Rabu, 16 Februari 2011

TENGAH MALAM



sajak pilihan wk Cr.


Malam ini bulan penuh..
bintang terang
riak gembira di dada langit
meraikan indah malam
bercempera semua
tapi jalan di kota ni sunyi.
macam tiada orang
sekejap tersilau suluhan neon
kereta lalu lalang kalau pun ada
lampu lampu jalanan malap
berbeda cuaca langit dan bumi
saat semua orang senyap di kamar
lelah seharian dilepaskan ke mimpi
udara bercerita indah..
nyaman tenteram terasa
menjelang dinihari
saat bulan mengejutkan fajar
mentari menanti malam berganti
bulan bintang pergi
dan semua akan kembali
seperti hari hari

Oleh: Lebai Noh
ketika bermalam di surau
 2010 Disember 7 23:07
Diterbitkan semula tarikh:16/02/2011




50 ulasan:

  1. 2.Lapan pemimpin kanan pembangkang jadi jutawan segera

    IPOH 11 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

    Berikutan itu Fauzi, 51, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat apa didakwanya berlaku penyelewengan dan salah laku dalam kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.
    Untuk tujuan itu, beliau menyerahkan nama lapan individu tersebut yang terkandung dalam laporannya kepada SPRM Perak di pejabat suruhanjaya itu di sini pada pukul 11 pagi ini.

    Bekas Ketua Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat, V. Subramaniam yang menyertai Gerakan kelmarin turut menemani Fauzi membuat laporan tersebut.


    Fauzi ketika ditemui selepas itu memberitahu, sebelum memperoleh kuasa, lapan individu terbabit termasuk seorang wanita hidup susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta tidak mempunyai pekerjaan.

    "Tiba-tiba dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak, lapan individu ini berjaya mengubah taraf dan gaya hidup.
    "Mereka mampu membeli rumah dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit, membayar hutang dan mendapat rawatan di hospital swasta yang mahal. Dari mana datangnya sumber kewangan ini?" soalnya.

    Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lapan individu tersebut kerana telah membuat akujanji dengan SPRM agar tidak mengganggu siasatan.
    Menurut Fauzi, dakwaannya itu mempunyai asas kukuh dan bukannya berunsur fitnah atau dendam terhadap mereka.

    "Perkara ini bukan saya sahaja yang pertikai tetapi ramai ahli dan pimpinan PKR serta pakatan pembangkang di Perak marah dengan apa yang berlaku.

    "Saya akan mengemukakan segala bukti dan saksi yang diperlukan oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya.

    Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat itu berkata, rakyat perlu melihat betapa rakusnya kepimpinan pakatan pembangkang dalam tempoh sesingkat 11 bulan.

    Katanya, semasa berkuasa, pemimpin pakatan pembangkang sibuk berebut jawatan dalam syarikat kerajaan negeri, jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan, berebut tanah serta balak dan bukannya membela nasib rakyat.

    "Alhamdulillah, 11 bulan sahaja mereka berkuasa di Perak, kalau tidak, saya yakin negeri ini akan hancur kerana tindakan perakus, perompak dan lanun ini," ujarnya.

    Sedutan akhbar Utusan.

    BalasPadam
  2. HEBAT

    tahulah kamu hebat
    tinggi pada pangkat
    kami hanya lalat
    buat kamu meluat
    hadir tiada terlihat
    bertenggek tiada tempat
    dahsyat sungguh dahsyat
    birokrasi penyusah umat
    meluat sungguh meluat
    punggung naik berbirat
    dari pagi sudah tercegat
    dah tengahari masih tak dapat
    kasihan tengok pak mat
    mundar mandir mulut terkumat
    namun masih tersenyum kelat
    memujuk hati yang kian tenat
    wahai para penjawat
    jawatan tinggi di pejabat
    usah hebat pada pelekat
    usah cari peluang mengelat
    kamu kan hebat…


