Ahad, 20 Mac 2011

BERSILAT



sajak pilihan ahli Cr


 Bertemu buku dengan ruas
Yang mana hebat yang mana pantas
Genggam sang sakti dihayun
Lekas sang helang menepis
Bunga membuka kelopak
Harum langkah bersilang mekar
Mata bermain pandang
Jejak selangkah keris dihunus
Badan tercalar darah meletus
Memanah jeling sang pendekar
Melangkah disanggah
Menghayun dikunci
Bertarung hingga ke pagi
Sampai menunggu siapa yang mati!
sayap putih kecil terlalu indah
hinggap di untaian keladi yang lesu
menyegarkan kembali helaian merah
tiadakata lemparan senyuman bisu
lepasnya sementara dari balang kaca
singgahan menghidupkan semula rasa
bersaranglah di daunan sayap
indah agar dapat ditakung
setiap titisan embun berkilau cerah
dilarik segala angin yang berlalu
dipejam jaga tiada hadirnya mimpi
hasrat melonjak bagai ditampi
disiram tandus tiada pernah subur 
biar rapuh langkah takkan diundur


Oleh: Nasruq Haqq,
Kampar
sabtu/2010 Oktober 5 23:28
 Diterbitkan semula tarikh 21/03/2011.




50 ulasan:

  1. Sajak berbau perjuangan yang tidak akan henti begitulah masud sajak BERSILAT Oleh Nasruq Haqq. Sadikit masa dahulu ada satu silat yang dinamakan Nasruq Haqq.

    Di serawak pulah dipanggil silat kalimah. Dua persilaan ini pernah saya tontoni. Silat Kalimah musuh kena marah, bila dia terkam bagai ada kuasa menghalang, musuh itu secara tak sengaja tumbang dengan sendiri, kalau ada parang jatuh begitu saja , tidak sampai pada sasaran.. Nasruq Haqq pun lebih kurang sama saja.

    Apa yang penting disini penulis ingin untuk mengetengahkan ciri penghayatan dalam silat itu, hidup mesti berjuang, masalah kehidupan mesti di atasi, tepis elah, tumbuk, sepak, dan tending terajang, ataupun tunggu saja bagaimana utuk menipisnya. Ataupun cuba berfikiran tenang untuk cuba mengatasi masalah.

    Itulah ilmu persilatan bangsa kita Melayu yang perlu diambil kira pengajarannya, tanpa menyerah sebelum kalah. Kecekalan hati dan kekentalan jiwa yang penting dalam menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Seharian.amin

    Oleh: Qalam Mutiara.

    BalasPadam
  2. Wan Azizah perlu akhiri kemelut
    Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
    pengarang@utusan.com.my
    KUALA TERENGGANU 15 Mac -Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.
    Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.
    "Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.
    Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.
    Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.
    Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.
    Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.
    Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.
    Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.
    Petekan akhbar UM.
    Berani kerana benar takut kerana salah, Demontrasi hak rakyat, kini sudah terbalik, dulu reforfmasiInilah bahayanya parti anak bini. Tentu rasa berat untuk mengatakan sesuatu yang salah, Apatah lagi ada kepentingan peribadi. Yang sedehnya penyokong, akan bersubahat sama di akhirat nanti....

    BalasPadam
  3. nasruq haq ni guru silat ker?

    BalasPadam
  4. guru silat kt mana ni nasruq haq? sbb sy nk hntr anak sy byk tempat dia pergi tp smua x terima dia tp dia minat bersilat ni sy nk halang pun x boleh...

    BalasPadam
  5. sajak mcm nk lawan jer ni?

    BalasPadam
  6. sajak bersilat plak nasruq haq ni?

    BalasPadam
  7. sy pun guru silat jgk di kampung kalau x keberatan nasruq haq ni nak kita beradu tenaga? klu berminat nnt bagithu sy di chatbox

    BalasPadam
  8. sy dulu thu la bersilat skrg lama x berhenti x reti dah

    BalasPadam
  9. sy dulu ada jgk berlajar silat tp sy ketahanan badan x kuat jd sy berhenti dari mengkuti ilmu persilatan ni

    BalasPadam
  10. selalu org tua2 mmg smua pandai bersilat

    BalasPadam
  11. rasa mcm nk belajar je silat dgn nasruq haq ni

    BalasPadam
  12. sajak mcm marah je nasruq haq ni?

