Rabu, 6 April 2011

BUAIAN KITA DAN KENANGAN



sajak pilihan ahli Cr.

 Ingat tak masa tu?
kita sama-sama main buaian
kamu pilih buaian impian
aku tolak kamu kuat-kuat
sampai kamu menyentuh awan
kemudian kita sama-sama ketawa
bila kamu kembali padaku
bawa kepulan awan berbentuk hati
kemudian giliran aku kemudi buaian
kamu tolak aku guna satu jari ajaib
tinggi aku melayang
tinggi melepasi awan
kemudian bawa pulang semula padamu
kali ini ku bawa bintang harapan
kupetik khas untuk kamu
kemudian kita ketawa sama-sama lagi


Oleh: Nik Aziman
Kota Baru, Kelantan
15.4.2010, 2010 April 17 12:53
Diterbitkan semula tarikh; 07/04/2011.






50 ulasan:

  1. ULASAN: (telah hilang ulasan dulu)

    Betapa kuat fantasi nik aziman dan begitu tinggi lambang cinta yang
    ingin disampaikan untuk si dia, dan begitu juga sebaliknya. kini
    barangkali maseh bersama agaknya. sajak jiwa-jiwa kisah orang muda
    punya biasa, ibu bapa jangan kata apa, jagan jadi cinta moyet sahaja.
    depan penuh mesra, belakang gf lain pula kira bicara.


    Oleh Tinta Azimad

    BalasPadam
  2. Telur ayam tiruan di Pulau Pinang


    2011/04/06
    GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

    Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
    Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

    Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

    "Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

    Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

    Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

    "Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

    Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. - BERNAMA

    (Sedutan BH)

    BalasPadam
  3. Hamper setengah calun PKr penganggur
    tak pilih calun YB hentam keromo aje?

    Kata YB Zukkoflee Nordin Bandar baru;
    Tiga soalan Azizah berubah air muka.
    Tanya DNA, Jam omega, sumpah laknat?

    Paling PKR syok prns kempen tak boleh sentuh peribadi. kalau kena dekat BN sepuluh tahun canang tak
    habis dekat penyokong malaun dan maknguk... mereka. bilalah nak sedar.

    BalasPadam
  4. huh! calon PKR penganngur????

    BalasPadam
  5. biar btol xkn smua penyokong PKR pengangur

    BalasPadam
  6. eh! kenapa berubah muka tanya pasal 3 perkara tu?

    BalasPadam
  7. nampak sgt la anuar yg salah

    BalasPadam
  8. azizah berubah muka?? dia thu rasanya laki dia bersalah

    BalasPadam
  9. apa la azizah ni klu aku minta cerai je snang

    BalasPadam
  10. kenapa azizah msih nak bela si anuar tu?

    BalasPadam
  11. dia berubah muka la sbb dia thu laki dia salah

    BalasPadam
  12. kenapa berubah muka? dia thu kot laki dia salah

    BalasPadam
  13. kenapa azizah takut tanya 3 soalan tu?

    BalasPadam
  14. mcm dia tahu2 je laki dia bersalah?

    BalasPadam
  15. hanya 3 bnda anuar x berani mmg dh thu dia bersalah

    BalasPadam
  16. hanya 3 bnda je anuar takut nak buat trus smua org x sokong dia..

    BalasPadam
  17. itulah anuar kalau dah salah tu mengaku jer la...

    BalasPadam
  18. apesal dia x berani buat 3 benda tu???

    BalasPadam
  19. kalau 3 bnda dia x berani dah nampak sgt dia salah

    BalasPadam
  20. kat sini kita dah nampak yg anuar mmg bersalah!

    BalasPadam
  21. rasanya kalau anuar berani buat 3 bnda ni baru la ramai balik penyokong dia

    BalasPadam
  22. hanya 3 bnda dia x berani buat trus byk penyokong lagi

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  24. anuar ingat dia licik la tp 3 bnda dia x berani buat trus smua x ska dia

    BalasPadam
  25. nampaknya tembelanang dia dah pecah la skrg

    BalasPadam
  26. nampaknya aku xnk mkn telur la lps ni

    BalasPadam
  27. yg isu telur tu dia buat guna apa?

