Isnin, 28 Mac 2011

SIKIRANYA AKU







Sekiranya aku masih bernafas
ketauhidan hati mesti kental
sepenuhnya hanya pada yang satu
mengabdikan diri setulus hati
cuma terserah kehadratmu Ya Rabbi.


Sekiranya aku maseh bernyawa
ketabahan mesti dimaksimakan
azimat keramat kekentalan jiwa
demi untuk memantapkan ujian
buat kita menilai erti keimanan.


Sekiranya aku masih hidup
kesabaran ubat segala penawar
adalah ujian nilai keimanan
betapa pun diri rasa terhina
di dunia ini bukan nilai harganya.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 6 ramadhan
catatan surau Furkhan, 23/O8/2009.







50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGARA BURNEO
    BERTAJUK: NAGA GUNUNG KINABALU OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
    ----------------------------------------------------------------------

    Siri ke tiga.


    “Sekarang kita buat layang-layang besar dan sebiji geliga palsu yang menyerupai sama dengan geliga naga itu. Saya akan terbang ke puncak gunung kinabalu dan menukar geliga itu ” Kata Wee San dengan berani dan penuh keyakinan di hatinya.
    Semua bala tenteranya bersetuju, mereka segera membuat lelayang gergasi dan sebiji geliga palsu.

    Dengan berkat kerjasama dan bersungguh-sungguh itu , kedua peralatan itu pun siap dibuat oleh bala tentera anaknda maha raja Cina Wee san dan Wee Ping itu.

    Setelah siap semuanya Wee san pergi pula meninjau-nijau akan tabiat si naga gunung Kinabaklu itu.Wee San sanggup memanjat mendaki gunung dan memanjat pokok untuk menilai dan mengkaji dengan teliti.Bagaimana tabiat sang naga itu.

    Bila tiba musim angin kuat barulah sang naga keluar dari pertapaannya mencari makan. Di waktu begitulah Wee San mengarah bala tenteranya menaikkan layan-layang gergasinya itu, Dia sendiri naik Terbang bersama geliga palsu itu keatas puncak gunung.

    Semasa naga bertapa itu asyik mencari mangsa makanan untuk menjamu selera kerana terlalu lama dia bertapa, di luar gua gunung Kinabalu itu. Wee Sang dengan bantuan saudaranya Wee Ping telahBerjaya menukarkan geliga paslu dengan geliga asal kepunyaan naga Gunung Kinabalu itu dengan jayanya.

    Apabila geliga itu telah berjaya mereka tukarkan. Semua bala tenteranya di arah meninggalkan gunung Kinabalu dan segera belayar pulang ke negeri Cina. Semasa dalam kapal Abang atau saudara Wee San tahu dia kurang memainkan peranan dalam usaha mendapatkan geliga naga gunung kinabalu itu.

    Dia Cuma sekadar membantu dan mengarahkan bala tentera sebagaimana yang di minta oleh adiknya Wee San. Hal ini amat menyakitkan hatinya . Dia ingin bila sampai ke istana dan mengadap ayahnda mereka nanti, kepujian tidak tertumpu kepada adiknya Wee San sahaja.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Nalla sedia jumpa pemimpin Pas
    Oleh AZIZI MAJID
    utusanjohor@utusan.com.my

    JOHOR BAHRU 27 Mac – Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.
    Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.

    “Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.

    “Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.
    “Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin.

    Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
    “Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.

    Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

    “Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

    Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

    Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.

    PETEKAN AKHBAE (UM)

    BalasPadam
  3. USAH LIHAT LUARAN SAJA

    usah dilihat pada wajah luarku
    senantiasa berbunga riang
    senantiasa dihiasi senyuman
    tiada terjumpa kelatnya
    tiada ternampak riaknya
    tiada terserlah dukanya
    kerana aku juga sama seperti kamu seperti mereka semua pelakon hebat
    hebat di pentas kehidupan
    semuanya tersurat kemas
    skrip sudah sedia
    namun tersirat tiada siapa tahu
    tiada siapa mengerti
    hanya mampu mengerti
    cuma si pemilik hati ini
    serta sentiasa di sisi
    melihat merahnya hati
    dari sudut penuh misteri
    si pencinta hati

