sajak pilihan ahli Cr
Selalu hati ini berkecai
tapi setiap kali ada senyuman
pujukan menjadi gam
yang mencantumkan kembali
kecaian-kecaian itu.
Tapi gam yang aku pilih
bukanlah Gam UHU atau Gam Gajah
kerana gam-gam yang itu
kukuh kuat kesan cantumannya.
Untuk awak cantum hati saya,
jadi saya pilih gam biasa.
mudah terurai kembali cantumannya
supaya hati ini tidak sukar berkecai di lain hari.
Sebab sebenarnya rasa hati berkecai itu
sedap, aku suka dan baik untuk kebahagiaan.
tapi setiap kali ada senyuman
pujukan menjadi gam
yang mencantumkan kembali
kecaian-kecaian itu.
Tapi gam yang aku pilih
bukanlah Gam UHU atau Gam Gajah
kerana gam-gam yang itu
kukuh kuat kesan cantumannya.
Untuk awak cantum hati saya,
jadi saya pilih gam biasa.
mudah terurai kembali cantumannya
supaya hati ini tidak sukar berkecai di lain hari.
Sebab sebenarnya rasa hati berkecai itu
sedap, aku suka dan baik untuk kebahagiaan.
Oleh: Mawar Harum
11 mlm kolej KLMU
Diterbitkan semula 21/03/2011
Dicatat oleh Nurimanja di 11:35 AM
11 mlm kolej KLMU
Diterbitkan semula 21/03/2011
Dicatat oleh Nurimanja di 11:35 AM

Catat Ulasan
BalasPadamBuat penulis sdri Mawar Harum mengangap berkawan dengan siapa saja umpama gam gayanya.bercatum seketika, bukan gam UHU pula kerana terlalu kuat cantumananya. gam yang mudah terungkai dan berkecai.itulah pilihan si Mawar Harum.Ini pastinya ramai kawan dan ramai pula yang ditinggalkan, Apa yang hendak dikata kerana hobinya begitu. Maaf Aku tak akan berani dekat nanti kena gam.
Oleh: Tinta Azimad
Isu beg timbulkan kemarahan rakyat
BalasPadam2011/03/31
SEORANG pembantu rumah dilihat sedang membawa beg sandang milik askar di Singapura.
SEORANG pembantu rumah dilihat sedang membawa beg sandang milik askar di Singapura.
SINGAPURA: Gambar seorang pembantu rumah berjalan di belakang seorang askar sambil membawa beg galasnya, menyebabkan kemarahan rakyat Singapura selain menimbulkan kebimbangan bahawa rekrut dalam angkatan tentera republik itu terlalu dimanjakan.
Gambar itu yang disiarkan media Singapura dan dalam internet minggu ini menunjukkan seorang askar lelaki dengan pakaian seragam tentera dan but tempur berjalan di kaki lima.
Pembantu rumah askar itu pula mengekorinya di belakang dengan membawa beg galas tentera yang disandang di bahu kirinya.
Pelbagai reaksi diterima daripada gambar itu yang disiarkan buat kali pertama di laman Facebook.
Ada pihak menganggapnya sebagai satu hiburan semata-mata tetapi ada pula yang marah dan mendakwa generasi tentera republik itu sekarang ‘terlalu lembut.’
“Di sebalik kejayaan setiap anggota Angkatan Tentera Singapura (SAF) adalah seorang pembantu rumah,” kata seorang pelayar internet di lama Twitter yang menamakan dirinya sebagai Chinteresting.
“SAF perlu mencari pembantu rumah berkenaan dengan segera dan memasukkannya dalam angkatan tentera. Dia seorang yang gagah,” kata seorang lagi pelayar dikenali Rod-Man14 di laman sama.
“Jika dia tidak mampu membawa begnya sendiri, bagaimana kita akan bergantung harap kepada askar seperti ini untuk mempertahankan Singapura,” kata Heavencry09 dalam ruangan forum portal berita xinmsn.
