Sabtu, 19 Mac 2011

KENAPA KALKATU ITU



 sajak pilihan ahli Cr.


Hei kekatu kenapa berpusu-pusu…
Di bawah lampu itu?
Adakah punya keramaian?
Yang membangkitkan ghairahmu?
Pada sang gumbira terlampau banyak?
Berekor seangkatan denganmu.
Yang berlaga-laga mencari khayal.
Neon sangat nikmat
Apabila sudah tidak ada cahaya.
Kau mula berlabuh sepi.
Kontang-kanting mati…
Jiwa sunyi cucu cicitmu yang baru
Mendengar cerita tentang itu.
Bertanyakan pada dunia.
Memikirkan adakah ini hukum karma?
Yang pasti sampai nafas akhir,
Akan sendiri Sila tanya manusia,
Yang jiwanya meronta-ronta,
Untuk jawabkan keberadaan itu.
seperti manusia aku contohnya..
memang dihenyak persoalan hati,
tentang masa yang makin mengecut,
dan hidup yang makin celaru,
serta jiwa yang tiada penyatu.
Dari hujung dulu sampai sini.
Masih kaku Kerna kau kekatu…
Masih bertuah memiliki masa itu.

Oleh: Roy Rashid
bagan datok, Perak.
11.9.2010/2010 September 19 10:14
dITERBITKAN SEMULA 20/03/2011





50 ulasan:

  1. sajak bertajuk siapakah kalkatu itu?
    oleh Roy Rashid menceritakan kisah hidup haiwan kecil ini, apakah ada
    pengajaran yang perlu kita ambil dari makhluk kecil dan lembut ini.


    Makhluk kecil lembut ini mempunyai dua wajak, berkepak jadi kalkatu, bila hilang kepak sama anai-anai
    pula. Apakah kita juga mahu jadi kalkatu, sanggup berkorban diri dan nyawa kerana memuja lampu neon di jalanan.?

    Hantu raya

    BalasPadam
  2. JAGA KAU PUNYA WANITA

    Setiap hari aku berlari
    aku mencari mawar berduri.
    Aku petik aku hidu
    aku senang hati mekar.
    Kan kau sudah diberi mandat,
    Kau jagalah dia rapat-rapat,
    Kau peluklah dia erat-erat,
    Kau ikatlah dia ketat-ketat,
    Airmatanya jangan dipaksa keluar,
    Didalam jangan kau biar calar
    Kepalanya jangan kau bagi berakar
    Kasih jangan kau campak ke belukar
    Diakan kau punya wanita
    Aku kasihan Aku terkilan
    harap kau jaga kau punya wanita

    Mr Casanova
    sajak pasal rebut perempuan hehe

    BalasPadam
  3. BUKAN ISTERI

    walau esok engkau milikku
    benarkan aku teman
    menghormati hak suamimu
    lirik mata suara manja ayat cinta
    kulit mulus cinta halus,
    semuanya bukan aku punya
    walau esok aku suamimu
    benarkan aku untuk menunggu
    kerana hari ini
    kau masih bukan isteriku

    Nik Aziman
    sajak pasal wanita

    BalasPadam
  4. CELAKA DAN BIARKAN

    hati-hati bila kau menyebut celaka
    wahai orang di sana
    jangan kerana kau kata celaka
    kerana tidak dapat berdiri sendiri,
    tidak seperti ayam, itik & lembu,
    kerana akan ada seseorang,
    sesuatu, keadaan, paling teruk;
    tanpa disedari mungkin juga
    tuhan untuk disalahkan
    namun satu yang hampir pasti,
    jarang sekali ianya
    ditujukan kepada diri sendiri?
    Si Luncai terjun dengan labunya
    Biarkan Biarkan¡­
    Usah ditegur,usah ditanya,
    Kelak sendiri yang merana,
    Usah dihalang, usah ditegah,
    Kelak sendiri yang parah,
    Usah ditolong, usah disorong,
    Kelak sendiri dikata berbohong,
    Si Lebai terjun dengan labu-labunya, Biarkan¡­Biarkan¡­

    Pak Haji
    sajak politik

    BalasPadam
  5. KUNING

    kuning berselirat
    warna penuh adat
    adat teguh dijunjung
    junjung sampai rebah
    jadi suatu lambang
    pantang semua langkah
    lambang suci penuh keramat
    lambang daulat penuh hormat
    milik penguasa negeri
    milik payung mahkota seri
    itu sahaja yang tinggal
    warisan melayu melaka
    yang agung dan ulung
    di suatu masa dahulu
    itu sahaja yang ada
    hasil taat setia si tuah
    hasil amukan si jebat
    hasil pandai tun perak
    hasil bijak dang anum
    hasil bodoh si kitul
    hasil jajah portugis
    usah cemari lagi daulat itu¡­

    Raja Muda
    sajak tentang kesultanan melayu

    BalasPadam
  6. Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

    Diabetes tidak ada batasan umur. Anda berisiko tinggi menghidapi kencing manis
    jika mempunyai perkara berikut:

    1. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.
    2. Obesiti iaitu berat badan berlebihan.Anda semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes jika berat anda melebihi berat ideal(BMI)
    3. Impaired glucose tolerance (IGT)-nilai paras gula Borderline
    4. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
    5. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
    6. Sejarah kelahiran bayi melebehi 4 kg
    7. Tekanan darah tinggi
    8. Tidak aktif -gaya hidup sedentari
    9. Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
    10. Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

    BalasPadam
  7. ahahhahaahhaahahh

    BalasPadam
  8. dsgfvdsgsdgsdgds

    BalasPadam
  9. ehehheehehehehheehe

    BalasPadam
  10. huk huk hhshsshhhshhaahhaha

    BalasPadam
  11. fchbchbcvnhfdhdfghdf

    BalasPadam
  12. mcm sajak en nuri je kelatu ni

    BalasPadam
  13. roy rashid ni cedok en nuri pnya sajak la

    BalasPadam
  14. kelatu ni bukan sajak en nuri ke dulu?