    Mak Cik Senah
    tukang cuci tandas

    BalasPadam
  4. PARI-PARI

    walau kita cuba sehabis upaya,
    kalau belum sampai rezeki,
    didatangi sang pari-pari,
    dihulur segelas air cintanya,
    aku minum lahap kerana dahaga
    belum jumpa untungnya.
    pari-pari datang
    dengan tongkat sakti
    persalinan merah jambu
    mengucap cinta menyeru nyawa
    memberi hidup pada jiwa yang mati.
    dikurniakan aku sebuah taman syurga
    ditemankan aku seorang kekasih
    disuruh aku bercinta kasih sayang
    dikirimkan aku salam cinta
    pari-pari cinta naik ke kayangan
    setelah turun ke bumi
    membasahkan cinta dalam hati aku.
    pari-pari seorang perempuan manis.
    cantik kadang-kadang datang,
    meniupkan semangat utk hidup
    habis segelas air cinta,
    aku lihat kabus asap putih.
    sedar-sedar aku dipalit lumpur.

    mak cik leha
    sajak anak sy ni sy tak tahu buat sajak pinjam sajak anak sy baru sekolah rendah

    BalasPadam
  5. JEJAK RINDU HILANG KE MANA?

    mahu ke mana jejak rindu ini?.
    ke kanan gusar sesat.
    ke hutan takkan pulang.
    jadi pada siapa harus
    gemencing loceng berdenting?
    pada mulut merasa?.
    pada hidung bernafas?.
    sama tersasar belum kuat gamaknya,
    jeritan suara jiwa
    terpancar melalui mata.
    maka kaki melangkah ke hutan?
    apakah kau mahu aku tak pulang?
    betapa bibir gatal mahu bicara,
    betapa lidah basah mahu berucap.
    aku rindu suara kamu,
    gelak tawa cerita cita kamu¡­.
    dulunya halwa aku.
    namun keluar hanya jeritan suara
    jiwa yang terpancar melalui mata.
    adakah cukup? bagi aku, bagi kamu?
    Entah tak tahu la kenapa?

    Mak Zainah
    tukang cuci tingkat atas

    BalasPadam
  6. DEFINASI

    Baru selepas beku,
    cair sesudah suku,
    nafas baru tatatutur seni,
    irama bangsa diri,
    kreatif itu nadi semulajadi,
    tidak semulajadi ianya dilatih,
    ditatih sampai letih,
    disepak sampai koyak,
    dibuang sampai longkang,
    dihina sampai gila,
    dikutuk hina mangkuk periuk,
    gagahlah engkau,
    positifkan ia menjadi,


    Mak Wan
    tukang cuci tandas

    BalasPadam
  7. Mak Cik Senah ini tajuk sajak dia pun nampak terang lagi nyata USAH LIHAT LUARAN SAJA . Pengucapannya agak tegas dan tidak berselindung kata bicara. Orang sebegini tidak
    Ada penyakit nampak muda. Kerana tidak ada menyimpan rasa Penceritaanya tegas kerana kita hidup di dunia ini menghirup udara tuhan yang semua darah merah warnanya juga sama cuma ketaqwaan yang dinilai Allah swt. (Sm)

    BalasPadam
  8. PARI-PARI ini sajak kanak dalam cerita fantasi agaknya dari buku terjemahan Harry Porter. Apa pun kisah fantasi ini menjadi kegilaan kanak-kanak yang banyak berkhayal bersama anak bidadari yang sakti . apa-apa rajin jiuga dan ada kemampuan untuk menulis kembali Syabas! Eh! Makcik Leha ini makan sireh ke? (SS)

    BalasPadam
  9. Yang ini mungkin muda sikit nama pun Mak Zainah dengan tajuk JEJAK RINDU HILANG KEMANA? Bunyinya saja semacam bunyi kena tinggal saja. Siapa yang lari Pak Cik Pakwa agaknya? Penceritaanya semacam kisah lama , kenangan lama agaknya, semacam merindu pun ada, marah pun ada. Bagai nak menyalah takdir pula? Dahsat juga mak Zainah ini ada cerita yang misteri. Ada cerita dan isinya. (SM)

