Isnin, 14 Februari 2011

SALAM UNTUK SEMUA



sajak pilihan ahli Cr.

Salam kepada semua,
sesuatu berlaku dalam kehidupan
kita tidak mampu mengelak
mengubah sebahagian kehidupan
sedikit demi sedikit
andai aku tidak akan seperti dulu
gagal menyusun kata
tidak lagi manis bicara
jangan salahkan aku
hukum itu dari 'Dia'
kamu juga harus pandai tempuhi
kehidupan ini bersendiri
ketika aku hanya mampu
menghela nafas lesuku
sambutlah salam mulaku
terima juga salam akhirku
bila nanti ada nokhtah
disitu kata bicara akan berhenti
namun airmataku pasti akan gugur



OLEH: ZAINAL ARIFIN
Kota Damansara
11malam khamis 12 Ogos 2010
diterbitkan semula tanggal 14/02/2011.






50 ulasan:

  1. 1.Saya ada bukti kukuh – Rahimi
    Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

    Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.

    Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

    "Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.
    ''Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.

    "Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

    Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
    Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

    SAMBUNG

    BalasPadam
  2. MERANGKAK

    merangkak dalam kepayahan
    terasa mahu lepaskan segala
    duri tajam terasa menusuk
    tidak mampu kutahan lagi
    namun aku masih tersenyum
    kerana senyumanmu tetap terukir
    walau perit walau pedih
    tetap terukir di bilah bibirmu
    jadi pendorong buat berdiri
    akhirnya bisa ku bangkit berdiri
    melangkah demi selangkah
    semakin mara ke hadapan
    akhirnya aku kembali berlari
    kembali ke landasan asal
    kerana sebuah senyuman
    manis dan tetap mesra
    sama seperti waktu dahulu
    pasti kujaga pasti kubela
    agar ia tidakkan terhapus
    moga kekal hingga akhirnya…


    SYEIKH AL HABIB
    sajak tentang mngatasi kepayahan diri

    BalasPadam
  3. DUNIA SEBELAH SANA

    sebenarnya berkurun lama
    aku mengintai dunia belah sana
    pada satu saat aku
    berani melangkah masuk
    hingga aku sedar
    aku tak mampu bernafas
    di dalamnya buat aku kembali
    sayang pada dunia sendiri
    terima kasih anda di dunia sana.
    Aku yang mabuk dek kamar cinta,
    Tiap jajahan fikirku cuma ada,
    katakan saja aku memang gila!
    Siapakan waras digoda itu

    KERIS SAKTI
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. TONGKAT

    meraba aku dalam gelap
    tiada langsung arah tuju
    tidak kujumpa jalan hadapan
    semuanya gelap hitam pekat
    terpegang sebatang tongkat
    pembantu memandu arah
    walau arah tiada kepastian
    semangat membara tiba membuak
    rupanya tongkat itu tongkat keramat
    ada sinar penyuluh jalan
    ada semangat warisan berzaman
    ada penawar penyembuh jiwa
    tiada lagi aku meraba
    sinar cahayanya makin terang
    jalan hadapan terpamer jelas
    tongkat itu teguh kugenggam
    pasti takkan kulepas lagi
    aku pewaris mutlak tongkat itu
    tongkat peninggalan muhammad…


    ENCIK SANUSI ROSTAM
    sajak simbolik harap qalam dapat menangkapnya

    BalasPadam
  5. ANAK MELAYU BUKAN LEMAH

    Kelmarin saat bulan menyinari bumi
    Saat bintang bertaburan indah
    Aku merenung ke jendela usang
    Terfikir dek akalku
    Apakah menjadi impianku?
    Tersingkap sudah rahsia,
    Tatkala kakiku melangkah kepentas,
    Dapatku rasa impianku
    hampir tercapai
    Hari ini didalam sejarah,
    Harapan kelmarin tercapai sudah,
    Kini,dapat kubuktikan bahawa
    Anak melayu tak pernah lemah!

    RAJA MUDA
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    sajak kesedaran atau keinsafan nilai hidup yang kita belajar tidak semestinya memasuki tempat pengajian tinggi atau Universiti, tetapi pengalaman telah mengajar kita, apa yang kita dapat dan punggut dari situasi yang kita alami saban hari. Malah kita tidak perlu membayar harga masa. Ilmu dan pengalaman itulah telah mengajar kita jadi waras dan berpengelaman telah memberi lebih keinsafan atau kesedaran bagi berfikir dengan rasa kewajaran untuk melaksanakan tugas. Malah dengan ilmu itu jugalah kita mengenal makrifat dan keasaan Tuhan yang maha agong dan bijaksana. Mengurniakan seketul daging bernama hati dihantar ke otak bagi diterjemahkan untuk nilai perbezakan kehidupan di dunia ini. Amin (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak keagamaan sempena kedatangan maulidulrasul ulang tahun kelahiran nabi kita Muhamad saw sajak bertajuk: TONGKAT oleh ketua Pb. Encik Sanusi Rostam dengan pengucapannya mengambarkan dahulu kita hanyut gelap dalam kegelapan mencari arah sebenar dalam kehidupan , kedatang rasullullah yang tuhan utuskan kini membawa sinar atau tongkat menunjuk arah jalan kebenran sebagai azimat,atau ubat keramat, penawar penyembuh jiwa rarga. Kini gemgamlah tongkat dan azimat itu sehingga samapi keakhir hayat nanti. Amin layak dicalunkan seterusnya (TU).

