Ahad, 3 April 2011

JADILAH SEORANG ULUL AL BAB




Jadikanlah dirimu dahagakan  ilmu
seperti mana kita dahagakan air minuman
jadikanlah dirimu seperti mana lemabah
bukannya  gunung yang tidak dapat pun
menakungkan air hujan yang jatuh.


Carilah ilmu itu sebanyak mungkin
kerana ilmu yang bertambah itu
sama seperti minuman tidak pernah
menghilangkan dahaga sesaorang kamu,
jadi carilah dan minumlah semahunya.


Jadilah dirimu manusia ulul albab
dengan kuat berkerja dan berjaga malam
bukan sekadar bercakap tidak bermenasabah
kerana seorang ahli fikir itu juga diberi pahala
untuk diangkat Allah akan mertabatnya.


Oleh : Nurimanja,
Catatan malam hari sebelum tidur,
tarikh: 03/04/2011 teluk kumbar, Penang.





50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGARA NEPAL
    BERTAJUK: MAHARAJA NEPAL DENGAN BURUNG BUL-BUL DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA, DAN DITAIP SEMULA DENGAN KERAJINAN OLEH: QALAM & TINTA AZIMAT DAN
    ----------------------------------------------------------------------
    Siri Ke tiga. (Akhir)

    SETELAH beberapa lama burung bul-bul ciptaan maharaja Jepun itu mengalami kerosakan. Bunyinya sudah tidak semerdu dahulu lagi. Kekadang bunyinya terasa amat menyakitkan telinga dan memanaskan hati, beberapa kali anak maharaja Nepal itu mahu menghempokkannya.

    Baginda telah memanggil beberapa orang bijak pandai untuk memperbaiki jendera pengerak di dalamnya telah mengalami kerosakan menyebabkan fongsi bunyi tidak setabil lagi. Malah tidak ada seorang pun rakyatnya yang dapat memperbaiki burung bulbul ciptaan rakyat Jepun itu.

    Bagind Wee anak maharaja Nepal itu amat kecewa dan sedeh sehingga baginda membawa gering .Bendahara di raja menjadi cemas melihatnya , lalu mereka berkumpul mengadapnya bersama dengan beberapa orang pembesar di istananya.

    Tetiba banginda maharaja Wee memerentahkan mereka mencari kembali burung bulbul asal yang terbang hilang membawa diri ke hutan belantara itu “Carikan benda burung bulbul asal dahulu, beta terlalu merindui bunyi suara burung bulbul itu,”

    Semua pembesar hulubalang dan bala tenteranya dan orang ramai bersama rakyat jelata segera pergi mencari burung bulbul itu diseluruh perusuk negeri hingga ke sempadan india dan china, tetapi gagal menemuinya. Mereka pulang dengan kesedehan Baginda nampaknya kian tenat sehingga tidak lalu lagi bersantap dan berseram, ingatannya hanya pada burung bulbul itu.

    Malah baginda bagai diserang penyakit kerinduan yang kuat kepada burung bulbul itu, malah mulutnya sentiasa saja menyebut –nyebut nama burung bulbul itu.

    Sutu malam sedang baginda menyebut dan memanggil0manggil nama burung bulbul itu, tetiba kedegaran sayup-sayup bunyi suara burung bulbul itu,datang dari sudut jendela tempat peraduan banginda mahara Wee itu.

    Setelah bangin Wee membuka mata ternyata burung bulbul itu telah pulang ke istana banginda dan hinggap di tepi katilnya , sambil berbunyi dan mengeluarkan bersuaranya yang merdu itu .

    Baginda anak maharaja Wu itu amat gembira, terasa kerinduannya telah terubat. Dia kembali sembuh daripada kegeringannya selama ini.


    Para pembesar dan bendahara di raja bersama rakyat jelata pun turut bergembira. Baginda Wee telah mengadakan jamuat rakyat kerana sempena kembalinya burung bulbul nya itu sebagai mengenangan jasa mereka membantu baginda mencari burung bulbul kesayangannya yang hilang itu, kini kembali semula ke istananya..

    SELESAI 03/04/2011.

    BalasPadam
  2. RM108 bilion lesap setiap tahun

    Oleh THOMAS CHONG
    pengarang@utusan.com.my (sedutan akhbar UM)

    PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.

    Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.

    Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

    "Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
    "Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.

    "Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

    KOMENTAR:

    PATUTLAH pada suatu ketika dahulu zaman Tun Dr M diarahkan pengawai kastam dibenarkan bawa wang belanja makan sepuluh ringgit ke atas sahaja. Bukan kastam saja Najib kena lihat Pegawai Perikanan dan Meretin kena jenguk sama. Di Kerian dan Juru Pulau Pinang mereka semua nampak bergaya tak padan dengan gaji lihat taman seri kurau. Ada anak mereka nak mengucap pun tak boleh sampai nak menangis. Makan duit apa ini? Bahaya..

    BalasPadam
  3. ulul abab ni apa?

    BalasPadam
  4. ulul abab ni apa? ahmad albab thu la

    BalasPadam
  5. ulul abab ni sapa?

    BalasPadam
  6. ulul abab ni bahasa arab ker?

    BalasPadam
  7. ulul abab ni bermaksud apa? pening jgk tajuk ni

    BalasPadam
  8. ulul albab??? ulul azmi pnh la dgr

    BalasPadam
  9. ulul abab ni nama pemerintah zaman arab ker?

    BalasPadam
  10. sajak pasal ilmu tp tajuk ulul albab???

    BalasPadam
  11. ulul albab? albab ni klu x salah dalam p ramlee ada main.. bermksud pintu

    BalasPadam
  12. kena tanya ustaz la apa mksud ulul albab

    BalasPadam
  13. kalau ulul azmi pnh la dgr ni ulul albab apa plak?

    BalasPadam
  14. jepun pandai cipta barang2 yg palsu ni

    BalasPadam
  15. jepun mmg pandai mencipta sesuatu barang ni

    BalasPadam
  16. otak jepun mmg kretif siap cipta burung tiruan

    BalasPadam
  17. jepun ni semua bnda dia cipta hebat2

    BalasPadam
  18. jepun mmg hebat dalam mencipta sesuatu barang

    BalasPadam
  19. padan muka raja tu masa ada burung tiruan dia lupa yg asli

    BalasPadam
  20. skrg bru nak tercari2 burung asli semula

    BalasPadam
  21. padan muka raja tu ingat burung tiruan boleh gantikan yg asli?

    BalasPadam
  22. kenapa la burung tu dtg balk?

    BalasPadam
  23. klu aku jd burung tu mmg aku xkn dtg balik

    BalasPadam
  24. bgus pnya burung siap dtg balik plak?

    BalasPadam
  25. syg btol burung tu kat raja wee tu

    BalasPadam
  26. walaupun raja tu buang dia burung tu tetap sayang jgk kat raja wee

    BalasPadam
  27. eh! bagus btol burung tu dia x lupa kat tuan dia

    BalasPadam
  28. jinak jgk burung tu

    BalasPadam
  29. cerdik la burung tu thu plak dtg balik?

    BalasPadam
  30. mcm thu2 je raja tu rindu kat dia terus dia dtg balik?

    BalasPadam
  31. 108 billioan lesap mcm tu jer?

    BalasPadam
  32. wah! byk jgk duit yg lesap tu

    BalasPadam
  33. kerja sapa la yg songlap duit pnya byk tu

    BalasPadam
  34. ni msti keja org dalam ni sbb byk sgt hilang duit

    BalasPadam
  35. teruk la krja x amanah!

    BalasPadam
  36. byk gila dorg ambik! mmg tamak la

    BalasPadam
  37. byk tu sampai billion plak!

    BalasPadam
  38. wah! smua duit main juta2 jer...

    BalasPadam
  39. hilang ke mana smua duit berbillion tu?

    BalasPadam
  40. eh! teruk kerja x manah smua duit lesap!

    BalasPadam
  41. sapa la dalang dalam mencuri duit ni?

