Jumaat, 18 Februari 2011

SUAMIKU NELAYAN PANTAI



sajak pilihan ahli Cr.


3 malam aku tunggu
3 malam jugak aku jemu
3 malam tanpa kau
3 malam jugak macam kena pukau
3 malam hidup sorang
3 malam jugak gila bayang
tapi lepas tu bila tiba siang
aku kenamenunggu  lagi
kena tunggu kau 3 siang
kena hidup tanpa kau 3 siang
kena hidup sorang 3 siang
kau? asyik keluar keluar!
keluar! tangkap ikan-ikan.
oh patutlah,kau nelayan.

Oleh: Mak Mah
kampung nelayan 8pagi
diterbit semula tarikh: 17/02/2011.






50 ulasan:

  1. IBRAHIM ALI BERKATA: (Petekan Akhbar UM)


    Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas
    sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.

    Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan
    tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.
    "Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini
    adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya. Tambah beliau, terlalu banyak masalah
    yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk
    menutup kegagalan itu.

    "Contohnya, pagi ini saya menerima kunjungan daripada guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.
    "Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan,
    syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya.

    Petekan akhbar lama. HR.

    BalasPadam
  2. Pantang Larang ketika memancing



    1) Kita kena kenal sejarah sesuatu tempat sebelum pergi ke tempat tersebut untuk memancing.

    2) Jangan hebohkan kepada orang ramai sekiranya ikan yang kita dapat tu banyak ataupun sikit. Sebabnya rezki tu Allah yang bagi, wajib untuk kita bersyukur lagipun rezki di dalam air, siapa yang tahu kan?

    3) Sekiranya hasil tangkapan kita banyak pada hari tu, memadailah untuk hari itu, maksudnya kalau dapat ikan banyak hari ni, jangan timbul sifat tamak nak ikan lagi, sebaliknya ucaplah syukur kemudian terus pulang ke rumah.

    4) Kalau kita memancing di laut ataupun di sungai, jangan sesekali menggunakan umpan yang berdarah seperti kepala ayam kepala itik ke ape2 saje lah umpan yang masih berdarah. Kerana itu adalah pantang larang ketika memancing. Kebanyakan makhluk halus tinggal di lautan, hutan belantara dan bukit bukau.

    5) Kaji dahulu kawasan memancing untuk memudahkan pergerakan dan kita haruslah mesra alam iaitu kita mestilah kenal dengan alam dahulu sebelum kita turun memancing di situ.

    6) Yang paling penting sekali ialah jangan sesekali bercakap besar dan ada sifat takbur di dalam diri kerana perkara ini adalah merupakan perkara yang dimurka oleh Allah dan takbur merupakan salah satu daripada syirik yang tersembunyi.

    7) Jangan memancing di waktu tengah hari.

    BalasPadam
  3. JAUH KE DASAR

    jauh ke dasarku tertumpah
    cerita derita sang pelaut
    pedih dan masin bersatu
    menjadi perit diri panjang
    tertolak ke tepi menjadi ombak
    pecah berbuih ditangan tajam batuan
    pandang ke hadapan
    hanya mimpi-mimpi kosong
    berkaca dalam bahang paduan semilir
    ganasnya kocak badai
    layar agung sang pelaut
    racau semahu-mahunya.

    Ustaz Sahzan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. MENCIUM SEJADAH

    saat menciumi wajah sejadah
    sujud diri merendahkan hati
    Tuhan maafkan hambaMu ini
    seringkali meminta terlalu banyak
    sedang nikmatMu gagal kuhitung.
    merah rona membakari
    wajah suram dihasut senja
    tenggara angin pecah
    di hujung jejari pohon tiada dedaun
    sebentar tadi hadir
    purnama pucat di dada langit tinggi
    jangan pecahkan lentera
    tidak bertuan ini
    kelak kelam senja
    berganti hitam malam
    aku tiada menjumpai jalan pulang.


