Rabu, 16 Mac 2011

EMPAT NEKMAT ALLAH DIBERIKAN



 buat renungan cuma


Langit padanya ada bintang bergemar lapan
Untuk kita menilai kehadirannya sebagai panduan
Di atasnya turun rezeki berupa hujan dan salji
Memberi kesuburan pada tumbuhana menghijau

Bumu padanya ada tumbuhan yang bermacam
Untuk kita dan makhluk mencari nekmat rezeki Allah
Dipermukaannya ada daratan didasarnya  ada lautan
Semuanya memberi memfaat kepada makhluk manusia

Matahari padanya ada kekuasaan  cahaya panas
Berpusing menentukan waktu siang dan malamnya
Bergerak mengikut obet-obet yang telah ditentukan
Semuanya memberi kemudahan pada makhluk manusia.

Bulan pusingannannya membilang kiraan hari bulannya
Untuk kita merenung bersama  akan peredaran malam
Selain beristerehat dan menyerah diri pada bermyhasabah
Agar dapat menilai kehidupan sebelum ajal datang nanti.


Oleh: Nurimanja,
Catatan petang hari rabu 16/02/2011
Sajak-sajak yang terlepas pandang 2008/09







.

50 ulasan:

  1. Wan Azizah perlu akhiri kemelut
    Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA TERENGGANU 15 Mac -Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

    Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

    "Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

    Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

    Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

    Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.

    Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.

    Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.
    Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

    Petekan akhbar UM.
    Berani kerana benar takut kerana salah, Demontrasi hak rakyat, kini sudah terbalik, dulu reforfmasi Inilah bahayanya parti anak bini. Tentu rasa berat untuk mengatakan sesuatu yang salah, Apatah lagi ada kepentingan peribadi. Yang sedehnya penyokong, akan bersubahat sama di akhirat nanti....

    BalasPadam
  2. SAMBAL BELACAN


    * 1 cawan cili padi
    * 1/4 cawan gula
    * 1/4 cawan garam
    * 1 sudu besar belacan
    * 1 biji tomato
    * 1/2 biji bawang besar
    * 1/2 biji lemon diambil airnya
    * Sedikit air masak

    Cara-cara

    1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
    2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
    3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
    4. Siap untuk dihidang

    BalasPadam
  3. semua yang Allah berikan kena guna baik2

    BalasPadam
  4. setiap Allah beri ada kegunaan

    BalasPadam
  5. sajak mmg putis skop luas ni

    BalasPadam
  6. sajak yg bila baca rasa kagum dgn ciptaan Allah

    BalasPadam
  7. amat cantik ciptaan Allah

    BalasPadam
  8. semoga manusia x alpa

    BalasPadam
  9. baru sy sedar apa yg allah berikan ada keistimewaan

    BalasPadam
  10. mcm2 kejadian allah kita x thu

    BalasPadam
  11. sajak pasal alam plak? mmg best!

    BalasPadam
  12. eh! belacan plak mak mah ajar

    BalasPadam
  13. alamak! belacan busuk la mak mah

    BalasPadam
  14. alamak! belacan?? aku x mkn belacan

    BalasPadam
  15. terima kasih mak mah mmg kesukaan saaya belacan ni

    BalasPadam
  16. terima kasih berkongsi resepi ni mak mah

    BalasPadam
  17. bini aku suka la belacan aku x minat

    BalasPadam
  18. aku kalau bau belacan msti nak bersin

    BalasPadam
  19. belacan? sedap krer?

    BalasPadam
  20. belacan ni buat dari udang kalau x salah aku la

    BalasPadam
  21. sedap sambal belacan ni lama x mkn

    BalasPadam
  22. makanan tradisinonal plak mak mah kali ni?

    BalasPadam
  23. makanan org kampung belacan ni

    BalasPadam
  24. kenapa takut nak bagi DNA? msti dia bersalah la tu

    BalasPadam
  25. bini dia pun sama bersubahat!

    BalasPadam
  26. sy x rasa wan azizah boleh pujuk laki dia

    BalasPadam
  27. rasanya kalau anuar berani bagi DNA baru la org percya klu x jangan harap la

    BalasPadam
  28. byk kali dah anuar ni takut nak bagi sampel sah dia bersalah!

    BalasPadam
  29. kenapa x tangkap dulu baru la bicara

    BalasPadam
  30. mcm2 muslihat anuar ni suapaya dia terlepas

    BalasPadam
  31. rasanya rakayat boleh nilai kalau dia x berani mmg dia salah la

    BalasPadam
  32. kalau aku jadi hakim anuar x mahu bagi DNA tangkap jer!

    BalasPadam
  33. sampai bila la kes ni nak selesai anuar ni mangaku sajalah!

    BalasPadam
  34. patutnya smua sembahyang hajat suruh tuhan tunjukan kebeneran baru padan muka anaur ni

    BalasPadam
  35. anuar ni dah terbukti salah kenapa x tangkap lagi?

    BalasPadam
  36. mcm aku nak pecah2 kepala anuar ni! byk taktik!

    BalasPadam
  37. rasanya rakyat pun dah pandai menilai anuar ni salah

    BalasPadam
  38. semoga lepas ni berkurang penyookong anur nnt

    BalasPadam
  39. kenapa dia x berani bagi? sah dia bsalah!

    BalasPadam
  40. kenapa anuar x berani bagi DNA? takut kerana salah berani kerana benar!

    BalasPadam
  41. semoga anuar kena tangkap nnt!

