Sabtu, 2 April 2011

ADA DENDALU MUSANG BERBULU AYAM



Buat renungan ketua di jabatan kerajaan


Jikalau terdapat manusia jenis begini
Ada dendalu dan musang berbulu ayam
Bekerja dengan pemerentah hati rasa benci
Segala kejayaan pasti tidak akan diperolehi.

Si dendalu tidak akan beri tumpuan
Musang berbulu ayam cari kesempatan
Bertugas bukan dengan hati yang ikhlas
Rezeki yang diterima merosakkan keluarga.

Bolehkah dendalu yang menompang
Menjadi bos dengan musang berbulu ayam?
Bekerja dalm jabatan tapi hati merengkam
kerana jiwa menyokong pihak pembangkang.


Oleh: Nurimanja,
Catantan  sewaktu bertugas dahulu,
Dua tiga tahun yang lalu. Buat beberapa orang  cikgi dan cikgu..
Sajak ini terselet dicelah helian muka surat dairy / tanggal 02/04/2011






50 ulasan:

  1. jemputan sayembara

    1 pak osman ali
    2 pak hussin
    3 makcik leha
    4 makcik senah
    5 pencari inspirasi
    6 hamblun minananr
    7 syed razalee
    8 panah arjuna
    9 syeikh IQBAL
    10 mahligai syahdu
    11 syeikh al habib
    12 simsalabin
    13 pengembara masa
    14 pejuang islam
    15 lebai noh
    16 orang lama
    17 seniman jalanan
    18 ismail harakam
    19 leonard abdullah
    20 hadi hamzah


    20 org ni xde sajak pun lagi diharap senarai nama 20 org ni buat satu sajak hntr kepada aku...

    BalasPadam
  2. KISAH BURUNG RISAU: (CERITA DI DALAM CERITA)

    Kononya pada zaman dahulu ada seorang saudagar yang berdagang mengunakan perahunya dari sebuah kampung ke sebuah kampung sepanjang sengai di negeri entah berantah. Saudagar ini telah kematian isterinya yang tercinta. Tetapi mempunyai seorang anak perempuan yang masih berumur Tujuh tahun.

    Kerana bapanya seorang saudagar berniaga hasil kraf tangan yang diambil dari sebuah kampung dan dijualnya pula ke sebuah kampung yang lain, dia cuma mendapat sadikit keuntungan. Dalam keadaan Begitu dia selalunya berbulan baru pulang semula ke rumahnya.

    Bila Saudagar ini pulang berbagai hadiah cendera hati telah dibeli dan di hadiahkan kepada anak kesayangannya ini. Cuma sadikit sahaja yang diberi kepada isteri keduanya itu. Menjadikan isterinya menjadi irihati.Dia bercadang untuk menyeksa anak tirinya ini.

    Pada satu hari sewaktu dia pergi belayar dengan perahu dagangannya. Peluang ini teklah diambil oleh ibu teri yang jahat ini. Dia telah memaksa anak tirinya ini membasuh kain merah menjadi kuning dan biru menjadi hijau. Jika idak bertukar diseksanya dengan memukul dan tidak diberi makan.

    Menangislah anak tirinya ini berminggu lamanya , sehingga dia berkata Risau! Risau! Apa bila dia melihat kain yang dicuci itu tidak juga bertukar warna. Menjadi merah dan hijau, Dia bertambah sedeh dan risau. Sambil menangis terus berkata Risau! Risau!!

    Akhirnya dengar setengah cerita dari orang kampung di negeri entah beratad, kanak-kanak perempuan itu hilang, tidak kelihatan lagi, Cuma tinggal kain basuhannya saja di tepi sungai itu.Ada yang berkata dia terbang menjadi bunrung.

    Apa yang lebih menarik lagi. Sewaktu saudagar itu belayar ada saekor burung yang terbang lalu hinggap di atas layar perahunya dan berbunyi Risau! Risau!! Bila saudagar iru menghalaunya dia tetap juga mengikuri perahu layar saudagar itu.dan hinggap dia tiang layar.

    Setelah saudagar itu pulang ke rumahnya. Isterinya menjadi pucat. Bila dia bertanya khabar tentang anak perempuannya. Isterinya berkata hialng beberapa minggu yang lalu, Orang kampung telah menceritakan kepada saudagar itu apa yang telah berlalu ke atas anak perempuanya..

    Dengan perasaan marah dia memukul isterinya dan menceraikannya dan menghantar pulang semula ke rumah ibu bapanya. Kini saudagar itu bertekat untuk mencari burung yang berbunyi risau itu. Di merata kampung dan pelusuk negeri.

    SEKIAN.