    BalasPadam
  42. BATU MENANGIS

    Batu itu berwarna putih
    Terungkap sebaris nama
    Dahulunya megah
    Berkiblatkan pangkat dan kuasa
    Namun batu itu ku lihat menangis
    Dirinya terasa usang
    Susuk tubuh longlai berlalu
    Enggan singgah menyapa
    Enggan mengusap pundaknya
    Tiada alunan fatihah bergema
    Batu itu terus menangis
    Tanahnya kontang lalang meninggi
    Menelan kewujudannya
    Nama terpalit dijamah usia
    Hilang sudah segalanya
    Batu itu tetap menangis
    Diratapi nasib penghuni
    Dipandangnya ke bawah
    Sekujur insan terpalit seribu luka
    Jawapan setiap angkara
    Batu itu berhenti menangis

    Pak Kassim
    ketika melawat pusara tok teh dan memerhati di sekelilingnya

    BalasPadam
  43. SUBUH API

    Ke mana kan kucari hening
    Percuma saja kaki kadang longlai
    Kadang lurus bagai pesawat kuat
    Embun subuhku tak lagi
    dititisan suci
    Dia menjelma kibaran api
    Di hujung takbirku
    Angkasaku menjadi tandus

    Pak osman ali
    sajak simbolik

    BalasPadam
  44. MELUKIS WAJAHMU

    Melukis wajahmu di dadaku
    Adalah mimpi merampas malamku
    Aku mengerti tak mampu melukis
    Dengan sisa titik tinta ini
    Tapi aku harus bagaimana
    Kerinduan selalu menggempurku
    Dari segala arah
    Sementara wajahmu menjadi rebutan
    Mataku jatuh seketika
    Alamku terbakar tanpa nyala
    Tintaku mengering tak tersisa
    Aku harus bagaimana
    Akhirnya aku hanya bisa
    Mencemburuimu dengan sepi ini


    Leonard Abdullah
    sajak tentang kesetian

    BalasPadam
  45. HANYUT DI MIMPI SEMENTARA

    Tanpa Engkau aku buta
    hanyut di dalam mimpi sementara.
    Selamatkan aku
    wahai Maha Penyayang,
    Biarkanlah aku membuka mata,
    Memandang wajahMu bercahaya,
    Apabila aku terjaga
    suatu hari nanti.
    Jangan biarkan aku hanyut,
    Di dalam mimpi sementara.

    Syeikh Iqbal
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  46. menarik cerpen ni sambung sikit lagi

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak Harimau Berantai dengan Pak Kassim pembicaraannya agak berbeza , walaupun penceritaannya bagai bersahaja, namun ada nesej dan sendiran tajam untuk kita sesama merenunginya. Sajak MOYET membicarakan anak hingus sudah pandaian berasmara. Dan sajak BATU MENANGIS kisah keangkuhan seorang pada masa hidupanya, kini cuma tinggal sepi pusaranya di penuhi lalang : Kedua sajak ini layak dicalunkan seterusnya (SM)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Pak Osman Ali dengan sajak SUBUH API pengucapannya memang puitis dan menarik, sayangnya agak sukar kami menangkap cerita pada tiap bait-baitnya, bagaimana mungkin kami boleh menterjemah maananya sekali gus gagal pula untuk mencari maksud isi cerita atau mesej keseluruhan yang hendak atau ingin si penulis sampaikan. Ataupun sajak ini terlalu shot cut, barangkali ingin merengkaskan sebaik mungkin sehingga melarikan isi penyampaian ceritanya. Maaf terpaksa terkeluar (TK)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Sajak MELUKIS WAJAHMU oleh Leonard Abdullah membicarakan tentang kerinduan yang mencengkam tentang kesetiaan yang mungkin jarang berjumpa menjadi timbul keraguan dan kecurigaan yang berbagai dalam andaian hati seorang anak muda kebarangkalian. Ini termasuk dalam kategori jiwa-jiwa orang muda punya biasa. Sajak agak menarik pengucapannya dan ada rasa puitis, kerana dua orang sajak untuk dipilih mesej yang anda bawa adalah terlalu biasa.walaun ada kemampuan menulis penuh kreatif. Maaf cuba lagi lain kali. Terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Syeukh Iqbal dengan sajak HANYUT DIMIMPI SEMENTARA membicarakan tentang dunia ini Cuma tumpangan atau pinjaman bagai mimpi buat sementara, hidup yang sadikit ini perlu dijaga , kerana tidur itu mati kecil, tetapi mati yang sebenar itulah, bagai tidur panjang yang bila tersedar dari mimpi yang terjaga, tidak akan kembali lagi. Cuma menunggu hari – hari perhitungan di yaumal mahsyar sahaja .layak dicalunkan seterusnya (SM)

    BalasPadam