    BalasPadam
  42. anuar ni byk sandiwara la

    BalasPadam
  43. SUSUN BINTANG

    jika mampu aku susun bintang
    pasti nama kamu berkelip
    didada langit malam
    sungguh! khasiat samudera
    dalam ratib kapan senja
    tunas tulen masih seiring
    sinar kelam rintihan watan
    sejujur kalbu lampau rebah
    sisir jalan mencari butir
    kabus lara lalu susuli
    watikah ikhtiar wajah tenang
    mencurah kasih juga budi
    ambang pejam di sinar cerlang

    Mak Mah
    sajak memori dulu

    BalasPadam
  44. TANDUK PUAKA

    apa kamu pandang
    adakah aku berhutang
    apa kamu jeling
    sampai mata juling
    apa kamu tenung
    adakah aku tiada hidung
    berlagak sombong perasan
    prasangka buruk
    suka serkap jarang
    semua ada dalam diri
    bila kan terhapus
    susah nak dihapus
    hati belum bersih
    masih tersisa kotoran
    hati belum putih
    masih berbintik hitam
    jadi tempat bertapa
    makhluk penyesat manusia
    si tanduk puaka…

    Puan Rosnah
    sajak simbolik

    BalasPadam
  45. TANYA HATI

    menyingkap tabir usia
    apa sudah tercapai
    segala cita angan dahulu
    apa sudah tertunai
    segala hajat pendam dalam
    atau mahu dibiarkan sahaja
    hapus angan di angin lalu
    kuburkan hajat di lubuk kalbu
    atau mahu teruskan jua
    tuju selagi daya
    capai selagi sampai
    daki selagi kuasa
    merangkak selagi upaya
    tekad bulat harap
    azam sepenuh jiwa
    usaha selagi kudrat
    tepuk dada tanyalah hati
    hati tentukan segala
    jika mahu kata hati
    biar putus urat saraf
    biar darah menyimbah bumi
    pasti diteruskan jua tanyalah hati

    Siti Hajar
    sajak ketuhanan­

    BalasPadam
  46. SENJA KE TIGA PULUH

    senja malam ke tiga puluh
    debar antara rongga
    tiada melepaskan keharuan rasa.
    malam larut pada senja terakhir itu
    membawa dinihari entah keberapa
    kesakitan tiada menyempurnakan
    malam itu hanya tidur
    satu hati dari milikmu sering,
    kita melakar-lakar nama sendiri
    di dada kertas kekadangnya,
    mengabjad dan mengimpikan segala.
    terlalu sarat diselubungi teori.

    Julia
    sajak simbolik

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Sajak ini bertajuk SENJA MALAM KE TIGA PULUH sama saja dengan sajak Mak Mah ianya dapat diselamatkan dengan kehadiran tajuk yang menarik, dan sadikit dorongan yang kami dapat bantukan dan perbetulkan jika perlu agak boleh diselamatakan , dan ada kemampuan yang dirasakan. Pengucapannya agak kabur tetapi ada daya ingin tahu buat pembaca, Apa-apapun penceritaannya mungkin buat sesaorang yang sedang menunggu senja malam yang ketiga puluh, terasa bagai hampa penantian itu bagai ilusi saja , masing-masing bagai mimpi untuk bertemu, bagai terbengkalai , menjadi abjad mimpi, kerana terlalu berat dan sarat diselubungi khayalan bukan kenyataan. Kerana tiada sajak lain yang agak mencabar nasib telah menyebelahi anda layak kepusingan seterusnya (TP)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    TANYA HATI sajak Siti hajar pengucapannya bagai jiwa-jiwa dalam thema ketuhanan pula.
    Apa-apa pun penceritaannya bagai mencari sesuatu kekuatan atau pegangan dalam hidup yang bagai terbiar dalam keluhan hati yang merentih. Segalanya bagai ketentuan Ilahi, cuba untuk melawan keadaan. Penceritaannya juga bagai hambar, umpama kereta yang tidak dikawal arah perjalanannya. Kebangkalian sudah jadi raja lawak yang kehilangan ilham dipusingan suku akhir . Harap maaf juga kerana perjalanan anda setakat di sini saja Terpaksa dikeluarkan (TK)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Puan Rosnah sajak TANDUK PUAKA juga pengucapannya agak hambar dan bagai hilang kepuitisannya cuba membicarakan tentang hasutan syaitan bertanduk yang sering mengoda Dalam badan manusia, mengharubirukan hati yang jujur dan ikhlas seorang itu, ia menjadi seorang yang menyeleweng dan boleh mencurigakan.dengan tinda tanduknya. Begitulah rasanya hasutan dan budaya syaitan merasuk dan menghasut agar manusia teperangkap dalam jebak mereka yang digelar pada andaian kita bagai syaitan bertanduk puaka. Apa-apa pun cerita ini terlalu biasa , namun kalau disusun dengan daya yang lebih kryatif mungkin bolehlah mengangkat sajak seterusnya. Namun maaf kerana terlalu mengikut kesan bunyinya Ia menjadikan kehilangan puitis sebenar. Sanjak anda terpaksa dikeluarakan (TK)

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    AKU INGIN MENYUSUN BINTANG.Sajak Mak Mah pada pengucapan awalnya memang agak memikat, walaupun sajak tema momori, tetapi bagai hilang arah dipertengahanya, dan bertambah celaru pula bila sampai kehujungnya. Apa-apa pun maksud ceritanya ada, menyentuh tentang memburu cita-cita bersama pakngah but agaknya. Apa-apa pun kami sekadar dapat menyelamat dan membantu melonjak sadikit kekuatannya kerana sudah ada daya kryatifnya dan putisnya , rasa mungkin terserlah jika diberi laluan. Maka Mak Mah layak untuk dicalunkan kerana tiada persaingan yang hebat dari sajak peserta lain dibenarkan seterusnya menyertai sayembaraan (TP)

    BalasPadam