Khamis, 3 Februari 2011

SECEBIS CATATAN LAMA





Secebis catatan lama
yang kini tersimpan di hati
untuk kenangan hari depan,

Benarkan hari membaca
sebuah cerita yang tercalar
semoga ada pengajarannya,

Jika hati rasa gementar
bagi menyatakan kebenaran
zaman akan terus menangis,

Aku tidak mahu dihitung
lalu diheret di padang mahsyar
sebagai penyokong bersubahat.


Oleh: Nurimanja,
catatan di hujung 2008,
bila sedar dari kecelaruan minda,





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 11


    Dengan langkah yang penuh ilmu perhutanannya di dada dia bertikat untuk menemui perempuan yang mengelai di hujung malam,Dia tahu perempuan yang bergelar langsuir itu pernah menolongnya, malah menjaganya dan menghormatinya lebih dari anak gadis kampung yang selalu mengejek dan menghinanya.

    "Ingat, paku yang Atuk jampi ini, jika kau dapat pakukan ke
    tengoknya, dia akan menjadi seorang manusia dan kau boleh menjadikan dia teman hidup selagi paku di kepalanya tidak kau cabut. kau memang seorang yang lhur, hantu atau makhluk halus ini suka kepada orang yang betul bentul seperti kau ini,"

    Kata-kata pesanan itu menjadi bekalan dan azam yang amat kuat buat Ali canon untuk pergi kembali ke teratak buruknya yang telah
    ditinggalkan dahulu. Dia terasa keberaniannya luar biasa. mungkin bekalan semangat dan ilmu kebatinan yang diajar oleh Datuk rakannya Irafanul Haq dan nasihat Tuk Batin orang asli di pingger hutan belantara itu.

    Kini hampir seminggu Ali canon tinggal dalam terataknya, dia telah membersih kawasan di sekitar terataknya, dan mulai berkebun
    semula, seperti mana kerjanya yang dahulu. Dimalam hari dia tidur dengan tenang. kecuali gangguan burung hutan dan binatang liar
    yang berbunyi dan pernah mengenalinya selama ini. mereka bagi Ali canon bagai teman yang setia. Tupai, moyet, kera dan lotong, semua telah mengenalinya.

    Begitu juga ada beberapa ekor harimau bintang, kumbang dan harimau akar yang sering bersua dengan Ali Canon tetapi mereka macam teman biasa tidak pernah menganggu perjalanan Ali canon baik di waktu malam siang atau senja. saolah-olah mereka juga mengiktirap kehadiran Ali canon dalam hutan belantara ini, sebagai teman dan jiran mereka yang perlu dihormati. Malah ali canon juga boleh mengerti bahasa isyarat berbagai binatang dan haiwan dalam hutan itu.

    Apa lagi dengan makhluk halus orang bunian yang ali canon jumpa beberapa kali, mereka sekadar memerhati saja, Ali canon juga tidak
    pula menganggu mereka, niatnya untuk membawa diri di hutan belantara. hampir tiga purnama Ali Canon tinggal dalam hutan belantara
    itu, hasil tanamannya sudah mulai boleh dipetek untuk dimakan. Malah sudah dua atau tiga kali datang rakan-rakan kampung membantu
    nya dahulu melihat keadaanya, malah mereka tidur sehari dua. kemudian kembali semula ke kampung. Mereka melihat Ali tidak ada masalah yang menimpa.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SENANG TOLONG SUSAH HARAM

    kalau aku kaya engkaulah hamba
    meminta kekayaan aku
    di kongsi bersama
    memang sejak kenal sudah begini
    kata kau kalau kau
    susah nak aku tolong
    nanti kalau aku susah
    kau nak tolong semula,
    pinjamkan bahu tak sampai
    pinjamkan wang tak perlu
    pinjamkan bahagia tak sesuai
    pinjamkan apa tak tahu
    tangan sama biasa memberi
    kerana sebab kenal hati sendiri
    payahnya bila kau tak berdiri
    aku tak mampu berlari
    kelak mungkin diizinkan lagi
    bertemu empat pasang mata lagi
    mahu dipeluk lagi kau umpama
    kawan senang tolong
    tapi kawan susah haram


    Afiq Badri
    sajak utk kwn sy (perempuan)

