Isnin, 18 April 2011

SALAM DARI KOTA BELUT



dari negeri di bawah bayu


Salam daripada negeri bawah bayu
melewati masyarakat bajau kota Belut
Pak Dollah genderasi keluarga Bajau
tradisi mahirnya menonggang kuda
pagi hari dia bertani menanam padi
petang  dia mahir mengukir parang.

Pagi Ahad sepanjang hari masa terluang
Pak Dollah berdagang di pasar tamu
menjual parang kota belut berukiran seni
sehingga kini sudah pun lima keturunan
mewarisi kemahiran yang luar biasa ini.

Hidup Masyarakat Bajau kota Belut
mempunyai budaya tradisi tersendiri
bermain sepak bola raga tampuk manggis
beramai memukat ikan di tasek dan sungai
demi bagi mengukuhkan tali persaudaraan
hidup biar mufakat kerja kita bersama.


Oleh: Nurimanja
catatan di petang hari.
jam 7 petang waktu malaysia timur
Tanggal 17hb. April, 2011.





50 ulasan:

  1. Baru Bian menang pulak dah...Boleh jadi CM ke? Please... (BB)

    Pembetulan untuk entry di bawah. Si Baru Bian tu menang rupanya. Itu pun setelah dibantu oleh "pengundi hantu, jembalang, iblis dan sewaktu dengannya".

    Selain itu, dikhabarkan juga bahawa "peti-peti undi yang membawa 9,000 undi untuk BN telah dibuang ke Batang Rajang dan Batang Lupar", sebab tu lah Baru Bian menang di Ba'kelalan...

    Demikian berita terkini dari Ba'kelalan. Okay la tu. Boleh la jadi Ketua Menteri lepas ni. Kalau PKR menang 5 kerusi sekali pun, boleh ke Baru Bian jadi CM ni?

    Harap Batu Bian tak buat mesyuarat DUN kat bawah pokok macam Nga, Ngeh dan Nizar " mata sepet"....muahahahaaa...!!!!


    Posted by DukeOfUMNO at 8:54 PM 0 comments Links to this post

    BalasPadam
  2. BERTAJUK: JIKA ADA KEYAKINAN/ DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH SDRA NURIMANJA.
    ______________________________________________________________________

    Siri ke sembilan

    Dalam keadaan sedar dengan tidak itu, Abul Hassan digambarkan kepadanya sambungan cerita seterusnya. Sesekali nafasnya berdengkus seperti lembu kena sembelih, diserang kegelisahan, rasa , marah dan geram terhadap orang tua alim itu kerana rasa ketidak kepuasan hatinya.

    Anak muda berwajah kenabian itu juga tidak dapat menahan sebak, hati dan perasaannya kian bercelaru, bagaimana mungkin aku boleh belajar ilmu luar biasa kepada orang tua alim ini. lantas dia bersuara dengan agak tinggi sedikit suaranya sehingga menjadikan orang tua alim itu tercengang dibuatnya.

    “Tuan guru! Maafkan saya Kalau berginilah keadaannya saya rasa kecewa untuk meneruskan pegembaraan mencari ilmu pelajaran di sepanjang perjalanan ini. Saya sudah tidak dapat menerima apa yang berlaku. Saya rasa setakat ini saja pengembaraan kita, terpaksa berpisah.” Begitu luahan kaya anak muda berwajah kenabian itu dengan penuh rasa kesal.

    Orang tua alim itu tersenyum kerana kecetekan pemekirannya yang cuma tahu 10 hari kehadapan dengan apa yang berlaku, sedangkan orang tua alim itu mengetahui 10 tahun kehadapan dengan apa saja peristiwa yang berlaku. Lantas dia bertanya kepada anak muda berwajah kenabian itu.

    “Benar kau ingin berpisah dan hendak menamatkan pengembaraan bersama ku ini? Kau tidak menyesal. Kau juga telah melanggar dengan syarat yang telah kita tetapkan. Kini kau Cuma tinggal satu syarat sahaja lagi. Jika kau ingin berpisah, sekarang juga kau boleh pergi, saya terpaksa meneruskan pengembaraan ini.” Kata orang tua itu dengan tenang.

