Jumaat, 25 Mac 2011

ORANG SUNGAI KINABATANGAN



buat masyarakat orang sungai


Masyarakat orang sungai kinabatangan
gabang dan Kartong muzik desa usahajaya
dulu mereka merenteh hidup ditepian sungai
kerana sungai telah pun menjanjikan segala
hidupan seharian bersama perahu  dan jala.

Sejarah perahu telah banyak membantu
pencarian rezeki di sungai dan di penggir hutan
menebang damar mencari kayu dan menjala ikan
disamping perhubungan perjalanan persaudaraan
begitulah kisah dahulu perkampungan orang sungai.

Kini  keadaan orang sungai  telah berubah
kereta jeraya menjalar sampai ke rumah
arus  pembanguan telah mulai bertapak di sini
bersama gabang dan kartong  muzik yunit tradisi
dulu menghibur selepaskan penat lelah pekerja
kini masih  menjadi harta budaya orang sungai
mengekalkan indentiti budaya  tradisi muzik seni
walaupun alam digetal dan jalur lebar mendatang.



Oleh: Nurimanja,
Catatan dari pendengaran dan penglihatan terkhat.
Sehari dua yang lalu, 24hb, mac, 2011 malam hari jam lapan malam.





50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
    BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
    -----------------------------------

    SIRI ke 4. Atau akhir

    SETELAH Durban terpekek telolong meminta tolong, tetapi tidak ada seorang pun jiran-jiran yang datang memberi pertolongan kepadanya, kerana mereka tahu Durban seorang yang angkuh dan sombong selalu saja membuat bising di dalam rumahnya.

    Akhirnya anjing yang garang dan ganas kepunyaan pemburu itu telah membaham dan mengigit tubuh Durban yang gila hendak beristeri muda dan cantik jelita itu. Lalu Durban pun mati di atas balasan undang0undang karmanya . Anjing itu pun balik semula ke rumah tuannya Derma.

    DI rumah Derma tinggallah Dolma dengan rasa selamat dan senang hati. Dolma dan Derma telah mula terpikat hati. Dolma pula terasa dia telah terhutang budi kepada Derma seorang pemuda baik hati yang telahpun menyelamatkannya dari diperisterikan Durban orang tua saudagar sutra keparat itu.
    Kawan-kawan Derma ramai yang datang ke rumahnya dan bertanya khabar tentang diri Dolma seorang anak gadis cantek dan jelita itu. Tetapi Derma telah memberi tahu kepada kawan-kawannya; katanya, Sang Dewata telah memberikan kepadanya.

    Setelah berapa bulan Dolma terasa sangat rindu kepada kedua ibu dan bapanya. Derma mengarah kawan-kawannya pergi mencari di mana tempat tinggal atau kediaman kedua orang tua Dolma itu.dan setelah beberapa hari mereka berjalan akhirnya mereka pun bertemulah dengan rumah kedua ibu bapa Dolma itu.

    Kedua ibu bapa Dolma telah dibawa ke rumah Derma. Setelah kedua ibu bapa Dolma melihat anaknya itu. Mereka amat gembira kerana anak gadis mereka dalam keadaan sihat di samping seorang pemuda bernama Derma yang kacak dan gagah sebagai seorang pemburu.

    Akhirnya kedua ibu bapa Dolma bersetuju untuk menjodohkan anak mereka Dolma dengan Derma seorang pemuda kacak pemburu yang baik hati itu. Maka majlis perkhawinan pun di adakanlah di rumah Derma sebagai mengistiharkan perkhawinan mereka berdua. Dan hiduplah mereka sebagai pasangan suami dan isteri dengan aman dan damai.

    Bapa Dolma pun berkata: :Jika tidak kerana saudagar sutra tua Durban itu, tentu Dolma anak gadis kita, belum menemui jodohnya dengan Derma seorang anak muda pemburu yang kacakdan gagah ini”.
    Lantas dijawap pula oleh ibunya: “Tetapi. Saudagar tua itu telah menipu kita. Kini dia telah mati dimurkai Sang Dewata, itulah balasan undang-undang karma,” Dolma tersenyum mendengarnya.

