Jumaat, 18 Mac 2011

BERNYAWA DALAM MIMPI



sajak pilihan ahli Cr.


Aku ingin mencari ketenangan diri..
Agar hidup bukanlah sekadar mimpi..
Aku ingin kau tahu isi hatiku...
Aku memang bermimpi..
Mimpikan kau menjadi milik ku..
Mimpi isi hatiku jadi isi hatimu...
Mimpikan satu mimpi
hanya bernyawa di dalam mimpi...

 
Oleh: Harimau Berantai
dulu Mersing n9/Kini Gertak sanggul pp.
7pagi/2010 Mei 30 07:15
diterbitkan semula pada tanggal 19/03/2011.





50 ulasan:

  1. Ulasan Rengkas Hantu Raya

    Dulu HB masih bujang dan selalu saja melakar mimpi di dalam mimpi,
    atau bernafas/bernyawa dalam mimpi.

    Kini apa yang dimimpi apa yang dicita ternyata menjadi kenyataan,
    tidak diduga , tidak disangka, cinta pandang pertamanya kepasa sepupunya sendiri sebagai seorang pendidik yang telah menemani jalan hidupnya.

    Di atas rastu keluarga, dan sadikit pandangan en nuri dia cuba melakar sejarah, untuk membuktikan cintanya sepupu boleh abadi. Selamat berbahgia. Kau masih tinggal dihujung kampung jalan mati
    gerta sanggul angkara dengar cerita
    guest door yang kini balik ke Indonesia...

    BalasPadam
  2. NASI LEMAK

    Bahan-bahan ( 4-6 orang )

    * Bahan untuk nasi:-
    * @ 2 cawan beras
    * @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
    * @ 1 helai daun pandan - disimpul
    * @ 3 hirisan halia
    * @ secubit garam
    * Bahan untuk sambal:-
    * * 6 sudu besar cili kering mesin
    * * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
    * * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
    * * 1 biji bawang besar -dihiris
    * * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
    * * sedikit air asam jawa
    * * sedikit belacan (jika suka)
    * * garam n gula
    * Bahan sampingan lain :-
    * Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

    Cara-cara

    1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
    2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
    3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
    4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

    BalasPadam
  3. terima kasih harimau berantai siar sajak aku yang ni.. hehe bini aku gelak je baca sajak ni

    BalasPadam
  4. sajak jiwa2 plak harimau ni?

    BalasPadam
  5. sajak puitis jgk si harimau ni.. haha

    BalasPadam
  6. guest door org indon rupanya

    BalasPadam
  7. ni msti guest door dah hbis VISA kat malaysia sbb tu en nuri hantar dia ke indon semula

    BalasPadam
  8. patutlah lama xnmpk guest door

    BalasPadam
  9. kwin dgn spupu sndiri ke harimau ni?

    BalasPadam
  10. wah! sajak suami sy plak kali ni

    BalasPadam
  11. wah! sajak harimau plak kali ni

    BalasPadam
  12. sajak harimau berantai ni masa blum kwin ker?

    BalasPadam
  13. eh! xde cerpen ker?

    BalasPadam
  14. bosan plak cerpen dh xde

    BalasPadam
  15. HB ingatkan hamba allah rupanya harimau berantai ker?

    BalasPadam
  16. boleh ke kwin dgn spupu sendiri?

    BalasPadam
  17. buang tebiat ke harimau ni sbb kwin dgn spupu sndiri

    BalasPadam
  18. mana boleh kwin dgn spupu sndiri nnt anak jadi bengap

    BalasPadam
  19. eh! nasi lemak pun ada?

    BalasPadam
  20. resepi nasi lemak plak irham kali ni

    BalasPadam
  21. la.. nasi lemak pnya resepi smus org thu buat la

    BalasPadam
  22. nasi lemak? aduhai ni senang sgt la

    BalasPadam
  23. bagi la resepi susah sikit nasi lemak senang sgt

    BalasPadam
  24. eh! irham ni org mana jawa ke indon?

    BalasPadam
  25. nasi lemak pnya resepi pun ada/

    BalasPadam
  26. nasi lemak xpyh bagi resepi smua org thu buat

    BalasPadam
  27. resepi nasi lemak plak kali ni

    BalasPadam
  28. senang sgt la resepi kali ni

    BalasPadam
  29. nasi lemak spesial xde ker?

    BalasPadam
  30. cerpen xde ker?

    BalasPadam
  31. boring la plak kosong je ruangan ni

    BalasPadam
  32. kenapa harimau pnya sajak ada ulasan aku pnya dulu xde>

    BalasPadam
  33. eh! cerpen bila nk ada balik?

    BalasPadam
  34. resepi nasi lemak plak? senang sgt la

    BalasPadam
  35. ingatkan nasi lemak indon ke? jawa ke td?

    BalasPadam
  36. resepi ni xpyh bagithu pun smua org thu buat

    BalasPadam
  37. eh! nasi lemak la senang nk buat

    BalasPadam
  38. nasi lemak plak? senang sgt ni

    BalasPadam
  39. nasi lemak kat perumahan aku ni byk jual

    BalasPadam
  40. eh! ada ulasan plak sajak harimau ni

    BalasPadam
  41. kenapa ada setengah sajak hantu raya x ulas?

