Ahad, 6 Mac 2011

TUDUH MENUDUH



 sajak pilihan ahli cr.


Kau tuduh aku,
aku tuduh kau,
entah bila nak habis.
entah bila mahu henti.
bila aku tuduh kau,
kau tuduh semula.
tak penat lelah mahu tuduh-tuduh.
tuduh lama lama nanti kau penat.
aku lelah bila habis penat.
kau tuduh lagi
aku mcm kau tuduh aku dulu.
aku apalagi tuduh kau
untuk sekian kali kau tuduh aku.
asyik tuduh tuduh bila nak habis?
Asyik tuduh menuduh negara utuh
Lama-lama boleh runtuh


Oleh:Tuan Haji Abkram
saya penjaga blog di department lain tp seronok mengikuti
blog ni hrp qalam terima sajak sy2010 Disember 29 16:17





50 ulasan:

  1. PB Tuan Haji Abkram dengan sajaknya bertajuk: TUDUH MENUDUH. Penceritaanya bagai menyentuh isu semasa yang melanda keadaan negara (P) tanah air kita.Selagi ledah lembut dan suara masih ada sesiapa pun bebas bersuara.Lalu berlakulah tuduh menuduh, dahsatnya pula sampai saman menyaman. Di dunia engkau lepas bebas. Di akhirat tidak takutkah akan rasa terkandas.
    Bertambah malangnya janji buat janji kerja satu apa pun tak jadi. Siapa yang rugi. Dalam rasa kecelaruan minda ini rakyat yang patut menilainya jangan memberi
    suara membabi buta. Dulu kita yang pangkah, kita yang pilih hari ini,
    mengapa gelabah , mengapa pula bersedeh? Itulah akibatnya kemenangan undi protis.Tuhan lebih mengetahui segalanya. Amin.

    Oleh: Qalam Mutiara,
    29 Disember 2010 2:56 AM

    BalasPadam
  2. CERITA BOB LOKMAN DRI BLOG PEMBANGKANG

    Sewaktu diberi peluang untuk berucap beliau menyatakan perasaan kesal yang amat sangat kerana sewaktu PRK Bukit Gantang 2009,beliau turut berkempen untuk BN.Pada kesempatan majlis itu Bob Lokman meminta maaf kepada DS Nizar atas sikap beliau tempoh hari. Bob tersenyum puas kerana dapat bersama DS Nizar dalam satu majlis Hi-Tea di Merlimau baru-baru ini. Sumber

    Dalam perkembangan lain Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS ini juga mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.

    Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47,ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.

    “Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

    “Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.

    Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

    “Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila
    [+/-] Read More...

    Ulasan:

    Semoga Bob tak jadi macam ustaz Aqel havy, ceramah dia lebih ramai drp nik Aiz, sekali kutip 6 dan 7 ribu drma. sayang x jadi calun, Org atas depa duk sapu sorang dua kerusi perlemen dan adun,lani dia pun tawar hati. Sapa. hadi, nizal,hasan ali..tahun 2008 dulu.

    BalasPadam
  3. MAHU KUASA

    apa kuasa kamu ada
    apa daya kamu punya
    mahu potong kepala mereka
    mahu dicantas tangan mereka
    itukan senang sahaja
    ciptakan sahaja provokasi biasa
    sebarkan sahaja pada semua
    sebarkan pada rakyat biasa
    pasti mereka percaya
    hulurkan juga halwa bergula
    hulurkan foto peneguh cerita
    hulurkan juga yang bawah meja
    pasti bulat teguh mereka
    kamu kan punya kuasa
    lidah kamu bercabang dua
    pilih sahaja mana kamu suka
    birukan mata hitam mereka
    hijaukan ketayap mereka
    kamukan berkuasa pendusta…

    Sulaiman Embong
    sajak politik

    BalasPadam
  4. AKU TAK KETAWA

    kau mahu aku ketawa
    itu tidak mungkin kulakukan
    kerana mereka masih menangis
    bersama iringan peluru hidup
    yang berselirat mendatang
    dari segenap bucu merah
    menangis hilangnya suami
    menangis hilangnya ibu
    menangis hilangnya anak
    menangis hilangnya saudara
    masih ingin ketawa?
    mahu ketawa bersama mereka?
    yang masih hauskan darah
    yang masih hauskan kuasa
    yang masih hauskan dunia
    aku tidak mungkin ketawa
    jenaka mereka tiada sudahnya
    sampai titik akhir dunia
    mereka pasti terus berjenaka
    hingga kita semua ketawa
    dan bila kita ketawa
    berjayalah mereka semua nauzubillah

