Isnin, 4 April 2011

MANA SELIPARKU!



sajak pilihan ahli Cr.


mana pula pergi tadi ada di sini
siapa punya kerja
siapa punya angkara
angkara tikus agaknya
tikus kepala hitam
mulut mula memaki
pahala tinggal separuh
akal mula berlegar
mana mahu dicari
mata mula menjalar
itu sahaja yang tinggal
sarung sahaja pahala tiada lagi
terus jadi dosa sejenak belakang
pak imam membebel sakan
selipar jepun dah hilang...



Oleh:Muhamad Rabbi
UIA
12tgh hari/2010 September 24 22:23
Diterbitkan semula tarikh: 05/04/1011 





50 ulasan:

  1. 1 ulasan:

    Muhamad Rabbi dari UIA sajak komedi MABNA SELIPARKU ,
    prngucapanya agak mudah dan santai, diantara marah dan lucu,
    tolak campur tidak ada apa-apa. Dosa pun tidak berapa pahala
    pun tidak berapa. Kerana pencuri dan pemaki dua-duanya dapat
    panggu sadikit dosa.. Mujurlah niat yang kena curi itu ada
    pahala bonus kerana hendak bersolat berjumaah, tetapi yang
    pasang niat ke masjid memang nak mencuri,bonus apa pahala pun
    tidak ada, tanggung sajalah dosa anda, sesuatu yang kita lakukan
    membuatkan orang susah dan marah kita pun berdosa. Catat saja malaikan, jangan kira siapa dia. Sadikit sebanyak sajak ini ada juga pengajarannya, unutk mengelirukan si pengambil kasut atau selipar, jangan letak kasut
    sepasang sekali. Letak saja di sana sebelah, dan di sini sebelah,
    kerana jarang orang curia atau ambil kasut sebelah.Setidaknya letak kunci. Amin.

    Oleh: Qalam Mutiara
    24 September 2010 2:46 PM

    BalasPadam
  2. Anwar adalah pelakon terbaik (BB)
    Siri 4

    -Apa yang Datuk boleh lakukan untuk orang ramai tahu siapa sebenarnya Anwar?

    -NALLAKARUPAN: Bagi saya semua pihak termasuklah parti politik seperti UMNO perlu membantu usaha ini. Saya ada berceramah ketika pilihan raya dan ramai yang mahu berjumpa saya secara personal untuk tahu lebih lanjut. Banyak tempat sudah saya pergi dan nama saya sudah sangat dikenali. Namun secara personal saya katakan mereka tidak melihat apa yang berlaku. Memang orang suka mendengar ceramah yang saya sampaikan tapi saya juga perlu fikir apakah saya perlu terlalu menonjol begini. Tapi saya juga tidak mahu mengambil risiko yang agak keterlaluan.

    -Dalam keadaan sekarang dengan ada banyak kes melibatkan beliau di mahkamah dan pelbagai lagi nanti akan timbul pandangan apa yang dikatakan tidak betul. Kita mahu penerangan ini dilakukan secara tersusun supaya orang betul-betul faham dan sedar.

    Tapi saya berterus terang apa yang orang ramai tahu hanyalah 20 peratus daripada kisah keseluruhannya. Saya pernah berceramah di Permatang Pauh dan saya ada sedikit bercakap tentang aktivitinya dan yang berkaitan dengan wang judi Magnum. Kemudian beliau menyaman saya sebanyak RM50 juta.

    Saya sebenarnya sangat gembira beliau saman saya kerana sekurang-kurangnya di mahkamah nanti saya akan dedahkan semuanya. Saya akan mendedahkan segalanya di mahkamah nanti, apa yang dilakukan, aktiviti yang dibuat, semua akan didedah. Saya memang menanti saat itu dan tidak sabar mahu berjumpa Anwar di mahkamah. Anwar adalah pelakon terbaik.

    -Ambil video seks baru-baru ini, ramai orang yang beranggapan itu adalah konspirasi.Kalau hendak tunggu kes mahkamah akan ambil masa Datuk?