    BalasPadam
  15. kenapa nama roy rashid plak? kelatu ni sajak en nuri klu x silap sy

    BalasPadam
  16. politik ke kelatu ni?

    BalasPadam
  17. kelatu ni apa?

    BalasPadam
  18. kelatu dgn kunang2 sama ker?

    BalasPadam
  19. sjak kelatu pun ada jgk ker?

    BalasPadam
  20. sajak pasal politik ke psal pelacur ni kelatu ni?

    BalasPadam
  21. di harap en nuri jgn biarkan kosong lagi lps ni byk dah org luar masuk buat kacao

    BalasPadam
  22. kalau nk harapkan sajak saya susah nak penuh ulasan sbb x pnuh la org luar buat kacau mmg sy x boleh halang

    BalasPadam
  23. sajak pasal apa plak ni?

    BalasPadam
  24. kelatu ni kan sajak en nuri tajuk dia seorang aku????

    BalasPadam
  25. kenapa kosong je ruangan ni?

    BalasPadam
  26. mana cerpen plak ni?

    BalasPadam
  27. isu semasa xde politik pun xde?? bosan la

    BalasPadam
  28. dulu meriah mcm2 ada skrg kenapa kosong?

    BalasPadam
  29. bosan la cerpen dh xde

    BalasPadam
  30. bila nak ada isu semasa semula?

    BalasPadam
  31. semenjak byk perkeja en nuri dah berhenti sunyi plak blog

    BalasPadam
  32. kenapa 2/3 hari ni bosan la xde ape2 ker?

    BalasPadam
  33. ada tips mencegah diabetis plak?

    BalasPadam
  34. semoga kita semua x kena diabetis la

    BalasPadam
  35. selalu org tua yg kena diabetis ni

    BalasPadam
  36. lps ni kena kurangkan makanan manis la

    BalasPadam
  37. takut plak baca pasal diabetis ni

    BalasPadam
  38. semoga kita semua di hindari dari penyakit ni

    BalasPadam
  39. diabetis ni kencing manis kan?

    BalasPadam
  40. sama2 kita ikut supaya kita dapat cegah diabetis

    BalasPadam
  41. xkn org muda pun boleh kena kalau x berhati2

    BalasPadam
  42. kena kurangkan makanan manis lps ni

    BalasPadam
  43. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Berapa ramai wanita yang tak khawin, buat apa duk merebut, kini satu nisbah enam. Kau carilah berapa ramai yang dara masih terang tang tang. Mereka pun sedang menunggu.apa duk merebut yang satu, sama saja dia punya barang satu saja, bukan ada dua, serupa saja. Kawan kau itu jangan buat gila (SS)

    BalasPadam
  44. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Nik Aziman dengan sajak BUKAN ISTERI . apa cerita korang ini duk berkecik dengan bini orang. Kalau janda tak apa lepas edah sambung cerita. Bahaya kalau kau gila dekat biniorang, sedangkan tunang orang pun dah kita tak boleh nak masuk kira bicara. Inikan pula bini orang. Tapi kalau si bini orang itu pula duk layan sama dua-dua kena... (SS)

    BalasPadam
  45. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Sajak Pak Haji ini juga meluahkan rasa kurang senang, Keadaan sekarang cukup amat tidak menyenangkan hati orang lama kira umur 60han keatas atau warga mas. yang amat cintakan negara, Lebih menyakitkan hati bila ada parti anak bini. Kalau sebelah sini pandai pula kata parti keroni, Yang pelek bin ajaib, bila ada perhimpunan desak pasal DNA kapal kata ini sudah menghina mahkamah! Bila mahkamah minta nanti sempal DNA engan beri pula . itu tidak menghina mahkamah? Penyokong pkr kena fikir sendiri. Semoga tuhan beri taufik dan hidayah kepada mereka. Amin. Jangn celaru minda. (SS)

    BalasPadam
  46. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Dulu pun sudah ada si kitul petualang durhaka membuka pintu kota Melaka kepada musuh negara. Apakah kini wujud lagi si kitul ke dua? Ingat kata Laksemana Hang Tuah Pantang melayu buat durhaka. Tetapi kerana berlaku khawin percampuran darah melayu sudah hilang di urat badan. Jadi tidak hairan, sanggup tidur di tengah jalan, menghalang kereta sultan. Malah ramai pula melayu khawin dengan penghijrah yang datang, lantaran itu mereka tidah indah segala adat istiadat dan undang-undang. Kini sepatutnya raja-raja mesti menguatkan kuasa yang ada, jangan beri peluang kepada mereka yang berniat jahat untuk meminda. Amin. (SM)

    BalasPadam