    Burung Berbunyi RISAU ini maseh ada saya pernah mendengarnya. Begitu juga dengan DIAM KAU TUAH! KERISKU ADA. Ini kisah lagenda agaknya. Dimana Bila Hang Tuah mencabar hang Jebat. Lalu Jebat berkata Diam kau Tuah, kerisku ada. (maksudnya keris tamin sari yang membuat Jebat kebal dan kuat ada ditangannya).

    INI Cuma donging rakyat di Malaysia. Kisah zaman dahulu kala. RASA TAK LOGIK JANGAN PERCAYA!
    Ctatan: Oleh: Nurimanja. 02/04/2011. Cerita di atas cerita.

    BalasPadam
  3. LUPAKAN SEGALA DI SURGA CINTA

    firasat hati menyatakan
    jangka hayatnya tidak lama.
    bila ia dibunuh maka gelap
    meliputi segenap hidup,
    lantas matilah aku.
    jadilah aku orang paling dungu.
    paling tidak berguna.
    tidak dapat aku menandingi dia.
    kerna aku kurang serba-serbi.
    aku lah si gila itu, si bodoh,
    seorang sudah terlambat.
    sudah tersilap langkah.
    ambil gitar ke sisi
    petikkan tali-talinya
    alunkan muzika indah
    lalu biarkan ia menyanyi
    mengikut alun senandung lagu cinta
    lupakan sejenak bingit dunia
    sesak-sesak kota rasakan sensasi damai di sini jangan ingat
    cerita duka mari aku kisah bahagia
    di sini di syurga kita


    Panah Arjuna
    sajak tentang keasyikan bercinta

    BalasPadam
  4. KEHENINGAN MALAM

    malam buat ku makin kelam
    sunyi itulah yang ku rasa
    persetankan rasa bisik hati kecilku
    disebalik diri ada diri lain
    kau tak tahu masa depanmu
    terdetik itu dalam mindaku
    bila saat itu tiba
    aku akan pergi jua
    jauh dan terus jauh
    sekali melangkah takkan
    berpaling ingat janjiku.

    Ku Dania
    sajak tentang perjanjian cinta

    BalasPadam
  5. KAU BERDUSTA?

    kelmarin tidur aku untuk seketika
    disinggahi kamu dalam mimpiku
    wajah kamu sugul
    seperti ada tak betul kenapa?
    kau berdusta! temani aku sentiasa
    kau tak akan berpatah arah
    kau akan setia selamanya
    oh! apa yang aku dustakan?
    ternyata kau hanya
    perlu aku ketika susah
    kau hanya perlu aku
    tika kau gelabah
    kau hanya perlu aku
    tika notamu terpaksa kau telaah
    oh! apakah ertinya bait-bait
    oh! sungguh aku tak mengerti
    ya! kau takkan mengerti
    selagi belum tibanya hari barumu
    tapi aku bisa merasakan kecurangan
    aku boleh merasakan patah arahmu
    kini telah tiba hari baru itu
    oh! kini segalanya telah aku tahu
    di kala lidah terkelu
    di kala hujungnya merasa sesuatu
    rasa tidak seperti selalu
    semuanya berpunca dari aku

    Tengku Anita
    sajak tak puas hati terhadap kwan

    BalasPadam
  6. AJAL KAMU DI SITU

    berapa umur kamu
    kamu lelaki ke wanita
    besarkah pangkat kamu
    apa perlu ditanya semua itu
    ketentuan tetap ketentuan
    mati pasti datang
    dalam kamu sedar
    dalam kamu lena
    dalam kamu sakit
    dalam kamu sihat
    tika dan waktu apa jua
    izrail tak pernah penat
    suruhan tuhan tetap diturut
    keadaan bersedia
    keadaan bergelumang dosa
    keadaan suka ria
    pasti tidakkan terlewat
    hatta satu saat
    tertulis sejak azali
    ajal kamu di situ

    Laila Mellisa
    sajak peringatan

    BalasPadam
  7. wah! ada 20 org jemputan ke?

    BalasPadam
  8. x sabar nak lawan dgn tukang sapu dan tukang cuci ni sbb tgk sajak dorg hebat2...

    BalasPadam
  9. nampaknya 20 org ni x terkenal semuanya... hehe

    BalasPadam
  10. 20 org je jemputan???

    BalasPadam
  11. kenapa sikit sgt jemputan tu?

    BalasPadam
  12. eh! xkn hanya 20 org je jemputan jalal?

    BalasPadam
  13. kenapa x ajak 30 org jemputan...

    BalasPadam
  14. rasanya ahli lama boleh singkirkan semua sekali 20 jemputan ni... hahhaha

    BalasPadam
  15. semua nama2 x terkenal la 20 jemputan ni

    BalasPadam
  16. eh! ana jadi jemputan ke?

    BalasPadam
  17. ana dgn syeikh habib ahli lama kenapa jd jemputan plak?