    “Baiklah tuan! Sebelum saya meninggalkan tempat ini dan berpisah tolong ceritakan kepada saya kenapa tuan memecahkan perahu itu dulu, kemudian tuan membunuh pula anak muda belasan tahun yang tidak berdosa itu?” kata anak muda wajah kenabian oitu dengan penuh perasaan dan harapan agar orang tua alim itu dapat menceritakannya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. AKU DAN DIRI SENDIRI

    aku tak suka kau biar aku sendiri.
    Sebab aku jadi buta tak berkaki.
    aku jadi derita mulut sendiri.
    aku jadi hina benci sendiri.
    bukannya aku sendiri pinta
    aku sendiri jadi begini
    dari awalnya aku takmahu sendiri
    tapi disetiap sendiri aku,
    aku belajar diri sendiri sunyi.
    aku belajar hina dan benci
    aku belajar yang tak berkaki.
    aku belajar tentang diri sendiri.


    Harimau Berantai
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. MARI AKU KHABARKAN

    Mari aku khabarkan
    lahirnya dia sudah lama
    menjadi ketua terdekat ini cuma
    Ke sini aku ceritakan
    dia sakit di dalam
    namun tangisnya tidak terkesan
    Kehilangan yang sangat dirasakan
    dengan tiba-tiba
    tidak lagi dia empunya bapa
    Tabah wahai ketua muda
    kita kan yakin pada Yang Esa
    usah bimbang jika kau rebah
    aku ada di belakang

    Mak Mah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. MADU ILMU

    benar kata guruku
    ilmu itu umpama madu
    semua pasti mencari
    semua pasti dambakan
    manisnya tetap kekal
    buat semua tertarik
    nilainya tiada tara
    hadir pasti dijunjung
    hidup pasti disanjung
    martabat tinggi menggunung
    mana pergi jadi penaung
    jatuh ke laut jadi pulau
    jatuh ke darat jadi gunung
    ayat pertama al karim
    iqra’ jadi suruhan
    walau cuma setitis
    nilainya seisi dunia
    namun tetap tiada guna
    jika amalnya tiada…

    Atuk
    sajak terkenang

    BalasPadam
  6. JANGAN KHUATIR

    Jangan khuatir
    Kerana bila kusendiri
    Aku lebih baik dari dulu
    dengan adanya sinar cahaya
    Yang mengizinkan kutumbuh
    Dari diriku dulu siapakah itu?
    Malampanjang buatkan ku terasa
    Kugenggamkan jiwa dari dalam diriku
    Seperti Selamanya aku tahu
    Dengan adanya sinar cahaya
    Dan tekad dalam jasadku
    Aku yakin aku lebih baik dari dulu

    Lebai Noh
    sajak simbolik

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Harimau Berantai yang bertajuk: Aku dan diri sendiri bersaing hebat dengan sajak Mak Mah Mari aku khabarkan? Apa-apa pun kami terpaksa sadikit tokok tambah bagi memberi peluang dan menghidupkan cerita yang hendak disampaikan.Keduanya ada masej yang menarik tetapi untuk memelih seorang di antaranya perlu diteliti. Pengucapan sajak HB mungkin sedikit peribadi kebarangkalian. Namun ada pengajaran yang perlu ditunjulkan rasa terhina dan rendah diri bila kita terasa ada kekurangan pada diri, mungkin dari segi kedudukan dan pendidikan. Tetapi jika ketentuan semuanya ditetapkan oleh ilahi, kita terpaksa menerimannya. Itulah ujian buat seorang insan. Terasa layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Mak Mah sajaknya bertajuk: MARI AKU KHABARKAN ingin menceritakan tentang Latar belakang suatu keluarga mungkin mak mah pernah membidankan agaknya. Malah lebih dari tahu segala latar belakang keperibadiannya. Mungkin seorang yang berpenyakit tetapi tidak menunjukan penderitaannya. Jika si bapanya seorang ketua atau kepala desa pergi dengan mengejut. Bila ketiadaan bapaknya tentu mereka menjadi susah untuk mentakbirkan sebuah desa, tetapi si penulis dan orang kampung sedia memberi sokongan moral dan khidmat nasihat, semuanya adalah telah ditetapkan oleh Allah swt yang maha esa. Setelah dinilai persaingan diberi kepada Harimau Berantai, kerana penceritaanya si penulis sendiri merasainya. Harap maaf, usaha lagi sayembara seterusnya (TK)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Atuk dengan sajak nasihatnya kepada kita semua dengan tajuk MADU ILMU atau ILMU ITU MADU. ,Apa-apa pun pengucapannya sudah cukup memberi pengajaran untuk mereka yang Mempunyai ruang masa dan usia, menuntutlah ilmu sebanyak mungkin untuk masa depan yang mencabar , juika ilmu keagamaan untuk beramal kemudian hari pula. Jika ilmu bagaikan madu pastinya bagai ubat keramat seribu guna bagi kita melewati alam duniawi dan akhrawi/ Layak Atuk untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ini lagi seorang Lebai Noh orang lama dengan sajaknya JANGAN KHUATIR penceritaannya amat mudah rengkas dan penginsapan. Jika ada orang yang mahu berusaha untuk terus ke jalan yang baik Insyallah maka allah akan permudahkannya. Ini yang sedeh tidak mahu muhasabah, kian lanjut usia ke hujung senja, semakin banyak pula cerita sekendal yang kian mengila.Bila ada orang yang menegur atau mengingatkannya . Orang itu pula yang menerima denda dan hukumana disebabkan mendedahkan kesalahannya. Itulah luasa wang dan pengaruh dunia. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  11. kalau aku terus blah la jgn ikut orang tua tu lagi

