Rabu, 23 Mac 2011

PAKSI DUNIA



sajak pilihan ahli Cr.

Paksi dunia tak akan terbalik
Penyakit tak sembuh
Lapar tak hilang
Derita tak sudah
Pasukan kegemaranmu
menang atau tidak piala
yang usul asalnya tidak berkait
walau secubitpun
dengan kewujudan kamu.
Selamanya kalis basi-basi
dari pangkal hingga akhir bumi.
Silalah pergi mati.

 

Oleh: Suara Rakyat
sungkai, Perak
jam 10mlm
2010 Mac 31 16:58
Diterbitkan semula tarikh; 23/03/2011.




50 ulasan:

  1. INFO AGAMA : SIRI 1
    KENAPA KITA MENJADI BERAT UNTUK KE RUMAH IBADAT MASJID ATAU SURAU? OLEH: EN NURI

    PERSOALAN

    Adakah kita tidak sihat atau sakit atau sibuk atau tak punya masa atau banyak masalah atau segan malu atau tidak hafal bacaan dalam solat atau tidak faham maana atau banyak khayal bila solat atauMemang keturunan keluarga jarang solat atau mengaku Islam jarang beribadat. Atau takut disuruh jadi bilal atau iman?

    Berbagai andaian mungkin berlaku ke atas diri anda. Apa yang penting adakah ada dengar seruan azan atau muazun dari surau atau masjid, sebaiknya kena hadir hanya orang yang kuat beriman saja yang boleh hadir, yang tipis dan sudah berkarat imannya berat untuk hadir, sekurangnya solat jumaat Wajib hadir seminggu sekali.

    Allah juga telah memendekkan solat jumaat dengan dua rakaat dilakukan fdalam waktu zuhur, kerana masa dua rakaat lagi itu telah diganti dengan dua khutebah. Wajib kita mendapat nasihat tiap Seminggu kita mendengarnya dari pesan yuk khatib di atas mimbar, jangan samapai tiga kali mis, tanpa uzur sarie.

    Sebenarnya keberatan dan kemalasan dan terasa malu ini semuanya datang daripada bisikan syaitan yang mengoda hati kita menjadi berat, bagai dihempap batu berpikul beratnya. Seperti solat subuh Inilah satunya solat yang paling berat sesaorang itu hendak bangun mengerjakan solat subuh.

    Bila tidur seorang anak adam dia telah diikat oleh syaitan dengan tiga ikatan, bila dia bangun atau terkejut dari tidur waktu subuh, bacalah doa bangun tidir, nescaya terbuka satu ikatan, apabila dia mengambil wuduk nescaya terbuka pula ikatan yang kedua. Dan apabila dia mengerjakan solat subuhDua rakaat nescaya terbuka ikatan yang ketiga , Amin!

    SAMBUNG ESOK

    BalasPadam
  2. Wednesday, March 23, 2011
    Skandal Video Seks Anwar: Jangan kaitkan Anwar...bukan dia dalam video tu..!!!

    Sudahlah...jangan lah tuduh Anwar lagi. Cukup-cukup la tu. Mungkin dalam video tu bukan Anwar. Mungkin orang lain kot? Mungkin "pelanduk dua serupa". Yang pastinya, saya tak pernah tengok pun video tu dan saya enggan menuduh sesiapa. Takut fitnah jadinya.

    Mungkin Datuk T menipu. Mungkin Datuk T telah mengolah video itu supaya lelaki yang dipaparkan dalamnya kelihatan seperti Anwar. Mungkin kerana dendam tertentu, maka Datuk T cuba mengkonspirasikan Anwar.

    Pada saya, sesiapa saja berkemungkinan untuk menjadi "pelakon lelaki" dalam video seks tersebut. Kita hanya diberikan beberapa ciri yang dimiliki "pelakon lelaki" tersebut. Diantaranya ialah lelaki tersebut mempunyai perut yang buncit dan memiliki seutas jam tangan berjenama Omega.

    Ramai lelaki yang mempunyai perut buncit di Malaysia. Menurut Anwar, lelaki itu "lebih buncit" berbanding perutnya. Mungkinkah itu perut blogger-blogger pro-Kerajaan seperti Parpu, Gomo, RBF, KP, Atau GAP? Setahu saya, perut blogger-blogger kita ini pun "boleh tahan" juga besarnya. Hehehe..jangan marah kengkawan!

    Saya meminta agar sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat tentang kesahihan video tersebut. Yang terbaiknya, tubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja sebagaimana kes Teoh Beng Hock dan V.K Linggam. Siasat sehingga ke lubang cacing.

    Harap supaya Datuk T tampil untuk bertemu Suruhanjaya tersebut, menyerahkan video kepada mereka untuk disiasat ketulenannya dan bersedia untuk disoal siasat. Jika Datuk T takut, sila datang dengan peguam dan beberapa pengawal keselamatan. Saya percaya Datuk T banyak duit untuk upah peguam.

    Jika perlu, Datuk T perlu membuat "kenyataan bersumpah" atau "statutory declaration" sebagaimana yang telah dibuat oleh P.I Bala dan RPK dulu. Tapi buat SD yang benarlah, jangan dok buat wayang macam depa 2 ekor tu!

    Di dalam Suruhanjaya tersebut, minta Anwar sediakan wakilnya seramai 3 orang, wakil Datuk T pula 3 orang, dan selebihnya mestilah dilantik dari kalangan orang awam yang tidak berkepentingan. Tak payah panggil SELCAT dan CAT di Selangor & Penang tu, tak boleh pakai punya tu...

    Justeru itu, saya memohon supaya tuduhan terhadap Anwar yang mengaitkannya dengan "pelakon lelaki" itu supaya dihentikan. Mungkin lelaki itu Hj. Hadi, mungkin juga Gobind, mungkin juga Din Puduraya (nak kata Nik Aziz, perut dia kempis je!)

    Kita tuntut Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk kes ini. Titik!
    Posted by DukeOfUMNO at 12:26 AM

    Dari blog Duke terkini (HR)

    BalasPadam
  3. MENGAMPU

    aku memang tahu
    engkau memang begitu
    suka terburu nafsu
    gelabah tak kira waktu
    cakap lantang berbatu
    semua sanggup setuju
    semua habis diburu
    konon mahu mengampu
    sekarang dah haru biru
    akal dah naik buntu
    kami juga kau tuju
    dasar buat aku berbulu
    tak tahu malu minta dibantu
    pujuk bertalu-talu


    Ahmad Qatarunada
    sajak sinis sikit

    BalasPadam
  4. DIAM MEMBISU BILA BERTEMU

    Perlahan pudar perasaan kita;
    Aku lihat kau dan kau tonton aku.
    Sepatah dimula aku,
    sepatah itu sahutmu.
    Bila orang di sana hai disini hei
    kata kau aku yang sosial
    ruang mesra terhimpit buatmu.
    Sampai waktu aku diam
    terkedu kerna keliru,
    rasamu aku bikin perang bisu¡­,
    sedang aku coba menatang hatimu
    biar tiada terhumban sayu.
    Lalu wajarkah, logikkah,
    adilkah semua itu untuk aku?


    Yusri Nawab
    sajak kenangan

    BalasPadam
  5. KATAK HIJAU

    apa kamu perhatikan
    wahai si katak hijau
    dari tadi diam di situ
    tak berkelip memandangku
    apakah kau iri denganku
    kerna aku manusia
    kau cuma katak kecil
    langsung tiada terlawan
    aku tahu aku hebat
    aku hebat pandai berkata
    petah menghambur hujah
    walaupun kadangkala dusta
    aku hebat boleh melangkah
    tuju ke mana kusuka
    walaupun kadangkala terlencong
    tuju lembah maksiat
    aku hebat menggapai
    boleh capai apa sahaja
    walaupun kadangkala terambil
    apa yang bukan hak
    aku hebat boleh berfikir
    boleh atasi sejuta masalah
    walaupun kadangkala bengap
    terlupa adanya akal
    langsung tiada diguna
    ada lebihnya kamu di situ
    engkau tiada dosa

    Atan Yahoo
    ketika dalam perjalanan pulang

    BalasPadam
  6. BILA HATI BERKATA

    bila hati berkata-kata
    nada tak seiring
    biarkan bisu sendu haru
    kerna rasa ini gelora
    jiwa ini melara
    resah ini gundah
    duduk duduklah di situ
    kaku biarkan kaku usah terburu
    pejam pejamkan mata
    diam usah lagi berbicara
    dengar sememangnya
    ku ingin mendengar
    patah rasa tak pernah tahu
    mengerti seharusnya kau memahami
    kau tak pernah peduli
    sesal tak perlu dikesali
    sedar memang kusedari
    yang terjadi kan tetap terjadi
    semalam adalah pasti
    hari ini adalah realiti
    dan esok yang kunanti
    mungkinkah akan ada lagi

    Zain Issac
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Maaf anda juga jadi mangsa salah faham manusia pengokong pas, macm mana mereka boleh tafsir masuk pas boleh masuk surga kalau perangai lebih dahsat daripada orang zaman jahiliah. Melakukan perkara yang tidak ikhlas , mesti ada udang disebalik batu, Terbalik kita yang mereka anggap tak tahu agama ini konon berada dalam kejahilana ini lebih ikhlas melaksana tugas. Apa-apa pun kebenaran tetap kebenaran, masa dan waktu akan menentukan perjalanan yang mengunakankan agama untuk kepentingan mererka Tuhan bukanlah tuli dan buta. Amin (SM)

    BalasPadam
  8. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Tukang masak agak susah juga mencipta sajak daripada mencampur adukan bahan memasak, ternyata pengucapannya banyak yang sangkut dari pengucapan dan kata bual biasa. Apa pun sebagai sajak selingan tidak perlu rasa kecewa. Apa yang penting dapat meluahkan perasaan anda dalam puisi citra rasa. Penceritaannya semacam merajuk dan membisu saja daeipada gf anda, mungkin ada sesuatu yang tidak kena ini , apa-apa pun cuba pujuk saja .Cuma selingan (SS)

