Sabtu, 16 April 2011

SOLEHIN



 sajak pilihan ahli Cr.


Aku ingin menjadi Abu Bakar
Menjalin agung sebuah persahabatan
Sebagai Omar yang sedia
berkorban demi sebuah keadilan
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Inginku seteguh Ibnu Zubair
Yang setia menahan panah hajjaj
Bersama ibu tua Lantas mati
dalam dakapan sejarah
aku ingin seperti pemuda Ghiffari
menentang kezaliman walau diancam
Aku ingin selam keredha hati Yusuf
Yang memaafkan saudaranya
Walaupun berteman
kegelapan di perigi tua
Serta tawakal Ibrahim
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Ingin ku semai benih iman Al-Banna
Yang merelakan tubuh dimamah peluru
Serta senyuman Al-Qutb
Ketika berteman dengan tali maut
Lantas terukir haruman dipusara ku
Bagai harum pusara Ashabul Ukhdud….

 
Oleh: Ustaz Zulkainan
Sk Sungai Batu, Teluk kumbar, Pulau Pinang
10pagi/2010 Oktober 7 02:10
diterbitkan semula 17/04/2011.







50 ulasan:

  1. 1 ulasan:

    Qalam berkata...

    Ustaz Zulkainan sk sungai batu sajaknya bertajuk SOLEHIM juga mengupas sirah kisah
    silam para nabi dan para ambiak attabie dalam memperjuangkan agama allah Dan tingkahlaku
    kehidupan mereka yang patut kita contohi. Kehidupan dari para perjuang yang terdahulu
    kebanyaknya akhirat di junjung dunia pula dikelek.

    Justeruitu tidak hairanlah kalau mereka beribadat saolah untuk mati esok hari dan berkeja
    saolah mahu hidup seratus tahun lagi. Tetapi umat Islam akhir zaman, lewat kebelakangan ini,
    telah melakukan sebaliknya. Walau bagaimana pun semua perjuagan terpulanglah kepada
    nawaitunya. Amin. Syabas. Semoga berusaha lagi ustaz Zulkainan.

    Oleh: Qalam Mutiara
    6 Oktober 2010 3:33 PM

    BalasPadam
  2. abul ni bermimpi ke?

    BalasPadam
  3. dia mimpi ke angan2 ni abul

    BalasPadam
  4. mati ke hidup lagi abul ni?

    BalasPadam
  5. mak bapak abul ni x cari ke anak dorang yg hilang ni?

    BalasPadam
  6. family abul x repot polis ke dlm cerpen ni

    BalasPadam
  7. cerpen ni panjang2 pun best

    BalasPadam
  8. cerpen kali ni agak menarik lain siki dari yg lain

    BalasPadam
  9. cerpen ni berkisar fantasi je byk mmg best!

    BalasPadam
  10. agak misteri la orang tua tu

    BalasPadam
  11. dia nak bawak abul ke mana la

    BalasPadam
  12. eh! abul ni masih hidup lagi ke?

    BalasPadam
  13. eh! hanya 2 watak je ke dalam cerpen ni

    BalasPadam
  14. abul dgn orang tu nk ke mana?

    BalasPadam
  15. ni msti orang tu ajak abul bertapa di gunung

    BalasPadam
  16. orang tua tu hantu ke sbb dia je nmpk abul?

    BalasPadam
  17. eh! abul ni x takut ke ikut orang x dikenali

    BalasPadam
  18. abul ni mudah percaya orang la bahaya

    BalasPadam
  19. cerpen ni ketuhanan ke cerpen berunsur misteri?

    BalasPadam
  20. cerpen ni panjang lagi ke? ape2pun mmg best!

    BalasPadam
  21. sampai siri berapa la plak cerpen ni tp mmg menarik!

    BalasPadam
  22. cerpen ni sama panjang dgn cerpen langsuir ker?

    BalasPadam
  23. eh! abul ni dalam keadalan separuh sedar ker?

    BalasPadam
  24. abul ni ada kat alam mana ni?