    BalasPadam
  13. aku kalau org lain aku berani la cabar lawan tp dgn guru silat mmg aku menyerah kalah sbb setahu aku guru silat byk ilmu

    BalasPadam
  14. sajak pasal bersilat pun ada?

    BalasPadam
  15. wah! guru silat rupanya nasruq haqq ni

    BalasPadam
  16. pernah beradu tenaga x nasruq haqq? sy pun guru silat dulu tp dah setahu dh sy berhenti sbb lelah

    BalasPadam
  17. azizah tu pun bersubahat dgn laki dia jgk agaknya

    BalasPadam
  18. azizah nak pujuk? bertuah la msti dia sebelah laki dia

    BalasPadam
  19. azziah sekali tanggung dosa sbb bersubahat

    BalasPadam
  20. mana la dia berani nak serah DNA nnt kantoi la dia

    BalasPadam
  21. anuar aku rasa mati hidup balik pun dia x berani mangaku

    BalasPadam
  22. azizah tu pun 2 kali 5 jgk la

    BalasPadam
  23. wah! ni baru best ada isi balik dulu kosong

    BalasPadam
  24. eh! isu politik bukan dulu dah siar ker?

    BalasPadam
  25. rasanya mcm pnh baca sajak isu politik ni

    BalasPadam
  26. wah! sajak guru silat plak?

    BalasPadam
  27. nasruq haqq ni guru silat negeri mana?

    BalasPadam
  28. rasanya anuar x berani la nak serah DNA

    BalasPadam
  29. nampak sgt la dia salah sbb dia x brani serah DNA

    BalasPadam
  30. mcm nk lawan je sajak ni

    BalasPadam
  31. agak ganas sajak ni

    BalasPadam
  32. wah! mcm nk gaduh besar jer

    BalasPadam
  33. mmg layak menang pun

    BalasPadam
  34. patutlah dia menanng sbb sajak pun terbaik!

    BalasPadam
  35. sajak ziarah makrifat dgn warga emas sama2 hebat!

    BalasPadam
  36. nampaknya mmg tiada pertikai mmg layak menang warga emas

    BalasPadam
  37. bila la org muda nak menang lelaki dua2 yg menang semua org tua2

    BalasPadam
  38. tahniah warga emas! tajuk pun dah mengancam!

    BalasPadam
  39. warga emas dgn ziarah makrifat sajak sapa lagi baik bagi qalam?????

    BalasPadam
  40. tahniah warga emas~!

    BalasPadam
  41. mcm mana la rupa nset warga emas tu? jeles aku

    BalasPadam
  42. sajak yg terbaik tahniah warga emas!

    BalasPadam
  43. TERLANJANG BOGEL

    mengapa kamu telanjang
    mana letak malumu
    bila masa kau telanjang?
    aku lengkap berpakaian
    tutup aurat lagi
    fesyen terkini lagi
    inilah keanggunan
    memang kamu berpakaian
    memang kamu anggun
    memang kamu cantik
    tapi kamu tetap telanjang
    kau bikin kami tak tenang
    mata kami naik buntang
    air liur kami sudah meleleh
    kau jamukan pemandangan indah
    pada susuk tubuh solidmu
    terserlah segala lekuk
    terpapar segala lurah
    menggiurkan cuba kau tengok
    pak aji dah simpan kopiah…

