Selasa, 15 Februari 2011

SI BANGSAT NEGARA



sajak pilih PB cR.

wabak hari ini sungguh nyata..
dipolitikkan oleh si bangsat.
yang dahinya tertera politk saja
nada si bangsat
yang mengejar matlamat busuk..
berideologikan cita..
gembira membutakan jiwa..
jangan biarkan si bangsat itu hipnosis
fikiran bawah sedar anda,
jangan biarkan si bangsat itu megah
mencipta diri sebagai tuhan
bangsat si pemesong..
ingat kita miliki langkah sendiri..
jangan biarkan diri tergelincir,
tercampak, dan terjatuh lagi..
bangunlah anak-anak Adam.
langkahlah pada jalan yang benar..
ingatlah pesan En Nuri
bpropanganda si bangsat tak berguna
yang ingin mengucar kacir negara


Oleh: Ustaz Muda
selepas masuk parti BEBAS
20.3.2010
diterbitkan semula 14/o2/2011.






50 ulasan:

  1. SAMBUNG.semalam.

    Muhamad Rahimi berkata, dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.
    "Pertubuhan-pertubuhan Yahudi ini amat rapat dengan Anwar. Walaupun pertubuhan-pertubuhan ini bergerak atas nama tertentu tetapi kita tahu mereka adalah pertubuhan Yahudi.

    "Malah saya ada maklumat bagaimana perbelanjaan latihan serta kempen PKR turut ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan,'' katanya lagi.

    Sehubungan itu, beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.
    "Anwar sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum cuba menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Saya pernah bekerja dengan Anwar dan saya tahu pergerakannya,'' katanya lagi.

    Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata, beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

    "Itu belum dikira sokongan padu yang diterima oleh Anwar daripada juak-juaknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar. Bagi mereka Anwar pemimpin hebat sedangkan ia adalah sebaliknya.

    "Bagi saya Anwar adalah perosak negara. Saya akan menentangnya walau apa pun berlaku. Lawan tetap lawan. Itulah juga kata-kata yang sering digunakan oleh Anwar untuk menaikkan semangat para penyokongnya,'' tegas beliau lagi.

    BalasPadam
  2. SANG SUARA DAN BISIK HATI

    malam ini aku tidak boleh lena
    kenapa? bisik sang hati..
    mungkin aku terlalu ingin bersua
    dengan sang suara selalu ku dengar,
    membuatkan hatiku tenang…
    aku akui hatiku telah tarpaut
    dengan sang suara itu…
    tapi apa rasa sang suara sekarang…
    adakah ia merasai
    apa yang aku alami sekarang…
    atau sang hati ini hanya
    dibuai angan-angan kosong…
    ah! sang hati, hentikan anganmu…
    kau terlalu mudah untuk terpaut
    pada suatu bisa memanah arjunamu…
    kau siapa untuk sang suara itu!!..
    hanya dedaunan kering bersepah
    dibawah pohon yang rendang…
    tidak sekali-kali pohon
    tunduk untuk mengambilmu semula…
    bangkitlah! melayanglah
    semula kau ke ranting…
    jangan bermimpi tapi apa salah aku apa salah dedaun itu
    lupakah kau jasaku dulu?..
    sabar sang hati kau tidak bersalah
    teruskan langkahmu di malam gelita
    percayalah akan ada sang suara
    memanggilmu kata indah di hadapan

    Ustaz Omar Sharif
    sajak simbolik

    BalasPadam
  3. KHAYALAN WARNA WARNI

    khayalan tidak bertepi
    semuanya indah berwarna-warni
    adakah perlu ruangan ini
    sebenarnya gelap dan sepi
    adakah bahagia di sini
    hilangkah semua derita
    mengapa hanya sementara
    hadirnya umpama mimpi
    alam sedar datang lagi
    berceratuk luka kudis dan daki
    pedih tidak tertahan…
    datanglah semula wahai khayalan
    terbit tenang dan tenteram
    terukir indah senyuman
    perlukah selamanya di alam ini
    perlahan-lahan membunuh hati?


    Mei Ling
    sajak jiwa2 sikit percubaan saja

    BalasPadam
  4. DEMI MALAM

    Demi malam
    Jamuan malamku adalah sunyi.
    Minuman malamku adalah sepi
    Pencuci tanganku adalah rindu.
    Tidur malamku beralaskan kenangan.
    Selimutku adalah resah.
    Mimpi malamku adalah gelisah.
    Gundah datang lagi
    Terima kasih untuk rasa ini.