    BalasPadam
  25. makin lama makin misteri la cerpen ni

    BalasPadam
  26. mula2 mcm dah tahu cerpen ni tapi lama2 nmpk lain plak?

    BalasPadam
  27. abul ni dah berapa lama dia terkndas kat situ?

    BalasPadam
  28. rasa mcm tgk tv plak bila baca cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  29. cerpen ni mula2 mcm dah thu rupanya ni cerita lain

    BalasPadam
  30. masih panjang lagi ke perjalanan abul dgn orang tua tu?

    BalasPadam
  31. mak dia x perasan ke abul dah ke alam lain?

    BalasPadam
  32. abul ni berani jgk ikut orang tua tu

    BalasPadam
  33. boleh percaya ke orang tua tu?

    BalasPadam
  34. entah2 orang tu tipu abul ape?

    BalasPadam
  35. abul x curiga ke kenapa orang tu tu x bagi tanya apa2?

    BalasPadam
  36. mereka ni nak ke mana la agaknya sampai nak tanya apa pun x boleh?

    BalasPadam
  37. orang tua tu orang gila kot? heheh agak jer

    BalasPadam
  38. sambung lagi en nuri x sabar nk thu ni

    BalasPadam
  39. cerpen ni ada hantu jgk ke?

    BalasPadam
  40. makin lama makin dramatik plak cerpen kali ni

    BalasPadam
  41. smua kat sini heboh pasal cerpen en nuri kami smua masing2 buat andaian pasal cerpen abul ni mmg menarik sambung2 cepat2

    BalasPadam
  42. MASIH AKU

    Dia menulis untuk sekelilingnya.
    Sebelum menarik nafas lembut.
    tangan menggeletar.
    Wajah putih pucat
    Dia menulis untuk sekelilingnya.
    Pada kuntum takkan basah.
    Seiring di cipta tiada berbau.
    Koyak rabak jangan
    simpan hati sendiri
    Untuk jiwa-jiwa yang kosong.
    Di dalam serumpun yang penuh.
    Jangan menjadi debu dalam diri.
    Jatuh mati jika masih ada
    Berprasangka jauhkan.
    Aku bukan siapa bukan hamba
    Usah di peduli sebuah nama.
    Kerana,nama itu penuh dosa.
    aku bukan siapa masih aku.

    Nasruq Haqq
    sajak simbolik

    BalasPadam
  43. MAAF IBU AYAH DAN ATUK

    ibu pernah berkata
    jadilah kamu doktor
    nanti boleh berjasa
    ubati di waktu perlu
    ayah pernah berkata
    jadilah kamu guru
    nanti boleh berjasa
    didik anak bangsa
    atuk pernah berkata
    jadilah kamu askar
    nanti boleh berjasa
    pertahan negara bangsa
    maaf ibu aku kini bomba
    walau tak boleh mengubati orang
    tapi bila rumah terbakar
    atau rumah masuk ular
    bantuan kami amat diperlukan
    walau tanpa bayaran
    maaf ayah aku kini bomba
    berbakti kepada masyarakat
    walau bukan guru tanpa papan tulis
    maaf atuk aku kini bomba
    berjuang untuk memadam kebakaran
    walau tanpa senjata
    tapi kami pegang pili bomba...

    Brader Joe
    sajak terkenang

    BalasPadam
  44. BUANG SEJARAH HITAM

    Selama ini aku hanya
    menatap lukisan iblis
    Mendengar melodi serunainya
    Meraba realiti ilusi
    Merasa minuman keriangan
    sebelum ini melihat kegelapan
    Jauh gelap hitam sehitam hati ku
    Tidak mengerti warna kehidupan
    laungan Kitab Suci lalu ku carik
    yang menyelubungi keangkuhanku
    lebur rantai jahil bakar semak duri
    yang menghalang perjalanan

    Baini Amira
    sajak simbolik ketuhanan

    BalasPadam
  45. Siri cerita rakyat sedia ini asal dari negara timur tengah, diubah susai ikut keadaan, fastasi, separuh sedar, mimpi, atau bawah sedar, apa
    pun boleh, cuma ada lima enam orang, agak dapat tangkap cerita ini,antaranyam syeid falzal, Datin maimun,balqish,panglima ketot,hamba allah, pendekar waja, dan inspektor halim,dan dua tiga orang lagi,Terima kasih ramai membuat andain.

