Selasa, 1 Februari 2011

PERNIAGAAN





Satu usaha yang ikhlas
akan dihimpun di akhirat
dan dikira pahala-pahalanya
menolong orang yang susah
kerana kesempitan kehidupan.

Ikutilah perundangan Islam
9 dari 10 rezeki itu berniaga
demi kebenaran istilah maslaha
tiada kezaliman pada usahawan
dan penguna yang memerlukan.

Jika ada untung yang besar
keluarkan zakat dengan segera
semoga dapat bantu belanjawan
negara dan mashab yang lapan
ekonomi aman dalam perdagangan.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 23/09/2009.
melihat pasar malam bayan lepas penang.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA.
    Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 7

    Mereka bertiga melihat keadaan Ali canon bukan sesuatu yang boleh membahayakan keadaan, akhirnya mereka membatalkan ikatan dan membuka toping kain masing-masing, kemudian memberi bantuan apabila melihat keadaan Ali canon yang bagai tidak bermaya. apa tah lagi untuk melawan. Meereka tahu mungkin Ali canon telah dirasuk selama ini. setelah mereka melakukan jampi serapah dan menyedarkannya dengan peralatan yang disediakan. kini ali canon mulai sedarkan diri.

    Dua orang daripadanya Malik Wijaya dan Adi cana memapah Ali canon untuk keluar dari teratak di tengah rimba itu. Mereka bercadang hendak pulang sebelum malam, sesekali perasaan seram masih juga menguasai suasna, mereka terasa lembaga langsuir itu seperti memerhati mereka, tetapi mungkin dia tidak boleh menjelma di siang hari,


    Sewaktu di pertengahan jalan dalam keadaan Ali canon masih terhoyong hayaing berjalan dipapah oleh kedua rakannya Nampak kelihatan lemah dan leteh, tetiba ada
    Kucing putih itu melintas di hadapan mereka, Irafanul Haq terhenti seketika, dia mula mengawasi keadaan sekeliling dengan matanya. Lantas membaca pula jambi serapahnya. Terasa benar bagai ada orang cuba menyekat perjalanan mereka.


    Malik Wijaya menghunuskan parang ladinnya pusaka warisan dari jawa yang dititip pada mata parangnya besi berani waja bersama tahi besi dan timah tembaga, yang boleh mengerunkan musuh dan makhluk halus atau jelmaan binatang buas dan hantu rimba dalam hutan belantara. Dalam remang bulu tengok yang berdiri, diantara berani dan rasa takut, mereka bertiga bertapak perlahan-lahan mengundurkan diri meninggalkan kawasan penuh misteri itu.


    Beberapa ekor anak burung hantu terbang melayang di atas kepala, bagai menyeringi Pemergian mereka, kera dan lotong juga, kedengaran semacam bertempek sorak lari ketakutan bagai ternampak sesuatu yang mengerunkan dan luar biasa. Kemenyat habsi mulai dihidupkan , tahi bisi dilepar sebagai penghalang, paku lima encik dimain-mainkan di tangan, rantai bawang putih dikalongkan kepada tengok Ali canon.


    Hampir sejam dalam perjalanan dan beberapa kali pula kucing putih Cuma melompat Dan menghalangi perjalanan mereka, akhir mereka sampai di satu kawasan dusun sempadan perkampung orang asli. Bila terasa bulu roma mulai kurang berdiri mereka berempat pun berhenti seketika untuk berehat.


    Di bawah sebatang pokok meranti tua, Sebelum membantu Ali canon dalam keletahan untuk memberi sadikit menuman air Jampi, tetiba seketul dahan meranti tua jatuh hamper menghempap Ali canon yang masih besandar di panggal meranti tua itu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. IBU KUCING

    terlihat si ibu kucing
    menjilat mesra anak kecil
    terserlah sifat keibuan
    nyata tanpa batasan
    teringat belaian si ibu
    waktu kecil dahulu
    jaga tanpa jemu
    layan tanpa keluhan
    terpandang harian metro
    kisah si ibu durjana
    anak terbiar terpinggir
    kaku di almari baju
    ajaran siapa diikut
    ajaran si ibu kucing
    jauh sekali beza
    ajaran si ibu sendiri
    langsung tiada jejak


    Thai Tham
    sajak spontan jer buat ni

    BalasPadam
  3. WAHAI SI GILA

    wahai si gila
    mengapa kau biarkan kami
    menggila di sini
    gilalah kamu seorang diri
    usah kamu gilakan kami
    dengan lagak gilamu
    dengan kehendak gilamu
    kami masih waras
    punya akal punya rasa
    kami masih tahu
    apa baik apa buruk
    oleh kerna gilamu itu
    kami terpalit sama
    bau busuk gilamu itu
    kami tak rela jadi gila
    kami cakap penuh akal
    kami buat penuh fikir
    kamu itu gila bukan kami…

    Keris Sakti
    sajak utk sipolan tersebut

    BalasPadam
  4. CERITA KABUS

    di taman berkabus
    lelaki itu merasai gigil kakinya.
    hujung jalan yang ditinggalkan
    sukar dirembus kembali.
    garam pengalaman
    masin berbaur di bahunya
    gemerlap cahaya
    menyilau menikam ke hujung jantung.
    salam tiba tiada didengari lagi.
    setiba lelaki itu ke pintu kamarnya
    sebatang lilin membakar
    gigilnya keras.
    di halaman itu
    dakwat hitamnya tertumpah
    menyerak merosakkan diarinya satu.


