Rabu, 6 April 2011

JALAN LURUS



sajak pilihan ahli Cr.

Jalan ini lurus
tetapi jauh bagai tidak penghujung
entah dimana titik untuk kita henti
jalan ini pernah engkau lalui
ketika keretapi menipumu
membuat kita lama menunggu
jalan ini aku lalui semula
ketika sudah tidak ada kamu
yang tinggal hanya aku

 
Oleh: Yusri Nawab
sajak masa remaja dahulu/2010 Oktober 17 05:00
Sabtu, 16 Oktober 2010
diterbitkan semula 6hb/04/2011.






50 ulasan:

  1. 1 ulasan
    :Sabtu, 16 Oktober 2010

    Yusri Nawab dulu penyambut tetamu blog CR kini sebuk dengan kerja,
    kali ini sajaknya bertajuk Jalan lurus, sajak berunsur sembolik juga.

    Mungkin ada cerita yang tersurat dan tersirat pada pengucapannya.
    Kehidupan ini yang tidak tahu bila kita akan mati, sama juga dengan
    perjalanan yang titik tahu titiknya dimana, cumpada adapt ghalipnya kecil , muda, tua, mati. Tetapi dalam perjalanan ini , mungkin kawannya atau siapa saja yang terlebih dahulu meninggalkannya, kini si penulis Cuma tinggal bersendirian mengenang cerita hidup.Amin.semoga perjalanan sukses.

    Oleh Qalam Mutiara
    16 Oktober 2010 5:52 PM

    BalasPadam
  2. Senarai Peserta Kumpulan A selepas pemilihan..

    1 ustaz majusi
    2 ustaz muda
    3 hamba allah
    4 pahlawan melayu
    5 pak ngah but
    6 ustaz rahman
    7 simsalabim
    8 laila mellisa
    9 pak kassim
    10 syeikh iqbal
    11 harimau berantai
    12 mak mah
    13 hadi hamzah
    14 lebai noh
    15 raja muda
    16 seri suri

    BalasPadam
  3. eh! atikah bagi ni senarai pusingan pertama ker?

    BalasPadam
  4. semua muka baru2 nampaknya senarai yg dikeluarkan atikah kali ni

    BalasPadam
  5. eh! simsalabin tu sapa???? mcm knal jer...

    BalasPadam
  6. wah! sahabat ana masuk juga senarai ana xthu mcm mana nnt

    BalasPadam
  7. ada 2 ustaz la yg dapat kali ni

    BalasPadam
  8. hamba allah dpt msuk? wah! ada jgk wakil pek gad

    BalasPadam
  9. pahlawan melayu,simsalabin,laila mellisa,syeikh iqbal dgn lebai noh je org baru yg lain muka yg sama

    BalasPadam
  10. nampaknya kali ni tetap muka2 lama jgk yg dapat sayembara

    BalasPadam
  11. ni la peserta yg bakal dapat TV nnt

    BalasPadam
  12. kumpulan A 16 org??? ni ada berapa kumpulan?

    BalasPadam
  13. nama aku pun ada jgk! wah! terima ksih

    BalasPadam
  14. 16 org ni kumpulan A??? kena lawan lagi ker?

    BalasPadam
  15. nampaknya ada jgk pendatang baru dalam kumpulan A

    BalasPadam
  16. simsalabin kena bagi perhatian sbb dia setakat ni x kalah lagi...

    BalasPadam
  17. eh! simsalabin je aku nampak muka baru yg lain smua lama

    BalasPadam
  18. rasanya persaingan kumpulan A x sengit kot? org pandai2 xde

    BalasPadam
  19. sajak ketuhanan ke jalan lurus ni?

    BalasPadam
  20. sjak sy rupanya kali ni x perasan plak?? hahaha terima kasih en nuri

    BalasPadam
  21. sajak mcm mat rempit je jalan lurus

    BalasPadam
  22. mcm lagu plak jalan lurus jgn belok2...

