Khamis, 24 Mac 2011

MATI ANAK ADAM ADA EMPAT PERAMPAS



cuma renungan 


Mati anak Adam
Malika maut pun datang
segera merampas nyawanya

Cacing tanah
merampas isi daging
dijadikan baja untuk pokok

Anak cucunya
Merampas segala pusaka
Digunakan untuk baik atau buruk

Kawan dan musuh
Akan merampas segala
Kedudukan darjat dan pangkatnya.

Itulah kehidupan
Yang dikira tidak abadi
Sebab semua benda baharu
 Tidak akan kekal buat selama-lamanya.


Oleh : Nurimanja,
Catatan  di sudut ceramah bebas,
Tanggal dua tiga hari lalu 20hb, mach, 2011.







50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
    BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
    -----------------------------------
    SIRI ke 3.

    DOLMA kelihatan begitu leteh dan menyeksakan di dalam bakul rotan itu.SiPemburu yang amat bersimpati itu telah mengeluarkan Dolma gadis cantek itu dari dalam bakul rotan itu. Setelah dikeluarkan Dolma telah menceritakan apa yang berlaku kepada si pemburu itu.

    Si Pemburu tersangatlah marah kepada saudagar sutra tua Durban itu. Si Pemburu cuba mencari akal untuk memperdayakan Durban . Aku tahu semuanya ini satu penipuan telah dilakukan oleh Durban Ke atas kedua ib u bapa kamu.

    “Engkau semua telah ditipu. Sebenarnya Sang Dewata tidak boleh bercakap! Tetapi dia akan memberi tahu kamu tanpa disedari” kata Si Perburu itu.

    Dolma pun tahu yang selama ini dia telah di tipu oleh saudagar sutra tua si Durban keparat dan terkutuk ini.

    “Tolonglah saya sekarang tuan! Bagaimana saya hendak melepaskan diri dari orang tua ini?” Kata Dolma agak cemas dan takut.

    “Nama saya Derma. Saya akan tolong, jangan takut, saya akan menolong saudari. Dengan memasukan anjing saya ke dalam bakul rotan saudagar sutera tua berdebah itu.” Jawab Derma sambil menarik anjingnya dimasukkan kedalam bakul rotan itu.

    Dolma pun memperkenalkan dirinya kepada Derma, dan terus saja mengikut si pemburu binatang liar itu beredar meninggalkan tempat situ. Dolma amat berasa lapang dada. Ingin rasanya dia hendak pulang semula ke rumahnya. Dan mengucapkan terima kasih pada Derma lelaki yang telah menolongnya.

    SEBENTAR kemudian saudagar sutra tua Durban terjaga dari tidurnya. Dengan segera dia memikul kembali bangkul rotannya yang dia sangkakan ada Dolma di dalamnya itu, Hatinya begitu riang sambil bernyanyi dan menari-nari , kerana mendapat seorang anak gadis yang cantek rupawan akan menjadikan isterinya nanti.

    Seseampainya di rumah. Durban telah membawanya bakul rotan yang disangkannya ada Dolma di dalamnya itu , masuk ke dalam bilik tidur di dalam rumahnya itu. Kemudian dia meletakannya di atas katil tempat pembariangannya.

    Setelah dibuka, Alangkah terkejutnya Durban ada saekor anjing pemburu yang sangat garang. Dia menerkam dan ingin mengigit durban. Terpekek terlolong Durban meminta tolong kepada jiran-jirannya sambil melarikan diri.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Wednesday, March 16, 2011
    Prelude awal Pilihanraya Sarawak: Pembangkang luar cuba “langgar” Sarawak.

    “Perang belum bermula, namun gendang sudah dipalu”, begitulah suasana terkini berkenaan senario politik Sarawak yang bakal meletup pada bila-bila masa dari sekarang. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak “is just around the corner”, begitulah difahamkan oleh sumber terkini yang penulis terima.

    Belum pun Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud mengumumkan pembubaran sidang DUN Sarawak, rupa-rupanya parti-parti pembangkang dari “luar” sudah pun menghantarkan bala tenteranya ke Sarawak. PKR, PAS dan DAP, masing-masing sudah tiba lebih dua tiga minggu awal dari artikelinidisiarkan. Baca lagi di sini, The Real Sarawak blog...

    KOMENTAR HANTU RAYA

    SIDAK YA MUN SIK DATANG< HANYUT KEDUDUKANYA NANTI. TULAH GAYANYA NAK MACING UNDI. KENA DULUK DARI ORANG LAIN. MUN TIDAK SEMUA KERUSI PKR, PAS DAN DAP, PASTI KERUSINYA HANYUT NANTI......

