Isnin, 11 April 2011

PELUKIS



sajak pilihan ahli cr.

Aku diminta melukis
tentang kehidupan
tentang seekor haiwan
namun tanganku kaku
tak mampu mengerak
berus pada dada kanvas
tak sebagaimana bibirku
yang lebih manis meruntun kata
menyanyikan syair,
pantun dan seloka,
adikku sering menyindir
lalu aku kumpulkan kekuatan
akhirnya terhasil sebuah lukisan
berlatar belakang putih
sebuah kotak kelabu
secalit garis hitam
aku dengar suara mengatakan
pintarnya dia seorang pelukis


Oleh Seniaman jalanan
jam 2 petang.Khamis, 17 Jun 2010
Diterbitkan semula 12/o4/2011






50 ulasan:

  1. Anwar berang
    Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
    shofi.isa@utusan.com.my

    ________________________________________
    Siri 3
    KUCHING 10 April – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berang ketika ditanya pemberita mengenai jam tangan Omega yang berhubung kait dengan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

    Sama seperti isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat tidak mampu mengawal emosi pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini apabila ditanya mengenai jam tangan tersebut.
    Beliau sebaliknya menyalahkan media kerana bertanyakan soalan itu yang disifatkannya tidak ada kaitan dengan sidang akhbar yang diadakan.

    “Kenapa jam ini ada kaitan dengan sidang akhbar ini? Isteri saya telah menjawab mengenai isu ini. Mengapa saya perlu jawab, nanti anda akan tanya pula sama ada saya mengunjungi hotel dan hotel mana,’’ katanya.

    Menjawab soalan wartawan itu lagi, Anwar berkata, beliau tahu soalan itu bertujuan untuk membantu Utusan Malaysia melaporkan yang beliau gagal menjawab mengenai isu tersebut.

    Anwar pada masa yang sama mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes video berkenaan.

    Kata Anwar, beliau mahu polis untuk menanya dan mengambil sendiri jam tangan itu.

    ‘‘Anda tanya ada polis minta? Saya beritahu polis tak minta. Biar polis yang menanya. Mengapa saya perlu menjawab mengenai soal ini? Biar polis yang buat,” katanya.

    KOMENTAR:

    Kalau orang tidak bersalah mengapa mesti marah dan naik berang pula? Ini kebebasan bersuaraJika tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Lagi pun kebanyakan apa yang anda cakap selama ini banyak yang terberang. Janji bonus RM6.000 setahun kalau PKR menang. I6 september 30 WR keluar masuk PKR mana? Banyak lagi janji yang tak perlu disebut. Mengapa soalan mudah anda tak boleh jawab.

    Malah nak marah dan naik berang pula? Ini mesti ada udang disebalik batu, berani kerna benar takut kerana bersalah. Dulu anda disanjung kini anda disigung. Tersilap langkah jadi parah ......

    BalasPadam
  2. MAAF ulasan dahulu telah pun diulas oleh en nuri , tetapi telah hilang dan terdelek, tak sengaja.


    sajak bertajuk: PELUKIS oleh seniman jalanan yang mengambarkan hidup seorang pelukis di kaki lima mencari rezeki dengan hasil keriangat karyanya bersama jejari yang melakar setiap keadaan m, wajah kehidupan jagat manusia, suka dan duka dalam kehidup di dunia yang sementara ini. Demi mencari swesuap nasi untuk anak dan isteri.

    Ulasan oleh: Tinta Azimad.