    -NALLAKARUPAN: Dalam kes itu Datuk Shazryl Eskay Abdulla memang rapat dengan Anwar. Selepas pembedahan Anwar, beliau berada di Universiti Oxford di London dan Anwar juga minta saya datang ke sana katanya atas urusan perniagaan. Eskay berada di sana selama dua tiga hari. Adalah mengejutkan Anwar tetap berkelakuan sama dan saya tidak bersetuju dan saya balik. Anwar masih lagi berperangai sama dan saya tidak faham kenapa beliau masih begitu. Seolah-olah Anwar menganggap saya seperti bapa ayam. Satu lagi saya hendak nyatakan di sini adalah tidak betul bahawa Anwar tidak mengenali Eskay kerana mereka telah kenal lama. Saya kesal kerana Anwar mempunyai isteri dan anak namun beliau tidak peduli tentang semua itu. Apa yang difikirkannya adalah apa yang perlu untuk dirinya dan bukan orang lain. Anwar adalah seorang yang tidak akan berubah malah sehingga ke liang lahad sekalipun. Malah jika beliau hidup balik pun Anwar akan tetap mengulangi perbuatan yang sama.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. malaysia ni miskin sgt rasanya sampai selipar pun org curi? hahha

    BalasPadam
  4. panjang jgk pendedah anuar ni mcm cerpen siap ada siri

    BalasPadam
  5. dh kluar paper pun gambar anuar tu mmg sah dia la!

    BalasPadam
  6. di harap smua x pening2 lagi sbb sah anuar dalam video seks tu sbb dh terkluar dalam paper

    BalasPadam
  7. anuar harap2 dia insaf sbb tembelang dia dah mula pecah

    BalasPadam
  8. mmg terbukti anuar nak selidung apa lagi?

    BalasPadam
  9. dalam paper pun kluar anuar nak menafikan lagi

    BalasPadam
  10. nalakarupan ni sapa plak?

    BalasPadam
  11. harap2 ada penjelesan bagi anuar kalau xde sah mmg dia la...

    BalasPadam
  12. mula2 ingat xmahu tuduh tp ternyata dia

    BalasPadam
  13. magnum?? tu selalu abang aku selalu main x sangka anuar pnya

    BalasPadam
  14. magnum dgn toto sama ker?

    BalasPadam
  15. klu dia x berani bersumpah mmg sah dia la!

    BalasPadam
  16. jom kita buat solat hajat biar Allah tentukan anuar ni btol ke salah? aku rasa dia mmg bersalah

    BalasPadam
  17. rasanya mmg muka dia nak selindung apa lagi

    BalasPadam
  18. senang cerita tanya sendiri pelacur pmpuan dalam video tu

    BalasPadam
  19. eh! sapa org ketiga dalam video anuar agaknya

    BalasPadam
  20. rasanya anuar ni kalau sula dia sampai ke mulut pun dia x mengaku pnya

    BalasPadam
  21. NAK TUDUH SEMBARANGAN PUN SERBA SALAH HARAP ANUAR SANGGUP BAGI DNA BARU KITA TAHU DIA BENAR ATAU SALAH

    BalasPadam
  22. rasanya anuar la dalam paper pun ada kluar

    BalasPadam
  23. nak selindung apa lagi dalam paper smua org dh tgk mmg muka anuar

    BalasPadam
  24. konspirasi taik minyak! mmg anuar dalam video tu!

    BalasPadam
  25. was2 jgk sbb skrg teknologi semakin canggih nak tuduh sembarangan kang berdosa kita tunggu je DNA

    BalasPadam
  26. huh! kasut pun boleh hilang?

    BalasPadam
  27. selipar jepun pun kena rembat ke? hahahaha

    BalasPadam
  28. mngkin sbb selipar tu selipar import dari jepun kot sbb tu org curi? hehe

    BalasPadam
  29. selipar ko ada emas ke? sampai org curi tu rabbi? hahahhaa

    BalasPadam
  30. selipar ko x mangga mcm dalam gmbr ni sbb tu kena curi? hahahhaa

    BalasPadam
  31. padan muka letak lagi merata2 selipar tu? hahaha

    BalasPadam
  32. anuar ni lupa kwn! celaka btol!

    BalasPadam
  33. kwn baik pun lupa? teruk la

    BalasPadam
  34. sedangkan kwn baik pun lupa x hairan la agama pun dia lupa sbb buat maksiat

    BalasPadam
  35. anuar ni buat malu nama malaysia jer...

    BalasPadam
  36. smoga anuar insaf nnt sbb nnt mati terbeliak biji mata

    BalasPadam
  37. harap2 la tuhan buka pintu hati dia supaya bertaubat

    BalasPadam
  38. anuar ni mencemarkan imej islam

    BalasPadam
  39. dulu datok chua ada skandal seks xpe la sbb dia bukan islam ni anuar islam? x malu ke?