    Taib
    sajak tentang aurat

    BalasPadam
  44. TSUNAMI JEPUN

    tsunami nama yang digeruni
    dahsyat tidak terperi
    jadi igauan ngeri
    dahulu di sebelah sini
    sekarang jepun dijangkiti
    habis hancur benteng kukuh
    habis roboh konkrit teguh
    tiada yang tinggal lagi
    ramai yang hilang nyawa
    ramai hilang entah kemana
    dibawa arus mengganas
    dan mereka yang tinggal
    semuanya nampak gelap
    semuanya kepanasan
    semuanya kehausan
    semuanya kelaparan
    nantikan kalau ada bantuan
    kalau ada yang hati bersih
    kalau ada hati prihatin
    ayuh sama bantu
    mereka tetap sama
    makhluk ciptaan tuhan
    walau lain kulit
    walau lain pegangan
    walau lain iman
    kita tetap insan
    dari insan untuk insan
    berikan setitik ihsanmu…


    Tuan haji Abkam
    sajak tentang kemusnahan

    BalasPadam
  45. MENGUSIK JIWA

    hadirmu buat diri tersentak
    lagak gaya senyum tawa
    seperti dirinya pernah bertamu
    di ruangan hatiku
    suatu waktu dahulu
    terkadang aku terkedu
    buat hati tak tentu
    lihatmu dari kejauhan
    kenangan lama pantas berlegar
    di norma fikiran akal
    cuba kusisihkan bayangan itu
    namun masih tak upaya
    akhirnya kubiarkan sahaja
    terus bermain di fikiran
    kenangan mengusik jiwa
    biarkan ia di situ…


    Zuraifah
    sajak kenangan

    BalasPadam
  46. PENUNGGU AWAL PAGI

    hati-hati terjah ke sana
    ada penunggu sedang menanti
    penunggu awal pagi
    berlindung di balik gelap
    bertapa di lorong hitam
    menunggu mangsa biasa
    si tua mata keranjang
    si muda hidung belang
    si jantan bertubuh miang
    bermodal betis bunting padi
    berbibir persis Angelina Jolie
    berdada mekar meranum rasa
    berayat manis luluh jiwa
    jaga-jaga semua
    jauhi lorong gelap itu
    usah terleka terpedaya
    ingatilah mulut-mulut mereka
    yang kelaparan menganga
    minta disuap secubit rezeki
    di rumah usah lagi jadi mangsa
    bahana si penunggu genit…

    Ustazah Janariah
    sajak utk gadis yang berpeleseran

    BalasPadam
  47. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Taib dengan sajaknya telanjang bulat memngisahkan kecelaruan fikiran manusia dengan zaman kegilaannya. Berpakaian tapi semacam tidak berpakaian pula, dalam islam jika ketat dan nampak bentuk sudah dikira aurat dan boleh membakar nafsu maka mengharamkannya. apa tah lagi yang terselak sana dan tersilak sini. Macam baju tak cukup kain. Pak haji pun sangup buka kopian. Kena berastagfar nampaknya (SM)

    BalasPadam
  48. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Tuan haji Abkam dengan sajak Tsunami satu mala petaka yang melanda negeri jepun. Mungkin ini satu peringatan jika manusia mulai lalai dan lupa. Tidak kira bangsa dan agama sekali musibah datang pansti ada kemusnahan, Ini semua buat pengajaran bagi yang masih bernyawa perlulah berwaspada hidup di dunia ini (SM)

    BalasPadam
  49. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Zuraifah dengan sajak kenangan masa lalu mengusik jiwa.Begitulah kebiasaannya dalam kehidupan ini, bagi sesiapa yang pernah melalui alam rumaja. Apatah lagi sesuatu yang menimpa pula ada kesan yang mendalam pada dirinya, tidak kira baik ataupun buruk,namun kisah yang lalu tetap dikenang juga, selagi nadi belum berhenti. Hanya seorang lelaki bernama Taip dapat menyelamatkan anda. (SS)

    BalasPadam
  50. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Ustazah Janariah dengan sajak PAP menceritakan kisah pencari mangsa di awal pagi di tempat sunyi, satu pesanan yang perlu diamabil perhatian buat mereka yang menunggu diperhentian Bas atau sebagainya. Ramai anak muda, penagih dan orang tua pun sama juga yang miang dan mengatal tak tentu hala. Berhati-hati dan awas selalunya. (SS)

    BalasPadam