Sabtu, 2 April 2011

ROKOK



sajak pilihan ahli Cr. 


Aku ingin terbang..
mernari gaya kepulan asap
rokok yang kau hembus..
Meluncur dari bibir
Terserap ke awan..
Bagai Meliuk bergemalai..
Melentuk selendang
hingga terburai...
Aku mahu khayal dari aku..
Ketagihkan aku...
Nikmat datang untuk aku..
Wang dibakar rela kerna ku...
Aku ingin berada
di celahan jemari telunjuk...


Oleh: Dam Catur
ketika rehat di tempat kerja
12tgh hari 2010 Mei 19 12:10
Diterbitkan semula tanggal 02/04/2011.





50 ulasan:

  1. Sajak Dam Catur dengan sebatang rokok. sajak ini dahulu mungkin telah diulas oleh en nuri, tetapi kerana tidak dimasukan didalam simpan dalam npcr2 . sajak sebenar diruang utama telah terdelek akhirnya hilang semua, tinggal sajak sahaja.

    Kini terpulang pada ahli untuk mengulasnya. Biasanya menjadi sebatang rokok seperti membakar diri sendiri dengan kenekmatan orang sukar menilainya.

    Ada orang kata tiga kali (3X) makroh. 1 isap rokok makroh. 2 sambil berdiri berjalan makroh. 2 membazir wang pun makroh.

    membazir wang

    BalasPadam
  2. KPN sahkan video seks tulen
    Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.

    Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

    Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
    "Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.

    Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

    Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.

    Sedutan akhbar (UM)

    BalasPadam
  3. SUNGAI ITU

    Aku berkata padamu....
    langkah itu semestinya teratur...
    dari hari ke hari semua tahu....
    sehingga aku datang...
    dari sedikit demi sedikit
    waktu kan menggapai...
    kemudian aku memenuhi ruang
    Aku telah mengajari semua....
    tentang sebuah perjalanan
    yang penuh liku dan berkelok
    Aku sarang perjalanan sang air
    mengantarkannya ke lautan
    supaya semua dapat melihat
    besarnya keluasan cakrawala


    Pak Ngah But
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. ABSTRAK

    unik ciptaan tuhan
    makhluk bernama manusia
    penuh sifat abstrak
    subjektif sukar ditelah
    terkadang lahirnya ketawa
    wajah terpamer ceria
    dalamnya penuh luka
    langsung tiada terduga
    terkadang zahirnya menangis
    wajah penuh tragis
    dalamnya penuh tawa
    berpesta suka ria
    terkadang wataknya pemalu
    penuh santun pekerti
    pijak semut tak mati
    dalamnya penuh bengis
    hati penuh kudis
    terkadang sifatnya ganas
    baran tiada terlawan
    bikin semua terkilan
    dalamnya penuh mesra
    hati penuh berbunga
    sejuta rasa bahagia
    uniknya manusia…


    Ustaz Rahman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. BICARA TUHAN

    Matahari bersinar terang....
    tak ada awan di langit....
    menebarkan kesejukan
    harga diri sejati
    Tak ada lagi penghalang hambatan
    kerana terang di kepala hati
    Memaafkan kenyataan
    jika bicara tengah hari penuh
    keadaan berbicara dengan Tuhan
    langkah mantap takkan pernah goyah

    Simsalabin
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  6. TERCARI-CARI

    adakah ku kenal diriku?
    kamu kenal dirimu?
    dirimu kenal aku?
    dicari-cari tak berakhir
    namun juga tak mati
    namun aku tahu
    aku bukan bermimpi
    untuk mengabur matamu
    lalu bangkit dari tidur
    tidak sempurna tidurku
    dengan hadir bayang dirimu
    meracau akal fikirku
    mengusir mimpi-mimpi ku
    menabur racau igauku
    namun aku tetap tahu
    bukan mudah bagimu
    malah aku juga
    mendapatkan mimpi sempurna
    selagi dirimu dalam diriku

    Srikandi juwita
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. sajak pasal rokok pun ada?

    BalasPadam
  8. bodoh la dam catur ni rokok membahayakan kesihatan la

    BalasPadam
  9. bangang btol sajak pasal rokok plak?

    BalasPadam
  10. sajak pasal hisap rokok pun ada?

    BalasPadam
  11. kenapa megnagungkan rokok dam?

    BalasPadam
  12. membazir la beli rokok dam

    BalasPadam
  13. gila la ko ni mengahambakan diri dgn rokok plak!

    BalasPadam
  14. tgh berkahayal pun boleh buat sajak?

