Rabu, 30 Mac 2011

SELAMATKANLAH ALAM SEKITAR





Mari kita pelihara alam sekitar
sebelum bumi hijau ini menangis
makhluk lain turut terperangkap
semua kehidupan menjadi kabur
bila bincana melanda lebih parah
semua makhluk menjadi resah gelisah.

Mari bekerjasama kita menyelamat
dengan melakukan gaya hidup sihat
demi memelihara kehijauan dunia
dari ancaman musibah berpanjangan
pada alam sekitar dan kehidupan
semaikan budaya ihsan penyelamat alam.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 12.30 tengahari
tarikh; dua hari lalu,28hb.Mac,2011.






50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGARA NEPAL
    BERTAJUK: MAHARAJA NEPAL DENGAN BURUNG BUL-BUL DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA, DAN DITAIP SEMULA DENGAN KERAJINAN OLEH: QALAM & TINTA AZIMAT DAN
    ----------------------------------------------------------------------

    Siri Pertama.

    PADA ZAMAN DAHULU ada seorang maharaja negara Nepal bernama Maharaja Wu. Baginda mempunyai sebuah Istana yang sangat indah. Di belakang istananyaitu baginda mempunyai se buah kebun bunga yang sangat cantek dan menarik hati sesiapa yang memandangnya.

    Pada setiap hari kedengaran bunyi kecauwan burung-bunrung dari pagi hingga petang. Sesiapa saja akan tertawan mendengar kicauan beberung di taman itu. Malah di antara beratus rkor burung itu terdapat saekor burung yang begitu merdu bunyinya diantara burung-burung yang lain.

    Baginda amat menyayanginya burung itu. Kerana bunyinya seperti orang berbual atau ingin menceritakan sesuatu , maka Maharaja Nepal itu pun menamakannya dengan nama burung Bulbul.

    Saban hari jika Maharaja tidak mendengar suara burung itu terasa banyak kerja yang tidak dapat dilaksanakan.

    Setelah Maharaja Nepal mangkat kebun Bunganya itu diminta anakndanya menjaga dengan baik.Tetapi anak raja Nepal ini telah menjadikan tempat orang besar dan maharaja negara luar untuk datang melihatnya. Malah setiap tahun ada saja raja-raja yang datangmelawatnya.

    Pada suatu hari anak raja Nepal itu menjemput maharaja Jepun bernama Monosaki datang ke negerinya. Maharaja Jepun telah pergi melawat ke kebun bunga yang termashur dengan keindahannya itu. Malah sering disebut oleh maharaja negara-negara jiran sehingga terkenal di seluruh dunia .
    Sambil melewati taman dan juga kebun bunga itu. Maharaja Jepun terdengar bunyi kicauan burung Bulbul itu. Maharaja Jepun amat tertarik dan beberapa kali dia cuba mengamatinya , wah sungguh berbeza dan menarik bunyinya dari burung-burung yang ada di taman bunga itu.

    Apabila Maharaja Jepun itu pulang ke negaranya . Baginda telah menulis se pucuk surat kepada anaknda maharaja Nepal itu. Maharaja Jepun itu telah memberi tahu tentang kemerduan saekor burung di taman bunga itu.

    Setelah di ketahui oleh anaknda maharaja Nepal itu akan cerita tersebut. Maka dengan segera diarahnya pembesar dan perkerja di taman bunga istana itu berkempul . Lalu dengan murkanya anakanda maharaja yang bernama Wee itu bertanya: “Siapa tahu nama burung yang berbunyi begitu merdu di taman ayahnda beta?Apakah nama burung itu?”

    “Ada tuanku, Bulbul namanya.” Jawab seorang pekerja yang setia.
    Lantas anaknda maharaja Nepal itu mengarah semunya pekerja di kebun bunga itu mencari burung bulbul yang bersuara merdu itu dengan segera,

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Video seks: Perhimpunan desak Anwar letak jawatan
    30/03/2011 2:41pm

    Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
    KOTA BHARU 30 Mac – Lebih 200 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman, mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan video seks didakwa membabitkan beliau.
    Dalam perhimpunan kira-kira pukul 11 pagi ini di hadapan Istana Balai Besar dekat sini, mereka turut mendesak kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi memastikan siasatan dibuat lebih baik dan terbuka.

    Mereka turut membawa pelbagai jenis banting sambil melaungkan 'Anwar berundur' dan 'Anwar pembelot'.