    Teksi Manaf
    ketika pulang ke rumah setelah selesai memandu teksi

    BalasPadam
  5. RAYUAN MALAM

    jiwa harta ku bukanlah abadi
    ditiap nafas ku
    tersembunyi Qadar ketetapan mu
    disetiap langkah perjalanan ku
    mengikut tuntunan hati
    menunjuki tampa arah
    namun padamulah
    tujuku yang hakiki
    pada tidak jelas dimata
    engkau pandu kanlah
    walau kami buta
    tapi tidaklah kami sesat
    jika kami golongan kufur
    dengan nikmat mu
    tarbiyahlah kami dengan ujian
    agar tak lupa kami
    bahawa engkaulah yang memiliki
    segala dzat janganlah
    kerana kesombongan kami
    menjadikan kami tidak layak
    mendapatkan rahmatmu
    tunjukkan kami jalan yang selamat
    untuk menemui mu dengan
    kemenangan yang abadi….

    Ustaz Omar Sharif
    sajak ketuhanan

    BalasPadam
  6. PERBUALAN CINA DAN MELAYU

    seorang Melayu menanggalkan
    baju kalis pelurunya
    masih kedengaran suara
    mahu bertindak tapi dia
    tanpa peduli sahabat atau lawan
    tiba-tiba cakap dalam bahasa Tamil
    memurkakan seorang India
    baju kalis pelurunya
    hampir tamat tempoh.
    dengan murkanya dia berkata
    dia seorang yang berseni
    dalam memusnahkan setiap Timbalannya sudah ada empat
    tapi saya hanya ada satu Timbalan
    dengan segera seorang lagi berkata
    dia telah pecahkan
    satu kekuatan menjadi lapan
    dia telah bohong kepada saya
    dia menafikan bantuan
    saya untuk bangsanya
    Perbualan mereka berlarutan
    hingga tiada akhirnya

    Pak Ngah But
    sajak politik simbolik sedikit

    BalasPadam
  7. eh! mak mah plak terpilih kali ni?

    BalasPadam
  8. sajak isteri sy plak tersiar kali ni? x sangka plak

    BalasPadam
  9. sajak utk para nelayan ke?

    BalasPadam
  10. hehe sian mak mah....

    BalasPadam
  11. eh! mak mah mcm mana thu guna laptop? hebat jgk

    BalasPadam
  12. sapa plak suami mak mah ni?

    BalasPadam
  13. suami mak mah ni ahli citra rasa ker?

    BalasPadam
  14. kenapa byk no 3 dalam sajak mak mah ni?

    BalasPadam
  15. nk buat mcm mana mak mah suami cari rezeki la tu

    BalasPadam
  16. sian mak mah tinggal sorg sbb laki pegi laut

    BalasPadam
  17. mak mah oun hebat tulis sajak

    BalasPadam
  18. suami mak mah sapa plak?

    BalasPadam
  19. saya rasa sajak sy terisngkir ni

    BalasPadam
  20. sajak sy mngkin boleh menang rasanya

    BalasPadam
  21. harap2 sajak sy menang teringin nk dpot laptop ni

    BalasPadam
  22. sajak sy 50-50 jgk nk menang

    BalasPadam
  23. eh! ada jgk pantang larang menacing?

    BalasPadam
  24. ustaz muda ni kaki pancing ker?

    BalasPadam
  25. eh! ustaz pun memancing jgk? hehe

    BalasPadam
  26. byk pantang larang ketika memancing ni

    BalasPadam
  27. kebetulan esok sy dan datuk hasbi nk memancing jd boleh la ikut petua usta muda ni

    BalasPadam
  28. eh! kena kenal sejarah tempat tu dulu bru boleh pencing ke? kenapa?

    BalasPadam
  29. alamak! aku klu dpt ikat mmg suka heboh2...

    BalasPadam
  30. rupanya jgn tamak dalam memancing ni

    BalasPadam
  31. x boleh guna umpan ada darah ketika memancing?? hbis nk guna apa ustaz muda/?

    BalasPadam
  32. klu memancing kat bandar xkn nk ikut jgk pantang larang ni ?

    BalasPadam
  33. ni pantang larang pancing di hutan di bandar mcm mana plak?

