Isnin, 7 Februari 2011

SURATAN TAQDIR



catatan renungan.


Jangan kamu mengeloh
bila ditimpa sesuatu musibah
dengan apa yang akan berlalu
kerana Allah telah menetapkan
suratan taqdir di lulmahfut sana
terimalah qada sebagai ujian

Semuanya taqdir adalah adil
untuk manusia  mengingatkan
dalam perjalanan hidup kita ini
jangan hairan jika kita melihat
jika ada yang cantik dan hodoh
ada yang kaya dan juga miskin

Kita sebagai hamba Allah swt
perlu ada ikhtiar dan tawakkal
berusaha, doa, serah padaNya
agar taqdir itu diangapnya adil
iman pun bertambah sempurna.
untuk masuk ke syurga Allah swt.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan dua tiga tahun lalu 2008
ceramah bebas kuliah subuh di udara.


50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 15. tarikh: 20011
    ____________________________________________________________________



    Pagi esok sewaktu pergi ke kebunnya untuk bekerja Ali canon lebih berani lagi dengan Tidak membawa sebarang pengandang, kecuali sebatang paku yang disorok dilipatan kain ikatan pinganggnya, dan beberapa buku kemeyen dan cabai kering kulit bawang. yang telah di soroh dekat dengan ungung api tempat dia selalu membakar rumput atau sampah.

    Matahari pun sudah meninggi, suasana hutan belantara begitu telah terbiasa buat Alicanon, dengan tempekan kera lotong dan kicauan beburung yang berbagai gaya dan ruma iramanya. Terlalu biasa buat Ali canon. Menghibur dan mengasikan. Hari ini dia bercadang untuk memerangkapkan langsuir itu. Ali canon juga telah melihat akan kecantiknya yang sebenar. Senyum manisnya yang cukup menawan terlalu sukar untuk Ali canon melupakannya.


    Kerja-kerja sehariannya bagai tidak menjadi atau kena, entah apakah jadahnya, hatinya bagai resah gelisah, bagai ada sesuatu yang akan terjadi. Mungkin segala tangkal pengangdang tidak dibawa sepenuhnya. Atau perut lapar yang belum diisi, sejak pagi tadi, Hari ini Ali canon lebih awal berehat dan berhenti bekerja,dia tidak tunggu lagi waktu tengah hari sehingga matahari telah contoh di atas kepala.


    Setelah dia makan ubi bakar bersama jagung bakar dan minum air di kali/perigi di tepi kebunnya, matanya terasa mengatuk hendak tidur, mungkin semalaman dia tidur tidak cukup, badannya juga rasa kurang bermaya dan letih, lalu Ali canon pun merebahkan tubuhnya di bawak pangkal pohon rentang meranti tua untuk dapat terlena sekejap.


    Sebentar kemudian melompat kucing putih menghampirinya, sekita juga bau harum semerbak menyumbati lubang hidung Ali canon, lalu meresapi ke tubuhnya, sesekali Ali canon cuba bergerak ternyata tidak terdaya. Pelahan-lahan dia cuba membuka matanya agak berat, ada Saekor kucing putih yang besar memerhatinya dengan pandangan sayu yang cukup amat mengelirukan hatinya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KUMPULAN A

    1.PUAN ROSNAH
    2.RAJA YASSIR
    3.MISS KIM CHEUNG
    4.USTAZ KAMARUDIN
    5.AHMAD HASNOL
    6.SUBHI SOOD
    7 SAUFI NGADIMAN
    8 HAJI MASQUR

    9.GELETEK MALAM
    10.JEFFRY
    11.USTAZ MAJUSI
    12.USTAZ ZULKAINAAN
    13.RAJA MUDA
    14 ABUL HASSAN
    15 ZAIN ISSAC
    16 KERIS SAKTI

    =================================


    ===perlawanan pertama===

    1.PUAN ROSNAH
    4.USTAZ KAMARUDIN
    7 ZAIN ISSAC
    8 KERIS SAKTI

    4 pemenang sahaja................


    ===perlawanan kedua===

    1.GELETEK MALAM
    2.JEFFRY
    3.USTAZ MAJUSI
    4.USTAZ ZULKAINAAN
    5.AHMAD HASNOL
    6.SUBHI SOOD
    7 SAUFI NGADIMAN
    8 HAJI MASQUR

    4 pemenang sahaja....

