Khamis, 31 Mac 2011

GAM



 sajak pilihan ahli Cr


Selalu hati ini berkecai
tapi setiap kali ada senyuman
pujukan menjadi gam
yang mencantumkan kembali
kecaian-kecaian itu.
Tapi gam yang aku pilih
bukanlah Gam UHU atau Gam Gajah
kerana gam-gam yang itu
kukuh kuat kesan cantumannya.
Untuk awak cantum hati saya,
jadi saya pilih gam biasa.
mudah terurai kembali cantumannya
supaya hati ini tidak sukar berkecai di lain hari.
Sebab sebenarnya rasa hati berkecai itu
sedap, aku suka dan baik untuk kebahagiaan.

 
Oleh: Mawar Harum
11 mlm kolej KLMU
Diterbitkan semula 21/03/2011
Dicatat oleh Nurimanja di 11:35 AM






50 ulasan:

  1. Catat Ulasan


    Buat penulis sdri Mawar Harum mengangap berkawan dengan siapa saja umpama gam gayanya.bercatum seketika, bukan gam UHU pula kerana terlalu kuat cantumananya. gam yang mudah terungkai dan berkecai.itulah pilihan si Mawar Harum.Ini pastinya ramai kawan dan ramai pula yang ditinggalkan, Apa yang hendak dikata kerana hobinya begitu. Maaf Aku tak akan berani dekat nanti kena gam.

    Oleh: Tinta Azimad

    BalasPadam
  2. Isu beg timbulkan kemarahan rakyat


    2011/03/31
    SEORANG pembantu rumah dilihat sedang membawa beg sandang milik askar di Singapura.

    SEORANG pembantu rumah dilihat sedang membawa beg sandang milik askar di Singapura.

    SINGAPURA: Gambar seorang pembantu rumah berjalan di belakang seorang askar sambil membawa beg galasnya, menyebabkan kemarahan rakyat Singapura selain menimbulkan kebimbangan bahawa rekrut dalam angkatan tentera republik itu terlalu dimanjakan.

    Gambar itu yang disiarkan media Singapura dan dalam internet minggu ini menunjukkan seorang askar lelaki dengan pakaian seragam tentera dan but tempur berjalan di kaki lima.

    Pembantu rumah askar itu pula mengekorinya di belakang dengan membawa beg galas tentera yang disandang di bahu kirinya.

    Pelbagai reaksi diterima daripada gambar itu yang disiarkan buat kali pertama di laman Facebook.

    Ada pihak menganggapnya sebagai satu hiburan semata-mata tetapi ada pula yang marah dan mendakwa generasi tentera republik itu sekarang ‘terlalu lembut.’

    “Di sebalik kejayaan setiap anggota Angkatan Tentera Singapura (SAF) adalah seorang pembantu rumah,” kata seorang pelayar internet di lama Twitter yang menamakan dirinya sebagai Chinteresting.

    “SAF perlu mencari pembantu rumah berkenaan dengan segera dan memasukkannya dalam angkatan tentera. Dia seorang yang gagah,” kata seorang lagi pelayar dikenali Rod-Man14 di laman sama.

    “Jika dia tidak mampu membawa begnya sendiri, bagaimana kita akan bergantung harap kepada askar seperti ini untuk mempertahankan Singapura,” kata Heavencry09 dalam ruangan forum portal berita xinmsn.

    Singapura mewajibkan semua rakyat lelaki republik itu berusia 18 tahun menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun.

    Laporan berita menyiarkan kritikan dan latihan ketenteraan sekarang yang tidak tegas berbanding apa yang dihadapi generasi sebelum ini berikutan bantahan ibu bapa.

    Penganalisis bagaimanapun berkata gambar berkenaan tidak mencerminkan angkatan tentera Singapura yang sebenar.

    “Ini adalah satu insiden membabitkan seorang saja anggota tentera yang memang dimanjakan,” kata pakar hal-ehwal ketenteraan di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam, Bernard Loo. – AFP


    Sedutan BH.