    BalasPadam
  28. telur ayam pun ada palsu??? mcm mana dorg buat kulit dia?

    BalasPadam
  29. otak manusia semakin kretif smua nk tiru

    BalasPadam
  30. hbis la semua bnda dah ada tiruan

    BalasPadam
  31. negeri lain xde ke hanya di penang ke?

    BalasPadam
  32. kenapa hanya ada di penang telur paslu ni?

    BalasPadam
  33. otak org penang ni licik jgk siap telur ayam palsu pun boleh buat?

    BalasPadam
  34. sapa la yg cipta telur palsu ni?

    BalasPadam
  35. eh! kenapa palsu lbih besar saiznya?

    BalasPadam
  36. lps ni bila pecah telur kena bau dulu

    BalasPadam
  37. nampaknya telur palsu pun ada kena berhati2 la

    BalasPadam
  38. msti org yg cipta tu ahli sains sbb guna semua kimia

    BalasPadam
  39. eh! boleh mati ke makan telur palsu?

    BalasPadam
  40. kalau makan palsu boleh menjejaskan kesihatan ker?

    BalasPadam
  41. lps ni nak beli telur kena periksa la

    BalasPadam
  42. aku selalu beli kat pulau tikus! tunggu nak check kjab

    BalasPadam
  43. RAJA COMPLAIN

    pantang sikit tercuit
    terus komplen
    pantang sikit tersilap
    komplen lagi
    pantang lebih sedikit
    komplen berjela
    pantang kurang sedikit
    komplen terus komplen
    suka cari pasal
    suka cari masalah
    semut di seberang nampak
    gajah depan mata
    buat muka selamba
    memang dah dasar
    si raja komplen
    silap sendiri
    diam sorok tangan
    silap orang
    canang serata negeri
    dasar haprak
    blah kau dari sini…

    Guest
    sajak simbolik

    BalasPadam
  44. AMBILAH PEDULI

    mengapa tiada yang peduli.
    apa yang berlaku pada dunia.
    sehingga dunia mula berkata kata.
    menegur perilaku kita.
    kita memahat wajah alam.
    kita mewarnakan pudar semalam.
    dengan cara kita sendiri.
    tanpa hiraukan aturan hakiki.
    dunia sarat mengendong masa.
    kita hebat mengejar semasa.
    dunia penat dan mahu pergi.
    kita belum bersedia lagi.
    usah salahkan alam.
    bila dunia menjadi suram.
    tanya pada diri sendiri.
    apa yang kita buat selama ini.

    Jeffry
    sajak simbolik

    BalasPadam
  45. HANTU JIN SETAN

    hantu tu jin dan setan
    menakutkan manusia waktu malam
    wajah mengerunkan
    suara mengerikan
    terketar badan bila mendengarnya
    walau begitu ia takut kalimah allah
    gentar pada keimanan seseorang
    oleh itu manusia
    jangan takut lagi
    kuatkan iman ia juga makhluk allah
    jangan tunduk kepadanya
    lawanlah hingga ia tumbang
    buktikan manusia bukan lemah
    buktikan! jangan takut hantu
    kerana hantu bukan la tuhan.....

    dam catur
    sajak seram

    BalasPadam
  46. MERANGKAK TERCARI-CARI

    di dalam kemodenan dunia ini..
    aku masih lagi merangkak..
    sedangkan semuanya berjalan pantas
    seiring dengan berjalannya masa...
    waktu seakan meninggalkan
    aku jauh ke belakang...
    aku seperti siput masih mencari
    cari kasut untuk di pakai...