    BalasPadam
  10. Mak Wan pula . Wah ! Tajuk Mak Wan , jangan buat main DEFINASI tajuk sajaknya. Apa benda hendak didefinasi ini ? agak melilau nak cari ini.Agaknya sajak Mak Wan ini ada lompat baris danb ayatnya. Semacam orang bermimpi sambungan berbagai episud pula, akhirnya tak tahu mana pangkal dan hujungnya. Atau pun terlalu tinggi sangat definasinya ini. Maafkan
    Kami Mak Wan! Saya pun pening. (SS)

    BalasPadam
  11. wah! kali ni smua sajak org bawahan plak?

    BalasPadam
  12. nampaknya kalah org atasan sbb sajak org bawahan lebih menarik

    BalasPadam
  13. x sangka org2 keja bawahan pun boleh buat sajak bergini indah

    BalasPadam
  14. ni bakat yg terpendam menarik sajak mereka

    BalasPadam
  15. kita x boleh hina org mcm ni terbalik sajak2 dorg lagi elok

    BalasPadam
  16. walaupun xde peluang nk mengasah bakat tp bila diberikan peluang sajak bagus jgk

    BalasPadam
  17. mmg tabik la kepada sajak tukang sapu dan tukang cuci ni

    BalasPadam
  18. bgus la jalal beri peluang org2 yg terpinggir mengasah bakat

    BalasPadam
  19. eh! nak buat layang2 plak!

    BalasPadam
  20. layang2 dan batu geliga boleh terbang ker?

    BalasPadam
  21. layang2 plak? org dulu pun ada layang2 ker?

    BalasPadam
  22. dia nak buat apa la dgn layang2 tu?

    BalasPadam
  23. eh! guna cara tu boleh tukar jgk?

    BalasPadam
  24. menjadi jgk taktik dorg tu? hahaha

    BalasPadam
  25. xkn naga tu x perasan kot?

    BalasPadam
  26. eh! abang dia dari iri hati plak? silap2 dia bunuh adik dia tu

    BalasPadam
  27. adik beradik sndiri pun nk gaduh ker?

    BalasPadam
  28. rasanya dia bunuh adik dia la nnt

    BalasPadam
  29. boleh jgk tukar batu geliga dgn guna layang2?

    BalasPadam
  30. mmg kretif la cara dorg tu? hahaha

    BalasPadam
  31. abang dia mcm x puas hati jer?

    BalasPadam
  32. rasanya msti abang dia nak buat muslihat utk jatuhkan adik dia

    BalasPadam
  33. dgn darah daging sndiri pun xpuas hati?

    BalasPadam
  34. rasanya ada berlaku perbalahan ni

    BalasPadam
  35. bijak jgk adik dia tu

    BalasPadam
  36. eh! abang dia mcm x puas hati je dgn kejayaan adik dia?

    BalasPadam
  37. naga tu x perasan ke geliga dia kena curi?

    BalasPadam
  38. en nuri ni kretif jgk cerita ada naga tinggi imaginasi en nuri ni

    BalasPadam
  39. naga pun ada ke zaman dulu?

    BalasPadam
  40. sapa plak ya raabi tu?

    BalasPadam
  41. sajak keinsafan plak kali ni

    BalasPadam
  42. menarik sajak ni tentang keinsafan dalam diri

    BalasPadam
  43. sajak mcm ni la best menghambakan diri kepada Allah

    BalasPadam
  44. menarik sajak ni rasa kerdil saja disisi Allah

    BalasPadam
  45. sajak en nuri saya baca saja tp xphm langsung

    BalasPadam
  46. sajak xphm lagi la

    BalasPadam
  47. mmg xphm la sajak ni

    BalasPadam
  48. sajak ketuhanan ke? best2

    BalasPadam
  49. tahniah jalal sbb beri peluang kepada org abwahan

    BalasPadam
  50. terbaik jalal di harap smua contohi jalal walaupun beza darjat jalal tetap beri peluang

    BalasPadam