    Pak ngah But
    sajak mutiara kata

    BalasPadam
  5. PERTARUNGAN

    gelanggang sudah tersedia
    peluk restu mahaguru
    mengiringi kepada yang kukuh
    pasangi kuda-kudamu yang terhebat
    mengerislah dengan tajam akal
    usah terdusta bayang sendiri.
    kita yang merasai muda
    masih sempatkah nanti
    bersujud menemui diri.
    kita yang merasai muda
    masih bertelanjangan
    silu terbuang lama.
    seluruhnya terbaki cuma
    sesungguhnya alam semakin sakit.
    Bersiap sedia untuk pertarungan ini


    Teksi Manaf
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. INGIN JADI PENULIS?
    _______________________________________________________________________________________________________________________

    Sambungan dari cirri-ciri ingin jadi penyaeir

    4.Setiap Penyair

    - Pengucapanya - gaya bahasa digunakan
    - Ketajamannya - mengeluarkan idea atau ilham
    - Renungannya - pemerhatian yang tajam pada permasaalahan
    - Sensiviti nya - cepat tangkap pada keadaan sekeliling dan luar
    - Kebijaksanaannya - pengalaman yang mengajar anda
    - Kesan dalamnya - ada hikmah setiap pengucapannya
    - Pengajarannya - ilmu tambah nilai dari pembacaan dan orang lain
    - Sesuatu yang baru - belum dicipta orang lain dia menerokainya
    - Condong kepada khalid - ingat kepandaian ini ilmu dipinjam Allah SWT


    5.Ada kesan pada cerita dan maksudnya.

    - buat orang berfikir - mendekatkan diri kepada Khalid
    - ada pengajaran dan logik - menyentuh hati nurani
    - memberi inspirasi - kesan yang mendalam.



    PETEKAN PERINGATAN.

    Jangan pula anda ingat mesti ikut ciri-ciri di atas seratus peatus, pasti anda tidak akan mahu menulis.Mula-mula hentam saja, lama kelamaan perbaiki sadikit demi sadikit, sajak en nuri pun belum 100% betul. Contoh mudah macam Tn Haji Abu Hassan Al Asaari, pakar ilmu tajuid al Quran ,Sdra.Hashim Awang pengulas cerpen dewan sastra, Profesor Pengulas sukan tanah air , saya tidak pernah dengar ada mereka pernah dapat memang juara dalam bidang masing-masing.Cuma kita dengar dan terkenal pakar hakim terbaik pengulas sastera terbaik, pengulas sukan terbaik.menang tialawah, menang cerpen, menang sukan, tidak ada pun. Oleh itu anda pun boleh menulis, tidak semestinya jika kita tidak pakar tidak boleh membuatnya.

    SEKIAN. petekan drp. tip en.nuri.

    BalasPadam
  7. Sajak SANG SUARA DAN BISIKAN HATI dan sajak KHAYALAN WARNA WARNI masing ada kekuatan tersendiri dan layak untuk (TU) kerana keduanya telah dicalunkan selepas tiga lagi telah layak .dibuat undian ustaz Omar sharif melebihi citarasa dalam pengucapannya. Maka sajak ustaz omar layak seterusnya dicalunkan (TU).

    Sajak Ustaz Omar sharif mengesahkan tentan perbalhan suara azan agaknya yanmengyeru pada jalan kebaikan, lalu berbalah dengan hati kecil yang berat dan berbelah bagi, namun kerana yakin aka nada kebahagian di hadapan , sanggup melangkah membelah malam gelita, mungkin pergi solat subuh. Lagak dicalunkan seterusnya (TU)tp.

    BalasPadam
  8. Sajak KHAYALAN WARNA WARNI dan sajak SANG SUARA DAN BISIKAN HATI masing ada kekuatan tersendiri dan layak untuk (TU) kerana keduanya telah dicalunkan selepas tiga lagi telah layak .dibuat undian ustaz Omar sharif punya sadikitkelebihan citarasa dalam pengucapannya. Maka sajak ustaz omar sharif layak dicalunkan seterusnya (TU).

    Sajak Mei Ling Cuma sekadar memuja khayalan dalam kehidupan sementara ini dapenuh dengan soalan , Apakah kemesraan ini kekal atau sekadar sementara. Tidak berkeyakinan , bagaikan mimpi, seperti kudis, luka, dan daki. Perlukah selamanya kita begini atau perlahan-lahan kita semua mati. Terlalu banyak persoalan yang perlukan jawapan. Mungkin dalam dunia penulisan agaknya? Lalu terkeluar (U)tk

    BalasPadam
  9. DEMI MALAM Pak Ngah But dengan pengucapannya bagai bersumpah pada malam. Dan menceritakan akan kehdupannya lewat kebelakangan ini ,sering bermain dengan kegundahan lewat usia semangkin menjelang senja. Terasa kesemua ada keindahanya, seperti malam, sepi, rindu, resah dan gelisah, bagai datang mengejek dan mgusik, dalam kekalutan mimpi yang resah di sepanjang malam . Apa yang perlu dikatakan lagi. melaian terima kasih sebaiknya diucapakan, kerana diri masih bernafas lagi. Terima kasih juga kepada Tuhan. Amin layak dicalunkan seterusnya. (TU)tp.