    BalasPadam
  18. jadi jemputan la plak aku kali ni tp x sabar nk lawan dgn adik aku sayembara

    BalasPadam
  19. eh! sayembara muzik x masuk ke?

    BalasPadam
  20. smua senarai 20 org kali ni x mengancam la.. hehe

    BalasPadam
  21. wah! ada pertarungan ahli lama lawan baru plak!

    BalasPadam
  22. mcm mana nak tahu kita ahli lama ke baru?

    BalasPadam
  23. pening plak sayembara kali ni

    BalasPadam
  24. sayembara kali ni bukan ahli lama lawan ahli bru tp sayembara mcm biasa sbb aku pun pening yg nama ahli lama yg mana ahli bru

    BalasPadam
  25. sapa plak pemenang kali ni

    BalasPadam
  26. kenapa la asyik org tua je menang sayembara mana org muda ni???

    BalasPadam
  27. nmpknya sayembara kali ni mngkin didominasi org tua lagi agaknya

    BalasPadam
  28. rupanya burung risau ni manusia dulu kala

    BalasPadam
  29. mcm mana dia boleh jd burung?

    BalasPadam
  30. dia kena sumpah jd burung ker?

    BalasPadam
  31. kenapa dia jadi burung plak?

    BalasPadam
  32. sapa sumpah dia jadi burung?

    BalasPadam
  33. eh! kenapa sumpah jd burung tp thu sebut risau/

    BalasPadam
  34. sapa yg sumpah dia jadi burung mak tiri dia ke?

    BalasPadam
  35. apa kena mengena cerita ni dgn burung risau?

    BalasPadam
  36. mcm cerita bawang putih bawang merah je cuma dia jadi burung

    BalasPadam
  37. eh! dia sebut risau sbb baju dia bertkukar warna ker?

    BalasPadam
  38. mcm mana baju tu boleh bertukar warna?

    BalasPadam
  39. baju tu bertukar warna sbb apa?

    BalasPadam
  40. pelik baju tu bertukar warna sbb apa?

    BalasPadam
  41. risau plak sebutan dia?

    BalasPadam
  42. kenapa dia tahu sebut risau jer?

    BalasPadam
  43. hanya perkataan risau je dia sebut?

    BalasPadam
  44. kenapa perkataan lain dia x bolehs sebut?

    BalasPadam
  45. ingatkan burung tu jelmaan

    BalasPadam
  46. eh! cerita dongeng ke benar ni?

    BalasPadam
  47. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Panah Arjuna dengan Sajaknya LUPAKAN SEGALA DI SYURGA CINTA mennceritakan betapa dia menilai kisah cintyanya bagai cerita di syurga gila, kerana dalam keasyikan bercinta lupa segala, bila cinta putus atau sudah mati, semuanya terasa semacam kebodohan
    Pula yang menimpa. Ada baiknya mengambil gitar bermain muzik untuk menghiburkan hati
    ada baik lagi bermain lagu-lagu puisi dengan merenung keindahan alam ciptaan tuhan . kerana sajak jiwa-jiwa terlalu banyak bagai kisah biasa maka Maaf sajak anda terpaksa (TK)

    BalasPadam
  48. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Ku Dania dengan sajaknya KEHILANGAN MALAM , tajuk sudah mengancam, tetapi penceritaanya adalah terlalu biasa kisah cinta dan jiwa-jiwa. Orang muda punya biasa dalam dunia janji dan percintaanya. Apa-apa ada kemampuan . harap kemukakan thema yang lain dari yang lain atau pun lebih menarik lagi. Selain dari cinta dan jiwa-jiwa Harap maaf terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  49. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Tengku Anita dengan sajak KAU BERDUSTA ternyata pengucapan sajaknya bagai dailog sebuah drama sandiwara radio pula . Apa-apa pun penceritaan terhadap kisah-kisah janji dan cinta, marah, putus asa, merajuk, dipujuk, inisemua terlalu biasa.Berkawan dan berpisah thema yang terlalu biasa buat anak muda , kecuali ada kelainanya dan boleh mencernakan minda atau ada pemikiran sesuatu yang lain dari yang lain. Maaf terpaksa terkeluar (TK).

    BalasPadam
  50. SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2011

    Laila Mellisa dengan tajuk sajaknya AJAL KAMU DISITU pengucapannya dengan thema peringatan tentang kematian sesaorangyang Allah swt tetapkan.Apabila matinya anak adam Terhentilah segala perbuatan atau amalanya, kecuali jika ada amal jariah derma khairatnya Semasa di dunia ini. Kematian tidak akan terlewat atau tercepat seminit dua. Kerana ini semua ketetapan Allah yang maha kuasa. Sajak ini baik dibaca buat orang bukan muslim yang ingin berjinak dengan agama Islam. Layak untuk dicalunkan masuk seterusnya (SM)

    BalasPadam