    BalasPadam
  15. sajak pasal rokok pun ada? gila la ko ni

    BalasPadam
  16. jgn kerap hisap rokok nnt mati muda

    BalasPadam
  17. apa yg best hisap rokok dam?

    BalasPadam
  18. asyik hisap rokok je buang masa la

    BalasPadam
  19. buang duit la hisap rokok tu dam

    BalasPadam
  20. xde faedah la hisap rokok tu dam!

    BalasPadam
  21. pmpuan benci lelaki yg suka hisap rokok

    BalasPadam
  22. sesungguhnya hisap rokok ibarat membakar duit

    BalasPadam
  23. bangang la org yg suka hisap rokok ni

    BalasPadam
  24. aku rasa sampai ke tua la org xnk kat ko sbb ko suka hisap rokok!

    BalasPadam
  25. bukan kenyang pun hisap rokok tu

    BalasPadam
  26. buang masa xde faedah la dam!

    BalasPadam
  27. apa yg ko dpt hisap rokok tu dam?

    BalasPadam
  28. apa la x boleh pikir ke hisap rokok tu bahaya!

    BalasPadam
  29. hisap rokok tu boleh memudaratkan kesihatan la..

    BalasPadam
  30. hisap rokok plak dam ni? tp jgn hisap dadah

    BalasPadam
  31. xde sajak lain ke nak buat dam?

    BalasPadam
  32. jd btol la anuar si pelaku seks tu?

    BalasPadam
  33. sy x berapa nak pcya sbb x tgk nk tuduh sembarangan pun bahaya

    BalasPadam
  34. sepatutnya hantar ke luar negara sbb teknologi dorg canggih sikit

    BalasPadam
  35. bila dia nak tayang dalam paper video tu

    BalasPadam
  36. nak percaya dgn x percaya pun susah

    BalasPadam
  37. eh! pelaku seks tu anuar ke???? biar btol!

    BalasPadam
  38. x sangka anuar pun ribut jgk

    BalasPadam
  39. wah! habis la anuar pecah tembelang dia

    BalasPadam
  40. kenapa x tunjuk dalam paper video tu nk percaya pun susah

    BalasPadam
  41. kdg2 was jgk nak percaya atau x sbb xde bukti

    BalasPadam
  42. pelaku seks tua anuar??? pening2

    BalasPadam
  43. kdg2 kesian plak kat anuar ni

    BalasPadam
  44. rasanya datuk T yg slah sbb mengedar video lucah sbb ikut akta hukuman lagi berat

    BalasPadam
  45. anuar ni mmg mencemarkan imej pemimpin

    BalasPadam
  46. X TAHU NAK TUDUH ANUAR NI BETOL ATAU SALAH SEBAB HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Pak Ngah But dengan sajaknya bertajuk SUNGAIKU. Punya falasafah tersendiri, bagaimanaSungai yang yang airnya mudek dari hulu ke heler dengan melalui liku dan berkelok merentasi teluk dan tanjung jika direnung dengan mata hati memang membawa pengajaran dalam kehidupan kita seharian. Belum melihat sampah sarap yang mudik kehulu dan ke hilir bila air pasang dan suruh, sama seperti orang gila.. Layak untuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ustaz Rahman dengan sajak simboliknya bertajuk: ABSTRAK. Sukar ada orang yang mahu atau sanggup melihat sesaorang itu dengan renungan dari luar hingga dalamnya. Tetapi itulah Abstraknya. Bagai keadaan cuaca kita sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan pula turun ditengahari. Kekadang manusia juga sama dengan ramalan cuaca. Tidak semestinya tepat sangkaannya. Layak untuk seterusnya (SM)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Simsalabin sajaknya bertajuk: BICARA TUHAN thema ketuhannan. Apa-apa pun jika engkau engan berbicara dengan tuhan tanda kau lupa lima waktu. Sebagai seorang Islam kena keraplah berbisik dengan tuhan untuk mendapatkan sesuatu. Orang yang mendekati tuhan ianya tidak akan gentar dengan sesiapa melain Allah saja yang memeliharainya. Layak untuk seterusnya bersama sayembara April ini (SM)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Srikandi Juwita dengan sajaknya bertajuk TERCARI-CARI. Agak berat penyakit yang anda Hadapi ini . Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi tidur yang tak lena, begitu kuat fantasi anda demi mencari seorang yang benarkah ada dalam hati anda. Sajak jiwa-jiwa adalah cerita
    Biasa buat kisah hidup seorang anak muda dara. Maaf usaha lagi dengan thema lain pula (TK)

    BalasPadam