Rabu, 30 Mac 2011

PERCINTAAN KOSONG



sajak pilihan ahli Cr.

 
Kubaca ribuan kalimat kertas kosong
Seperti menyayat kupu-kupu
Menjelma hari tak terhitung
Dalam rintihan tangisan patah

masih bersisa harum
masih melekat pada tongkat pendita
khotbah masih terngiang oleh bumi
Tapi aku sendiri telah lenyap
bercinta dengan kekosongan
Kita telah berkhianat pada zaman

Bau keringat percintaan
Telah hilang tertiup angin
kenikmatan telah hanyut
Dan peziarah telah senyap
Tapi aku di sini mendakap kosong

 
Oleh: Ku Dania
semasa di pulau langkawi
malam hari 2010 Mac 17 02:37
Diterbitkan semua tanggal 21/03/2011.






50 ulasan:

  1. Catat Ulasan :


    Ku Dania dengan PENCINTAAN KOSONG sajak jiwa-jiwanya melakar kisah cinta dalam kehidupan anak muda di alam rumajanya. Ternyata benar pengucapannya bagai mengeluh dan kecewa. cerita kisah kemesraannya
    bersama bf nya bagai angin berlalu sepi dan bertiup kosong. Apa-apa pun mesej sudah ada, dan punya
    kemampuan menulis jika terus diasuh. Syabas!

    BalasPadam
  2. Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco: MB



    2011/03/30
    IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

    Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

    Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

    Dalam perkembangan lain, Dr Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

    "Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang...jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan. Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada UMNO baru-baru ini.

    Dr Zambry berkata, dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC. - BERNAMA

    KOMENTAR:
    Di Block 1 baru ini pun dahsat juga. Walaupun tak ramai sangat yang turut serta. Ada hati tapi segan dan malu agaknya. Asal tujuan baik untuk memanaskan badan dan baik kasihatan. Tetapi yang pakai seluar dan baju ketat, nampak luruh dan bentuk itu jadi haram. Isteri siapa orang duk tonton. Kalau dah main lagu dang dut . poco-poco dah banyak goyang dengan hingut. Suami yang tahu tentu malu.

    Tapi poco-poco blok 1 hari itu yang nampak lebih wanita orang Indonesia yang khawin dengan orang malaysia. Mungkin lama tak dengar lagu dang dut: tergoyang-goyangan pinggul digoyangan. Apa lagi buang gian agaknya. Maaf jika ada yang tersinggong! Ini fatwa muftinegeri Perak kita.

    Sedutan akhbar (BH)

    BalasPadam
  3. DISKO DAN SURAU

    orang ajak ke surau
    kau kata nanti dulu
    kerja belum siap
    nanti kau menyusul
    langsung tiada muncul
    tapi orang ajak ke disko
    kamu kata sekarang juga
    kerja esok boleh buat
    kamu paling ke depan
    langsung tiada tertahan
    rugi katamu usia masih muda
    enjoy selagi terdaya
    nikmati hidup sepuasnya
    dah tua boleh taubat kalau sempat tuhan kan maha pengampun
    nanti balik minta ampun
    masih sempat tapi takut tergolek tepi tangga macam mana nak sempat?

    Pengembara Masa
    sajak sindiran kepada kawan sy

    BalasPadam
  4. RAUNGAN YANG MURUNG

    ini cerita duka mencuka
    cerita kehidupan terbuang
    cerita sang ibu menagih simpati
    cerita sang anak laparkan nasi
    sendu menyentap suara
    mendidih peluh dibakar mentari
    berlari memecut nada tenaga
    lelah demi merangkul rezeki
    mencari sisa-sisa nostalgia manusia
    memungut lara demi sentosa
    merangkak mencari sinar gembira
    demi mengendong keluarga tercinta
    ohh..duka makin mencuka
    saban hari persis neraka
    dia tetap terus usaha
    mencari gembira, mencari bahagia
    oh..duka kelak bertukar gula
    kerana kuat nurani hatinya
    sering mengadu pada yang Esa
    meratap tangis di sejadah mulia
    meraung syukur walau tersungkur

    pejuang islam
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. BUNGA ITU MEKAR

    bunga itu mekar bila segar
    layu bila tak dijaga tegar
    seperti juga diri ini
    perlukan sinar hatimu..
    aku tak perlukan cahaya bumi
    menemani hanya ketika dinihari..
    cuma perlukan mata yg melihat
    hati diri wujud setiap hari..
    tak usah putuskan tali gitar
    jika kerna kamu tak tahu bergetar..
    cuma detikkan disudut hati
    berjanji setia sentiasa setiap hari
    bia patah kata jangan patah janji
    pabila berjanji janji mungkiri

    Nuri Ketitel
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. INGIN MELUAHKAN RINDU

    ingin meluah rindu
    tapi siapa yang akan mengerti
    ingin meluah kasih
    belum tentu ada yang fahami
    ingin meluah sayang
    bicara hati tak pernah dipeduli
    ingin meluah cinta
    namun jiwa makin terluka
    kontang aku musim tengkujuh panjang
    karam aku di lautan kemarau
    tak mungkin hilang
    sepi aku dalam keriuhan