    TADI GELETEK PAGI ADA PESAN:

    “UDAH KITA MADAH SIDAK YA! MUN KEMPEN< KEMPEN AJALAH! JAGAN BUAT KERJA GILA, MUN SIK PUAS HATI SIDAK YA , SUKA HATINYA JANGAN PULAK TIDOR DI JALAN RAYA”.

    BalasPadam
  3. AKU BUKAN ROBOT

    aku bukan robot
    ciptaan pandai manusia
    aku ini manusia
    ciptaan yang maha kuasa
    oleh kerana itu
    aku punya hati punya rasa
    jadi ingatan buat kamu
    usah layan aku begitu
    cuba fikirkan sejenak
    guna otak guna akal
    guna rasa guna perisa
    walau di mana kamu berada
    walau tinggi di puncak sana
    walau punya wang berjuta
    walau hidung mancung terletak
    walau kulit putih melepak
    kamu tetap juga manusia
    tetap juga balik ke tanah
    tetap mengadap yang esa
    dan kerana itu jugalah
    kau tetap sama sepertiku
    kita bukan bukan

    Nur Atikah
    sajak kemarahan

    BalasPadam
  4. ANAK LELAKI SIAPA NI?

    Aku terlihat anak laki itu
    pandainya dia
    memutarbelitkan cerita pada 1 dunia
    Aku lihat anak laki ini,
    Mesra,telus dan tulus percakapan
    Aku lihat anak laki ini,
    Bersama bicara selalu lembut
    luahan jiwanya semua orang terikut
    Aku lihat anak laki ini Selalu.
    Aku kagum pada mulanya
    tapi bila ku tahu dia kaki auta Aku perlu tahu siapa anak laki ini
    mahu ku khabarkan pada ayah ibunya
    supaya ajari dia semula

    Datuk hasbi
    sajak ni rasanya qalam tahu sy tuju kepada siapa

    BalasPadam
  5. SIAL

    buang sejarah itu
    tak pernah mahu kekal
    buang segala berpautan
    aku benci melihatnya
    menggeledak darah serta-merta
    hati panas lebih dari bara
    kau hawa tapi tak pernah
    menyelami jiwa aku
    kau sanggup mengkhianati aku
    kau dasar betina sial,
    kau tak layak digelar hawa
    aku nak buang segala sejarah
    cukup menyakitkan aku
    seumur hidupku berdepan sial begitu
    aku tak mahu kau sejarah hitam
    tapi kau akan aku buang
    kau akan aku hapuskan
    jangan pernah memanggil aku abang

    Sabri Hakimi
    sajak buat bekas tunang saya

    BalasPadam
  6. TERHEMPAS

    terhempas sudah punah merata bersepah aku melihat
    sebuah yang hancur dalam amarah
    berlaku sudah satu kasih
    aku beli dengan sayang
    kepada itu aku mahu
    kukutip ditepi simpang dulu
    dimana rasa cintaku pada
    selepas rasa yang bangga
    kuterima burukmu kusanjung
    hitam gelap bentukmu
    tapi tanganku mencapai
    melempar keliru berdebu nafsu
    terperusuk mu dipenjuru
    aku yang sejuk memujuk
    menggigil dakapimu
    dengan deraian bertalu¡­..

    Yusmanira
    sajak jiwa2 lagi maaf tinta hehe

    BalasPadam
  7. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Nak tanya Nur Atikah!
    Ini sajak selingan apa hal jalal pi letak jadi sayembara pula? Cukup bagi mereka cawan tembikar kaca. Lepas itu baru mula balik bulan April Qalam akan ulas. Ini saya suka-suka saja Apa-apa pun jalal punya hallah, dia yang mengajur dan bagi hadiah sagu hati pemenang sajak selingan ini. Yang kau ini marah-marah apasal Nur Atikah? Dekat Qubai ke? Atau bf kau yang membuatkan kau hot sangat ini. Kalau marah mana nak cari bahasa seni dan puitis. Bukan kata bf kau, aku pun lari, aku dah biasa tenguk perempuan comel marah. Kasian nak pujuk tak berani, nanti dengan aku sekali dia lesing. Aduh! Maaf sajak selingan saja (SS)

    BalasPadam
  8. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Datuk Hasbi duk tanya Anak Lelaki Siapa Ni ? terlebih asam atau kurang garam. Kena tanya mak pa dia? Itupun kalau mak dan pa dia ada lagi. Kalau tak salah saya mamak berahim kedai sireh punya anak apa? Dia nak pancut air sireh bagi kuat, dia letak dua jari macam huruf Y di bibir dia pancut sekali satu nafas jauh juga pergi. Orang lain juga kena air sireh, dia tak ada apa-apa, ini licik punya cerita. Layak menang sajak selingan (SM)