    Haji Masqur
    sajak utk org berjawatan tinggi di tempat sy

    BalasPadam
  3. LAWAK

    ini bukan lawak di kaca berbayar
    ia seperti jatuh dari tempatnya
    bolos lagi dalam waktu
    berturutan hanya selang dua
    kalendar masihi
    dua menteri kanan
    dalam nada serupa
    memberi kata-kata beramaran
    tapi dinding tetap menyembunyikan
    wajah di dalamnya.
    Jadi kena ambik peduli
    kerana ini bukan lawak

    Inspektor Halim
    sajak simbolik tentang politik

    BalasPadam
  4. TERASING MATI

    kau adalah perjalanan
    tidak kesampaian.
    terhenti perjalanan
    sebelum sampai klimaks.
    aku pengembara berkuda hitam.
    tak akan berlama di perlabuhan ini
    kita sudah sekian lama
    terasing kematian kata
    kematian jenaka dan gelak ketawa
    bernyawa tetap akan mati
    datang tetap akan pergi
    bisik-bisik meraung-raung
    tak akan termampu menahan
    apa yang bisa kita gelar mati


    Saizul Maizav
    ini sebenarnya sajak abang sy tp dia beri kebenaran bagi sy guna..

    BalasPadam
  5. HILANG DALAM KOMPAS

    musim gelora yang padu,
    angin kacau segilanya
    daratan yang kutahu itu
    semakin hilang dalam kompas.
    semakin ke penghujung gelora
    kemudi masih kujinakkan
    suara camar laut berulang mencabar
    haluan kita benarkah
    aku bertemankan kau ?
    musim yang keras ini
    musim memburu telaga air
    kontang seluruhnya menjadi sisa.
    tiada terpatah kembali,
    layar agung remuk
    mendengar jerit laut lepas
    berbalun halus ke batin pedihnya !


    Zainal Arifin
    Sajak simbolik

    BalasPadam
  6. sian dia xde keturunan la sbb anak dia bunuh diri

    BalasPadam
  7. itulah manusia mana boleh kwin dgn bunian

    BalasPadam
  8. harap2 bini aku nnt bukan langsuir...

    BalasPadam
  9. sajak pasal sampah pun ada?

    BalasPadam
  10. ingatkan apa td rupanya sajak ni psl samaph

    BalasPadam
  11. sepatutnya tajuk kena letak "jika aku selonggok sampah"

    BalasPadam
  12. wah! ni dh luar kotak fikiran manusia sbb sajak en nuri ni di ibaratkan en nuri jd sampah

    BalasPadam
  13. sajak yg unik tiba2 jd sampah plak

    BalasPadam
  14. sajak pasal buang apa ni?

    BalasPadam
  15. sajak sampah pun ada! ni kira dasyat jgk ni

    BalasPadam
  16. ingatkan sampah masyarakat td

    BalasPadam
  17. sajak psal sungai ke ni?

    BalasPadam
  18. wah! sajak ni menyeru kita supaya jgn buang sampah

    BalasPadam
  19. sajak ni mcm menyuruh kita sayangi sungai...

    BalasPadam
  20. sajak sampah sarap? best jgk

    BalasPadam
  21. sajak pasal qiyamulai ke ni?

    BalasPadam
  22. sajak pasal hantu ke tengah malam ni?

    BalasPadam
  23. terima kasih kerana menyiarkan sajak sy awal sehari

    BalasPadam
  24. sajak pasal apa plak ni tp puitis jgk sajak ni

    BalasPadam
  25. sajak yg menarik tentang kejadian malam plak

    BalasPadam
  26. sajak yg agak misteri lebai noh ni

    BalasPadam
  27. sajak pasal solat tgh malam ker?

    BalasPadam
  28. sajak yg menarik di kongsi disini tahniah lebai noh

    BalasPadam
  29. sajak pasal sampah pun ada ni baru lain dari yg lain

    BalasPadam
  30. 8 org jd kaya?? dorg menyeleweng duit rakyat ni

    BalasPadam
  31. agaknya siapa 8 individu tu????

    BalasPadam
  32. pelik jd kaya dgn sekelip mata saja???