    BalasPadam
  3. JANJI HAPRAK

    saat mula berjanji
    kau sanggup apa sahaja
    mudahnya aku percaya
    kerana aku yakin kau ikhlas
    hari berganti hari
    bayangmu entah di mana
    aku menanti menuntut kata
    kerana aku benar berharap
    sayangnya kawan semurah ini
    nilai persahabatan kita
    aku seakan tak percaya
    benar, aku tak percaya
    kali kedua kau berjanji lagi
    menghulurkan tangan yang sama
    adakah aku harus menyambutnya?
    ini yang dikatakan janji haprak

    Syed Faisal
    sajak buat kwn sy harap kwn? kwn makan kwn!

    BalasPadam
  4. KEMATIAN MOOD

    aku bukan nak cipta alasan
    tapi kenyataan
    aku bukan sengaja tak membalas
    kadang kadang tu aku lawat
    walaupun kena tunggu lama
    aik tak payah buat
    aku nak mintak maaf
    aku nak buang balik
    sebab entiri korang yang
    sekarang aku rasa tawar
    aku nak buang balik
    aku nak kutip sendiri
    aku kematian mood dan idea
    bila internet lembab...

    Lee Tan Chieng
    sajak serba x menjadi

    BalasPadam
  5. PEJALANAN BERLIKU

    Perjalanan hidup ini
    akan ku gagahi teruskan jua
    walaupun ada duri bakal aku pijak
    dalam tempoh berjalan
    sehinggalah tahu berlari
    aku sering terjatuh
    namun tetap mencuba untuk bangun
    lekas bangun dari terus alpa
    alpa dengan taman2 yg begitu indah
    walau aku hampir tergelincir
    tertarik dengan taman2 itu
    namun aku gagahi untuk keluar
    setelah aku memasukinya
    aku kutip pengalaman
    sewaktu dalam taman2 indah itu
    aku berlari mengejar sang pelangi
    namun kali ini aku terjatuh
    jatuh lalu aku tercedera
    aku cuba untuk bangun
    namun aku tidak terdaya
    tapi aku tetap mencuba
    malangnya lukaku semakin parah
    tiba-tiba aku terlihat dua jalan
    kelihatan menarik perhatianku
    namun jalan mana harus kupilih?
    pasti membahagiakan aku kelak..

    Ismail Harakah
    sajak tentang perjalanan hidup

    BalasPadam
  6. NYANYIAN

    perlu dialun dengan irama
    dirasai dengan jiwa
    diterjemahkan dengan rasa
    lagu sebenar lagu gemersik
    irama hati bersatu lembut
    bernyanyi merdu ku rasa terharu
    hatiku rindu nyanyian dan syahdu
    dapat ku dengar setiap lirik
    ku hayati dengan khusuk
    kerana tanpa lagu hidupku kan layu
    dunia kan sepi oleh itu nyayian
    harus di teruskan zaman berzaman

    Seniman Jalanan
    di kaki lima

    BalasPadam
  7. Syed Fausal dengan tajuk sajaknya JANJI HAPRAK penucapanya terasa bagai marah saja bunyinya. Ini mungkin bila janji yang diharapkan tidak kesampaian atau pun ditunaikan agaknya.Kalau kawan yang kita percaya dan diharapkan telah mempermainkan kita. Inilah yang dikatakan haprak agaknya , maksud tak boleh pakai atau diterima.. Apa pun sajak anda bagai cerita biasa, agak kurang penyusunan puitisnya. Sekadar (SS)

    BalasPadam
  8. Lee Tan Chieng sajaknya bertajuk KEMATIAN MOOD. Bagai kehilangan idea untuk menulis.Terpaksa menunggu lama untuk menjawab. Tambah lagi dengan internet pula jadi lembab. Apa apa pun masih banyak pembetulan yang perlu diperbaiki, bagai lompat sahaja bunyi penceritaannya. Maaf sekadar (SS)