    ================================

    jd antara 16 orang di kumpulan A sy akan pilih 8 sahaja pemenang utk bertanding lagi


    ===harap qalam dan en nuri paham pertandingan sayembara ni berlangsung====

    BalasPadam
  3. JANGAN BIARKAN RAKSASA ITU

    Jangan engkau risau sayangku..
    aku ada disini..
    walau engkau jauh pergi..
    aku tetap ada disini..
    mengikut aturan takdir ilahi..
    aku tak punya kuasa menentangNya.
    aku hanya mampu berjanji..
    Aku masih berada disini..
    untuk kamu sayangku..
    Setiap yang sudah berlaku
    ada hikmahnya tersendiri..
    jangan biarkan raksasa
    celaka bermaharajalela dihati..
    berpeganglah kepadaNya..
    Dia maha mengetahui...

    Subhi Sood
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. BAYU

    Bayu yang dihirup,
    Dalam, segar, nyaman,
    Depakan tangan,
    Lenyapkan pemandangan,
    Kau rasakan kekuasaan,
    Menapak di tepi basahan,
    Buang segala simpulan,
    Ukir senyuman di sisiran,
    Kau rasakan kedamaian.
    Rebahkan sebentar,
    Ambil nafasmu, hirup hakmu,
    Sentuh halusan butiran,
    Kau rasakan kesenian,
    Sambung kepenatan,
    Lihat keramaian,
    Sejenak dalam ciptaan,
    Kau rasakan kenikmatan.


    Haji Masqur
    sajak mengkagumi ciptaan alam

    BalasPadam
  5. KEKUATANKU DI MAMAH

    kekuatan aku sedang dimamah
    perlahan dari dalam
    berbohong aku dengan senyum
    ketawa perit menelan
    menyedar bahawa sebenarnya
    paling rapuh ini harus sendiri
    kenapa tak dari awal
    dihancurkan aku sebelum dilahirkan?

    Saufi Ngadiman
    sajak tentang kekurangan diri

    BalasPadam
  6. CINTA RANAP

    cinta sudah tidak merah lagi
    sudah hati ini disentap mati
    recik-recik darah dari pembuluh
    bersepai ke dinding hati-hati
    cinta yang sudah tidak merah lagi
    meluntur dan tidak ada warna
    pucat tompokan tidak sepolos dulu
    keceramukan dalam kepala
    tak mengizikan yang ada
    hanya hancurnya jiwa


    Ahmad Hasnol
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    JANGAN BIARKAN RAKSASA ITU sajak ciptaan oleh sdra. Pb. Subhi Sood yang Penceritaannya bagai memberi keyakinan pada sesaorang yang mungkin berjauhan atau dalam pengajian atau tugasan. Atau si penulis yang berjauhan. Apa-apa pun ada yang kurang jelas raksasa disini, majikan, keluarga, atau pemerentah? Yang pastinya cuma minta bersabar, dan berserah kepada yang esa. Namun apa yang berlaku selama ini adalah sesuatu ketentuan Illahi dan punya pengajaran.Amin! Sajak ini juga layak. Untuk dicalunkan.Tetapi kerana pemilihan terhat. Dukacita sajak anda tertolak. (U)tk

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BAYU YANG DIHIRUP sajak oleh Haji Masqur pengucapannya bagai bersahaja, tetapi punya kekuatan pada penceritaanya, sebagaimana maksud yang hendak di sampaikan pada khayalak yang penuh dengan bermaana. Terasa kalau mahu hidup tenang buangkan segala kerenah yang menghalang, cari jalan kedamaian, rehatkan diri sebenar, renung alam ciptaan tuhan, mentari, bulan, bintang, malam yang shaydu, tarik napas lepaskan dengan pelahan, kalian akan menekmati keindahan ciptaan tuhan. Sajak menceriakan rasa kedamaian di hati . Amin (TU)tp.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KEKUATANKU DIMAMAH oleh sdra Saufi Ngadiman pengucapannya ada kekuatannya tersendiri, maksud penceritaan terasa semacam ada merendah diri, mungkin pada keadaan dan kedudukan diri senssdiri, selama ini hidup bagai dipaksa dalam kepura-puraan dan sesekali bagai diminta jagan dilahirkan ke dunia. Nah! Terasa bagai mencabar kewujudan yang maha kuasa. Apa-apa pun ini semua adalah ujian keimanan sesaorang semoga bersabar.Amin Sekadar (U)tk.

