Selasa, 22 Mac 2011

BAYANGAN TANGISANMU ITU (TU) tempat pertama (wanita)



 sajak sayembara (TU)

Inginku cuba lukiskan satu wajah
pada helaian kertas putih nan bersih
entah kenapa saat itu jua penselku patah
walaupun aku cuba tajamkan semula
tetapi jejariku pula yang terus terluka.

Di bawah teduhan bebayang harapan
di suatu taman berbungakan waktu
aku temuimu sedang bermuram di situ
hatiku pun menjadi resah dan gelisah 
pastinya terluka jika terus digoresi begini. 

Disini aku harap cahaya menghadirkan
Semoga dapat bermesra di taman bayangan 
tetapi tanganku jelas terlepas untuk mengapai 
kejamnya aku masih bermimpikan hajat yang hilang 
 dalam bebayang taman dan tangisan sendumu itu ! 



Oleh: Julia 
sajak fantasy/19 Mac 2011 6:20 AM 
Pemenang sayembara Cr kategori wanita mac, 2011.






50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT NEGERI TIBET
    BERTAJUK: MARAH SANG DEWATA OLEH: NURIMANJA, DICERITAKAN SEMUALA SECARA BEBAS
    -----------------------------------

    Siri Pertama.

    KONONNYA pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri tinggal di pinggir bandar Tibet. Mereka Mempunyai di ampaianseorang anak gadis yang cantik jelita bernama Dolma.

    Setiap hari bila anak gadisnya ini menjemur kain di ampaian, ramai anak muda mengambil kesempatan itu mencuri pandangan dengan bangnga memuji-muji kecantekan Dolma.

    Setengah daripada kumpulanan anak muda ini ada yang jatuh hati dan tergila-gilakan akan kecantikan Dolma. Sehingga ada yang tidak dapat makan dan tidur jika tidak melihat sehari wajah Dolma. Malah termasuk juga salah seorang saudagar tua yang berniaga kain sutera bernama Durlban.

    Oleh sebab kedua ibu bapa Dolma ini sudah tua, mereka amat susah hati akan masa depan anaknya Dolma ini, jika sekiranya mereka meninggal dunia. Siapa pula akan menjaganya. Kerisauwan ini buatKedua ibu bapa Dolma selalu menganggu kesihatan mereka berdua selama ini.

    Satu hari kedua orang tua Dolma ini berbincang untuk pergi ke kuil bagi memohon hajat kepada sang Dewata, agar anak mereka Dolma dijodohkan dengan orang lelaki yang baik hati dan juga bertanggung jawab dan dapat menjaga Dolma dengan baik, sekiranya mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

    Kebetulan sewaktu mereka sedang berbincang hendak pergi ke kuil itu. Saudagar tua sutera itu telah pun mendengarnya. Pada hari yang telah ditetapkan itu. saudagar tua kain sutera itu terlebih dahulu pergi ke kuil. Sebelum kedua ibu bapa Dolma sampai ke Kuil.

    Sewaktu kedua ibu bapa Dolma meminta agar sang Dewata menetapkan jodoh bakal suami anaknya Dolma . Maka dengan lantang Durban saudagar tua kain sutera itu bersuara dengan lantang daripada belakang kuil itu .

    “Dengar wahai kedua suami isteri yang telah tua! Dengar baik-baik pesanan ini. Esok jangan lupa, tunggu, bakal suami anak kamu dia akan datang melalui depan rumah kamu . Dia akan membawa saekor ayam putih, dan sambutlah dia dengan sempurna.....” Kata Durban sambil mengilai ketawa...

    Kedua orang tua itu pun tersenta bila mendengar suara itu, kerana terlalu ketakutan, mereka tidak dapat berfikir panjang lagi, dan terus tunduk memasangkan telinga dan mengamati pesanan sang Dewata itu, dengan penuh rasa terharu.

    BERSAMBUNG .

    BalasPadam
  2. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA DIANTARA AHLI CJTRA DAN PENJAGA BLOG 2011.

