merasa kelat
    semua berubah menjadi lain
    apa jadi? Semua jadi tanda tanya?
    Itulah sepanjang puisi 4 hariku

    Nurul Nisa Kim
    sajak simbolik

    BalasPadam
  43. PERNAMA TERLUKA

    di tengah malam terhias purnama
    menyatu dalam angin meruntun pilu
    Purnama itu terluka
    Bercucuran air mata
    Di tahan dengan senyum
    Sayup dihujung cinta
    dalam pertemuan dihias sepatah kata
    Daun menari sendu
    angin melantun pilu
    perpisahan memang harus tercipta
    Malam merapat pulang
    di tengah jalan sesalanku
    kini terkikis kelam keseorangan.
    Bulan berhenti bicara.
    Malam kian merintih hiba.
    Bintang terang disisi seti
    Tetap akan bersama¡­..

    Keris Sakti
    sajak smbolik

    BalasPadam
  44. SENGKETA

    Sorak seiring kata-kata.
    datang menyemburkan kata
    rasa kita tertipu.
    Rasanya lebih lunak dari itu.
    Bisik seiring kota kata.
    Yang datang tak beraja.
    Bak sampan di goyang pecah.
    Dengan kata dusta penuh kaya.
    Agar nampak tepat berbanding itu.
    Dalam riang tawa itu masih ada mampu mencurahkan air mata

    Lelangit Biru
    sajak simbolik

    BalasPadam
  45. KE MUKA YANG ESA

    Dalam senyum indah itu.
    Masih ada sesat jiwa raganya.
    Walau tika itu sudah.
    Awan geram ingin tumpah.
    Tetapi di sebalik itu.
    Masih ada berdiri di belakang kata
    Walau tika itu sudah.
    Gunung dendam ingin terjah.
    Tetapi teguh di situ .
    Dengan cara yg salah.
    Pabila hari muncul kelak.
    Hati pun berbunga duka.
    Jiwa juga berasa luka.
    Munculnya Tumbuhnya.
    Pijak dan sentuh jua keluar.
    Agar merasa seperti dia
    yang kagum berita lama.
    Pasrah akan itu
    Kembali ke muka Esa.

    Ustaz Zulkarnain
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  46. Sajak ustaz Zul ini terasa banyak mengenalkan tokoh agamam pemimpin khalifah zaman lampau, solehim ini
    orang yang suka buat baik sama ada
    di dalam hati dan kelakuan luarnya
    biasanya orang-orang semacam ini boleh disenangai. Ikhlas jujur dan baik.

    - Zikr, munajat dan Tazkirah ini adalah dalam bahasa arab, mungkin orang bukan Islam, malah yg Islam melayu saja pun tak begitu faham. kekadang saya pun tak faham untuk cari maana yang tepat dan sesusai mungkin.

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    PUISI 4 HARI oleh Nurul Nisa Kim saya tidak tahu sajak lama atau baru kali ini. Pengucapannya bagai ada kekesalan dalam penceritaannya dalam masa 4 hari. Tetapi kurang jelas dan gambaran samar pun tidak disertakan di bawah, sekadar sajak simbolik saja.Apa-apa Pun yang dapat kami buat kesimpulan hari pertma semacam penuh harap,hari kedua bagai ada pula ketegangan dalam diri, hari ketiga bagai tertekan dengan acaman yang sukar ditentang, hari keempat pula,cukup menyeksakan apa yang diharap menjadi tanda tanya, bagai tidak menjadi semuanya. Semacam ada jiwa nampaknya. Cuma andaian saja. Harap maaf kerana beberapa sajak lain lebih mengacam. Sajak anda terpaksa dikeluarkan. Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    PURNAMA TERLUKA oleh Keris sakti, penceritaanya agak simbolik mungkin ada maksud sinis yang tersirat dan tersurat, apa pun kami terpaksa tokok tambah untuk menghidupkan cerita agar lebih berkeyakinan dalam pengucapnnya. Kerana ada sadikit kekeliruan pada peenutupnya. Rengkasan sang purnama dalam kepiluan, bila rakan seperjuangan membuat onar yang berterusan , walaupun engan percaya, tetapi cerita kian terang dan nyata. Betapa sakitnya hati bila purnama hamper terperangkap sekali. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    SENGKETA oleh Leklangit Biru pengucapannya juga tersa bercelaru, terlalu sukar untuk membayangkan cerita, dimana maksud dan isi cerita? Tak ada bayang cerita untuk orang pertama kedua atau ketiga.(mungkin terasa semacam membaca sajak lompat bait-baitnya) lewat kebelakangan ini kami telah terjumpa ada beberapa orang yang dulu pengucapannya lincin dan menarik dan memberi kesan, kini menjadi haru biru, jauh untuk mencari maksud.apa tah lagi mesej yang hendak disampaikannya, langsung tidak berjumpa. Kami pun gagal untuk mentapsir atau menterjemahkannya. Harap maaf . usaha lagi mohon berhenti (TK).

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Ustaz Zulkarnain dengan thema ketuhanan bertajuk KE MUKA YANG ESA. SajakIni lebih kurang sama dengan sajak datuk murad, cerita yang hendak disampaikan bagai tidak sampai, kalau duberi pilihan untuk layak seterusnya , mungkin ada yang terkilan tentang bahasa pengucapannyanya yang bagai tersangkut, contoh: Munculnya Tubuhnya, sepatutnya Muncul tubuhnya. Sudah memadai, justeruitu, pemelihan kata yang lincin tidak tersangkut-sangkut, pengunaan ayat yang puitis dan mudah meninggalkan kesan, tidak terlalu kabur dan samar atau kurang memberi berkeyakinan.(saya tidak tahu mungkin sajak ini lompat) Bagaimana mungkin kami boleh mencari maana untuk menterjemah ayat untuk menerangkan maksud dan isi ceritanya untuk dianalisis, kalau kami gagal , ini bearti pembaca juga mungkin sama gagal. Harap maaf terpaksa berhenti di sini, usaha lagi.(TK)

    BalasPadam