    BalasPadam
  9. Ismail Harakah dengan sajaknya PERJALANAN BERLIKU punyai idea yang baik dan pengucapannya yang rapi. Menceritakan tentang perjalanan kehidupan dalam perjuagan di dunia ini, kekadang rasa bagai keliru dan terharu, bagi mencari kebenaran, jalan mana yang mesti dipilih cukup membuntukan keadaan dan masa depan/ layak untuk (SM)

    BalasPadam
  10. Seniman Jalanan dengan sajaknya NYANYIAN pengucapannya sekadar dengan deria rasa Menterjemah dengan hati sendiri, selalu berwaspada dalam mengharung hidup didunia yang sadekit ini. Malas lebih berjuta bahasa bunyi yang telah diterjenmahkan dengan dunia dan alamnya yang tersendi, walau tiada siapa yang tahu, tetapi hati di dalam sahaja yang mengetahui. Nyanyikanlah hingga zaman berzaman buat orang OKU dan seninama jalanan. Layak untuk (SM)

    BalasPadam
  11. ingatkan sajak pasal hisap gam td?

    BalasPadam
  12. saja jiwa2 rupanya gam ni

    BalasPadam
  13. ingatkan gam tu kena banned

    BalasPadam
  14. gam ingatkan sajak apa td...

    BalasPadam
  15. rupanya gam umpama hati ke?

    BalasPadam
  16. wah! sajak mawar harum plak nampaknya

    BalasPadam
  17. sajak pasal kecewa dalam bercinta rupanya gam ni

    BalasPadam
  18. ingatkan apa la td sajak gam ni

    BalasPadam
  19. pasal gambar tentera pun timbul kekecohan?

    BalasPadam
  20. gmbr tu ada kt mana? nk tgk jgk.

    BalasPadam
  21. eh! pasal x bawak beg tentera pun salah

    BalasPadam
  22. mngkin pembantu rumah tu nak tolong bawakan kot?

    BalasPadam
  23. eh! x bawak beg sndiri pun salah ker?

    BalasPadam
  24. kalau di malaysia biasa je kalau org lain bawak beg kita

    BalasPadam
  25. mngkin gmbr tu sekadar hiburan semata2

    BalasPadam
  26. entah2 ada org edit agaknya

    BalasPadam
  27. gmbr skrg byk susah nk pcya sbb teknologi semakin canggih

    BalasPadam
  28. mngkin teknik komputer kot gmbr tu

    BalasPadam
  29. ada kat mana gmbr tu nk tgk jgk?

    BalasPadam
  30. mngkin dia bawak beg org lain kot?

    BalasPadam
  31. entah2 laki dgn pmpuan tu x kenal 1 sama lain

    BalasPadam
  32. aku rasa teknik potoshop la...

    BalasPadam
  33. dorg buat rekaan semata2 kot?

    BalasPadam
  34. gmbr dia mcm mana boleh kami smua menilai sndiri

    BalasPadam
  35. skrg dunia teknologi mcm2 boleh buat

    BalasPadam
  36. simbolik ke gam ni?

    BalasPadam
  37. alamak! pasal gam plak? hehe

    BalasPadam
  38. sajak mcm sedih je gam ni

    BalasPadam
  39. pembantu rumah bawak beg tentera??? pelik

    BalasPadam
  40. mcm mana dorg thu pmpuan tu pembantu rumah?

    BalasPadam
  41. bawak beg sandang pun salah ke kat singapore?

    BalasPadam
  42. SAF apa bnda tu?

    BalasPadam
  43. gmbr tu boleh tgk kt mana?

    BalasPadam
  44. nape x letak kat blog kami nk tgk jgk

    BalasPadam
  45. pasal 1 gmbr tu pun timbul kekecohan ke?

    BalasPadam
  46. mngkin gmbr tu gurauan semata2

    BalasPadam
  47. rasanya gambar tu mngkin nk menjatuhkan tentera kot?

    BalasPadam
  48. sajak kali ni agak pening jgk

    BalasPadam
  49. ingatkan sajak pasal hisap gam

    BalasPadam