    T A M A T.

    BalasPadam
  2. him, Shazryl serah video seks kepada polis (B)


    2011/03/25
    KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam tampil ke Bukit Aman menyerahkan rakaman video seks lelaki yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita muda warga asing.

    Turut diserahkan jam tangan yang dikatakan milik Ketua Pembangkang yang didakwa ditemui dalam bilik perlakuan itu dirakamkan.
    Mereka tiba di Bukit Aman kira-kira jam 5 petang secara berasingan sebelum Abdul Rahim dilihat keluar jam 10 malam selepas polis selesai mengambil keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan.
    Difahamkan, seorang lagi kumpulan Datuk T yang membawa maksud Trio, iaitu Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dikatakan akan memberi keterangan pagi esok (hari ini) di Bukit Aman.

    Rahim ketika ditemui berkata, beliau sudah memberi keterangan penuh selama lima jam kepada polis serta menyerahkan semua bahan bukti dan berharap ia mampu membantu mempercepatkan siasatan polis.

    “Apa yang penting, seluruh masyarakat akan tahu perkara sebenar siapakah aktor dalam video seks berkenaan. Segala bahan bukti termasuk rakaman video dan jam tangan milik Anwar sudah diserahkan dan tidak perlulah saya menceritakan dengan terperinci kerana boleh mengganggu siasatan polis," katanya.

    Rahim juga berharap bahan bukti yang diserahkan itu disiasat secara forensik bagi memastikan video berkenaan betul atau sebaliknya.

    "Walaupun ada pihak menafikan bahan bukti yang diserahkan bukan miliknya, namun saya yakin dengan kepakaran yang ada, ia mampu membuktikan kebenaran. Jangan terlalu banyak menafikan sesuatu perkara, sebaliknya perlu akur dengan kedaulatan," katanya yang enggan mengulas lokasi sebenar video itu dirakam.

    Beliau turut dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kenyataan yang diberikan itu sudah mencukupi, namun bersedia jika dipanggil lagi selepas ini.

    Isnin lalu, satu kumpulan diketuai Datuk T menayangkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media di Carcosa Sri Negara, di sini. Beberapa jam selepas ditayangkan, Anwar pada satu sidang media di ibu pejabat PKR menafikan lelaki yang dirakamkan dalam adegan seks itu adalah beliau.

    PETEKAN AKHBAR (BH) Hantu raya! Saya tidak menyokong sesiapa Cuma membenarkan apa yang dikira benar. Sy tak akan percaya dia kerana pernah menipu minda saya dahulu waktu saya di bawah jabatannya.

    BalasPadam
  3. KELMARIN YANG HANGAT

    jika benar segala berpunca dariku
    andai kemusnahan dari ciptaanku
    kalau benar sagala katamu
    maka tiap sesuatu disisiku berharga
    kuserahkan padamu andai benar segala kebahagian ini
    kau idam dan angankan
    membuat hidupmu tenang tenteram
    ambillah segalanya dengan kerelaan
    aku pohon moga allah
    memberi segala ku kepadamu
    agar duniamu suka dari duka
    biar aku menelan malam
    dengan semua hitam
    bersama rasa kelam
    melihat kau aman dari kegelapan¡­
    ketika itu jangan dipersoalkan
    pendirian pengorbanan itu
    jangan dipinta aku ini lagi
    peganglah & jagailah dengan baik
    segalanya selamat kembali padamu

    Taib
    Sajak jiwa2

    BalasPadam
  4. KABEL

    kabel apa kamu ada
    halus atau besar
    tengok juga warna
    kabel biru senang sedikit
    ada ruang boleh menyelit
    kabel hijau masih dilayan
    kamu dapat perhatian
    kabel kuning pasti hebat
    memang sudah tersedia tempat
    tunjuk dahulu kabel kamu
    baru senang kami sambung
    tiada kabel itu boleh diurus
    kami pakar mengurus
    beli sahaja habis segala cerita
    hulur sahaja di hotel biasa
    hulur sahaja di bawah meja
    pasti cepat lampu menyala
    korupsi tahap biasa
    kerenah sekian lama sampai bila¡­