    BalasPadam
  9. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Katak hijau terasa bagaikan simbolik sajak politik menyenis orang ketayap putih dan berserban hijau nampaknya ini. Biasalah untuk hidup dan mencari pengaruh, bukan apa ramai orang tak tahu, mereka harapkan sokongan untuk kepentingan mereaka dalam Dun dan Perleman, kerja nak buat tak buat belakang kira. Janji, tetap janji selagi boleh putar alam semesta. Apa yang penting kedudukan peribadi mesti diutama.Yang jadi mangsa dan makguk rakyat yang tidak tahu apa, Cuma pak turut semata. Apa yang sedeh habis bercerai berai anak bini yang duk ada Sekadar fahaman sepit mereka, Siapa yang nak tanggung dosa jawablah si katak hijau konon pandai berhujah dan berkata. Di akhirat nanti tunggu balasannya. (SM)

    BalasPadam
  10. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Kebanyakan anak muda masih jinak bermain dengan sajak jiwa-jiwa mungkin sajak lama agaknya. Kini baru dilepaskan. Biasa bicara hati kekadang mungkin tidak sama dan seirama dengan kehendak kita bila orang yang dipuja berseleseh pendapat pula dengan kita. Kerana Kain itu sentiasa dicipta bergai corak dan warna, mungkin kita tidak suka, tetapi cantek dan baik pula pada pandangan mata dia. Apa-apa pun sajak anda terpilih juga dalam sajak selingan citra rasa. Sekadar (SS)

    BalasPadam
  11. terima kasih en nuri siar sajak sy ni

    BalasPadam
  12. sajak suara rakyat misteri la

    BalasPadam
  13. sajak suara rakyat ni x phm la plak?

    BalasPadam
  14. tinggi sgt la maksud sajak suara rakyat ni

    BalasPadam
  15. paksi dunia ni pasal apa?

    BalasPadam
  16. sepatutnya qalam ulas la sajak yg susah phm yg snang xpyh la mcm suara rakyat ni sajak susah phm

    BalasPadam
  17. paksi dunia ni sajak alam semesta ker?

    BalasPadam
  18. sajak masih samar2 maksud suara rakyat ni

    BalasPadam
  19. sajak politik ke suara rakyat?

    BalasPadam
  20. sajak ketuhanan ke ni?

    BalasPadam
  21. tinggi jgk sajak suara rakyat ni pening aku

    BalasPadam
  22. hantu raya sebelah anuar la nampaknya

    BalasPadam
  23. btol jgk kata hantu raya kita x tgk lagi video tu jd susah la nak tafsir

    BalasPadam
  24. kenapa hantu raya sebelah anuar plak ni?

    BalasPadam
  25. eh! berpaling tadah ke hantu raya ni???

    BalasPadam
  26. eh! mcm mana nak thu anuar ke x?

    BalasPadam
  27. video tu entah btol entah tidak sbb xtgk plak?

    BalasPadam
  28. sapa yg dah tgk video tu thu la anuar ke bukan?

    BalasPadam
  29. btol jgk kata hantu raya ni nk tuduh sembarangan pun xboleh jgk

    BalasPadam
  30. rasanya anuar la sbb anuar kan kaki menipu

    BalasPadam
  31. anuar ke bukan misteri jgk

    BalasPadam
  32. senang cerita sapa berani bersumpah dia la yg benar

    BalasPadam
  33. mcm mana nak thu kebenaran tentang video tu?

    BalasPadam
  34. eh! hantu raya ni org PKR ker?

    BalasPadam
  35. selalunya anuar ni buat salah dia xkn mengaku punya

    BalasPadam
  36. sy tetap x percaya anuar rasanya mmg dia

    BalasPadam
  37. kena tunjuklah dalam tv baru kita dapat menilai anuar atau bukan

    BalasPadam
  38. selalunya anuar ni licik

    BalasPadam
  39. EN NURI PUNYA PENDAPAT MACAM MANA PERCAYA ANUAR ATAU DATUK T??????

    BalasPadam
  40. bila la video anuar tu nk ditayangkan dalam TV?

    BalasPadam
  41. anuar la sbb anuar ni kalau nak buat dosa dia la raja

    BalasPadam
  42. semakin lama semakin misteri anuar ke bukan?

    BalasPadam
  43. rasanya anuar la tp dia mana nak mangaku

    BalasPadam
  44. kenapa hantu raya sebelah anuar plak????

    BalasPadam
  45. eh! hantu raya masuk PKR ker?

    BalasPadam
  46. ape2pun kita tunggu video tu kalau disiar dalam TV?

    BalasPadam
  47. x sabar nk tunggu video anuar tu ditayang dalam tv boleh kita tentukan

    BalasPadam
  48. sy pun was2 nak tuduh sembarangan x boleh jgk

    BalasPadam
  49. sama ada anuar atau bukan sy tetap x percaya dia

    BalasPadam
  50. rasanya anuar buat tp dia x mengaku la

    BalasPadam