    BalasPadam
  3. ANDAI TIADA HARI ESOK

    Andai kata tiada hari esok..
    hari ini akan berulang setiap hari
    aku adalah insan bahagia di dunia
    kerana aku berada disisinya
    walaupun aku tahu
    dia bukanlah untuk aku..
    tapi aku akan buat dia bahagia..
    senyumannya yang mempersona..
    tawa riangnya yang ceria..
    tutur bicara yang sederhana..
    tingkah laku yang bersahaja..
    semua ini akan aku ingat
    sampai bila-bila

    Jalil Janggut
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  4. JATUH ATAS TANAH

    Jangan khuatir
    Kerana bila kusendiri
    Aku lebih baik dari dulu
    Dengan adanya sinar cahaya
    Yang mengizinkan kutumbuh
    Dari diriku yang dulu
    Malam panjang buatkan ku terasa
    jatuh ke sinar cahaya makin malap
    Biarkan ku merasa jatuh
    dengan selamat ke atas tanah

    Lukiee
    Sajak simbolik

    BalasPadam
  5. KUMAN DI TIUP ANGIN

    terhenti kata
    bagai di panah halilintar memancar
    hingga hati ini
    menjadi redup untuk bersuara...
    seperti hilang suria
    fikiran ku gelap tiada idea..
    hampir saja air mata ini
    menitis menyambung hujan semalam...
    aku sedar diri ini
    cuma sekecil manusia..
    ibaratnya kuman terbang
    ke sana ke mari di tiup angin...

    ustaz Sahzan
    sajak mengenang nasib

    BalasPadam
  6. BERMESRA DENGAN API

    Biarkan aku terlelap hari ini
    Di dahan rapuh ini
    Aku mahu bermesra dengan api
    Makin hari makin membara
    Biar hangus sampai jadi debu
    Pembebasan terbang ke angkasa raya
    Tak terjamah Kegelapan tuhan dunia
    Aku melayang ke Sidratul Muntaha

    Emily Osman
    sajak ketuhanan simbolik

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sebagai mendengar cerita sajak Jalil Janggut yang bertajuk: ANDAINYA TIADA HARI ESOK, seakan sama dengan kumpulan ruck Alley-Cat Aramugum dengan lagu seandainya aku tiada lagi di sisimu. Janganlah kau bersedeh. Nampak gayanya Jalil Janggut juga nak ikut jejak adik penyanyi Loganathan Alley- cat itu ke? Tuk Teh baru saja pergi? Sajak kau ini elok buat lagu untuk makwe kau Jalal . Berkawan pula dengan salam , bujang telajak dengan Abul Hassan sekali tak berani dengan perempuan. Kau belanja dia orang mesti mereka tak tolak. Macam mana nak khawin...Maaf sajak jiwa-jiwa ini, kerana sajak lain lebih mengancam anda terpaksa berhenti di sini saja (TK)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    JATUH ATAS TANAH sajak Lukiee ini simbolik dekat mana ? kalau jatuh semestinya atas tanah , Terasa pula dirinya lebih baik dari dulu, mungkin ada pertunjuk atau sinar ajaib yang Menyuluhnya. Bagai pokok kacang hijau dapat cahaya udara dan air cepat petumbuhannya. tetapi yang anehnya pokok akan memanjat dan terus memanjat besar dan berbuah. Tapi Lukiee ingin merasa jatuh dan jauh dari sinar kian malap, mana mungkin jatuh dengan selamat di atas tanah. Sajak semacam ada cerita yang tidak menyenangkan dalam kehidupannya. Diberi peluang atau terpaksa berhenti di sini (TK)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ustaz Sahzan dengan sajaknya KUMAN DITIUP ANGIN, membicarakan tentang dirinya yang terasa bagai di asingkan dalam kelompok manusia taksup yang memuja bulan dan mata iblis bersama peluru berpantu untuk menghentam bangsa yang lemah di pulau mutiara. Bebeza dengan kumpolan Barang Naik yang mereka gelarkan. Menang kalah tugas dijalankan Dengan sempurna, tetapi hari ini bila mereka berkuasa dan bersekongkol dengan ketua yang banyak bersandiwara , mereka mula nak tunjuk berlang. Tidak lama mana tunggu saja hari kejatuhan. Tuhan tidak akan merastui pada mereka yang bersekongkol dengan kerja onar dan kemungkaran dengan bertopengkan agama Allah.. Maaf kami menyentuh tentang maksud yang tersirat di tempat anda sedang bertugas .Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  10. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    BERMESRA DENGAN API sajak oleh Emily Osman dengan pengucapannya yang agak bagaikan seorang yang menerjah ke alam fantasi, bagai ingin membalas dendam tentang rasa ketidak puasan hatinya dalam dunia kehidupannya. Justeruitu dia ingin bersama api dan membakar hangus semuanya menjadi debu demi untuk mencari kebebasan dan bukan bertuhankan harta dunia, tetapi biarlah selamat seperti di alam sidartul Muntaha. Sajak ini agak keterlauan membicarakan tentang ketuhanan.mungkin tersilap tapsir akan lati dari hukum aqidah keiman pula. Justeruitu kami terpaksa memberhentikan di sini saja (TK)