    SEBENARNYA watak abul hassan maseh
    ada, dia cuma dapat melihat dalam
    luar separa sedar mungkin mimpi: dua watak yang sedang ditontoninya.
    tambah seorang lagi anak muda belasan tahun drp anak orang-orang kenamaan di negara itu.

    BalasPadam
  46. KEBENARAN

    ke lebuh kebenaran
    Cuci selaput debu di mataku
    Korek segala air ludahan
    dalam lubang telingaku
    Ludah racun dan bisa bawah lidahku
    Cabut paku yang sekian lama
    menghiasi tulangku
    di cuping telinga dan hidung
    Bersihkan darah
    dosa kering di tapak tangan
    Mencabut sepatu merah
    membawa ku ke lembah kebinasaan
    Mengikis daki kemarahan di jiwaku
    Kini Ketenangan dan Keredhaan
    Lebih nikmat dan manis
    Dari sejarah hidup singkat ku
    yang gelap lagi gelita

    Latif Bomba
    sajak simbolik

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    MASIH AKU sajak sdra Nasruq Haqq penceritaannya masih tercari-cari. Kami tidak tahu sajak ini untuk dimana mesti diangkat untuk mencari cerita dan isi maksudnya? Kebangkalian ada lompat lagi bait-baitnya , sehingga tidak ada hubung kait di antara para dan bait atau ayat-ayatnya. Dibawah juga sekadar menerangkan simbolik, tidak dinyatakan sadikit sinosisnya. Seterusnya. Contoh: (Koyak rabak jangan). Kemudian (simpan hati sendiri) kemudian untuk jiwa0jiwa yang kosong. Kami gagal menangkap maksud, setelah gagal mencari maana dalat setiap bait atau yang yang disusun. Harap maaf. Usaha lagi di sini saja pohon berhenti (TK)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    MAAF IBU, AYAH DAN ATUK sajak Brader Joe, pengucapannya agak bersahaja, tetapi lebih berkeyakinan penceritaanya lebih telus dan nyata. Walaupun kebiasaanya begitulah harapan ayah ibu dan datuk nenak terhadap anak cucunya,tetapi apa yang dirangcang dan dihajat, tuhan yang menentukannya. Allah memberi sesuatu jawatan atau tugas , melihat dan mengikut kepada kemampuan sesaorang itu (la yukallipullah illa ussaha).Sebaik kerja itu dengan ikhlas dan diredhai Allah dengan rezeki yang halal dan dikira ibadat .Layak untuk sayembara untuk seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    BUANG SEJARAH HITAM oleh seorang pendatang baru ahli Cr atau Pb lelaki atau Perempuan Baini Amira? Pengucapannya nampak ikhlas menceritakan akan keadaannya selama ini dibayangi ilusi bermain fantasi dalam kegelampan, bersama hatinya kian berkarat, sehingga terlupa warna kehidupan. Kini ternyata kebarangkalian si penulis terdengar laungan azan atau bacaan taranum alunan ayat-ayat suci al quran jiwanya bagai mendapat sinar cahaya, Merungkai segala kejahilan yang merantai dan menghalang perjalanannya menuju ke jalan yang benar untuk sujuk kepada Illahi. Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011
    Latif Bomba adik beradik ke dengan latif bogeba sajak simbolik bertajuk KEBENARAN juga Nampak serius pengucapannya , menceritakan apa yang telah berlaku sedikit masa dahulu, bila kejahilan bersarang di hati, semua dilakukan tanpa disedari, itu mungkin dikira satu dosa sahaja, kerana tidak tahu. Apa yang menyedehkan, bila seorang bernama begelar pengawai pejabat agama. Melakukan, atau ditangkap berkhaluwat di hotel batu ferenggi, Amat memalukan dan menyedehkan. Dia tahu dia melakukannya dikira 10 kali dosa, malah lebih berat lagi layak untuk hukumanan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam