Selasa, 26 April 2011

KUPU-KUPU



sajak pilihan ahli Cr.

Bagaimana mahu
gambarkan perasaan ini
perasaan kupu-kupu dalam perut.
Sesungguhnya hati sudah terpaut
tapi takut-takut
Boleh terimakah alasan ini
jika boleh mahu
terang-terangan tapi maaf
ada serangga kecil cantik
bersayap sedang berterbangan
Oh jika begitu mari
saya tendang perut awak
jawabmu barangkali
mungkin tercelaru

Okeh: Madah Pujangga
20.2.2010 sungai petani/2010 Julai 3 10:00
Diterbitkan semula 27hb April. 2011




50 ulasan:

  1. Ulasan: Oleh Viger

    Maaf ulasan dahulu mungkin hilang!
    Kebetulan sajak ini tidak diberi ulasan sebelum ini agaknya.
    Pada tangkapan saya sajak jiwa-jiwa nampaknya ini? Kerana ada
    kupu-kupu dalam perut bukan dalam hati, pelik juga ? Apa punya
    pembayang dan maksud? Atau kau sendiri susun ayat tongang
    langang nampaknya. Siapa pula datang nak tendang perut?
    Dan siapa pula yang celaru? Apakah mesejnya? Tak tahu. kau main hentam saja? Kena menulis selalu, baca sajak orang lain yang lebih berjaya, Semoga berjaya.

    BalasPadam
  2. 3.'YB Lompat' mula kepanasan
    A. Nuri (seorang pengampu kuat Guang Eng pro DAP penulis dlm Bultten Pulau Mutiara )

    Politik Malaysia dijangka akan bertambah panas berikutan kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup bukti bahawa ahli parlimen yang melompat disogok RM 2 juta dan ganjaran saham bernilai jutaan ringgit sebagai 'saguhati' kerana sudi menjadi wakil rakyat 'bebas'.

    Semalam YB Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Hashim melenting tak pasal-pasal dengan berkata akan menyaman DSAI jika namanya dikaitkan dengan mereka yang menerima habuan seperti yang dimaksudkan.

    Mengapa Zahrain nak melenting dan mengelabah tak tentu pasal? Pepatah Melayu ada mengatakan siapa makan cili dia terasa pedasnya.

    Kegelabahannya sekaligus seperti mengesahkan bahawa beliau antara mereka yang mendapat habuan. Jika Zahrain tak makan rasuah beliau tak perlu takut dan mengelabah.

    Dia sepatutnya maklum akan hal itu. Jika pendedahan itu nanti tak berasas atau fitnah, dia mempunyai pelbagai saluran sama ada mahkamah atau boleh menggunakan media yang dianggap penipu dan pengampu sebelum ini.

    Nafikan secara terbuka sebagai anak jantan dengan bukti dan fakta bukan merapu tak tentu hala.

    Saya yakin pendedahan DSAI sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bakal menjadi pukulan maut kepada Umn0-BN.

    Cuma saya berharap pendedahan ini nanti disertakan bukti dan maklumat sahih bukannya maklumat sipi-sipi yang akan menyebabkan rakyat kurang percaya dan hilang keyakinan.

    Kita tunggu apa respon SPRM dan pihak polis. Jika semua ini menjadi kenyataan maka rakyat Malaysia dijangka akan berhadapan lagi dengan pilihan raya kecil parlimen dalam tempoh terdekat.

    Pastinya ia sesuatu yang menjadi fobia kepada Umno-BN dalam pergolakan dan krisis yang melanda mereka sekarang.

    at 5/29/2010 09:26:00 PM 0 comments Links to this post

    KOMENTAR:
    Siapa yg temberang 16 september 30 orang YB keluar BN? Siapa yang ambil kerusi DAP batu lintang?
    dan kawasan Iban untuk PKR menang?
    jika semua bungkus! Nasib baik ada pokok dendalu Iban dan China PKR boleh hidup...

    BalasPadam
  3. BILA DI MAKI ORANG

    pernah tak bila kau dimaki orang,
    kau sudah tidak mampu
    untuk berbuat apa2,
    kau senyum sahaja
    terbayangkan di suatu hari nanti
    bila si mulut cacar itu
    terpaksa menelan semula bahasanya?
    betapa indahnya
    bila hari kebenaran terbongkar.