    Sajak yang berfantasy agaknya telah dapat mencuit hati juri persendirian . Sajak berthemakan
    Jiwa-jiwa yang bertajuk: BAYANGAN TANGASANMU ITU. Nampaknya pengucapan sajak ini ada rasa keyakinan pada isi dan maksud penceritaannya yang hendak disampaikan.Soalah-olah semacam
    si penulis dapat membaca dalam hati atau khayalannyn akan sendu tangis seorang yang mungkin delima dalam kerinduannya , Para pertama 4 bait dapat kita rasa betapa kecewa dan gagalnya penulis untuk melukis dengan pencil yang patah dan cuba ...tetapi jejari pula yang berdarah. Ada kelaian dan sesiapa pun boleh membayangkan dan mengembangkan minda dalam berbagai
    Andian dan imanginasi. Apa-apa pun kerana kami nampak sadikit ada kelebihan dan kemampuan bakat yang
    sepatutnya ditunjulkan, jadi ada sadikit tokoh tambah kami lakukan, seperti sajak yang lain, kerana ada daya kemampuan yang patut diketengahkan.Syabas! Harap maaf buat yang lain, Jika kita beri sajak yang terutama kepada sdri Julia seorang guru agaknya (TU)

    BalasPadam
  3. org mana ni geletek pagi? kalau banjar aku x terkejut sbb org banjar mmg kaki penipu...

    BalasPadam
  4. ni la org yg memburukan melayu! sapa dia geletek pagi?

    BalasPadam
  5. klu agama pun x jaga jd mcm tu la menipu pun xde rasa bersalah

    BalasPadam
  6. wah! sinis yg agak tajam sajak ni

    BalasPadam
  7. wah! lidah pun boleh mengatasi segalanya?

    BalasPadam
  8. btol tu lidah ni boleh kuasai segalanya

    BalasPadam
  9. lidah mmg ibarat mata pedang

    BalasPadam
  10. lidah mmg berbisa lagi bisa ular

    BalasPadam
  11. lidah menguasai segalanya tp kerana lidah jgk badan binasa

    BalasPadam
  12. lidah kena jaga btol2 sbb dia boleh jadi senjata berbahaya

    BalasPadam
  13. skrg smua lidah yg kuasai

    BalasPadam
  14. lidah kuasa segalanya

    BalasPadam
  15. sajak yg agak misteri la julia ni

    BalasPadam
  16. sajak mcm kat alam fantasi je julia ni

    BalasPadam
  17. sajak julia mmg layak menang isi pun menarik

    BalasPadam
  18. sajak julia mmg menarik tahniah julia!

    BalasPadam
  19. x sangka julia punya sajak menang?

    BalasPadam
  20. ingatkan mak mah yg menang rupanya julia

    BalasPadam
  21. julia pnya imaginasi kuat jgk

    BalasPadam
  22. pelik nama dolma????

    BalasPadam
  23. nama x sedap tp orgnya cantik plak? hehe

    BalasPadam
  24. wah! dolma ni mcm org bunian plak?

    BalasPadam
  25. mcm cerita nujum pak belalang plak ada penunngu gua

    BalasPadam
  26. xkn la org tu plak dia nak jodoh dgn anak dia?

    BalasPadam
  27. kenapa hero dalam cerpen ni tua plak?

    BalasPadam
  28. sang dewata ni sapa?

    BalasPadam
  29. dorg punya dewa ke sang dewata ni?

    BalasPadam
  30. hahhaa kesian senang2 kena tipu?

    BalasPadam
  31. untung la rezeki la org tua

    BalasPadam
  32. wah! untung org tua dapat isteri muda dan cantik

    BalasPadam
  33. eh! xkn dorg x thu kena tipu?

    BalasPadam
  34. kena perbodoh mcm tu jer? hahahaha

    BalasPadam
  35. cerita ni pasal apa plak? sedih ker?

    BalasPadam
  36. cerpen berkenaan hantu ker ni?

    BalasPadam
  37. sang dewata ni tuhan org cina ke?

    BalasPadam
  38. senang je kena tipu dgn dulban tu? hahaha

    BalasPadam
  39. xkn la dorg x perasan mana ada dea boleh berckap

    BalasPadam
  40. bangang btol mak ayah dolma tu? hahahaha

    BalasPadam
  41. harap2 anak dia thu mak ayah diperbodohkan? hahhaha

    BalasPadam
  42. xbaik la dia tipu mak ayah dolma plak?