Singapura mewajibkan semua rakyat lelaki republik itu berusia 18 tahun menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun.
Laporan berita menyiarkan kritikan dan latihan ketenteraan sekarang yang tidak tegas berbanding apa yang dihadapi generasi sebelum ini berikutan bantahan ibu bapa.
Penganalisis bagaimanapun berkata gambar berkenaan tidak mencerminkan angkatan tentera Singapura yang sebenar.
“Ini adalah satu insiden membabitkan seorang saja anggota tentera yang memang dimanjakan,” kata pakar hal-ehwal ketenteraan di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam, Bernard Loo. – AFP
Sedutan BH.
JANJI HAPRAK
BalasPadamsaat mula berjanji
kau sanggup apa sahaja
mudahnya aku percaya
kerana aku yakin kau ikhlas
hari berganti hari
bayangmu entah di mana
aku menanti menuntut kata
kerana aku benar berharap
sayangnya kawan semurah ini
nilai persahabatan kita
aku seakan tak percaya
benar, aku tak percaya
kali kedua kau berjanji lagi
menghulurkan tangan yang sama
adakah aku harus menyambutnya?
ini yang dikatakan janji haprak
Syed Faisal
sajak buat kwn sy harap kwn? kwn makan kwn!
KEMATIAN MOOD
BalasPadamaku bukan nak cipta alasan
tapi kenyataan
aku bukan sengaja tak membalas
kadang kadang tu aku lawat
walaupun kena tunggu lama
aik tak payah buat
aku nak mintak maaf
aku nak buang balik
sebab entiri korang yang
sekarang aku rasa tawar
aku nak buang balik
aku nak kutip sendiri
aku kematian mood dan idea
bila internet lembab...
Lee Tan Chieng
sajak serba x menjadi
PEJALANAN BERLIKU
BalasPadamPerjalanan hidup ini
akan ku gagahi teruskan jua
walaupun ada duri bakal aku pijak
dalam tempoh berjalan
sehinggalah tahu berlari
aku sering terjatuh
namun tetap mencuba untuk bangun
lekas bangun dari terus alpa
alpa dengan taman2 yg begitu indah
walau aku hampir tergelincir
tertarik dengan taman2 itu
namun aku gagahi untuk keluar
setelah aku memasukinya
aku kutip pengalaman
sewaktu dalam taman2 indah itu
aku berlari mengejar sang pelangi
namun kali ini aku terjatuh
jatuh lalu aku tercedera
aku cuba untuk bangun
namun aku tidak terdaya
tapi aku tetap mencuba
malangnya lukaku semakin parah
tiba-tiba aku terlihat dua jalan
kelihatan menarik perhatianku
namun jalan mana harus kupilih?
pasti membahagiakan aku kelak..