    BalasPadam
  10. Sajak Teksi Manaf dengan PERTERUNGAN melakarkan simbolik perlunya dalam perjuangan hidup ini, kita perlu bersiap siaga, sebagaimana seorang tuk guru silat mengajar anak buahnya yang perlu tangkas menepis dan mengelak dalam melakar cara mengatasi cabaran kekalutan kemelut kehidupnya. Jesteruitu si penulis cuba pula mengingatkan atau berpesan ,agar setiap kita perlu bersedia dimasa muda untuk menghadapi hari-hari di waktu tua.. kerana Hidup ini bagai perjuangan dan pertarungan. Layak dicalunkan seterusnya (TU)tp.

    BalasPadam
  11. cerpen mana xde plak ker?

    BalasPadam
  12. xkn cerpen semalam dh hbis?

    BalasPadam
  13. boring la plak xde cerpen kali ni

    BalasPadam
  14. misteri apa jd kat hantu semalam?

    BalasPadam
  15. xkn cerpen dh hbis semalam bukan bersambung ker?

    BalasPadam
  16. cerpen kenapa xde? hantu raya pegi mana?

    BalasPadam
  17. kena buang viger sbb dia x letak cerpen

    BalasPadam
  18. kenapa kosong je cerpen mana?

    BalasPadam
  19. eh! kenapa kosong? atau laptop rosak semua cerpen hilang?

    BalasPadam
  20. rasanya sajak sy boleh menang ni

    BalasPadam
  21. di harap sajak sy ni x peningkan qalam sajak berkenaan azan lupa nk tulis

    BalasPadam
  22. sajak sy ok tp xthu la qalam bagi menang atau x?

    BalasPadam
  23. sajak sy rasanya org pertama yg menang

    BalasPadam
  24. eh! kenapa cerpen di berhentikan?

    BalasPadam
  25. cerpen tgh best2 kenapa xde plak?

    BalasPadam
  26. nak kena lipat jgk viger ni sbb dia x terbitkan cerpen

    BalasPadam
  27. cerpen xkn dh hbis plak?

    BalasPadam
  28. di mana cerpen nampaknya susah nak penuhkan ulasan

    BalasPadam
  29. cerpen xde boring la plak

    BalasPadam
  30. di harap esok ada cerpen balik

    BalasPadam
  31. cerpen xde plak! amat mengejutkan! di mana cerpen?

    BalasPadam
  32. rupanya ada hubungan dgn yahudi anuar ni

    BalasPadam
  33. apa tunggu lagi bukti dh ada? tangkap saja anuar ni najib

    BalasPadam
  34. di harapkan percepatkan penangkapan anuar

    BalasPadam
  35. nak kata kat org rupanya dia ada hubungan dgn yahudi! celaka!

    BalasPadam
  36. dia asyik kata kat kerajaan tgk2 dia sendiri yg salah

    BalasPadam
  37. di harap segera tangkap anuar klu di biarkan entah apa dia buat nnt?

    BalasPadam
  38. anuar ni pandai putar belit sbb tu dia selalu terlepas

    BalasPadam
  39. anuar ni msti menjadi2 tipu helah dia

    BalasPadam
  40. smoga anuar ni di hadap ke muka pengadilan

    BalasPadam
  41. anuar ni bukan contoh yg terbaik di harap ramai org sedar

    BalasPadam
  42. ada jgk cara-cara nak jadi penulis?

    BalasPadam
  43. boleh jd org sastera la lps ni

    BalasPadam
  44. agak kasar jgk sajak ustaz muda sbb tuli bangsat

    BalasPadam
  45. marah kat anuar ke ustaz muda?

    BalasPadam
  46. tahniah ustaz muda sbb buat sajak yg berani!

    BalasPadam
  47. boleh jd penulis la mcm ni...

    BalasPadam
  48. mmg x kedekut ilmu tinta azimat siap bagi tips

    BalasPadam
  49. tinta azimat ni penulis ke sbb bagi tips jd penulis?

    BalasPadam
  50. x kedekut ilmu la tonta ni

    BalasPadam