    Razak Abu
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    Pengambara masa dengan sajak sinisnya bertajuk DISKO DAN SURAU penceritaanya adalah kisah yang sememangnya berat untuk mengerjakan ibadah dan mudah untuk kita kerja perkara langha atau kemungkaran, kerana jalan ke syurga agak berat dan susah, tetapi kerja maksiat dan kemungkaran itu terlalu mudah dan senang dilakukan. Latak untuk (SM)

    BalasPadam
  8. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    Pejuangan Islam dengan sajak Raungan Yang Mutun pengucapannya membicara tentang kehidupan ibu geladangan bersama kerja hariannya menagih rezeki dari simpati orang ramai lalu lalang di pinggir jalan mungkin di sebauh bandar. Saban hari dan malam mengharapkan kebahagian dengan doa yang berpanjangan, mertap menagis di sejadah usang, semoga tuhan alan mengubah corak kehidupan bersama anak-anaknya. Amin layak (SM)

    BalasPadam
  9. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    Nuri Ketitel dengan sajak BUNGA ITU MEKAR kau ini adek beradek Nuri jaguh ke? Sajak anda perlu banyak pembetulan , jangan terlalu ikut irama pantun, semua bait akan melantun. mesej baik jadi kartun Sebaiknya biar ada rasa sedap dan puitis pengucapannya, isi dan maksud punya pengajaran dan yang saeloknya berkesan, baik simbolik, samar atau perbandingan. Ada kesan dan kesedaran pengucapannya/ Maaf sekadar (SS)

    BalasPadam
  10. SAJAK-SAJAK PENCALUNAN KE DALAM SAYEMBARACITRARASA APRIL 2011

    Sdra. Razak Abu penjaga gol srk sungai ara, kerja apa sekarang kenal aniq ainullah? Dia duk melenggar di rumah. Kawan dah ramai kerja, bertunang khawin dan beranak . Dia duk macam tu saja. Apa-apa pun sajak INGIN MELUAHKAN RINDU belum boleh menandingan sajak nabil quldi dengan laut cina selatan. Banyak baca cerita cinta untuk dapat menulis sajak jiwa-jiwa. Maaf sekadar (SS)

    BalasPadam
  11. sajak jiwa2 plak nampaknya

    BalasPadam
  12. nampaknya ahli byk buat sajak jiwa2 plak?

    BalasPadam
  13. sajak ditinggalkan kekasih nampaknya ku dania ni

    BalasPadam
  14. hubungan dingin agaknya ku dania ni

    BalasPadam
  15. putus dgn bf ke ku dania?

    BalasPadam
  16. ku dania ni msti cinta monyet

    BalasPadam
  17. ingatkan poco2 baik utk kesihatan rupanya haram

    BalasPadam
  18. eh! poco2 haram ke?

    BalasPadam
  19. patutlah tgk poco2 cara menarik mcm pelik jer

    BalasPadam
  20. poco-poco ke pocong-pocong?

    BalasPadam
  21. wah! baru tahu syirik rupanya poco2

    BalasPadam
  22. poco2 ni bukan asal dari negara indon ke?

    BalasPadam
  23. selamat aku x minat menari poco2...

    BalasPadam
  24. tgk dorg menarik poco2 pun lain mcm jer

    BalasPadam
  25. eh! bukan poco2 ni mcm yoga jgk ke?

    BalasPadam
  26. eloklah diharamkan sbb tarian dia pun lain mcm

    BalasPadam
  27. kalau org bukan islam pun dikira haram jgk ker?

    BalasPadam
  28. apa bnda fatwa tu?

    BalasPadam
  29. menari poco2 bukan baik utk kesihatan ke?

    BalasPadam
  30. setahu aku poco2 ni hanyalah senaman je...

    BalasPadam
  31. nampaknya lps ni x boleh la buat tarian poco2 ni

    BalasPadam
  32. blok 1 ada poco2 ke? bila aku xthu pun

    BalasPadam
  33. selamatlah bini aku x terlibat dalam tarian poco2 tu?

    BalasPadam
  34. mmg memalukan la poco2 tu

    BalasPadam
  35. apa yg best sgt poco2 tu? bagi aku malu la...

    BalasPadam
  36. tarian poco2 ni klu org kafir boleh la cuba org islam diharap jgn la...

    BalasPadam
  37. kalau haram termasuk org bukan islam jgk ke????

    BalasPadam
  38. poco2 bukan senaman utk kesihatan ke?

    BalasPadam
  39. kenapa bru skrg di katakan haram dulu xde ape2 pun?

    BalasPadam
  40. lps ni aku nak nasihat mak aku jgn pergi la poco2

    BalasPadam
  41. mmg meluat tgk org menari poco2 tu

    BalasPadam
  42. poco2 ni asal dari negara mana? yahudi ker?

    BalasPadam
  43. di harap lps ni jgn ada lagi tarian poco2 ni

    BalasPadam
  44. kalau bdk2 xpe la menari poco2 ni yg tua2 memalukan la aku tgk masa tu

    BalasPadam
  45. kdg2 nak tergelak pun ada tgk cara dorg menari

    BalasPadam
  46. poco2 tarian memuja roh ke?? biar btol!

    BalasPadam
  47. ingatkan tarian tu hanya utk kecergasan badan

    BalasPadam
  48. kalau yoga di kira haram jgk ke hantu raya?>

    BalasPadam
  49. sian bini sapa la yg terlibat masa tarian tu? hahahhaa

    BalasPadam
  50. ni sapa yag bawak taria poco2 ke malaysia????

    BalasPadam