Ahad, 20 Februari 2011

TOPENG (



 sajak pilihan ahli Cr.


Topeng terlekat dimukamu
hingga aku tak dapat meneka
rupamu putih atau hitam?
wajahmu kedut atau tegang?

kamu juga suka bertukar topeng
hingga aku tak dapat mengagak
kamu Cicakman menyelamatkan insan
atau Profesor Klon musnahkan kehidupan!

 
Oleh: Geletek Malam
Bayan Lepas
2010 Mei 29 13:08





50 ulasan:

  1. Azmin pernah menawarkan ganjaran wang tunai jika Ummi menarik balik surat aduan kepada Tun Mahathir
    7:25 PM SUNGAI RAPAT ONLINE No comments

    Azmin Ali pernah menawarkan sejumlah wang yang besar juga nilainya agar Umi menarik balik surat aduan kepada Tun Mahathir mendedahkan bukti bukti dan saksi saksi memang berlaku skandal seks Anwar dan Shamsidar. Azmin pernah bawa pulang ke rumah wang tunai yang agak besar nilainya , salinan asal dokumen bank wang simpanan Shamsidar dan adik beradiknya bernilai jutaan ringgit, dan bermacam macam lagi kisah seram Anwar – Azmin – Shamsidar….!! “ saya rela hilang abang kandung saya sendiri daripada membiarkan 27 juta rakyat Malaysia tertipu dengan menerima Azmin sebagai pemimpin dan Anwar sebagai Perdana Menteri… “ tegas Umi. Banyak lagi...


    (Petekan dari bloh DUKE of UMNO

    BalasPadam
  2. NEGETIF

    Lesap hilang
    pudar tiada luntur
    semangat ditiup terbang
    oleh angin lintang
    bersama sekali dengan tenang
    sudah tidak duduk senang
    dengan tangan bersilang
    atau baring menelentang
    paksi negative
    sedang terlukis atas graf


    Keris Sakti
    sajak simbolik

    BalasPadam
  3. TANPA KAKI DAN TANGAN

    Kehilangan membuatkan hidupku
    berada dalam kegelapan
    tiada sinar aku aku mengeluh berpanjangan tanpa diketahui siapa
    keluhan itu sahajalah menemani
    setiap cabaran dugaan menemuiku.
    kehilangan orang
    menjadi tulang belakang
    kehilangan orang
    yang menyuapkan aku,
    kehilangan orang
    yang membawaku dalam kesejukan
    membuatkan hatiku pecah
    membuatkan minda ku berhenti
    berdegup mencari ikhtiar.
    Kini aku merempat meminta bantuan daripada sesiapa aku keseorangan
    tiada selimut dan tiada atap
    begitulah rumahku syurgaku kehangatan kesejukan itu aku rasa tanpa memakai kaki dan badan.


    Ustaz Sahzan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. ZAMAN BERUBAH

    Ku buka jendela,
    Terasa angin sejuk menyentuh kulit,
    Kelihatan langit biru payungi bumi,
    Burung terbang bebas berkicauan,
    Sawah padi menguning menanti dituai
    Riuh kedengaran suara kanak-kanak,
    Bermain guli, menarik upih,
    Sayup loceng basikal kedengaran
    Sungguh tenang dikala itu..

    Tapi
    Itu semua sudah berlalu.
    Hari ini Kulit disapu krim,
    Takut disinari pancaran violet,
    Hanya suara gagak kedengaran,
    Hutan batu menjadi pemandangan,
    Playstation menjadi rebutan,
    Bunyi hon membingitkan telinga,
    Suasana ini jadi agungan.


    Teksi Manaf
    sajak tentang perubahan tempat tinggal saya

    BalasPadam
  5. MANA DESTINASIKU YANG SEBENAR

    Beribu batu sudah ku lalu
    Berjuta semak sudah ku rempuh
    Setinggi langit ke tujuh ku sampai
    Namun sehingga hari ini
    Aku masih belum tiba ke destinasiku
    Dimanakah destinasiku yang sebenar?
    Dimanakah hala tuju benar?
    Dan apakah pencarian ku sebenar?
    Seribu satu persoalan
    mula terbit di jiwa
    Dengan dua tapak tangan ku tadah
    Memandang langit biru sambil berkata bantu lah ku untuk mencari
    arah destinasiku sebenar
    Destinasi terletak tinggi
    Yang disanjungi dikenali dihormati
    Dua tapak tangan ku menekup muka
    Dengan ungkapan Amin
    Dan bersama semangat penuh harapan
    Agar hati nurani bersabar
    mencari destinasi


    Ustaz Rahman
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

    NEGETIF sajak sdra keris sakti. Pengucapannya biasa-biasa saja cuma bersimbolik tidak begitu puitis membicarakan sesuatu kelemahan yang mungkin menimpa orang yang terlalu banyak melakukan kejahatan dan juga kemungkaran hidup di dunia fana ini. Bila keadaan sudah memaksa, segalanya tidak tenteram, makan minum terjaga dan tidur pun sudah tidak tenteram, sehingga tidur telentang tangan di atas dahi duduk bersilang.Berbagai andaian sedang bermain di kepalannya. Ini menjadikan cerita negetif kian bersarang Di dalam kepala otaknya. Semoga kita tidak bergitu. Ada berbau politik juga nampaknya. Sama dengan hantu raya tiap ulasan masuk politik. Amin. setelah adanya Persaiangan undian dengan Saizul maizav . Anda Cuma layak untuk (U)tk.