    BalasPadam
  23. menarik jgk sajak yusri nawab ni

    BalasPadam
  24. sajak jiwa2 ke yusri nawab ni?

    BalasPadam
  25. sajak ketuhanan ke jiwa2??

    BalasPadam
  26. simbolik jgk sajak yusri ni

    BalasPadam
  27. yusri nawab dan yusmanira dua2 nama pena en nuri ni

    BalasPadam
  28. sajak ketuhanan ke ni?

    BalasPadam
  29. sajak yusri nawab plak lps ni sapa?

    BalasPadam
  30. yursi nawab x pilih org lagi ke lps dia sapa?

    BalasPadam
  31. sajak yusri nawab ni agak simbolik jgk

    BalasPadam
  32. ada 16 org je ke???

    BalasPadam
  33. barapa kumpulan semua sekali atikah??

    BalasPadam
  34. eh! kenapa bukan jalal yg umum kenapa atikah?

    BalasPadam
  35. 1 kumpulan ada 16 org ke?

    BalasPadam
  36. 16 org ni nk kena berentap lagi ker?

    BalasPadam
  37. kumpulan A smua ahli x terkenal la...

    BalasPadam
  38. agaknya sapa la yg terpilih antara 16 org ni?

    BalasPadam
  39. nampaknya xde persaingan sgt kumpulan A sbb org pandai2 xde pun

    BalasPadam
  40. x sabar nk tunggu pusingan kedua kumpulan A sbb smua org x terkenal

    BalasPadam
  41. agaknya dalam 16 org ni sapa yg dpt Tv

    BalasPadam
  42. RAJA DUIT

    heboh satu malaya
    kamu rupanya kaya
    miliki apa sahaja
    punya duit berjuta
    kamu rupanya raja
    sudah sekian lama
    semua diamkan sahaja
    tiada berani bersuara
    takut hilang kuasa
    takut bercerai nyawa
    korupsi bermaharajalela
    diam seribu bahasa
    apa mahu cerita
    tembolok terisi sentiasa
    hai raja amanah suci tenoda
    nafsu sudah beraja
    lupa dosa pahala
    sepandai-pandai lompatnya
    jatuh ke tanah jua
    pekung sudah terbuka
    hukuman sudah sedia
    terimalah seadanya padan muka…

    Mahligai Syahdu
    sy perempuan nnt takut qalam tersilap plak sajak sindiran simbolik

    BalasPadam
  43. SKANDAL

    hai raja skandal
    jangan buat pasal
    cipta segala perihal
    bila nak datang sesal
    nak cari publisiti murahan
    ambil pelacur atasan
    dalam video mulut penuh senyuman
    bila di kesan
    gelabah macam kena sawan
    tak mengaku di yang langgan
    jaga-jaga sikit
    wahai kaki pembelit
    nanti mati kau terhimpit
    sudah la cakap jangan terbelit
    hiduplah dengan nyata
    usah berpura-pura
    jaga tutur kata
    usah cepat terleka
    maruah harus diutama
    mahu cari bahagia
    guna akal sebaiknya
    pandang ke atas sana
    jenguk ke bawah juga
    lihat kamu di mana jaga-jaga…

    Pak Awang
    sajak buat si sesumpah tak boleh sebut nama nnt kena saman plak

    BalasPadam
  44. MANUSIA BOGEL

    Rasa menyusup pejal
    dari belebas batin,
    tiba-tiba menyelongkar
    hebat isi-isi dunia,
    dari patah ngeri pada saat jatuh,
    takut bertaut kukuh getaran padu.
    Ketakutan asas
    naluri makhluk lemah,
    di atas satu kekuasaan
    ia menunduk malu,
    buih-buih insaf rapuh bakal hancur,
    terbebas sedikit ke atas dingin.
    Manusia pernah lahir bogel dulu,
    kini hidup mengejar duniawi ilusi.

