Rabu, 23 Mac 2011

IBU MUDA MENGKELEK ANAK



jg tamat spm khawin


Aku pernah lihat dari jendela kaca
Ada seorang ibu muda berjalan longlai
Mengkelek  si anak kecil  yang merengek
Kepala masih dogol nampak merah menyala
Seorang lagi si abang masih berjalan jatuh
Terhegeh, Juga dogol kepala belum ada rambut
Malah, belum pandai membilang satu dua
Meregek, sesekali menangis di tenag kepanasan
bersama  sebungkus makanan rengan di tangan
Ibu muda yang aku lihat bagai menanggung beban
Si suami tak nampak, isteri  siapakah  gerangan
Manis berbaju kurung berjalan  nampak keletehan
Malah si abang kepala dogol  pun masih bertateh
Di dalam perut membusut mungkin ada satu lagi
Pastinya si ibu muda akan beranak tiga nanti
kasihan! mempergadaikan usia  yang masih muda
dalam urusan menjaga anak , suami dan rumah tangga
Perkhawinan muda sekadar mengikut hawanafsu saja
Dulu seronok langsung tidak pernah menilai masa depan
Kini terpaksalah  menghadapi  cabaran dalam kehidupan


Oleh: Nurimanja,
Catatan sewaktu aku dijendela,
Jam 12 tengah hari .Tanggal 23/03/2011




50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
    BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
    -----------------------------------
    SIRI ke 2.

    PADA keesokan harinya saudagar sutra Durban telah lalu di hadapan rumah mereka . Kedua ibu bapa Dolma telah mengejar saudagar tua sutra Durban itu.

    Dengan rasa bangga saudagar sutra Durban menunjukkan saekor ayam jantan putih. Sambil bertanya “Adakah tuan memerlukan bantuan saya?”

    Kedua ibu bapa Dolma sangat sedeh berdukacita . Apabila mereka dapati yang lalu itu saudagar sutra Durban yang sudah tua keriput , berperut buncit, berkepala botak dan bergigi sebatang.

    Dengan perasaan sedeh kedua ibu bapa Dolma telah menceritakan kepadanya akan hajat mereka telah pergi ke kuil semalam. Tetapi apakan daya kerana sang dewata telah pun menetapkan jodohnya begitu. Mereka terpaksa menerimanya.

    Menagislah mereka anak beranak dalam keadaan sedih dan pilu itu. Lebih lagi Dolma Yang selama ini ramai anak muda tergilakannya, cukup terasa hancur luluh hatinya kerana terpaksa berkhawin dengan saudagar sutra yang tua. Lebih tua daripada bapanya.

    Sudagar sutra tua Durban itu pun sangat bersukacita kerana mendapat seorang bakal isterinya yang cantek rupawan lagi muda dara.

    Oleh kerana rencangannya itu tiada siapa yang tahu dia bercadang untuk membawa Dolma bakal menjadi isterinya itu ke kampung asalnya

    Saudagar sutra tua Durban itu telah memasukan Dolma ke dalam senbuah bakul rotan lalu dipikulnya bakul rotan itu dan dibawanya keluar dari rumah kedua ibu bapa Dolma dengan perasaan senang hati. Sambil bersiul dan bernyanyi-nyanyi.

    Sesampainya di pertengahan jalan saudagar sutra tua Durban terasa amat penat dan leteh sekali. Dia bercadang untuk berehat seketika sebelum menuruskan perjalanannya di bawah bawah sepohon pokok yang besar dan rendang daunnya. Di sebabkan kawasan itu sunyi Durban terus tertidur dengan lenanya.

    Sewaktu Durban tertidur itulah Dolma yang terkurung di dalam bakul rotan itu terus menangis dan meminta tolong untuk dilepaskan. Kebetulan tangisan dan permintaan tolong Dolma itu telah didengari oleh seorang pemburu yang sedang lalu di situ.

    Lantas sang pemburu binatang liar itu pun segera mendekati di tempat itu, dia ternampak ada sebuah bakul rotan yang bergerak-gerak seperti ada benda di dalamnya, dengan segera dia membukanya dan alangkah terkejutnya sang pemburu, bila didapati ada seorang gadis yang cantek dan jelita di dalamnya.

    BERSAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  2. TEORI Video Seks Panass.. – Ini Semua Kerja Anwar..? Rancangan Anwar Divert isu Liwat Guna Datuk T @ Datuk Tipu @ Datuk Temberang..??


    Kenapa kronologi kejadian seperti disusun rapi..? Apakah ini semua terkandung dalam Master Plan Anwar untuk mengalihkan isu liwat lebih lebih lagi desakan menyerahkan DNA akan memusnahkan karier politiknya jika sebaik sahaja disahkan DNAnya sama sepadan dengan DNA Lelaki Y.

    Selepas kecoh seantero Malaya kisah seorang lelaki misteri dinamakan Datuk T menayangkan video lucah yang menampilkan pelakon lelaki saling tak tumpah dengan wajah Anwar Ibrahim, dengan secepat kilat Ketua Umum PKR itu membuat sidang media.

    Kenapa Anwar terlalu cepat melatah...?? Nama belum disebutkan, sebaran video lucah itu pun masih belum dijalankan..., kenapa Anwar boleh terlalu panik?? Siapa yang boleh menilai dengan teliti saiz perut pelakon itu dan apa jaminannya perut Anwar kempis sepanjang waktu..???

    Mari kita renung sejenak dari satu sudut perbandingan fakta. Ummi Hafilda secara terbuka samada dipentas ceramah mahupun kenyataan akhbar menceritakan dengan “terperinci” hubungan sulit seks Anwar – Shamdisar isteri Azmin Ali. Semenjak Ummi memulakan langkah menjelajah seluruh negara menceritakan siapa sebenarnya Anwar sekaligus merungkai banyak rahsia sulitnya dengan isteri Azmin, diberitakan anak Azmin bernama Afifah sudah mula memberontak..! Iya, anak gadis ini semakin dewasa dan bijak menilai, maka dia mahukan kepastian siapakah ayahnya yang sebenar...

    Berbalik kepada tindakan Anwar yang respon terhadap isu video seks ini, pagi tadi beliau yang diiringi oleh penjilat penjilat tegarnya pergi membuat laporan polis. Pelik dan menghairankan..!! Kenapa identiti pelakon video lucah belumpun disahkan Anwar beriya iya sungguh membuat laporan polis..? Tetapi apabila begitu lantang suara Ummi menceritakan bagaimana abang kandungnya sanggup menjual bini kepada Anwar, kenapa pula perkara ini dibiarkan oleh Anwar..??

    Master Game Plan untuk mengalihkan isu sebenar...? Supaya isu DNA, isu liwat Saiful akan berkubur dari fikiran rakyat negara ini..??

    Tempoh seminggu yang “ditawarkan” oleh Datuk T kepada “pasangan suami isteri ahli politik Pembangkang” juga meninggalkan persoalan yang besar.., amat meragukan!! Teka teki menjandi semakin luas ruangnya. Sekiranya benar ujud Datuk T itu sekalipun, adakah orang ini “berkias” untuk peras ugut Anwar..??

    Maka Anwar melihat ini ruang terbaik untuk “kenakan” BN dan UMNO... Mudah dibaca sifir permainan ini...! Tidak mustahil tempoh seminggu adalah enteng bagi Anwar menghantar utusannya “settle” apa yang patut dengan Datuk T. Nah..! Laporan polis sudah dibuat, selepas seminggu Datuk tidak muncul kembali.., video seks pun tidak disebarkan....

    Nanti cerita Anwar dan barua baruanya dalam ceramah, “... lihatlah Tuan Tuan dan Puan Puan, setelah Anwar berani tampil dan membuat laporan polis mahu perkara ini disiasat.., mereka yang sanggup menjadi perkakas BN sudah gentaaarrr dan tak berani sebarkan video itu, inilah kerja fitnah amat dahsyaaatt mahu menjatuhkan Anwar...!! “

    Oleh yang demikian, Datuk T kenalah buktikan beliau bukan Datuk Tipu @ Datuk Temberang yang mahu “cari makan” dengan mengugut Anwar.