    Lagenda Pulau
    sajak tentang peperang di tebing barat

    BalasPadam
  5. ALPA

    Kejadian alam,
    Diciptakan saling berpasangan.
    Adam dan Hawa,
    Langit dan Bumi,
    Siang dan Malam,
    Air dan Api,
    Semua ada pasangan.
    Begitu juga - Mentari dan Bulan.
    Dua nikmat alam tidak terhingga.
    Namun manusia alpa,
    Alpa kenapa? Jangan. Tanya aku

    Haji Hamdan
    sajak tentang pertanyaan

    BalasPadam
  6. HIJAU

    hijau alam bumi tuhan
    mata tak lepas memandang
    pandangan penuh kedamaian
    damai terus berkekalan
    damaikan suasana mata
    damaikan rasa hati
    damaikan makhluk insani
    damaikan unggas di bumi
    sampai bila agaknya
    rasa damai itu kekal
    selagi kaki-kaki belum memijak
    pijak sampai lumat
    selagi tangan belum memangkas
    pangkas sampai licin
    selagi watak durja mendiam
    diam menunggu umpan
    tunggu saat dan ketika
    tunggu tanda tangan tercoret
    tanda pindah tangan
    tanda setuju dan di kala itulah
    akan tiba jua dan di saat itu
    pasti hilang kehijauan ini
    pasti kuning semuanya¡­

    Jalal Rafzee
    sajak simbolik tentang alam

    BalasPadam
  7. menarik sajak haji abkam ni

    BalasPadam
  8. sindiran agak tajam jgk

    BalasPadam
  9. btol tu haji abkam tuduh2 negara pun boleh runtuh

    BalasPadam
  10. baik buat keja masing2 dari tuduh menuduh?

    BalasPadam
  11. bkn dapat apa pun tuduh menuduh ni

    BalasPadam
  12. terima kasih en nuri mmg saya nak sajak ni disiarkan

    BalasPadam
  13. tuduh2 menuduh sampai bila pun x hbis

    BalasPadam
  14. tuduh menuduh ni buang masa saja keja x buat

    BalasPadam
  15. baik buat keja elok2 dari tuduh menuduh

    BalasPadam
  16. sajak ambik jalan tengah plak haji abkam kali ni

    BalasPadam
  17. mmg penyokong BEBAS la haji abkam ni sajak kena batang hidung dua2 pihak

    BalasPadam
  18. menarik sajak politik haji abkam ni

    BalasPadam
  19. sajak sindiran yg agak tajam jgk... hehe

    BalasPadam
  20. eh! sajak yg best dua2 pihak kena sekali

    BalasPadam
  21. dua2 parti kena hentam dgn haji abkam? hehe

    BalasPadam
  22. menarik sajak haji abkam kali ni

    BalasPadam
  23. sajak sindiran yg agak tajam jgk haji abkam

    BalasPadam
  24. eh! haji abkam pun ada sajak ingatkan xde...

    BalasPadam
  25. btol2 apa yg dikatakan haji abkam sajak ni

    BalasPadam
  26. benar sajak ni x baik la tuduh menuduh

    BalasPadam
  27. sapa nasrani ni? yahudi sy thu la

    BalasPadam
  28. wah! sajak ketuhanan lagi en nuri kali ni

    BalasPadam
  29. menarik sajak en nuri kali ni

    BalasPadam
  30. yahudi pnh dgr nasrani sapa?

    BalasPadam
  31. nasrani bangsa apa? kristian ker?

    BalasPadam
  32. mana yg kita patut pilih yahudi ke nasrani?

    BalasPadam
  33. eh! yahudi dan nasrani??? sapa nasrani tu?