    BalasPadam
  11. sajak pasal siri sendiri ker?

    BalasPadam
  12. sajak mengenai lukisan plak kali ni?

    BalasPadam
  13. pelukis plak sajak kali ni?

    BalasPadam
  14. eh! sajak seniman jalalan plak ker?

    BalasPadam
  15. eh! seniman jalanan ni pelukis ke pemuzik?

    BalasPadam
  16. wah! ada bakat melukis jgk seniman jalanan ni

    BalasPadam
  17. pelukis mcm lat ke seniman jalanan?

    BalasPadam
  18. berapa ambik upah melukis tu seniman jalanan?

    BalasPadam
  19. seniman jalanan melukis kat mana?

    BalasPadam
  20. keje melukis je ke seniman jalanan?

    BalasPadam
  21. senimana jalanan ni keje mlukis dan bernyanyi ker?

    BalasPadam
  22. seniman jalanan melukis kat negeri mana ni?

    BalasPadam
  23. seniman jalanan melukis sehari dpt berapa?

    BalasPadam
  24. eh! jadi pelukis plak ke???

    BalasPadam
  25. malam ke siang seniman jalanan ni keja?

    BalasPadam
  26. bila start melukis seniman jalanan?

    BalasPadam
  27. seniman jalanan ni umur brapa?

    BalasPadam
  28. seniman jalanan ni nama btol apa?

    BalasPadam
  29. melukis potret ke kartun ni?

    BalasPadam
  30. boleh hidup ke dgn mlukis ni seniman jalanan?

    BalasPadam
  31. berapa pendapatan melukis agaknya?

    BalasPadam
  32. melukis ni kalau buat btol2 byk duit boleh dpt ni

    BalasPadam
  33. kalau btol2 lukis beribu boleh kaut untung ni

    BalasPadam
  34. klu nk tempah melukis kat seniman jalanan berapa?

    BalasPadam
  35. kalau ahli citra rasa sesama kita chrge murah kot seniman jalanan?

    BalasPadam
  36. seniman jalanan pnya lukisan mcm mana?

    BalasPadam
  37. lukisan en nuri pnh la tgk lukisan seniman jalanan mcm mana?

    BalasPadam
  38. kat KL ke selangor melukis ni?

    BalasPadam
  39. melukis dgn warna sekali ke?

    BalasPadam
  40. lukis pakai cat minyak ke seniman jalanan?

    BalasPadam
  41. jam omega tu klu x salah di pakai semasa aksi video tu

    BalasPadam
  42. kenapa emosi lebih? rasanya mngkin dia la tu

    BalasPadam
  43. eh! nmpknya anuar tersentap je bila tanya jam?

    BalasPadam
  44. anuar mcm terasa je tanya pasal jam tu?

    BalasPadam
  45. agaknya mmg anuar la sbb kenapa dia takut sgt?

    BalasPadam
  46. di harap polis minta la jam tangan anuar tu

    BalasPadam
  47. klu polis minta sekalipun berani ke anuar nak bagi omega tu?

    BalasPadam
  48. anuar ni pandai putar belit nk lepaskan diri dia

    BalasPadam
  49. klu dah marah tu btol la salah dia

    BalasPadam
  50. klu org x salah dia x marah

    BalasPadam