    Baca kupasan teori ini juga oleh sahabat Blogger GAP, klik sini dan sini


    Petekan blog Duke dan Gap

    BalasPadam
  3. AKU SEPI SENDIRI

    Sepi sebenarnya aku sunyi
    hari-hari yang aku lalui
    seolah tiada erti
    dari pagi hingga malam hari
    hingga bertemu pagi kembali
    aku masih begini...
    aku tak tahu aku mahu
    sering tak menentu
    aku makin buntu...
    seringkali aku terasa
    jauh ingin kembara
    membuka mata dan jiwa
    derita ini telah lama
    membuat aku merana
    kerana isinya cinta
    terhadap manusia
    jauh aku hanyut dalam noda
    berpaut di ranting asmara
    yang menghulurkan sengsara...
    sering juga aku cuba berlari
    menggapai sang pelangi
    rebah aku di kaki duri
    sepi itu menggamit lagi
    kisah luka hari ke hari...

    Salikin samsudin
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  4. KU KEMBALI

    ku pergi seketika pada waktu itu...
    biarpun kutahu erat ganggamanmu
    takkan melepaskanku...
    namun langkah kian jauh...
    kita makin menjauh...
    kerna rajuk merasuk...
    kuingin pergi jauh...
    jauh darimu sejauh mungkin....
    biar hilang dari ingatan...
    makin jauh langkah makin gusar...
    aku hilang arah...
    sesat dalam titian berliku...
    sepiku sendiri bayangmu mengejar...
    ku tak mampu lagi berlari...
    hingga terduduk aku seketika...
    lantaran rasa kian meronta...
    kususuri denai berarus...
    kuredah menggapai tanganmu...
    kerna kuyakin kau masih disitu....

    Adi Cana
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. HUBUNGAN TAK KEKAL

    aku tahu hubungan
    tak punya nama ini tak kekal lama
    aku tahu apa yang kau
    cuba zahirkan di depan mata
    terkadang kau keliru aku cemburu
    aku juga tahu kau
    takkan pernah memahami aku.
    aku tak mahu diri ini diperlu
    hanya bila kau tiada selimut ketika tidur aku tak mahu jasad ini
    kau dakap hanya ketika hati hancur
    yang mana akhirnya
    jiwa ini sakit kau robek
    yang mana akhirnya
    raga ini tenat kau carik
    yang mana akhirnya
    tampak dirimu belum serik
    mencari sakit menambah perit
    kau dapat perempuan kau kata hebat
    buat kau tak sabar nak kahwin cepat
    yang akhirnya menjadikan aku
    bukan dua, tiga, atau empat,
    tapi cuma persinggahan setempat
    semoga kini kau bahagia
    atau mungkin terus terluka?

    Tok mahat
    sajak kenangan dulu

    BalasPadam
  6. DARI JAUH

    Dari jauh kulihat ramai
    dahulunya beluncas cuma
    Keluar dari dunia sepinya
    Indah menjadi dengan seribu warna
    Dari jauh kulihat terhibur asyiknya
    Cinta sang rama sepi kini tiada
    Kerna cantik parasnya
    Masih dari jauh kulihat
    Si cantik rama-rama itu
    Kerna tak mampu ku mendekatinya
    Yang bagiku terlalu istimewa
    Terlalu jauh jarakku dengan si rama
    Terlalu berbeda aku dan dirinya
    Terlalu asing dengan dunia indahnya
    Lalu dari jauh mampu ku melihatnya.

    Ambuyak
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Aku Sepi Sendiri sajak oleh Salikin . cerita biasa saja cerita anak muda begitu juga bila Adam yang duduk dalam syurga pun terpaksa resah gelisah mencari teman untuk bergurau senda. Lalu Allah jadikan Hawa dari tulang rukuhnya. Maka sehingga kini kerinduan itu ada dimana-mana selagi manusia masih benyawa Dan memerlukan kemesraan bersama dengannya. Sajak jiwa-jiwa sekadar selingan saja (SS)

    BalasPadam
  8. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Syabas! Juga sajak ada dipilih juga sebagai sajak selingan dalam ruangan citra rasa. Walaupun kisah jiwa-jiwa , al maklum kisah anak muda yang sedang memujuk rayu Pada anak gadis kecintaanya. Apa pun yang merajuk kena pujuk, yang jauh kena dekatkan. Agar jiwa dan hati tidak rasa tertekan. Cuma selingan saja (SS)