    BalasPadam
  34. alamak! sajak x phm la

    BalasPadam
  35. menarik sajak haji abkam kali ni

    BalasPadam
  36. sajak hentam dua2 sekali haji abkam? hahhaa

    BalasPadam
  37. sajak haji abkam bagus dua2 kena

    BalasPadam
  38. nnt sy ambik sajak haji abkam berikan kepada ketua sy insyaallah nk minta dia baca pada pilihan raya akan dtg

    BalasPadam
  39. sajak haji abkam mmg terbaik la! hahaha

    BalasPadam
  40. bgus haji abkam hentam dua2 sekali... hehe

    BalasPadam
  41. sajak ketuhanan lagi nampaknya en nuri buat

    BalasPadam
  42. mcm lagu nasyid plak yahudi dan nasrani

    BalasPadam
  43. yahudi israel nasrani ni sapa islam ker?

    BalasPadam
  44. nasrani mcm nama abang saya plak

    BalasPadam
  45. sajak menarik dua2 sekali

    BalasPadam
  46. sapa nasrani tu?

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    Sajak ini menang tak menang belakang kira soalnya dapat luah apa yang dirasa.Tajuk bukan lagi mahu berkuasa tetapi mabuk kuasa bulan jadi gila. Apa-apa pun dendam Sulaiman Embng masih
    belum berkesudahan, setiap kali BN menang SE terasa nafasnya kian selesa Stiap penipuan yang didedahnya kian nyata, ES terasa bertambah lagi panjang umornya , malah memberi kekuatan yang luar biasa. Begitlah luahan hati penulis yang geram melihat agenda kemungkaran dan di sokong pula dengan rasa melayu yang tak puas hati bila hendak sesuatu tak dapat kerajaan diberi.Itu saja pejuangan mereka masing-masing ada agenda kepentingan diri. Layak dicalunkan setrunya. (TP)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    Aku diberi kepercayaan mengulas malam ini, jangan usah selesai nani.Sajak Lagenda Pulau bukan adik beradik Suara Pulau, lani dia duduk dimana cari jenuh melilau.Sesekali hantar sajak lepas itudiam berbulan pula.Apa-apa pun sajak anda memang ada cerita menyentuh hati dan perasaan kita sesama manusia, apa tah lagi saudara seagama dengan kita, tiak kira atau pun warna kerana Islam itu bersaudara. Di sana sakit disini tetap akan terasa. Sedaya upaya kita tetap akan membantunya dengan apa cara dan usaha.Layak dicalunkan seterusnya menwaskan sajak si
    Jalal.Fafzee. Maaf Jalal Legenda nampaknya lebih layak (TP)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    Manusia memang mudah lupa, nak kuat lupa makan kari kepala ikan atau baca nama orang mati di batu nisan. Jumpa anak dara duk melilau di tengah mereka.lagi cepat lupa. Kalau Pak Haji tak
    Percaya duduk tengah tangga, biar depa lalu kiri kanan kita, lagi kita tak ingat anak sapa mereka.
    Apa-apa pun Benar Allah jadikan hiup kta ini ada berpasangan, kalau tak ada iup pun tidak akan
    Tenang, lihat macam saya nak tidur awal nak peluk sapa?, Qalam tak apa ada bini dia. Tetapi manusia ini memang mudah lupa , tak percaya bila ada wang orang tua pun boleh jadi muda.Sajak ini tak ada persaingan mungkin crita biasa maaf kami terpaksa (TK).

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011

    Jalal sajak anda selalu melilau jauh ke hutan belantara,kekadang engkau seorang saja yang tahu
    erita dalam fantacy yang kau lalui itu. Aku pun selalu tercari-cari apa maksud dan isi cerita yang hendak kau sampaikan.simbolik yang kabur. Aku ingat lebih baik kau khawin cepatlah,takut nanti kau lebih banyak melalut dan melilau hingga ke hujung dunia.Satu alam kau skop dengan warna hijau, kemudian pakat duk merebut , habis hijau jadi kuning, lepas itu semua pakat mati. Memanglah sapa yang nak hidup menongkat langit,lambat cepat akan padam juga. Apa-apa pun kerana pilih 2 saja, ada persaingan . lalu dapat dekat Lagenda Pulau. Maaf sajak anda terpaksa (TK)

    BalasPadam