    Bob Kuli
    sajak menahan kemarahan

    BalasPadam
  4. CERMIN SAKTI SENDIRI

    Cermin sakti menilai diri
    tiba-tiba ku hentakkan dengan emosi
    retak sebuah nasib
    berkecai rontok harapan
    bertaburan di atas karpet kehidupan
    menikam sebuah perjalanan
    tercalar luka potret kemanusiaan.
    sebuah cermin sendiri
    ilusinya hayatdalam kabus imaginasi
    berlari sebuah cita-cita
    menggapai langit dan pelangi.
    menjadi hikayat zaman
    sejarah terselindung sebalik takdir
    realiti disumpah mimpi
    bumi gersang tanpa kasih sayang.
    cermin diukir memori
    berkecai meninggalkan bingkai
    di dinding biru resah.

    Simsalabin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. BAHASA ROJAK

    bahasa apa kamu guna
    aku tak mengerti habis campur aduk
    sama dicincang ditumbuk sesuka hati
    jadi rojak kadang-kadang manis
    kadang-kadang masam
    buat jiwa tiada tenteram
    rumpun mana kamu lahir
    ibu pertiwi melayu sejagat
    bukan rumpun buluh betung
    atau rumpun berhidung mancung
    kita rumpun beradat
    mengapa biarkan ia ternoda
    mengapa campur bahasa kita
    bahasa tetap jiwa bangsa
    usah campur sesuka hati
    ayuh kembalikan jiwa suci itu
    moga anak kita nanti
    kembali ke puncak tinggi…

    Jeffry
    sajak buat orang yang suka mencampur bahasa

    BalasPadam
  6. AKADEMI FANTASI

    apa perlu menangis
    jika diundi keluar
    dari akademi fantasia
    tidak sempat glemer
    perlu juga menangis
    dah mencuba sembilan kali
    tambahan pula lagi
    ini kali terakhir
    tak sempat jadi bintang
    bintang pujaan kononnya
    tiada guna menangis
    jika semua hambar belaka
    lontaran suara sumbang
    pitching bersepah berterabur
    lirik tinggal separuh
    bintang malap harap gah pada gaya
    tapi kantoi pada suara
    menangislah sepuas hati
    tadahlah sampai tujuh baldi
    mana tahu ada yang sudi kalau ada…

    Badrolshah
    sajak buat akademi fantasia

    BalasPadam
  7. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    BILA DIMAKI ORANG sajak oleh Bob Kuli, kini sudah ada sadikit peningkatan. Tetapi masih mengetengahkan tema biasa dalam kehidupan seharian. Begitulah keadaan hidup kita. Kekadang kerana tekanan tugas yang membebankan. Kawalan perasaan gagal dilaksanakan, lalu mulut pun celupar mengeluarkan kata. Terutama orang bawahan yang menjadi mangsa. Ini amat biasa berlaku, Kecuali bila bos yang ada keimanan yang tidak suka bertanguh dengan urusan pekerjaan. Kerana bila kerja bertimbun. Ekok yang tak siap kian bertambah. Inilah punca ketua atau bos biasanya jadi gelabah. Orang bawah tersilap, mula rasa nak marah. Cuma andaian! Apa pun usaha lagi di lain kali kerana ada 4 buah sajak lagi yang lebih hebat dan mencabara kewibawaan sajak anda. Harap maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

    BalasPadam
  8. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Simsalabin yang bertajuk SEBUAH CERMIN SAKTI MENILAI DIRI, ada sadikit ubahan tajuk agar lebih puitis bunyinya. Apa-apa pun pengucapannya menarik dalam simbolik sebuah cermin sakti untuk menilai diri. Sebvenarnya, lewat kebelakangan ini orang jarang menilai diri dalam cermin, sedangkan hari-hari mereka melihat cermin malah puluhan tahun lamanya. Pernahkah mereka banyakngkan bila cermin jatuh, pecah dan berkecai. Pastinya segalanya akan musnah, beertikah lagi pada pada kita bila cermin tinggal bingkai,malah kaca yang ada menikam langkah kaki kita. Dimasa itu kita terasa kasih sayang dan harta benda amat berharga, tetapi kini semuanya diangap bagai mimpi dan bukan realiti. Sebainya cermin-cerminlah diri anda sudah tumbuh uban atau bekerdutkah muka? Cuma andain. Apa pun sajak anda layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  9. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    BAHASA ROJAK oleh sdra. Jaffry pengucapannya terlalu biasa kita dengar dimana sahaja dituturkan oleh melayu china dan India.lebih mengharu birukan keaadaan dan kefahaman bila kita berbahasa melayu di Inggeriskan dan Inggeris pula di melayukan. Begitu juga bahasa Arab di melayuwiyahkan lagi leteh memutar belitkan lidah yang telah banyak makan belacan.budu, cencaluk, umai, dan wadi atau pekasam. Apa pun belajarlah banyak bahasa kekadang baik juga untuk kita. Penceritaan sajak terlalu biasa, kerana ada persaingan hebat kali ini. Maaf sajak anda tentang masalah bahasa terpaksa digugurkan dalam sayermbara kali ini. Dan usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  10. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Badrolshah dengan sajak bertajuk: AKADEMIK FANTASI. Ternyata sdra Badroshah bagaikan Kehilangan ilham. Sebenarnya apa yang dikatakan si penulis ada kebenarnnya. Dan lagi lewat kebelakangan ini orang ramai tidak begitu menyakini juara pemilihannya. Kerana undi yang cuba menentukan nasib dan juara kemenangan mereka. Bukan pengadil atau para juri yang akan menentukannya.Apa-apa pun terpulang kepada hak dan peraturannya yang mahukan begitu, tetapi nilai pastinya kurang bermutu. Lihat saja AF lalu, juara si budak pulau pinang dan terangganu. Maaf hanya di sini saja sayembara anda . kini terpaksa berhenti (TK).