    Pak Hussin
    sajak simbolik

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB SIRI APRIL 2011

    Sajak Guest dengan RAJA COMPLAIN terasa sajak ini ditujukan kepada sesaorang mungkin ketua,isteri atai ahli politik berbagai andaian boleh dikatakan. Sajak
    pengucapannya terlalu biasa sajak dalam kerenah kehidupan seharian kita, biasanya orang rumah tidak isteri atau suami yang kuat complain, kekadang jadi sang suami tidak mahu duduk di rumah,ketua pula buat anak buat naik meluat, kalau ahli politik satu penggal saja dia boleh jadi YB, jika salah orang dia nampak , salah diri sendiri sorok pula. Memang tidak lama akan berpisahlah, kalau ketua anak buah akan letak jawatan, kalau Yb negara boleh rosak binasa. Mesej baik cuma ada persaiangan dengan dua tiga sajak lain, menjadikan Hajjah Jamilah juga trsenker.Maaf sajak anda juga erkeluar (TK).

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB UNTUK SIRI APRIL 2011

    Sajak Sdra Jeffry kedai 2 gerai sapa ditepi masjid? Kedai non aktif sebelah petang saja, malam tutup sebelum maghrib saja ke? Din punya bebenian anak saudara Hassan Ali? Patut muka macam Hassan Ali . Din pun sakit? Mana penyokong pas ramai yang sakit kerana kecewa agaknya dengan orang yang diokong agaknya. Nak tarik balik sokongan malu.Kalau kira benar Jangan peduli itu semua. Tak perlu kita bersubahat. Mereka yang kenyang kita yang tak larat. Kasian , ramai oang macam Din dipermainkan Pas.akhir sekali hiup segan mati tak mahu…Sajak Anda skopnya luas pembaca dapat menangkapnya dengan mudah. Kenapa dunia sering menangis, gara-gara manusia sering membuat dosa tak terkendong dengan beban, lalu berlakulah bala bincana alam dikiremkan olh Allah. Sehingga waktu baca khutebah jumaat pun masih bersembang lagi, sia-sia pahala jumaat. Layak unuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB UNTUK SIRI APRIL 2011
    HANTU JIN STAN sajak Dam Catur membicarakan tentang keganasan makhluk yang benama hantu, jindan saitan ini, Dalam kehidupan manuia seharian sering diganggu bagi yang lemah ,sepatutnya manusia menjauhkan diri atau melawannya kerana mereka cuma makhluk bukannya tuhan, malah lemah dia dengan ayat-ayat Allah bila dibacakan.Buktikan jangan takut BgitulahPengucapannya yang kini terlalu banyak cerita seram dan hantu dipaparkan penulis filem.Ini cuma sekadar cerita biasa dari fenomena kehidupan masyarakat hari ini.dibayangi dengan ksiah-kisah tahayol,asyek dan menyeramkan.Agar tidak terkeluar aqidah, Maaf terpaksa terkeluar usaha lagi (TM)

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI BLOG CITRA RASA BUAT AHLI DAN PB UNTUK SIRI APRIL 2011

    Pak Hausin dengan sajaknya mrangkak tercari-cari, tajuknya juga agak suspen bagi pembaca, gaya pengucapannya menarik ada daya kreatifnya tersendiri. Pembicaraan cerita tntang rasa diri bagai ketinggalan zaman jauh daripada arus kemodenan. Apa tah lagi dizaman digital dan jalur lebar dunia tanpa sempadan. Pak Hussin ada kemampuan sama juga dengan Pak Osman Ali. Tapi kami gagal menangkap maksud sajaknya yang melabelkan sesuatu dengan daya kreatifnya tidak mengunakan pengcapan yang diterima umum sebagai cenonin (onoh siput semua orang tahu pergerakannya agak lambat dan pelahan. Tapi Subuh Api jarang dengar pencapannya. Apa pun sajak ini punya maksud trsendiri bila siput mencari sepasang kasut. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

    BalasPadam