    BalasPadam
  9. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Sabri Hakimi tak pasal kau kata SIAL , apakah jadahnya? Sebelum aku ulas kena bagi tahu dulu sajak lama atau baru. Selalu andaian aku tak kena sajak lama jalal siar, ada setengah tu dah pun berkhawin, ada pula yang dah balik dan baik semula dengan bf diaorang. Aku yang ulas jadi gila. Apa-apa pun aku Cuma buat andaian saja , sajak ini sama dengan sajak sdri nur atikah. Marah sesaja. Tekanan kut? Gaji tak cukup ke? Aku lagi x ada gaji, Cuma makan free,baca sajak korang berdua aku pun pening! Sekejap betina marah, ini jantan pula marah, siapa yang betul. Tanya Qalamlah? Sajak Cuma selingan saja. (SS)

    BalasPadam
  10. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Yusmanira sajak jiwa0jiwa lagi, nak kali ni lagi teruk , nak mampus sampai hempas menghempas ni. Apa ke cerita? Nasib baik Terhempas , mungkin tak sengaja. Tapi kisah marah tetap ada . nah dah tiga orang sajak nak marah saja. Apakah jadahnya? Orang bercinta syok punya cerita dalam dakapan asmara dana menyasikan bulan bintang jadi saksi bila teruna dara sedang berasmara. Kau hidang cerita perang, marah, terbakar, sial, terhempas. Aduh nasib aku tak ada gf. Jika tidak dengan aku sekali pi. Kena maki hamun sekali. Maaf sajak anda Cuma sebagai selingan saja (SS)

    BalasPadam
  11. gmbr pmpuan mana plak en nuri letak ni? hehehee

    BalasPadam
  12. sian dolma nasib baik x mati

    BalasPadam
  13. gatal punya org tua tu! hahahaha

    BalasPadam
  14. rasanya org tua tu mati kot kena gigit anjing? hahahahha

    BalasPadam
  15. cerpen ni baca mmg nk tergelak jer

    BalasPadam
  16. apa punya malang nasib org tu?

    BalasPadam
  17. itulah dah tua buat cara tua ni nak bini muda

    BalasPadam
  18. rasanya dia kwin dgn pmburu tu la

    BalasPadam
  19. rasanya mak dgn ayah dia msti jodohkan dia dgn pemburu tu

    BalasPadam
  20. harap2 jangan pemburu tu pun tipu dolma jgk

    BalasPadam
  21. dewata ni dewa org tibet ker?

    BalasPadam
  22. bodoh punya druban ada plak letak dalam bakul

    BalasPadam
  23. ada plak gendong bakal bini dalam bakul? gila...

    BalasPadam
  24. mak bapak dia pun xkn bangang sgt serah anak mc tu jer...

    BalasPadam
  25. hahahaha sekali anjing yg kluar? hahaha

    BalasPadam
  26. nampaknya dia kwin je dgn anjing tu.. hahahah

    BalasPadam
  27. wah! pembangakng pergi dulu

    BalasPadam
  28. wah! pembangkang dtg dulu tp rasanya x boleh menang pnya

    BalasPadam
  29. pembangkang takut sbb tu dorg dtg dulu

    BalasPadam
  30. datang dulu? tgk2 dorg kalah jgk nnt

    BalasPadam
  31. sarawak rsanya pembangkang x boleh buat apa menang kat BN jgk

    BalasPadam
  32. mmg cuak jgk pembangkang siap dtg awal

    BalasPadam
  33. mmg buang masa la pembangkang tu dorg mana boleh menang jgk

    BalasPadam
  34. rasanya sia2 je dorg dtg awal msti kalah jgk nnt

    BalasPadam
  35. tu dia datang punya awal ingat boleh menang kot? hahahhaa

    BalasPadam
  36. sarawak kubu kuat BN mana ada harapan la dorg nk menang

    BalasPadam
  37. dorg boleh berangan je nk menang

    BalasPadam
  38. eh! rasanya BN menang mudah la kat sawarawk

    BalasPadam
  39. BN menang mudah pembangkang jgn bermimpi la

    BalasPadam
  40. hantu raya dgn geletek pagi org sarawak ker?

    BalasPadam
  41. bahasa apa plak hantu raya tulis ni

    BalasPadam
  42. pening aku baca geletek pagi tulis

    BalasPadam
  43. apa punya malang nasib org tua gatal tu? hahhhaa

    BalasPadam
  44. mati ke durban tu kena gigit anjing?

    BalasPadam
  45. terbelit lidah aku baca hantu raya tulis ni

    BalasPadam
  46. eh! mcm tu je kena gigit? bangang btol durban! hahahaha

    BalasPadam
  47. dah hbsi ke cerpen ni?

    BalasPadam
  48. eh! cerpen ni ada lagi smbung ke dah hbis?

    BalasPadam
  49. apa malang nasib org tua tu? hahahhahaa

    BalasPadam
  50. eh! ada lagi ke dah hbis cerpen ni? sbb dia pun dah kena balasan

    BalasPadam