Isnin, 14 Februari 2011

SAEKOR KUCING TUA




Saekor kucing jantan tua
kelihatan nyanyok dan gila
sesekali  semacam pemalas
sering  bermenung panjang
bagai terkenang masa silam.

Sesekali mengangkat kening
gerakkan misai dan telinganya
matanya sayu basah dan berair
pencariannya belum berakhir
ada cerita yang belum selesai.

Berapa ramai anak dan bininya
semua telah dibiarkan menjalang
melayani kucing desa dan pekan
telah  menimbun dosa penzinaan
di depan mata dan belakangnya.

Saban hari anak cucu berkeliaran
sehingga  tidak dapat menghitung
lahir dari zuriat perzinaan siapa
punya berbagai warna dan rupa
susah untuk menilai masa depan
anak siapakah di antara mereka?


Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
dua tiga tahun lalu 2008/2009.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER / LANGSUIR siri 21. tarikh: 02/20011
    ____________________________________________________________________


    Setelah beberapa purnama kandungan pun cukuplah bilangan dan harinya. Segala apa yang diharapkan telah pun terlaksana. Puteri Bunian telah pun melahiran seorang anak perempuan begitu cantik rupa parasnya salin tidak tumpah seperti wajah ibunya Puteri Bunian.Ali canon pun teramatlah gembira rasa hatinya.


    Kerana anaknya itu berseri puteh menawan wajahnya,maka diletakanlah namanya Seri Bunian. Huduplah kanak-kanak perempuan itu saban hari berkawan dengan segala binatang disekitarnya. Malah semua binatang begitu mesra dengan keluarga mereka. Menghormati kehadiran makhluk manusia di shah alam dirimba.(mungkin tempat itu kini dikenali dengan nama shah Alam).


    Suatu hari apabila Ali canon pergi bekerja di kebunnya. Tinggallah Puteri Bunian bersama dengan anaknya Seri Bunian. Semasa menunggu Ali canon pulang sehingga
    lewat petang. Ibunya yang leteh terlena di depan pintu teratak mereka. Sambil si anak menyelak rambut ibunya mencari kutu ( untuk merengkaskan cerita kata ampunya cerita )

    Apabila Seri Bunian melihat ada paku dipangkal tengkok ibunya dia lantas terkejut dan gementar. Dengan tidak membuang masa lagi terus mencabut paku itu daripada tengkok ibunya si Puteri Bunian. Tetiba sahaja satu jeritan berlaku, “Aduhhh! Kenapa kau cabut paku ditengkok aku….?” Seketika seperti banyangan asap datang
    Mengelilingi wajah Puteri Bunian jasadnya bagai terangkat terbang kelaur dari teratak Mereka. Seri Bunian menjadi panik dan terus pensang melihat ibunya hilang bagai dibawa pergi.


    Setelah Ali canon pulang keterataknya didapati anaknya Seri Bunian masih tidak sedarkan diri terbaring di depan pintu terataknya, di tangannya pula ada sebatang paku. yang ada berlumurah darah, sedangkan Puteri Bunian tidak ada di terataknya. Ali canon segera mengumpul segala bahan pengandang dan memagar terataknya. Sepanjang malam Ali canon terus berjaga. Dia sudah tahu bahawa Puteri Bunian telah kembali dirasuk oleh ibu angkatnya si langsuir puaka itu. Sesekali Ali canon mendengar sayp-sayup hilai ketawa perempuan mengilai di hujung pokok kayu ara.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KUMPULAN A

    1.HAJI GHAFUR HAMDI
    2.USTAZ KAMARUDIN
    3 EN SANUSI ROSTAM
    4 ZIARAH MAKRIFAT
    5.RAJA MUDA
    6 KERIS SAKTI
    7.JEFFRY
    8.SYEIKH AL HABIB


    =encik qalam kena pilih 4 sajak pemenang seterusnya x kisahlah nk pilih siapa-siapa sekalipun nak pilih 4org ahli pun boleh? nak pilih 4 org penjaga blog pun boleh asalkan 4 saja=

    BalasPadam
  3. MEMBAWA DAGING DI TUBUH

    pada dagingku telah tumbuh
    sedikit keintelektualan
    tiada sedikit membayarkannya
    dengan kesabaran.
    jarak masa yang ku tunggangi
    tiada letih dan mati oleh doa
    bukan mudah melerai
    tanpa keinsafan.
    aku tetap kerdil
    membawa daging yang tumbuh.
    masa sering melesukan
    pada kesabaran dan keinsafan
    kadangnya tipis sekali.