    BalasPadam
  40. lagi terang lagi bersuluh dalam paper pun ada sah anuar la!

    BalasPadam
  41. kalau dia tetap kata bukan dia dalam video tu bagi la DNA kalau berani

    BalasPadam
  42. anuar ni kalau nak bagi org percaya dia bagi la DNA

    BalasPadam
  43. TEMPAT BERBEZA

    Aku berdiri di sini
    kamu berdiri di sana
    mereka semua berdiri di merata-rata
    kadang kala kita ada dalam waktu
    untuk tertawa dan bahagia
    untuk menangis dan sedih
    Kadang aku merasakan mereka semua
    memikirkan dan merasakannya
    Aku,kamu,dan mereka semua
    berada dalam binaan
    waktu masing-masing
    di tempat yang berbeza-beza

    Rossa Long
    sajak simbolik percubaan

    BalasPadam
  44. KEJUTKAN

    kejutkan diri ini.
    agar tak terlambat menyesali.
    setiap saat amat berharga.
    jika terlambat tiada guna
    berganjaknya masa.
    makin hampir saat
    dia menjemput kita.
    tanpa di sangka.
    ada yang telah pergi
    meninggalkan dunia.
    kerana di sana.
    tempat abadi selamanya.
    andai kasihNya menyelubungi kita.
    senyumlah sepuas puasnya....

    Atuk
    sajak pasal mati

    BalasPadam
  45. HANDPHONE

    Hanphone
    hanyalah peti kecil
    menhubungkan sesama manusia
    ke rangakaian duniamu
    walaupun manusia jauh berbatu

    handphone
    kewujudanmu sudah lama
    penciptamu memang berbakti
    kerana handphone bergaya
    keunggulan penggunanya

    Jamburi Yusofo
    sajak pasal nset

    BalasPadam
  46. MAHARAJA LAWAK

    semua suka ketawa
    gamat seisi keluarga
    hilangkan rasa duka
    tengok mereka berjenaka
    lawak tahap maharaja
    maharaja lawak kisahnya
    gah anugerah tercipta
    buat generasi muda
    penyambung wasiat si tua
    pelapis sudah ada
    segar penuh cerita
    suram kembali menyala
    idea penuh terjana
    kreatif sepanjang masa
    tahniah buat semua
    teruskan harungi persada
    ubati segala duka
    hiburkan kami semua
    walau cuma hiburan semata
    walau cuma gurauan semata
    mesejnya tetap ada
    teruskan wahai maharaja…

    Bumi Hijau
    sajak pasal realiti TV

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    TEMPAT BERBEZA sajak oleh Rossa Long selamat mengundi! Tak balik serawak ke? Apa pun ada kemampuan mencipta sajak-sajak terkini. Pasti boleh dicalunkan pada mulanya, tetapi ternyata setelah membaca tujuh lagi sajak yang lain , mareka masih ada lebih kemampuan untuk menghasilkan sajak yang lebih puitis dan mengacam pengucapannya dan mesej yang lebih luas skopnya. Harap maaf, usaha lagi, sajak anda terpaksa terhenti disini saja Apa pun terima kasih Jalal memilih anda masuk dalam sayembara Cr. Walaupun tertewas tidak mengapa. (TK)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Atuk penya pengalaman melakar cipta dengan tajuk sajaknya KEJUTKAN ternyata cerita pengucapannya bagai ingin mengingatkan kita saat kematian yang datang tanpa diundang.Dan patut bersedia , jangan buang masa. Ingatlah mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Justeru itu berwaspadalah hidup di dunia ini sebagai tempat persingahan sementara, yang kekal dan abadi kembali di sisiNya. Amin. Layak untuk ke sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Jamburi Yusofo jawanis ni? Dengan sajaknya HANDPHONE, pada mula agak menarik juga, Walaupun cerita biasa, kami cuba membantu, tetapi ternyata ada beberapa orang lagi yang sajak mereka lebeh mengancam dan mantap dalam pengucapannya dari mesej yang anda ingin sampaikan. Harap maaf usaha lagi lain kali, Terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Bumi Hijau dengan sajak MAHARAJA LAWAK membicarakan tentang sayembara raja lawat astro mencari dan mencungkel bakat baru dunia lawak di persada tanah air kita lewat kebelakangan ini. Ayat amat terserlah setakat ini lawak yang ada mesej Nabil dengan lu fikirlah sendiri. Apa pun syabas rajin kau tulis sajak pasal raja lawak pula, kerana

    BalasPadam