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak ada berbau politik oleh sdra Keris sakti dengan tajuk: DUNIA SEBELAH SANA Kebangkalian si penulis tertarik dan terjebak dengan kecelaruan minta buat seketika Apabila terdengar lagu nyanyian puisi taridera yang
    didendangankan oleh ahli-ahli fakir dunia sebelah sana. Memang terpedaya dan mempersona. Tetapi kini ternyata lagu nyanyian puisi taridera, wayang tongkol, wayang gelap dan wayang kulit semuanya bagai palsu atau omongkosong belaka sekadar sama dengan ahli silap mata. Kerana mabuk kuasa sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik sempit membabi buta. Syabas! Layak dicalunkan seterusnya (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak piteriotik berbentuk simbolik oleh raja muda bertajuk ANAK MELAYU BUKAN LEMAH. Ternyata hajat dan cita-cita seorang kerabat di raja yang selalu berjiwa rakyat tidak lalai dan lupa akan bangsanya yang dicabar dan dipelekehkan Dengan selalau mengalah dengan, tak apalah, jadilah, sudahlah, biarlah, tidak sepatutnya anak melayu amalkan, kerana kita selalu malu alah, kita akan layu dan kita akan kalah. Ini tanah air kita sendiri perlu bangkit menjadi ketuaanan di Negara kita sendiri. Semangat piterotik patut disemai dalam jiwa anak bumi putera, barulah mereka tidak mudah jadi pendurhaka bangsa dan tanah air sendiri. Syabas! Raja Muda. Layak untuk dicalunkan seterusnya (TU)

    BalasPadam
  10. sajak ana kali ni rasanya takda harapan nk menang

    BalasPadam
  11. kalau aku kalah hbis la geng politik xde wakil...

    BalasPadam
  12. rasanya sajak sy boleh menang lagi ni

    BalasPadam
  13. aku yakin sah aku menang ni...

    BalasPadam
  14. dia dapat tangkap balik x agaknya?

    BalasPadam
  15. dah la nak tangkap susah skrg terlepas plak? aduh

    BalasPadam
  16. msti dia marah gila kat anak dia ni

    BalasPadam
  17. salah bunian tu jgk kena x bagithu anak dia awal2...

    BalasPadam
  18. anak dia msti sedih gila sbb dia mak dia jd hantu balik

    BalasPadam
  19. kalau aku jd ali canon mengamuk gila aku kalu bini jd hantu balik

    BalasPadam
  20. sajak ni mcm lawak plak cerita kucing tua plak?

    BalasPadam
  21. sajak ni pasal kucing ke atau ada mksud lain ni?

    BalasPadam
  22. sajak kucing ni lain sikit dari yg lain? hehe

    BalasPadam
  23. sajak apa plak zainal ni?

    BalasPadam
  24. sajak simbolik plak zainal ni?

    BalasPadam
  25. sajak mcm tentang kehidupan jer?

    BalasPadam
  26. sajak ketuhaan ke ni?

    BalasPadam
  27. sajak sy tersiar plak kali ni terima kasih en nuri!

    BalasPadam
  28. sajak tentang mangharungi kepayahan diri kan?

    BalasPadam
  29. sajak mmg xphm kali ni

    BalasPadam
  30. apa plak sajak zainal ni?

    BalasPadam
  31. sajak zainal susah nak tangkap ni

    BalasPadam
  32. sajak jiwa2 ke ketuahan zainal>

    BalasPadam
  33. sajak kali ni agak pening jgk dari zainal

    BalasPadam
  34. rupanya anuar ni kwn baik dgn yahudi rupanya?

    BalasPadam
  35. nampaknya dia kianat kpd negara

    BalasPadam
  36. entah apa lagi tembelang anuar akan pecah kita tgk nnt

    BalasPadam
  37. anuar ni penipu rakyat rupanya selama ni

    BalasPadam
  38. nampaknya zaman kejatuhan anuar akan bermual kita tgk nnt

    BalasPadam
  39. eh! anuar ada firma? apa firma tu en nuri?

    BalasPadam
  40. apa anuar nk putar belit nnt sbb tembelang dia smua org dh thu

    BalasPadam
  41. di harap anuar x terlepas kali ni sbb dari dulu bila kes dia msti dia terlepas

    BalasPadam
  42. wa! anuar ni jutawan di US celaka btolz!

    BalasPadam
  43. rasanya org yahudi yg support anuar klu x mcm mana dia ada duit?

    BalasPadam
  44. kena segera siasat ni mana anuar dpt duit?

    BalasPadam
  45. entah2 dia guling duit rakyat apa anuar ni bukan boleh percaya sgt

    BalasPadam
  46. anur ni makin menjadi plak kegiatan jahat dia

    BalasPadam
  47. KENA SEGERA TANGKAP ANUAR NI MANA LA THU DIA BERPAKAT DGN YAHUDI NAK SERANG MALAYSIA???? BOLEH JD MUNGKIN

    BalasPadam
  48. di harap tindakan displin segera dia ambil oleh najib

    BalasPadam
  49. buat malu rakyat malaysia saja anuar ni

    BalasPadam
  50. Harap maalum!
    saya x boleh jawab semua soalan. ada masallah sadikit, laptop jadi
    gila pula pagi ini..

    BalasPadam