    BalasPadam
  3. PALSU

    kesaktian yang palsu
    meninggalkan aku
    sama perit dan pedih
    semakin palsu yang aku lihat
    bila aku mendekat bohong,
    kenapa bohongi aku?
    yang bahagia dari mimpi tiada
    yang ada seperti ngerinya tertulis
    seperti ngilunya luka yang tinggal
    hampirkan aku dengan garis akhir
    diamkan aku di situ
    menelan pahit yang pekat
    dari segelas ini meracun
    memamah dalam diam


    Quratul Aini
    sajak tentang jiwa2 sikit

    BalasPadam
  4. KEMENYAN

    biasanya aku bangun bau bauan kamu
    memenuh setiap inci kamar
    hangat desah suara tapi ternyata
    hari ini sudah hilang
    kasih sudah lama mati
    berabad kemenyan sudah hilang bau
    jasad rasa sudah sebati tanah
    di tempat persemadian
    setiap kali bahu berselisih
    seperti mana engkau gagah menguat
    aku semakin melemah
    merendah menyembah ke tanah
    dengan bau-bauan kemenyan menusuk


    Rosli Ammar
    sajak simbolik sedikit

    BalasPadam
  5. KAKI GARISAN

    kaki garisan telah dirempuh
    tertinggal di belakang hanyalah
    suram kotak-kotak kenangan
    sesekali rindu ini membunuh
    ruang-ruang yang berbaki.
    sesat yang berulang
    membunuh berkali-kali.
    seluruhnya tiada terulang
    kesempatan tiada kedua
    detik telah ke hadapan
    tiada terpatah lagi
    ruang diri hampir terpenuhkan
    antara dua jalan
    aku berjalan tahun demi tahun.


    Encik Dasuki
    Sajak simbolik harap qalam dpt menangkapnya

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SENANG TOLONG SUSAH HARAM tajuk ini samalah (bila senang nampak bila susah hilang) begertulah agaknya pengucapan yang hedak sisampaikan oleh sdra afiq Badri, menceritakan akan mungkin kawan karibnya yang dahulu sering minta bantuan Diketika dia senang, apa sahaja janji bila kau susah aku tolong bika aku susah kau pun
    Mula cari helah, untuk mengelak dari tanggung susah. Ini bukanlah sikap kawan sejati atau pun teman setia, yang banyak menilai dari segi kebendaan dahaja. Berhati-hatilah Kjika ada teman atau gf begini rupa. Amin (B)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    PALSU sajak oleh: Quratul Aini menceritakan tentang kisah jiwa-jiwa dalam ungapan sikap kepuraan yang menjadi persoalan si penulis, bila kawan yang setia diharapkan bisa memperdaya dan menipu diri kita, dengan janji kata dan perbuatan yang palsu, rasa amat kecewa terhadap kesetiaan yang kita beri selama ini. Pastinya amatlah rasa menyedehkan bila berdepan keadaan begini.kepercayaan bagai telah musnah di hati, terlalu sukar untuk mempercayainya, biarlah rasa parah ini akan di telan bersama kepahitan ataupun dimamah dalam diam. Inilah yang hendak si sampaikan oleh penulis. Semoga bersabar Amin (TB)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KEMENYAN sajak oleh Rosli Ammar penceritaan mungkin mengenangkan akan satu peristiwa yang sukar dilupakan, teragidi menyanyat hati barangkali, isteri atau sebahabat atau orang terdekat yang telah kembali, dulu bau baunya yang gemar menenuhi kamar, telah bertukar menjadi bau kemenyan , walaupun telah puluhan tahun rasanya. Tetapi bila sesekali bersua atau terbau akan asap kemenyan, ingatan kembali berbunga, menjadikan si penulis terasa lemah dan bagai ingin sujud sembah ke bumi, bila ternusuk bau kemenyan dilubang hidung. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang. Amin (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KAKI GARISAN tajuk sajak oleh. Encik Dasuki pengucapannya rasa agak tergopoh gapah,bagai ingin mencari satu kekuatan dari kata-kata yang lebih puitis. tetapi ingin juga menerus penceritakan untuk berkarya. Walau apa pun penceritaanya bagai ada sesuatu percangahan keadaan atau peraturan yang telah ditetapkan. Lantas peristiwa telah pun berlaku dan mendahului peraturan. Apa yang berlaku mungkin mengelirukan, kini apa yang ditinggalkan cuma kenangan yang membunuh perasaan. Biasanya tidak akan berulang untuk kedu kali, si penulis bagaikan berada di dua persimpangan jalan, namun biarlah dia ditinggalkan masa, hari-hari, minggu, bulan dan buat tahun-tahun yang berlalu. Amin. (TU)

    BalasPadam
  10. eh! hantu suka org brtol bendul ke?? alamak! patutlah sy kena saka sbb org ramai kata sy ni betol bendul....