    Aktivis masyarakat, Mohd. Noor Ismail yang mengetuai perhimpunan itu ketika ditemui berkata, dua tuntutan tersebut dibuat untuk memastikan rakyat dapat mengetahui perkara sebenar berkaitan video tersebut.

    "Kami meminta Anwar letak jawatan secara terhormat dan suruhanjaya ditubuhkan terhadap video seks itu yang didakwa membabitkan pelacur dari luar negara.

    "Demi agama Islam dan maruah Melayu, Anwar perlu meletak jawatan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa memberikan apa-apa alasan," katanya. – Utusan

    KOMENTAR

    Hassan Omar dan rahim Tambi Cik pernah di tuduh cerita begini. Demi parti mereka rela berundur. Kini kenapa Anuar enggan berundur sementara diberi laluan untuk ditubuhkan majlis siasatan di raja. Kenapa pas Mat sabu membantah? Adakah pas lebih suka bersekongkol dengan kemungkaran dan menolak usaha UMNO untuk mengujudkan perpaduan?

    BalasPadam
  3. RENTETAN

    mata tajam sisipan ombak
    gerakan senyuman.
    di antara rentak manusia.
    aku ingin ulang kembali masa,
    untuk melihat senyum dan mata,
    di sebalik hembusan asap warga kota
    aku ingin pergi selesaikan semua,
    beban yang pernah ada,
    katakan tiada duga kerana
    tiada lebih berkuasa.
    aku ingin sebut fahami segalanya,
    pegang erat lalu tinggalkan pesta,
    sebesar mana tak mungkin
    lebih bermakna.
    aku ingin senyuman mata malam itu,
    tiada kelipan hanya
    sedikit kata rentetan

    Al Azhar
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. GURIS HATI

    memang sungguh aku tak daya menahan
    kiri dan kanan seribu ujian
    teman selalu menguris hati
    sana sini ada sahaja air mata
    ingin sahaja aku hidup sendirian
    tiada teman tiada insan ku sayang
    agar hati ini tidak terusik lagi
    agar sedih tidak lagi di sini
    tapi bila sendiri aku menjadi rindu
    rindu pada semua yang ku benci
    terlalu rindu pada dia ku cintai
    mungkin hidupku bukan di sini

    Siti Alia
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. SAYANG ANAK

    ayah peluh menitis
    kerah segala keringat
    ibu tidur tersengguk
    uli telur dan tepung
    si anak anak senang lenang
    goyang kaki tangan
    lagak orang senang
    tanggung semua orang
    ayah titip kasih
    ibu belai sayang
    anak balas tuba
    racun dalam diam
    sayang anak tangan-tangankan
    kasih anak ajar-ajarkan
    simpul kasih sulamkan sayang
    titiskan adat simbahkan agama
    moga terbuka hati mereka...

    Orang Lama
    sajak tentang pergorbanan

    BalasPadam
  6. NAFSU DAN IMAN

    Waktu senja melambai tirai ufuk
    Kau menghampiri beranda
    Membelakangi cahaya samar
    Maka basuhlah debu nerakatubuhmu
    dengan air wadi dalam tempayan
    Tak mengapa, aku tunggu
    habiskanlah sisa-sisa kehidupanmu
    dalam pinggan sumbing
    Tak mengapa,aku tunggu
    Setelah seumur hidupku menunggu
    Kita langkah seiring ganti purnama
    Bertempur diri sendiri berperang
    sergah nafsu merempuh barisan iman
    kukuh jangan roboh baris mulia!
    sampai mentari memanah cahaya
    hingga purnama terbang
    batalion hitam rempuh
    hingga diri tersungkur..
    Punah ranah kota jiwa kalah
    digoda ayat indah bayangan hitam
    kelam gelap membasah iman
    kalah! kalah!! aku sering kalahh..
    Ya Ilahi terimalah sujudku kembali

    Lebai Noh
    sajak ketuahann

    BalasPadam
  7. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    Al Azhar dengan sajak terbaru agaknya dan pertama kali juga menulis agaknya? RENTETAN sudah baik bunyi tajuk, Cuma penceritaannya masih lagi lemah untuk disusun dengan lebih lengkap dan berkesan apa mesej pengucapannya. Maaf usaha lagi semoga jaya. Maaf sekadar (SS)

    BalasPadam
  8. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    GURIS HATI oleh Siti Alia pendatang baru dalam blog citra rasa agaknya . Pun masih gemar Bermain dengan kisah jiwa-jiwa . Apa pun pengucapannya bagai rasa tidak tertahan dengan hati luka yang parah dan kecewa. Malah sehingga sangup menyepi diri, agar tidak diganggu lagi. Sebaiknya jika kena dengan susunnya lebih puitis dan menarik bunyinya. Maaf kerana persaingan agak hebay anda layak sekadar unyuk (SS)