    BalasPadam
  33. main judi apa dorg 8 org tu?

    BalasPadam
  34. cina,melayu ke india 8 org tu?

    BalasPadam
  35. x sampai setahun boleh jd jutawan? pelik xkn dorg msuk uptrend kot?? hahhaha

    BalasPadam
  36. dorg ni dpt mana duit sbb 11 bulan jd jutawan?

    BalasPadam
  37. entah2 dorg songlap duit kerajaan negeri kot?

    BalasPadam
  38. ni msti anuar yg support ni

    BalasPadam
  39. pelik mcm mana boleh jd kaya x smpai setahun?

    BalasPadam
  40. ni msti ada org dalam yg buat kerja ni

    BalasPadam
  41. gaji YB berapa la sangat tiba2 j jutawan plak? ni msti dtg dari sumber lain ni

    BalasPadam
  42. dorg ni dpt duit haram ke halal? allahualam...

    BalasPadam
  43. PKR pnya org ni bukan boleh percaya sgt entah2 duit mana la dorg sapu

    BalasPadam
  44. pelik kenapa hanya 8 org je PKR yg kaya bukan semuanya?????

    BalasPadam
  45. ni msti anuar ni pnya kerja dorg jd kaya ni

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak sinis yang tajam juga ini oleh haji Masqur kepada saseorang yang mungkin lupa Daratan atau sengaja nak tunjuk ego. Kebetulan pula kalau dia itu memang bercita-cita suang malam nak jadi kepala. Bila dia dapat sikit naik pangkat, alah si kudung mendapat cincin. Apa-apa pun hidup di dunia ini tidak kekalselamanya. Harimau mati meninggalkan belang,sedangkan manusia mati meninggalkan nama, jika baik ia Pasti dikenang sampai bila-bila, jika sebaliknya terima sajalah. Seadanya Amin layak untuk (U)tk

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    Ulasan secara rengkas sahaja. Hareap maklum BUKAN JENAKA atau LAWAK sajak daripada sdra. Inspektor Halim menekankan, sikap YB yang banyak cakap isi tidak ada, tetapi jenakannya sahaja yang lebih. Kekadang apa yang dicakap lain di belakang tabirnya lain pula maksudnya. Ini biasanya digunakan parti ahli YB lawan untuk memudahkan cara. Terutama di media elektronik dan cetakan di zaman globel ini. Apa-apa pun kita sebagai rakyat perlu berfikiran terbuka dan menilai akan kebenarannya yang sebenar. Amin Layak untuk dicalunkan (TU)tp..

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TERASING MATI sajak ada kebewnaran daripada abangnya telah pun dicalunkan. Pengucapannya mudah Setiap yang hidup akan merasai mati. Begitulah kata tuhan dan begitu jugalah apa yang telah ditetapkan pada setiap individu dalam perjalanan hidup di dunia fana ini. Jika kita fakir dunia Cuma perhentian sementara , akhirat juga tempat kita kembali. Perlulah kita hidup banyak berbakti, buat yang baik jauhkan apa yang Allah larang. Jangan terlalu banyak jenaka dan ketawam biasanya Ingatlah syaitan akan sedaya upaya memerangkap kita. Awas selalu sebelum mati Amin. layak dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sdra Zainal Arifin dengan sajak terbarunya tajuknya juga bersimbolek: HILANG DALAM KOMPAS .Pengucapnnya menceritakan akan kehidupan dan tugas yang sama menuju ke pulau idaman, biar pun kita punya KOPAS sebagai panduan dalam hidup ini tetapi kita masih hilang dalam mencari pulau Idaman, bila keadaan dilaut kian bergelora kawalan pelayaran kian mencabar, kita bagai terperangkap dalam kompas. Akhirnya berputih mata dan mengecewakan hati dan diri sendiri, Semoga mencari jalan yang sebenar bertemanankan kopas yang yang memandu ke arah rasa
    kebenaraNya Amin. Layak dicalunkan (TU).

    BalasPadam