    BalasPadam
  12. rasanya lps ni abul plak di bunuh orang tua tu

    BalasPadam
  13. sapa plak yg berdengus tu?

    BalasPadam
  14. bru la aku phm rupanya abul hanya melihat saja orang yg wajah nabi dgn orang tu blum ada nama

    BalasPadam
  15. sian bdk muda tu mati dgn kejam

    BalasPadam
  16. baru bian tu apa?

    BalasPadam
  17. berdasarkan kisah benar ke ni?

    BalasPadam
  18. eh! abul jadi saksi la pembunuhan kejam ni

    BalasPadam
  19. dorang berdua x thu ke abul mengintip dorang tu?

    BalasPadam
  20. baru bian menang? sapa ni?

    BalasPadam
  21. baru bian nak jd CM??? xphm la

    BalasPadam
  22. viger cerita pasal apa ni?

    BalasPadam
  23. baru bian ni nama orang ke?

    BalasPadam
  24. kat sarawak ada nama tempat baru bian ke?

    BalasPadam
  25. x sabar nk thu kenapa dia buat smua tu?

    BalasPadam
  26. mngkin dia pecah perahu takut orang curi kot?

    BalasPadam
  27. rsanya bdk yg dia bunuh tu bila besar jadi jahat kot?

    BalasPadam
  28. x sabar nk thu kenapa dia buat smua tu?

    BalasPadam
  29. dia x rasa bersalah ke buat smua tu?

    BalasPadam
  30. rasanya sbb dia thu perkara buruk akan berlaku sbb tu dia bertindak dulu

    BalasPadam
  31. aku rasa orang alim tu msti xkn bgithu abul

    BalasPadam
  32. pelik la kenapa dia buat smua tu?

    BalasPadam
  33. peti undi kena buang???? btol ke ni?

    BalasPadam
  34. xkn sampai mcm tu sekali dorang nak menang sampai snggup buang peti undi

    BalasPadam
  35. dorang ni bacul la belum umum keputusan dh buang peti

    BalasPadam
  36. bakalalan dorang menang mengecoh rupanya

    BalasPadam
  37. patutlah dorang menang rupanya dh buang peti undi

    BalasPadam
  38. sapa yg berdengus menahan marah? anak muda kena sembelih tu ker?

    BalasPadam
  39. anak muda wajah nabi tu nabi khidir ke?

    BalasPadam
  40. kalau aku terus blah xpyh tanya la sbb orang alim tu gila

    BalasPadam
  41. kenapa dia xmhu ikut lagi orang tua tu?

    BalasPadam
  42. kenapa berhenti? ikut je la nk thu dia nak buat apa lagi lps ni

    BalasPadam
  43. rasanya kalau dia ikut orang alim tu msti panjang lagi cerpen ni sbb dia dh berhenti msti nk hbis cerpen ni

    BalasPadam
  44. aku rasa org alim tu dari wad gila la

    BalasPadam
  45. bunuh orang mcm tu je? gila la orang alim tu

    BalasPadam
  46. kenapa rasa mcm pnh bca je cerita ni

    BalasPadam
  47. rsanya ni ceerita nabi khidir tp ada en nuri ubah sikit

    BalasPadam
  48. ingatkan abul yang ikut orang alim tu rupanya abul hanya bermimpi

    BalasPadam
  49. eh! kalau orang alim tu x jawab kenapa dia buat mcm tu sah dia gila

    BalasPadam
  50. pelik la orang tua entah2 dia orang gila kot?

    BalasPadam