    BalasPadam
  43. AKU TUA

    aku semakin tua melihat anak kecil
    di pangkuan ibu
    aku semakin miskin
    melihat kereta menjalar di laman.
    aku semakin sepi
    apabila kalian berangkat pulang.
    sesekali terluang utuslah khabar.
    aku seperti selalu sahabat dahulu.
    pada cermin meskipun
    telinga kiriku selalunya
    di kanan arca ada amanat
    garis di dahi itu rambut kian tipis
    kaca mata tiada pernah
    diimpikan itulah diriku.

    Atuk
    sajak terkenang

    BalasPadam
  44. ABAHKU DAN ALAM SEMESTA

    kedut-kedut di wajah
    menanda usia dimamah sekian waktu
    menjadi tulang belakang
    menjadi bahu sandar sejak dulu
    menjadi lengan paut saat lemas
    sering hati luluh kecewanya
    tak terpamir di raut wajah
    tulang belakang masih gagah
    setelah dua dekad menyatu
    masih bahu bersandar paling empuk
    pada kedut-kedut wajahnya
    terkisah setiap pahit manis
    setiap parut di tubuhnya
    menceritakan kisah hidup dahulu
    pada hati masih sama bagai dulu
    engkau masih pertama
    di hati kami sekeluarga
    belum pernah ada yang sehebatmu
    walaupun di alam semesta ini

    Muhamad Akmal
    sajak buat abah sy semperna hari jadi yang ke 50

    BalasPadam
  45. DAH LAMA KAMU BUNUH AKU

    api-api itu memantul cahayanya
    merah berliku di kota sepi suara
    seperti angin bersiul tanpa kata
    sunyinya bintang tak mahu hadir
    kerana dendam pilu yang terperam
    kerana dendam pada keseronokan
    kamu khabarkan semua teman
    tentang rindu kamu sama aku
    aku semalam ada depan mata kamu
    tapi kamu tidak lihat aku
    aku semalam ada depan mata kamu
    tapi kamu tidak sedar kehadiranku
    kini kamu tanyakan pula
    di mana aku? sudahlah,
    kamu sudah lama bunuh aku.

    Anis Syahila
    sajak buat kekasih

    BalasPadam
  46. RILEK

    Kau lembutkanlah hati mereka
    kau turunkanlah rahmatMu
    akan ku gigih sejat semua celaka
    biar aku terang senantiasa tenang!
    aku mahu rileks bukan minta respect
    cuma mintak teman berbisik
    menangis bila didesik
    setengah detik hidupku jadi gila
    menanti yang tak tiba
    hiba menghurung jingga!
    andai bisa aku luang
    masa yang telah terbuang
    kanku tagih dgn titisan perih
    mewarnai jalan kepadamu ya Allah!

    Panglima Ketot
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  47. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Mengenang diri. kebisaannyalah ghalip kehidupan begitu, kitaran alam dan kehendaknya tuhan yang menjadikan setiap makhluk di dunia ini, orang tua kian mengisut menuju ke tepi yang muda mengambil alih menyambung segala perjuagan yang belum selesai, Cuma sesekali ada terasa sayu bila hati tersinggung, jiwa merasa sayu. Itulah lumrah kehidupan sebelum mata terpejam, (SM)

    BalasPadam
  48. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Muhamad Akmal mungkin mrncipta sajak bersama ayahnya. Mungkin begitulah kasih sayang seorang anak kepada ayahnya mendidik dan menjaga segalanya demi masa depan yang diharapkan.Untuk menilai jasa ayah ibu mungkin tidak dapat dibalas. Cukuplah membalas dengan kasih sayang terhadap keluarga. Amin (SM)

    BalasPadam
  49. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Anis Syahila selalunya menceritakan kisah orang muda mungkin itu yang ada di hatinya. Apa-apa pun pengucapannya kian ada penambahan baiknya . Sajak anak bos ini selalunya ada kelainan gaya ciptaannya. Tajuk pun sudah menarik . Usaha lagi sebagai selingan saja (SS)

    BalasPadam
  50. DARI SAJAK SILINGAN BUAT CR. (SS) SAJAK SELINGAN (SM) SAJAK MENANG

    Panglima ketot selalu mincipta sajak ketuhanan , penceritaan sudah ada, Cuma perlu mencari perkataan yang sesusuai bukan ikut rima sekimanya atau pun atonasinya, terlalu terikut-ikut dengan renta penghujungnya , lantas menyekat dan mengabaikan pengucapannya yang puitis.
    Apa-apa pun usaha lagi. Cuma sebagai selingan sahaja (SS)

    BalasPadam