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    CINTA RANAP sajak nukilan sdra Pb. Ahmad Hasnol pengucapannya ada kekuatannya yang tersendiri pada kepuitisannya, walaupun ada berbau dan membawa maksud kisahjiwa-jiwa. Bagaimana pun situasi sesaorang yang hatinya telah terluka dan rasa kekecewa yang amat sangat, untuk dipujuk dan rujuk kembali terlalu sukar untuk merelakan dan mendapatkannya kembali cinta hati yang telah ranap. Kerana jiwanya telah pun hancur lebur seadanya . Cari lain sebagai ganti. Amin. layak untuk dicalunkan (TU)tp.

    BalasPadam
  11. sah aku kalah nnt sbb ada jeffry dan ustaz majusi plak?

    BalasPadam
  12. nampaknya boleh bolot semua ni sbb xde tentangan sgt.. hehe

    BalasPadam
  13. rasanya yg menang nnt ustaz majusi dan jeffry kot? sy tipis jgk nk menang

    BalasPadam
  14. aku confident boleh menang nnt sbb rasanya pemenang pertama haji masqur? yg subhi sood dan saufi ngadiman dorg x berapa pandai buat sajak.. hehe

    BalasPadam
  15. nampaknya sy lawan dgn 3 org anak muda? mudah sajalah perjalanan sy utk sayembara seterusnya

    BalasPadam
  16. sah aku kalah sbb ada hasnol dan haji masqur

    BalasPadam
  17. mcm mana nak menang sbb ada 2 org penulis sajak yg hebat.. kalah la aku nnt

    BalasPadam
  18. NAMPAKNYA BOLEH MENANG MUDAH ANAKANDA SAYA KALI NI SEBAB TIADA TENTANGAN SANGAT KUMPULAN A

    BalasPadam
  19. nampaknya dah sampai ke kemuncaknya perlawanan sayembara ni semua org yg dijangka menang ke pusingan seterusnya

    BalasPadam
  20. eh! ingatkan muka dia hodoh rupanya cantik plak?

    BalasPadam
  21. wah! mcm2 taktik dia buat sian pun ada tgk ali conan ni

    BalasPadam
  22. selalunya langsuir ni hodoh kenapa ali canon kata lawa plak?

    BalasPadam
  23. eh! langsuir cantik plak? gila agaknya ali conan ni

    BalasPadam
  24. semua tempat dia sorok kerana nak tangkap hantu punya pasal? haha

    BalasPadam
  25. gila la ali canon ni sbb hantu punya pasal mcm2 dia buat?

    BalasPadam
  26. kenapa la dia nak sgt kat hantu tu?

    BalasPadam
  27. hantu tu cantik sgt ker?

    BalasPadam
  28. khayalan je kot dia tgk hantu tu cantik?

    BalasPadam
  29. jagung bakar plak ali conan makan sedapnyer...

    BalasPadam
  30. jangung bakar dia dpt mana jangung tu?

    BalasPadam
  31. kat tengah hutan pun ada jagung ker?

    BalasPadam
  32. mana dia dapat makanan sedap2 tu?

    BalasPadam
  33. aduh sampai skrg x dpt tangkap lagi ker?

    BalasPadam
  34. kenapa payah sgt nk tangkap hantu ni?

    BalasPadam
  35. bila la dia nak menjelma jd hantu asyik yg dtg kucing jer...

    BalasPadam
  36. eh! situasi mcm kena tindih ke ali conan tu?

    BalasPadam
  37. bdn terasa berat dan lemah? kena tindih ke tu?

    BalasPadam
  38. ali conan sampai skrg xdpt tangkap hantu lagi ker?

    BalasPadam
  39. liat jgk nak tangkp hantu tu

    BalasPadam
  40. rasanya dah 4 episod hantu masih xpdt tangkap lagi

    BalasPadam
  41. apa bnda plak lulmahfut

    BalasPadam
  42. taqdir ni apa plak?

    BalasPadam
  43. sajak takdir plak kali ni?

    BalasPadam
  44. sajak yg snang phm tentang takdir Allah

    BalasPadam
  45. tawakal ni apa plak?

    BalasPadam
  46. qada tu apa en nuri?

    BalasPadam
  47. sajak ketuhanan ni menarik jgk

    BalasPadam
  48. sajak tentang apa ni?

    BalasPadam
  49. kenapa asyik sajak ketuhanan plak?

    BalasPadam
  50. sajak simbolik xde ke? hehe

    BalasPadam