    Hamblun Minanar
    sajak simbolik

    BalasPadam
  45. AMARAH GURU

    ya allah apa sudah jadi
    habis tercalar profesional
    syaitan apa menghasut
    turut rasa hati ikut kata nafsu
    amarah tiada dikekang
    amukan luar biasa
    hilang sifat manusia
    amanah dipegang terlerai
    terlucut jadi debu
    hilang dibawa celaka
    kini tubuh kecil sudah kaku
    tiada lagi gantinya
    tubuh kecil tanpa dosa
    sudah dijemput tuhan
    tiada guna menangis
    tiada guna menyesal
    kamu lebih arif kamu kan guru
    didiklah sebaiknya bukan menghukum…

    Nahul Hidzar
    sajak buat guru yg memukul pelajar hingga maut

    BalasPadam
  46. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Mahligai Syahdu Mahsuri sah orang tahu perempuan . Mahligai Syadu dengan sajaknya bertajuk RAJA DUIT. Biasanya tuhan hendak menjatuhkan sesaorang itu dengan menarik Rasa tidak malu. Dia akan melakukan apa saja. Contoh tauladan yang amat hebat teori ini Lihat filem-filem tamil atau hidustani. Biasanya Menteri atau YB dialah samseng dialah Kepala segala kejahatan. Dia berpura-pura bela orang miskin dialah juga mengaut keuntungan Harta kerajaan. Faham-faham sajalah. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Pak Awang bertajuk SKANDAL orang serawak elok renung betul-betul, biar lebih matang, jika ingin meneruskan pembagunan yang ingin berterusan pilih saja barisan. Jika ingin pembangunan terus terbantut, pilih sajalah kisah panglima ketot. Kebijaksaan pangila ketot bukan untuk membangunakan negara tetapi menjahanamkan masa depan dan maruah negara.)Tiap pemimpin akan disoal kepimpinan kamu, termasuk yang menyokong pemimpin yang dipilih, jika mengujudkan kerja mungkar kita juga dapat sepanggu. Katanya: kenapa di dunia dulu kamu pilih aku sebagai pemimpin kamu? Kini terimalah habuannya berjalan kepala kebawah kaki ke atas. Layak sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Manusia bogel sajak Hamblum Minanar mengambarkan penceritaan yang sinis dan sembolik untuk mendedahkan kerangkusan manusia yang asalnya lahir berbogel bila besar dan dewasa turut ingin membogelkan juga dirinya tanpa segan dan silu melakukan apa yang mungkar dan berpura berlagak makrup. Malah bila berkuasa punya kekayaan dia akan melenyapkan rasa malu dan harga diri. Tiada lagi kemaafan melakukan apa saja demi mengikut hawa nafsu yang tidak bertepi. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Nahul Hidzar sajaknya AMARAH GURU cuba membangkitkan rasa ketidak kepuasan cerita guru yang kebarangkalian ada tekan jiwa agaknya. Dan saya yakin kebarangkalian guru kelas
    Bimbingan kanak-kanak ini, lebih dikhuatiri kelas persendirian. Guru yang tidak ada asas ilmu pendidikan awal kanak-kanak akan kurang peka, dan mungkin boleh bertindak luar biasa. Di Perlis juga baru sajak berlaku dan sebaliknya murid tingkatan 4 tumbuk cikgu patah tulang hidung’ Siapa yang perlu dipersalahkan? Apa-apa pun boleh berlaku jika perasaan yang panas tidak dapat dikawal syaitan mencelah apa saja boleh berlaku. Terlalu lumrah dan biasa. Maaf ada persaingan hebat dari sajak terdahulu , sajak anda terpaksa terkeluar (TK)

    BalasPadam
  50. Maaf sajak Suara Pulau lama dah kerim
    agak sensitif makan di masuk sajak dalam sajak

    Nak tahu thurrr! Tenguk filem anak mamy the move.


    Malaun ini sama dengan perangai penyamaun kerja kena dapat dekat dia sajak. kekadang dia buat salah
    orang lain jadi mangsa pula.Dia
    terlepas bebas.

    Makguk ini sama dengan tukat ikut, kalau ketua kata limau itu orenge dia percaya seratus peratus tanpa bantah

    BalasPadam