Ismail Harakah
sajak tentang perjalanan hidup
NYANYIAN
BalasPadamperlu dialun dengan irama
dirasai dengan jiwa
diterjemahkan dengan rasa
lagu sebenar lagu gemersik
irama hati bersatu lembut
bernyanyi merdu ku rasa terharu
hatiku rindu nyanyian dan syahdu
dapat ku dengar setiap lirik
ku hayati dengan khusuk
kerana tanpa lagu hidupku kan layu
dunia kan sepi oleh itu nyayian
harus di teruskan zaman berzaman
Seniman Jalanan
di kaki lima
Syed Fausal dengan tajuk sajaknya JANJI HAPRAK penucapanya terasa bagai marah saja bunyinya. Ini mungkin bila janji yang diharapkan tidak kesampaian atau pun ditunaikan agaknya.Kalau kawan yang kita percaya dan diharapkan telah mempermainkan kita. Inilah yang dikatakan haprak agaknya , maksud tak boleh pakai atau diterima.. Apa pun sajak anda bagai cerita biasa, agak kurang penyusunan puitisnya. Sekadar (SS)
BalasPadamLee Tan Chieng sajaknya bertajuk KEMATIAN MOOD. Bagai kehilangan idea untuk menulis.Terpaksa menunggu lama untuk menjawab. Tambah lagi dengan internet pula jadi lembab. Apa apa pun masih banyak pembetulan yang perlu diperbaiki, bagai lompat sahaja bunyi penceritaannya. Maaf sekadar (SS)
BalasPadamIsmail Harakah dengan sajaknya PERJALANAN BERLIKU punyai idea yang baik dan pengucapannya yang rapi. Menceritakan tentang perjalanan kehidupan dalam perjuagan di dunia ini, kekadang rasa bagai keliru dan terharu, bagi mencari kebenaran, jalan mana yang mesti dipilih cukup membuntukan keadaan dan masa depan/ layak untuk (SM)
BalasPadamSeniman Jalanan dengan sajaknya NYANYIAN pengucapannya sekadar dengan deria rasa Menterjemah dengan hati sendiri, selalu berwaspada dalam mengharung hidup didunia yang sadekit ini. Malas lebih berjuta bahasa bunyi yang telah diterjenmahkan dengan dunia dan alamnya yang tersendi, walau tiada siapa yang tahu, tetapi hati di dalam sahaja yang mengetahui. Nyanyikanlah hingga zaman berzaman buat orang OKU dan seninama jalanan. Layak untuk (SM)
BalasPadamingatkan sajak pasal hisap gam td?
BalasPadamsaja jiwa2 rupanya gam ni
BalasPadamingatkan gam tu kena banned
BalasPadamgam ingatkan sajak apa td...
BalasPadamrupanya gam umpama hati ke?
BalasPadamwah! sajak mawar harum plak nampaknya
BalasPadamsajak pasal kecewa dalam bercinta rupanya gam ni
BalasPadamingatkan apa la td sajak gam ni
BalasPadampasal gambar tentera pun timbul kekecohan?
BalasPadamgmbr tu ada kt mana? nk tgk jgk.
BalasPadameh! pasal x bawak beg tentera pun salah
BalasPadammngkin pembantu rumah tu nak tolong bawakan kot?
BalasPadameh! x bawak beg sndiri pun salah ker?
BalasPadamkalau di malaysia biasa je kalau org lain bawak beg kita
BalasPadammngkin gmbr tu sekadar hiburan semata2
BalasPadamentah2 ada org edit agaknya
BalasPadamgmbr skrg byk susah nk pcya sbb teknologi semakin canggih
BalasPadammngkin teknik komputer kot gmbr tu
BalasPadamada kat mana gmbr tu nk tgk jgk?
BalasPadammngkin dia bawak beg org lain kot?
BalasPadamentah2 laki dgn pmpuan tu x kenal 1 sama lain
BalasPadamaku rasa teknik potoshop la...
BalasPadamdorg buat rekaan semata2 kot?
BalasPadamgmbr dia mcm mana boleh kami smua menilai sndiri
BalasPadamskrg dunia teknologi mcm2 boleh buat
BalasPadamgam plak kali ni
BalasPadamsimbolik ke gam ni?
BalasPadamalamak! pasal gam plak? hehe
BalasPadamsajak mcm sedih je gam ni
BalasPadampembantu rumah bawak beg tentera??? pelik
BalasPadammcm mana dorg thu pmpuan tu pembantu rumah?
BalasPadambawak beg sandang pun salah ke kat singapore?
BalasPadamSAF apa bnda tu?
BalasPadamgmbr tu boleh tgk kt mana?
BalasPadamnape x letak kat blog kami nk tgk jgk
BalasPadampasal 1 gmbr tu pun timbul kekecohan ke?
BalasPadammngkin gmbr tu gurauan semata2
BalasPadamrasanya gambar tu mngkin nk menjatuhkan tentera kot?
BalasPadamsajak kali ni agak pening jgk
BalasPadamingatkan sajak pasal hisap gam
BalasPadam