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

    TANPA KAKI DAN TANGAN sajak oleh Ustaz sahzan dengan pengucapannya kali ini menceritakan akan kehilangan atau putus harapan jika apa yang diharap telah hilang atau pergi kembali kepada illahi Sesiapa pun jika ada kekuatan yang membantu dan mendorong memberi semangat untuk kemajuan kita, tetiba hilang , terasa akan hilang semangat dan putus tempat pergantungan. Diri rasa terasing dan sendiri. Bagai badan tiada kaki dan tangan Apa-apa pun jika ini takdir kita perlu terima dan kembali kepada qada dan qadar. Bangkit terus berusaha. Amin . Sajak ini ada persaingan dengan sajak ziarah makrifah. Kerana pengucapannya terlalu biasa penceritaannya dan sadikit kurang puitis. Anda layak (U)tk

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011
    ZAMAN BERUBAH Sajak Manaf Teksi pembicaraan biasa pada perbandingan kisah kehidupan dahulu dan kini diantara desa dan Bandar sama lebih kurang dengan sajak en nuri muflis nekmat.Dikampung semunya masih segar dan tenang , ada kebun sendiri di belakang rumah semuanya free tidak paying beli. Tetapi di Bandar kerana \kitaran masa hidup pun agak berbeza, baik masyarakat, pergunaan pakaian dan pernmain kanak-kanak juga terut berubah. Tetapi itulah yang kiat pesat diburu oleh anak muda genderasi kini.Amin layak sekadar (U)tk. Walaupun ada persaingan dengan sajak en sanusi rostam.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA DAN PB SEPARUH AKHIR 2011

    Sajak berbentuk persoalan dengan simbolik kepada kejadian alam untuk mencari sinar kebenran yang kekadang menjadi tanda tanya pada penulis sehingga kini. Ada sama dengan sajak en nuri KAUKAH ITU . Mungkin persoalan atau pertanyaan ini dilontarkan kepada Khalid. Biasanya orang yang sering bersolat malam dia sentiasa bagai berbicara atau berbisik dengan tuhan . lalu berbagai pertanyaan akan timbul. Soal dimana aku selepas ini, mesti apa yang aku cari, Inilah nilai kezuhudan kita.amat berbeza dengan mereka langsung tidak pernah bertanya akan kemana distinasi atau tujuan hidup dan mati selama ini. Amin sajak ini ada persaingan juga dengan sajak ustaz omar sharif. Setelah dinilai ada sadikit kelebihannya . Anda layak ke fenal seterusnya esok (TU)tp.

    BalasPadam
  10. sajak sy ringkas x berpuitis mngkin tersingkir kot?

    BalasPadam
  11. sajak sy rasanya ke final? tp agak saja

    BalasPadam
  12. sajak perubahan masa sy harap qalam puas hati

    BalasPadam
  13. sajak sy xthu nk kata 50-50

    BalasPadam
  14. nampaknya di kampung jimat sikit

    BalasPadam
  15. kampung best selesa dan aman... hehe

    BalasPadam
  16. kampung x best la en nuri byk nyamuk

    BalasPadam
  17. sy suka lagi bandar sbb smua benda ada kt kmpung susah nak cari

    BalasPadam
  18. kampung mmg best! duit pun x kluar jimat tu

    BalasPadam
  19. kmpung pencemaran udara xde mmg hari hirup udara nyaman

    BalasPadam
  20. bandar lebih selesa kampung slalu xde air kena mandi pakai perigi plak?

    BalasPadam
  21. bandar lagi selesa yg penting ada intenet kampung mana ada

    BalasPadam
  22. kampung x best! pemikran yg kolt x terbuka la...

    BalasPadam
  23. kampung mmg seronok sbb boleh berkebun bdan pun jd sihat

    BalasPadam
  24. azmin ali nak rasuah plak!!

    BalasPadam
  25. huh! sampai nak rasuah plak? apa erita ni takut ke azmin ali ni

    BalasPadam
  26. nampak sgt dia salah sbb sampai nak rasuah plak?

    BalasPadam
  27. geletek malam sajak ni pasal politik ke?

    BalasPadam
  28. sajak geletek malam ni bunyi mcm org yg hiprokrit saja

    BalasPadam
  29. sajak geletek malam ni mcm sajak utk org yg talam dua muka

    BalasPadam
  30. menarik jgk sajak geletek malam ni simbolik politik

    BalasPadam
  31. berselindung di sebalik topeng plak sajak kali ni menarik

    BalasPadam
  32. sajak sinis jgk geletek malam ni

    BalasPadam
  33. azmin ali terdesak sgt ke sampai nk rasuah plak ni

    BalasPadam
  34. azmin ali rasuah?? btol ke? nnt nk suruh anak buat sy siasat

    BalasPadam
  35. rasuah umi plak azmin ali ni?

    BalasPadam
  36. kenapa umi x buat laporan polis tentang dia di rasuah

    BalasPadam
  37. kalau dia dah rasuah umi nampaknya mmg anuar bersalah

    BalasPadam
  38. wah! politik jgk sajak geletek malam ni bila diamati

    BalasPadam
  39. sajak simbolik sinis jgk geletek malam ni....

    BalasPadam
  40. sajak ko hentam sapa ni geletek malam?

    BalasPadam
  41. sajak ni utk org yg dalam lain luar nmpk lain

    BalasPadam
  42. sajak perbandingan plak kali ni

    BalasPadam
  43. sajak sy lepas ni lepas solat subuh maaf terlambat ada kerja sikit

    BalasPadam
  44. makin menjadi-jadi plak si azmi ni

    BalasPadam
  45. dok kampung lagi best! hehe

    BalasPadam
  46. pendapat sy org tua2 elok dok kampung org muda elok tinggal bandar

    BalasPadam
  47. sajak pasal kampung dan bandar plak?

    BalasPadam
  48. aku lebih suka tinggal bandar semua kelengkapan ada!!!

    BalasPadam
  49. kampung lebih selesa udara pun nyaman

    BalasPadam