    ZIARAH MAKRIFAT
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. BENDANG

    cintamu tumbuh segar
    hijau merumput ke padang sasar
    tirus ke kaki langit
    membiak ke perut lembu dan kambing.
    mendagingkan bukan sedikit
    anak saudara bila jejak
    ke laman rumahmu
    semangatmu tumpah becak berair
    mengakarkan ke jurai-jurai bendang
    runduk menjadi tembaga penuh mesra keringat darah dan lintah.
    melumpurkan condong gubuk
    berkepuk-kepuk bertamu Malinja
    jenuh sekampung tikus
    ucapmu tenang terlukis di air
    berteman mudik antara
    ridip ruan dan sepat ronggeng
    mendingin subur senduduk dan rumbia
    menafaskan udara lepasi Bukit Jong
    mengundangkan banyak rasa
    ingatan bercantum tiada luput
    sesekali kampung mengirimkan rindu.


    HAJI GHAFUR HAMDI
    sajak apabila teringat kampung halaman

    BalasPadam
  5. LEPAK MINUM KOPI

    lepak di malam hari
    bersama teman minum kopi
    sudah seharian cari rezeki
    ini saat rehatkan diri
    bersama alunan muzik iringan
    damai hati terasa aman
    sambil dibelai udara nyaman
    hembusan segar tasik idaman
    sambil menunggu hidangan
    mata tertumpu pada dua merpati
    bagai sedang berkasih
    di bawah sinar malap lampu
    bergelak ketawa riang sekali
    bagai dunia milik mereka
    tertumpu mata di suatu sudut
    terlihat akrabnya hubungan
    ayah, ibu dan anak kecil
    melayan kerenah sesama mereka
    pasti bahagia mereka rasa
    sambil menyuap hidangan
    tercuit dengan telatah dj
    dengan idea tak pernah kering
    menghiburkan semua yang hadir
    membuatkan destinasi ini penuh
    jadi tumpuan kala malam
    seketika di tasik idaman
    pasti ku kembali lagi…


    USTAZ KAMARUDIN
    sajak di taman ketika ambil angin

    BalasPadam
  6. MALAM KOPI PEKAT

    menikmati malam laksana
    kopi pekat yang sedang hangat
    bercahayakan bulan bintang
    laksana lampu neon di atas kepala
    kejaran siang mampu mematahkan setiap inci harapan
    hari demi hari pedang waktu
    membilahkan sakit luka diri.
    sahabat malam
    terus memekatkan suasana
    tanpa hiraukan kopi di meja aku ini
    tanpa hiraukan cahaya bulan
    bintang di langit ini
    aku semakin sulit melihat ke luar
    di mana harapan itu,
    haruskah dikutip berkali-kali ?.


    JEFFRY
    Sajak simbolik pada suasana waktu malam

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    sajak kesedaran atau keinsafan nilai hidup yang kita belajar tidak semestinya memasuki tempat pengajian tinggi atau Universiti, tetapi pengalaman telah mengajar kita, apa yang kita dapat dan punggut dari situasi yang kita alami saban hari. Malah kita tidak perlu membayar harga masa. Ilmu dan pengalaman itulah telah mengajar kita jadi waras dan berpengelaman telah memberi lebih keinsafan atau kesedaran bagi berfikir dengan rasa kewajaran untuk melaksanakan tugas. Malah dengan ilmu itu jugalah kita mengenal makrifat dan keasaan Tuhan yang maha agong dan maha bijaksana. Mengurniakan seketul daging bernama hati dihantar ke otak bagi diterjemahkan untuk nilai perbezakan kehidupan di dunia ini. Amin (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    BENDANG Sajak Pb. Oleh Haji Ghafur Hamdi membicarakan kisah kenangan lama Sewaktu tinggal di kampong halaman dahulu.Bagaimana kedah padinya tumbuh nan menghijau saujana mata memandang , merenung sawah padi bisa mengingatkan berbagai cerita menarik di tengah sawah nya, ikan-kan berkeliaran, udaranan segar, bayu yang menghimpus angina petang yang nyaman, semuanya memberi kesegaran pada urat dan nadi., sesekali mengamikkan kembali nostalgia lama. Mengharapkan Kampong mengerim rindu. Aamin. Layak untuk (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    LEPAK MINUM KOPI Sajak oleh Ustaz Kamarudin menceritakan kebiasaan yang berlaku buat anak muda yang sering terbuang masa selepas solat manghrib atau issyak atau pun waktu yang lain. Malah kedai kopi atau resturan tempat berkumpul untuk jumpa kawan dan makan malam bersama kawan dan keluarga. Tidak hairanlah di tiapsudut kerusi meja ada cerita yang berbagai gaya dan cara. Semuanya bagai diatur punya rasa agendanya yang tersendiri, itulah lumrah alam kehdupan. Amin. Cuma layak sekadar (U)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Suasana malam yang hitam pekat diibaratkan semacam kopi pekat dalam kehidupan. Hari-hari yang mendatang tidak mengkhabarkan berita yang baik, terasa bagaikan pedang waktu yang ingin mengheres luka diri. sekadar berteman malam dengan kopi hitam dan pekat, terlalu sukar mengharap ada cerita baik di luar jendela. Apa pun kau
    terpaksa menghirup kopi malam dan mengutip segala duka lara yang menjadikan hatimu selalu menanti selama ini . Amin sekadar layak untuk (U)