    BalasPadam
  42. guest door ke indon? kena tangkap ker?

    BalasPadam
  43. CUMA DIA

    dia ada sepasang mata cantik
    bersinar bila memandang
    seulas bibir coklat kehitaman
    tetap manis senyuman segaris,
    walaupun dicemar nikotin
    dia tidak pandai tulis kata puitis,
    tapi dia berbahasa jujur dari hati
    tidak reti memujuk rajuk
    tidak reti berada dalam romantik
    dia cuma aku pandang paling manis
    aku rasa paling comel
    aku terima apa ada
    di suatu hari nanti
    di ketetapan telah tertulis
    ketika aku sendiri
    belum menjenguk dunia

    Andy
    sajak utk gadis yg saya minati

    BalasPadam
  44. TIADA LAGI CIUMAN

    Setiap hari aku mahu bangun pagi
    disebelah aku sebatang tubuh
    yang paling aku kasih
    suri hidupku sehidup semati
    tapi bila hari itu ada perbalahan
    keesokannya di sebelah lagi
    di suatu pagi aku bangun
    aku lihat tiada lagi sebatang tubuh
    mungkin kejadian semalam
    aku tiada boleh lagi merangkul dia
    aku terus bangun dari ranjang
    bersiap meneruskan hari kerja
    tanpa perlu ciuman di pipi
    tanpa ciuman hangat di tangan

    Amir Faris
    sajak utk isteri sy ada selisih faham sedikit

    BalasPadam
  45. BIBIR MERAH JAMBU

    akhirnya terlewat kata benci
    dari bibir merah jambu
    paling mengiurkan
    belum mampu mengusir
    setiap zarah bersatu berpadu
    nyawa di pinggir bibir merah kusam
    bukan dicemar nikotin
    selain bersatu dengan rasa pekat
    rokok merah putih hitam
    lahir segaris senyum
    hati patah nyawa pipih melayang,
    resam yang bukan lagi adat,
    semuanya hilang dalam kabut
    mesra yang serabut
    amarah selaut sehabis boleh dicarikan noktah akhirnya
    cuma temukan hati patah

    Imtiyaz
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  46. APA KORBAN KITA

    korban pertama
    tatkala ibrahim diuji
    sembelih anaknya ismail
    ibrahim akur dengan redha
    ismail akur dengan rela
    apa pula kita korbankan
    korbankan harta jauh sekali
    kalau ada sekalipun
    cuma seringgit
    mengisi tabung kala jumaat
    korbankan nyawa
    tak sanggup juga
    di sini sudah aman
    tak perlu angkat senjata
    bagaimana palestin?
    belum mampu rasanya
    korbankan masa
    sedikit di jalan tuhan
    cuma pinjamkan telinga
    dengar majlis ilmu
    tak sanggup juga
    apa yang kita korbankan?
    kambing dan lembu
    di hari raya korban
    itupun kalau mampu
    apa korban kita...

    Mia Safiyah
    sajak pengajaran (maaf sy bukan ahli tp sy tunang jalal dia jemput sy)

    BalasPadam
  47. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Mia Safiyah dengan sajak yang ada kelaianan sadikit daripada yang lain. Bertajuk: Pertanyaan
    APA KORBAN KITA? Sajak berbentuk pengajaran, dan soal dan jawab. Sesiapa yang telah membacanya akan mendapat jawapannya kembali. Sajak yang paloing mudah tidak perlu kita
    Berfikir dan terus mengerti . Kerana ada pengajaran dan falasafah pengucapannya layak: untuk dimenangkan (SM)

    BalasPadam
  48. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Imtiyaz dengan sajak jiwa-jiwa nampaknya BIBIR MERAH JAMBU Apa cerita ini ? Tajuk dah menarik isi penceritaanya semacam ada kekecewaan pula. Hai pening dengan jiwa muda, beloa begini: Mudah marah, cemburu, merajuk, lari bawa diri, ada pula yang sanggup hendak mati. Inilah akibatnya tidak pandai melayan kisah cinta. Usaha lagi lain kali.(SS)

    BalasPadam
  49. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Amir Faris sajak TIADA LAGI CIUMAN. Kau pun satu, dah elok isteri bagi pelukan dan ciuman waktu pergi dan balik kerja, kau buat hal buat apa? Biasalah kalau baru khawin, nak lekat pun, perempuan ini mereka mudah tersentuh atau pun sensitiwe sikit. Kaulah kena pandai memujuk. Biar mengalah, asal tidur tidak gelisah dan gelabah. Hari kau peluk bantal peluk, tak melawan nampaknya.(SS)

    BalasPadam
  50. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Sdra Andy masih di alam fantasi atau reality jiga benar dan nyata berbahgialah, jika sekadar Bermain kata-kata jangan diteruskan, nanti jadi gila bayang. Sebaiknya berterus terang sahaja Jika kata bersambut, janji bertaut, terus saja masuk meminang . jangan lama. Nanti lama-lama Takut diambil orang. Usaha lagi (SS)

    BalasPadam