    BalasPadam
  9. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    SAYANG ANAK sajak daripada Orang Lama penuh dengan pengalaman pengucapannya ingin memberi peringatan dari pengalaman ibu bapa yang menjaga anak pinak mereka. Dari kecil hingga dewasa, tetapi kekadang berlaku pula kisah duka disebaliknya, bila anak yang dibela telah mendurhaka, sebelum apa yang terjadi ajarilah ilmu mendekati tuhan dan adat budaya melayu patut diamati selalu . Layak untuk (SM)

    BalasPadam
  10. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    Lebai Noh dengan sajak perjuangan melawan hawa nafsu diantara hawa nafsu dengan ke imanan.NAFSU DAN IMAN bertemakan sajak ketuhanan. Inilah yang seringa berlaku di dalam gelodakkan hidup manusia menentang segala godan hawa nafsu bagai badai yang berdelora menghentamkan Pantai yang boleh merobekan segala keindahannya. Begitulah keadaanya hidu manusia di bumi yang nyata dan penuh dengan pancaroba, Layak di beri (SM)

    BalasPadam
  11. sajak seruan menjaga alam sekitar ke?

    BalasPadam
  12. jom ramai2 kita perlihara bumi ini

    BalasPadam
  13. btol tu klu bukan kita sapa lagi nk jaga bumi ni

    BalasPadam
  14. bumi kita semakin nazak skrg...

    BalasPadam
  15. lps ni nk cadangkan buat gotong royong la di flat aku ni

    BalasPadam
  16. sama2 kita selamatkan bumi!!!

    BalasPadam
  17. menarik sajak ni cintailah bumi kita

    BalasPadam
  18. byk dh dalam tv bagitahu kita kena jaga bumi di harap ramai yg sedar

    BalasPadam
  19. smoga bumi kita kekal sihat

    BalasPadam
  20. bumi ni pun bernyawa jd kita kena jaga dia jgk

    BalasPadam
  21. byk bencana alam menandakan bumi semakin nazak

    BalasPadam
  22. di harap kita semua dapat menyelematkan bumi

    BalasPadam
  23. jaga kebersihan selamatkan bumi kita

    BalasPadam
  24. wah! maharaja ni suka bela burung ker?

    BalasPadam
  25. maharaja cina suka bela burung? cerita benar ke ni?

    BalasPadam
  26. wah! mana dia dapat burung pnya byk!

    BalasPadam
  27. burung bulbul??? wujud ke?

    BalasPadam
  28. burung hud hud pnh dgr la bulbul x pnh la...

    BalasPadam
  29. kenapa burung tu bunyi lebih merdu dari burung lain?

    BalasPadam
  30. burung tu org bunian pnya agaknya

    BalasPadam
  31. seekor burung tu pelik la..

    BalasPadam
  32. burung bulbul dia dapat dari mana?

    BalasPadam
  33. eh! burung tu mmg ajaib la..

    BalasPadam
  34. burung jelmaan kot?

    BalasPadam
  35. burung bulbul mcm mana rupa dia?

    BalasPadam
  36. burung bulbul besar mana? mcm burung helang jgk ker?

    BalasPadam
  37. ada lagi x burung tu? cadang nak beli seekor

    BalasPadam
  38. burung tu mkn apa? sbb dia lain dari yg lain

    BalasPadam
  39. rasanya burung tu datang dari kayangan la

    BalasPadam
  40. burung tu berpenunngu kot?

    BalasPadam
  41. burung tu kalau wujud msti berjuta harga dia

    BalasPadam
  42. ada lagi x burung tu? kat mana boleh cari?

    BalasPadam
  43. burung tu nama dia mmg bulbul ke atau ada nama lain?

    BalasPadam
  44. burung tu biasa2 je burung nuri lagi hebat sbb nuri boleh berkata2...

    BalasPadam
  45. burung tu dia bunyi mcm mana sampai ramai nak?

    BalasPadam
  46. burung tu rupa mcm mana? teringin jgk nk thu

    BalasPadam
  47. burung pandai mengeluarkan lagu merdu burung bulbul ker?

    BalasPadam
  48. ni burung yang keluar perktaan risau ke?

    BalasPadam
  49. burung ni asal dari negara mana?

    BalasPadam
  50. aneh dan ajaib la burung bulbul ni

    BalasPadam