    BalasPadam
  11. eh! bahaya jgk org betol bndul ni

    BalasPadam
  12. selamat la aku x tergolong dlm org yg btol bndul? hehe

    BalasPadam
  13. eh! btol bendul dgn lurus bendul sama ke?

    BalasPadam
  14. eh! kenapa hantu suka org mcm betol bendul plak?

    BalasPadam
  15. eh! btol ke kalau paku boleh jadi manusia ni?

    BalasPadam
  16. sy slalu dgr org kata kalau paku boleh jd manusia tp xpnh plak cuba?

    BalasPadam
  17. eh! dia terhutang budi dgn hantu tu rupanya?

    BalasPadam
  18. eh! dulu kan hantu tu pukau dia kenapa nak terhutang budi plak?

    BalasPadam
  19. hantu tu bukan tolong dia tapi mcm nak aniaya dia ali conan x thu ker?

    BalasPadam
  20. eh! hantu langsurir tu xde pun?

    BalasPadam
  21. eh! cerita ni dh hbis ke sbb hantu pun dh xdtg lagi

    BalasPadam
  22. eh! semua makhluk ganas x kacau plak ali conan?

    BalasPadam
  23. eh! mana langsuir tu?? dh hbis ke cerita ni?

    BalasPadam
  24. hantu dh xdtg kenapa masih ada sambung lagi?

    BalasPadam
  25. eh! xkn xde langsung sekor hantu pun yg dtg kali ni?

    BalasPadam
  26. sajak ketuhanan ke en nuri ni?

    BalasPadam
  27. sajak tentang kenangan lalu ke en nuri?

    BalasPadam
  28. sajak politik ke ni?

    BalasPadam
  29. secebis memori lama?? sajak kenangan lama ker?

    BalasPadam
  30. sajak politik en nuri ni sbb ada kecelaruan minda....

    BalasPadam
  31. sajak en nuri ni agak simbolik jgk

    BalasPadam
  32. sajak berkisar tentang apa ni en nuri?

    BalasPadam
  33. paku pun bukan sembarangan paku kena jampi dulu rupanya

    BalasPadam
  34. mana hantu tu? dulu dia nak sgt kat ali conan skrg ali conan nk kat dia? dia plak hilang?

    BalasPadam
  35. hantu tu dah lari kat kmpung sebelah agaknya...

    BalasPadam
  36. entah2 diam2 atok ifanul haq yg ambik langsuir tu jd bini? hehhee

    BalasPadam
  37. hantu tu ghaib mana plak ni?

    BalasPadam
  38. eh! di mana hantu langsuri tu pegi?

    BalasPadam
  39. mngkin selama ali conan xde ada org lain tangkap agaknya

    BalasPadam
  40. mngkin langsuir tu dh insaf dia xnk kaco lagi ali conan

    BalasPadam
  41. langsuir tu bertukar jd kucing buat selamanya kot?

    BalasPadam
  42. langsuir tu pegi mana plak? aneh jgk

    BalasPadam
  43. eh! langsuir tu x thu ke ali conan dtg semula?

    BalasPadam
  44. rasanya hantu nak kacao kawan2 ali conan plak agaknya?

    BalasPadam
  45. mngkin jgk hantu tu skrg dia jd binatang lain?

    BalasPadam
  46. sian ali conan punah harapan dia ingatkan boleh kwin dgn langsuir? hehe

    BalasPadam
  47. mngkin lps ni pontianak plak yg dtg kot?

    BalasPadam
  48. mana plak hantu pegi? hilang mcm tu tanpa sebarang tanda?

    BalasPadam
  49. mngkin hantu tu membawa diri agaknya

    BalasPadam
  50. seram plak cerpen ni

    BalasPadam