    BalasPadam
  11. bukan ada musuh pun dalam cerpen ni kenapa dorang dpt senjata?


    Ustaz Majusi

    BalasPadam
  12. cerpen ni msih misteri la xdpt tangkap la


    Muhamad Rabbi

    BalasPadam
  13. nampaknya cerpen ni ada kelainan sikit


    Bos Kacak

    BalasPadam
  14. ape jadi kt dua beradik ni nanti?

    Ustaz Saad

    BalasPadam
  15. ada musuh byk ke nk dtg siap dpt senjata lagi?


    mia safiyah

    BalasPadam
  16. pelik la cerpen ni kenapa dpt senjata


    Sharifah

    BalasPadam
  17. kenapa dpt senjata ada musuh nk dtg ke?


    Datuk Hasbi

    BalasPadam
  18. mcm cerpen pahlawan rom dulu2 plak cerpen ni


    Abang

    BalasPadam
  19. dpt semua kelangkapan plak? msti ada apa2 ni

    BalasPadam
  20. msti ada perang besar lps ni sbb dpt byk senjata


    Badrolshah

    BalasPadam
  21. eh! kupu2 ni berkenaan pasal apa?

    Lelangit Biru

    BalasPadam
  22. simbolik jgk sajak kupu2 ni


    Pendekar Waja

    BalasPadam
  23. langsung xphm sajak kupu2..


    Petualang Tiga

    BalasPadam
  24. mcm sajak memori lama je madah pujangga?


    Jalal Rafzee

    BalasPadam
  25. sajak agak ganas jgk madah pujangga ni


    Nurse Lisa

    BalasPadam
  26. ni msti sajak masa muda2 dulu ni


    Latif Bomba

    BalasPadam
  27. x brapa phm la dua2 sajak ni



    Puteri Bunian

    BalasPadam
  28. eh! sajak jiwa2 nampaknya dua2 sajak kali ni


    dam Catur

    BalasPadam
  29. makin lama makin seronok plak cerpen ni


    Olie Pajutdy

    BalasPadam
  30. cerpen en nuri semua unik2 belaka la


    Nur Atikah

    BalasPadam
  31. en nuri pandai tarik pembaca bila tgk msti nak bca sampai habis


    Supain Sipaun

    BalasPadam
  32. apa la agaknya rintangan yg akan dilalui nnt


    Halilintar

    BalasPadam
  33. alamak! sajak smua jiwa2 la...


    Jamil Hisyam

    BalasPadam
  34. apelah sajak jiwa2 jgk yg ahli ni buat

    Atan Yahoo

    BalasPadam
  35. cerpen ni mcm habil dan qabil ke??

    Simsalabin

    BalasPadam
  36. rsanya mula2 dorang baik lama2 msti dengki mendengki

    BalasPadam
  37. dapat senjata pun nak sronok? bgi aku langsung x best


    Kembara Budiman

    BalasPadam
  38. kenapa x bagi duit je lagi best


    Hamba Allah

    BalasPadam
  39. dpt barang yg x best la plak dorang berdua ni


    Puteri Aisyah

    BalasPadam
  40. langsung xde guna barang dorang dpt tu


    Nahul Hidzar

    BalasPadam
  41. makin lama makin pelik la cerpen ni


    Capricorn

    BalasPadam
  42. en nuri mesti buat cerpen yg akhir sekali semua x diduga apa yg akan terjadi?


    En Sanusi

    BalasPadam
  43. dorang x dpt benda lain ke selain benda ni?

    Warga Emas

    BalasPadam