    BalasPadam
  9. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Tok Mahat sering mengimbau cerita lama, sebagai memori dalam hatinya yang mungkin sesekali terubat rasa sunyi, jika dia duduk seorang diri, nostalgia biasanya datang menjelma dan bermain kembali di depan mata. Itulah kenangan dan pengalaman yang dikira secebis trasa dari mungkin beribu lagi kenangan yang tersimpan di dada. Tok Mahat. (SM)

    BalasPadam
  10. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Pengucapan Ambuyak pada simboliknya pada sang rama-rama yang cantik untuk pandangannya semata. Untuk didekati agak sukar mungkin melangar tata susila dan ajaran agama juga, justeru itu sekadar boleh pandang dan memujanya dari jauh sahaja. Jika belum berpunya apa salahnya cuba meresek pula. Ada kelaianan sajak jiwa-jiwanya Sajak selingan yang layak diberi kemenangan juga (SM)

    BalasPadam
  11. sajak utk sapa ni en nuri?

    BalasPadam
  12. ibu muda? kat flat aku byk

    BalasPadam
  13. eh! ada sajak ibu muda plak? en nuri tujukan kat sapa?

    BalasPadam
  14. sapa ibu muda dalam sajak ni?

    BalasPadam
  15. ibu muda? ni smti kwin awal ni

    BalasPadam
  16. ibu muda? berapa umur dia?

    BalasPadam
  17. ni msti kwin lps SPM pnya kes ni

    BalasPadam
  18. sian muda2 dah ada 2 anak

    BalasPadam
  19. skrg kat teluk kumbar ni byk org kwin muda

    BalasPadam
  20. x sempat nak enjoy sbb muda dah kwin?

    BalasPadam
  21. kwin muda ni susah la sbb darah muda

    BalasPadam
  22. cerita en nuri kali best! sbb xdpt jangka apa yg berlaku nnt

    BalasPadam
  23. kenapa bini dia letak dalam bakul? hahhhhaa

    BalasPadam
  24. kejam btol bini letak dalam bakul plak?

    BalasPadam
  25. kejam punya laki bini letak dalam bakul plak? hahahahha

    BalasPadam
  26. apa punya malang nasib dah bagi kwin dia letak dalam bakul plak?

    BalasPadam
  27. letak dalam bakul? mcm nak membunuh jer

    BalasPadam
  28. boleh mati lemas la dolma tu nnt

    BalasPadam
  29. bangang punya org tua letak dalam bakul plak? hahahaha

    BalasPadam
  30. eh! pemburu tu sapa plak? dia ke hero?

    BalasPadam
  31. rasanya pemburu tu bawak lari kot nnt dolma tu

    BalasPadam
  32. pemburu tu xde nama ke? pakai nama saya pun xpa?

    BalasPadam
  33. baik dia kwin dgn pemburu dari kwin org tua tu

    BalasPadam
  34. apa punya malang dolma tu kena letak dalam bakul plak dah mcm binatang plak aku tgk

    BalasPadam
  35. dayus punya laki kenapa letak dalam bakul!

    BalasPadam
  36. eh! dolma diletak dalam bakul kenapa plak?

    BalasPadam
  37. wakakkaa letak dalam bakul plak dolma tu! adoiu

    BalasPadam
  38. dolma ni umur brapa?

    BalasPadam
  39. kenapa nama dia dolma x macam org tibet pun?

    BalasPadam
  40. ni kisah benar ke en nuri?

    BalasPadam
  41. eh! cerpen en nuri ni cerita zaman dulu kala ker?

    BalasPadam
  42. sajak en nuri mmg elok ditujukan kpd org yg kwin muda

    BalasPadam
  43. selalunya org kwin muda ni org kena tangkap

    BalasPadam
  44. ni msti x pikir masak sbb kwin terlalu muda

    BalasPadam
  45. sian ibu muda tu muda2 dah jadi mak

    BalasPadam
  46. pelik la kenapa skrg byk org suka kawin muda

    BalasPadam
  47. mcm tu je kena tipu dgn dubran? hahahhaa

    BalasPadam
  48. mmg tua2 keladi la durban ni

    BalasPadam
  49. siapalah agaknya ibu muda dalam sajak en nuri

    BalasPadam
  50. bodoh punya durban ada plak letak dalam bakul dia ingat bini dia tu apa?

    BalasPadam