    BalasPadam
  11. rasanya boleh kalah sajak sy ni sbb mngkin qalam x dpt tangkap

    BalasPadam
  12. sajak sy rasanya boleh menang sbb tenang saja bila baca...

    BalasPadam
  13. sajak santai dari saya mcm x boleh menang saja

    BalasPadam
  14. sajak malam aku ni harap2 qalam bgi menang...

    BalasPadam
  15. wa! dapat anak perempuan rupanya

    BalasPadam
  16. eh! semalam bru mengandung sekejab dh beranak? cepatnya

    BalasPadam
  17. seri bunian? ingatkan seri suri td

    BalasPadam
  18. anak dia kwn dgn binatang? mcm tarzan la plak?

    BalasPadam
  19. kenapa xde manusia yg dia nak kwn? kwn dgn haiwan plak?

    BalasPadam
  20. wah! dpt anak pmpuan rupanya aku nnt? hehehe

    BalasPadam
  21. kenapa ada kena mengena dgn shah alam plak?

    BalasPadam
  22. shah alam dulu hutan ker?

    BalasPadam
  23. shah alam asal usul dulu hutan ke? x thu plak sy

    BalasPadam
  24. selamat dia x ikut muka ali canon klu x hodoh la jdnya... hahhaha

    BalasPadam
  25. eh! ada paku rupanya kat tengkuk dia selama ni

    BalasPadam
  26. mcm cerita drakula plak siap ada paku plak?

    BalasPadam
  27. anak dia sekejab dh jd besar?

    BalasPadam
  28. en nuri byk potong la nampaknya sbb sekejab dh besar

    BalasPadam
  29. eh! selama ni dia x bgthu ke anak dia jgn cabut paku

    BalasPadam
  30. pelik btol bila cabut paku trus jd hantu balik?

    BalasPadam
  31. dia x sempat nak paku balik ker?

    BalasPadam
  32. eh! dia x cekik anak dia plak bila dia jd hantu?

    BalasPadam
  33. kenapa suruh anak dia cari kutu? kan dh kena cabut paku

    BalasPadam
  34. sedihnya cerita ni sian dia jd hantu balik?

    BalasPadam
  35. eh! ingatkan dh hbis rupanya dia jd hantu balik?>

    BalasPadam
  36. lps ni apa plak berlaku panjang lagi ke cerpen ni?

    BalasPadam
  37. eh! kenapa x letak balik kat tengkuk dia? sebelum terlepas.

    BalasPadam
  38. jd asap plak bunian tu?

    BalasPadam
  39. agak dia dpt jmpa balik x isteri dia tu?

    BalasPadam
  40. sian x pasal-pasal anak dia jd anak yatim

    BalasPadam
  41. sajak ni mmg mengambarkan kucing sy kat rumah sian dia xlincah mcm dulu mngkin sbb dh tua

    BalasPadam
  42. mcm manusia jgk kucing ni

    BalasPadam
  43. sian kucing tua x larat nk buat apa...

    BalasPadam
  44. mcm mana nk thu kucing tu tua ke muda?

    BalasPadam
  45. kucing kurap sy thu la rupa mcm mana? kucing tua x thu plak...

    BalasPadam
  46. kusing tua ni agak simbolik jgk bunyinnya

    BalasPadam
  47. kuicng pun ibarat manusia jgk dh tua duduk saja termenung masa silam

    BalasPadam
  48. sian kucing tua dia biar bini dia? hehehe

    BalasPadam
  49. sajak yg lawak la plak kucing tua? hehe

    BalasPadam
  50. sian kucing tua tgh menghitung harinya

    BalasPadam