    BalasPadam
  34. hbis xkn nk mancing malam klu x boleh siang?

    BalasPadam
  35. btol ke pantang larang ni ustza muda?

    BalasPadam
  36. eh! mana dapat pantang larang ni ustaz muda/

    BalasPadam
  37. klu langgar jgk pantang ni jd apa?

    BalasPadam
  38. byk jgk pantang ketika memancing ni?

    BalasPadam
  39. eh! kenapa ada kena mengena dgn nik aziz dan ibarahim ali ni?

    BalasPadam
  40. nik aziz semakin gila kuasa la

    BalasPadam
  41. bukan pemimpin yg boleh di contohi nik aziz ni

    BalasPadam
  42. huh! makanan kucing lagi mahal! haha

    BalasPadam
  43. rasany nik aziz dah nyanyuk la

    BalasPadam
  44. ibrahim ali ni bebas kan kenapa tanya nik aziz pasal jawatan dia?

    BalasPadam
  45. tukar la pemimpin nik aziz aku tgk lain mcm jer..

    BalasPadam
  46. nik aziz ni gila dh kot?

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Jauh ke dasar bagai terasa ada dua tangapan satu di sudut hati di dalam atau di dasar laut yang dalam. Jika menyentuh tentang kehidupan nelayan pastinya simbolik pada laut begitu luas penceritaanya dan berbagai perbandingan ngeri dan takut dapat dibayangkan. Begitu juga dengan kehidupan kita seharian ada senang dan susahnya, tiba musim laut tenang tiada cemas dirasa dan bila tiba musim laut bergelora, kecemasan sama hebat hempasan ombak di batu dan pantai.Begitulah kehidupan yang hendak digambarkannya oleh penulis Cuma andaian.. Amin Walaupun ada sadikit persaiangan undian dengan sajak pak Ngah But ternyata anada layak untuk dicalunkan seterusnya (TU)tp..

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak yang mencuit hati khalayak dengan tajuk MENCIUM SEJADAH seorang yang ahli soleh juga Teksi manaf ini , sebab itu dia punyai jiwa perasa yang mendalam. Lalu meluahkan apa yang dirasa dalam pengucapannya ternyata selepas tugas yang tidak menentu sebagai seorang pemandu tksi mencari rezeki untuk anak dan isteri terpalit disudut hati akan rasa keresahan kemungkinan berdosakan aku kata si penulis sepanjang tugas hariannya pada penumpang dan siapa saja yang biasa bersama dengannya.jastruit hanya di hujung malam diri menyerah fasrah mencium tikar atau sejadah.memohon ampun padaMu ya allah. Amin , layak dicalunkan seterusnya (TU)tp.

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Satu dailong perbalahan mencari pengaruh dan kedudukan yang ada rasa curiga pada pihak seorang lagi menjadikan . si kulit hitam manis mempertikaikan, lantas menuntut janji-janji yang dilafaskan dahulu. Sehingga cabar mencabar, sampai bila akan selesai. BERBUALAN CINA DAN MELAYU Sajak berbentuk dailong Pak Ngah But sajak yang baik juga, tetapi ada persaingan pula untuk pilih seorang di antara RAYUAN MALAM sajak oleh Ustaz Omar Syarif. Setelah undi persaiangan dibuat ternyata sajak Pak Ngat But terkeluar. Anda layak sekadar (U)tk

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pengucapannya bagai menyerah dan fasrah kepada ke hadrat Ilahi, apa yang berlau, apa saja yang telah ditentukan, susah, senang, ujian dan musibah adalah semuanya ketentuan Alah sebagai hamba yang beriman akan menyerah segalanya kepadamu ujian tuhan. Kerana apa saja yang lain di dunia tidak abadi, hanya taufik dan hidayah diharapkan serta amal dan ibadat menjadi bekalan.Cuma kimanan dan ketauhidan hati mengabdikan diri dinilai tuhan. Amin. Dalam undi persaingan . anda layak mengatasi pak ngak but dengan sadikit kelebihan . Maka dicalunkan untuk seterusnya dengan diberi (TU)tp.

    BalasPadam