    Tuan Haji Abkam
    sajak tentang gejala amalan rasuah

    BalasPadam
  5. MATI TETAP PASTI

    baru sekejap tadi
    sembang di kedai kopi
    seketika angkat kaki
    dah dilanggar lori
    mati baru sebentar tadi
    ketawa tak henti-henti
    seketika minta diri
    dah terjatuh titi mati
    baru seketika tadi
    cakap dengan pak haji
    cakap pasal mati
    mati itu pasti
    cepat siapkan diri
    takut tak sempat nanti
    takut menyesal nanti
    dalam kubur seorang diri
    tiada orang peduli
    apa bekalan nanti
    mahu lindungi diri
    azab tiada terperi
    mahu selamatkan diri
    ayuh sama insafi
    mati tetap pasti¡­


    Tok Mahat
    sajak buat kwn sy yg meninggal pagi tadi walaupun kami baru saja keluar makan

    BalasPadam
  6. BERKALI-KALI

    berkali-kali aku ungkapkan ini
    sekali kusayangi selamanyaku kasihi
    kenapa sukar sekali kau fahami aku?
    segalanya telah ku buktikan
    apalagi perlu lakukan untuk mu?
    untuk kau tidak sangsi padaku?
    untuk kau tidak ragui kasihku?
    mengapa segala mudah jadi rumit?
    mengapa kau pandang khilaf aku dulu
    mengapa tidak kau tanya
    pada hatimu rasa aku?
    mengapa harus kau persoalkan
    rasa hatiku padamu?
    untuk apa segala pernah
    kita lakukan bersama?
    untuk apa kita semai segala rasa?
    untuk apa kita kongs rahsia
    bagaimana lagi caranya
    untuk semua sangsimu ku ketepikan?
    benarkah kau mahu segala berakhir?
    curilah sedikit masa
    untuk kau fikir untuk kau renungkan
    aku menunggu terus menunggu
    aku menurut keputusanmu
    ku sayang kamu ku kasih kamu


    Ahmad Qatarunada
    sajak buat gf saya

    BalasPadam
  7. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Sajak mungkin penceritaan yang realiti daripada taip bersama isterinya agaknya. Atau Isterinya yang di jumpa dekat blog Cr ini agaknya , siapa namanya ?jurifah. Apa-apa pun semuanya mungkin telah ada ketentuan daripada Allah swt, kita merangcang tetapi allah yang telah menentukannya.Amin semoga bahagian, bukan kira cantik atau kaya, huduh atau miskin, Yang penting hati mahu baik, itulah kecantikan yang sebenarnya. Layak sekadar (SS).

    BalasPadam
  8. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Sajak Tuan Haji Abkam dengan sajak sinis tajamnya berkaitan dengan cerita rasuah, atau katalain orang indonesia bilang kurapsi . Ada tiga istilah yang ditakuti di Indonesia, iaitu Tiga (3G) Gosok , Gesek dan Gasak yang mana satu dulu saya kurang pasti. Apa pun biasa perempuan jika mahu minta sesuatu, datang dengan manja dengan mengosok atau menepuk bahu dan belakang kita, lebih jinak lagi mulai gesek-gesek atau singul-singulan dan cubit, cubitan, kalau ada peluang kita lupa , atau terjerat, dia gasak atau diambil apa saja yang kita ada. Cuma berbeza dengan Malaysia ada tali (kabel) lu ada kenal , sikit ada suap, lu boleh dapat. Layak cuma (SS)

    BalasPadam
  9. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Sajak tok Mahat pun cerita biasa, kerana sama seperti bapa saya jam 4 makan kenduri jam lima sudah masuk ICU. Manghrip tak ada lagi . Minggu lepas dia ketawa mungkin, terkejut kawan dia meninggal atau hairan. “Hai baru minum kopi dengan aku kemarin? Hai man Terendak!” saya sendiri dengar, kenapa ayah ketawa? Bisik hatiku, rupanya dia juga buang tabiat. Semunya ketentuan Allah swt.Layak Cuma selingan (SS)

    BalasPadam
  10. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Berkalikali sajak Ahmad Qatarunada berpesan : Cinta sebenarnya tidak boleh dipaksa , jika begitu keadaannya , ahirnya nanti tidak kemana.Bila kecintaan tiada , pastinya kebosanan mudah menjelma, akhirnya mencari kebencian dan Persengketaan akan bermula.alhir sekali perpecahan atau perpisahan bermula. Lihat saja Taib dan jurifah dulu jurifah terseksa, kini kita nampaknya amat bahagia. Cinta duda dan janda dalam blog Cr. Amin maah sekadar selingan saja (SS)

    BalasPadam
  11. anjing pun boleh membunuh! wah!

    BalasPadam
  12. anjing tu jd pembunuh plak!

    BalasPadam
  13. eh! x sangka anjing tu boleh membunuh!

    BalasPadam
  14. erkk.. kejam btol cara dia mati

    BalasPadam
  15. ngeri cara kematian dia

    BalasPadam
  16. alamak! xkn mati mcm tu jer

    BalasPadam
  17. wah! kejam btol cara dia mati

    BalasPadam
  18. padan muka org tua gatal tu.. hahhaa

    BalasPadam
  19. mmg hukum karma buat jahat di balasa jahat!

    BalasPadam
  20. alamak! kesian cara dia mati amat kejam

    BalasPadam
  21. pengajaran lps ni jgn buat aniaya org

    BalasPadam
  22. huh! agak sempoi jgk jalan cerita ni

    BalasPadam
  23. yg paling kesian durban la.. hehe

    BalasPadam
  24. wah! hppy ending rupanya

    BalasPadam
  25. wah! berbahagia jgk dolma tu

    BalasPadam
  26. eh! x sngka dia jmpa derma jgk akhirnya

    BalasPadam
  27. ingatkan derma tu jahat baik rupanya

    BalasPadam
  28. wah! bahagia dorg berdua akhirnya

    BalasPadam
  29. hbis dah ke? pendek je cerpen ni

    BalasPadam
  30. xkn pendek mcm ni je cerpen ni?

    BalasPadam
  31. esok cerpen apa la plak

    BalasPadam
  32. mmg menarik jalan cerita cerpen ni

    BalasPadam
  33. mmg pengajaran cerpen kali ni

    BalasPadam
  34. buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali....

    BalasPadam
  35. semoga kita ambik iktibar dari cerpen ni

    BalasPadam
  36. wah! kwin jgk dolma akhirnya

    BalasPadam
  37. ingatkan sad ending rupanya hppy ending

    BalasPadam
  38. selamat ingatkan dia kwin dgn org tua tu rupanya dia kwin dgn derma

    BalasPadam
  39. seram plak baca tentang mati anak adam ni

    BalasPadam
  40. semoga kita x tergolong dalam gologan mcm ni

    BalasPadam
  41. wah! ada 4 perampas plak!

    BalasPadam
  42. amat mengerikan bila 4 perampas tu dtg

    BalasPadam
  43. hbis smua kena rampas ker?

    BalasPadam
  44. huh! xkn smua di rampas sekali?

    BalasPadam
  45. hbis smua kena rampas xde ape yg tinggal la?

    BalasPadam
  46. semua kena rampas tinggal amal ibadat je la

    BalasPadam
  47. semoga kita berwaspada....

    BalasPadam
  48. xkn smua di rampas kita xde apa la?

    BalasPadam
  49. menarik sajak perampas ni byk peringatan

    BalasPadam