    Syakila Adnan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  5. ZUHUD

    mengapa kamu berbaju lusuh
    zuhud katamu
    mengapa kamu bermotor buruk
    zuhud katamu
    mengapa tinggal di pondok usang
    zuhud katamu
    benarkah begitu wahai si zuhud
    kau punya ladang meluas
    kau punya sawah berelung
    duit tak habis dimakan
    apa kamu tidak kasihan
    lihat anakmu itu
    dengkikan kawannya berbaju baru
    berhujan panas di belakang motor
    menggigil sejuk kala malam
    mana pergi fikirmu
    tuhan limpahkan nikmat
    buat sekalian hambanya
    kau kufur nikmat kasihan…


    Balqish
    sajak utk jiran saya

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Thai Than sajak IBU KUCING. seorang penyumbang ruang berita sms cosmo dulu pun en nuri pernah juga Menghanatar sms ruangan tersebut, setelah diberi lima nama dia berhenti, kini diabuat blog sendiri. Pengucapan anda sama catatan menulis berita, walaupun punya penceritan dengan maksudnya yang jelas. Begitulah kehidupan kita dini hari, kekadang haiwan kucing itu lebih menyangi anak-anaknya. Begitu juga seorang ibu yang ada keimanan, Ini semua factor gejala sosial bebas pergaulan, bla terlanjur, baru rasa malu, akhirnya buang anak tidak menentu. Bila rasa malu sudah tiada pada sesaorang itu, pertanda ia akan jatuh dikemudian hari nanti. Semoga kita semua tidak jadi begitu. Amin (B)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Keris sakti dengan sajaknya berkepalakan WAHAI SI GILA. Ternyata pengucapannya terasa sinis pada sesaorang yang mungkin digelar sesumpah. Kerana kepintarannya menukar warna-warna kehidupan sesekali mengelirukan pengikutnya, kini cuba lagi bermain sandiwara untuk 30 perlimennya kerana dikhuatir mereka akan melompat pula atau keluar jadi sang bebas sahaja. Kerana lewat kebelakangan ini orang kuatnya satu-satu menarik diri. Ini gara-gara orang sudah rosak iman, bila kelicikannya dan bau busuk telor tembelangannya telah banyak yang pecah. Siapa yang mahu menahan bau pekong yang busuk itu. Ditekan dengan keengannannya melakukan sumpah laknat yang amat ditakuti sehingga kini.. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    CERITA KABUS oleh syakila Adnan penceritaannya mengingatkan kita pada lagat Manusia yang sudah terjebak keperangkap najis dadah . Terlalu sukar untuk diubati
    Atau untuk mundur kembali kebelakang, biasanya sejarahnya yang terpalit amat sukar
    Untuk dia membersehkannya kembali. Kecuali jika cepat dikesan, jika kakii sudah pun mengigil keadaan badan pun telah bergoncang. Pergelangan tangan dan lengan pula penuh dengan lubang, terlalu susah dan menyedehkan. Hanya tahan saja untuk Pemulihan dan rawatan. Semoga bangsa kita sedar akibat dadah memerbahaya, amin
    (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    ZUHUD sajak dari Balqish menceritakan tentang seorang yang menyalahgunakan keadaan zuhud yang sebenar, nabi pun ada berkata, rengkasnya, bukanlah cara aku. Jika beribadat tidak perdulikan tanggung jawab anak isteri, kerana aku berpuasa, aku berkhawin, aku bekerja dan sebagainya . Kalau kita berdakwah atau mengikut rombongan berjumaah, jika anak isteri tidak terjaga dan terbela. Ini pun satu kewajipan yang akan disoal diakhirat nanti. Sebaiknya dunia dikelik, akhirat dijunjung. Semoga mereka mengerti. Amin (3)

    BalasPadam
  10. eh! ingatkan dorg nk tangkap xjd plak?

    BalasPadam
  11. ni kes aniaya ni sbb ali canon lemah..

    BalasPadam
  12. mmg klu org kena rasuk dia kuat bila dh sedar lemah...

    BalasPadam
  13. eh! dorg nk bwk ali canon kluar dari umah tu x bahaya ker?

    BalasPadam
  14. eh! kucing tu halang dorg plak?

    BalasPadam
  15. patutnya bunuh saja kuicng tu

    BalasPadam
  16. eh! semua binatang pun bertempik kenapa?

    BalasPadam
  17. hanya dorg bertiga je hantu x boleh buat apa?

    BalasPadam
  18. eh! dorg bertiga ni xkne rasuk plak?

    BalasPadam
  19. patutlah dorg pegi siang klu mlm xthu la ape nsib dorg ni

    BalasPadam
  20. kenapa ada burung hantu plak?

    BalasPadam
  21. eh! burung hantu tu jelmaan jgk ker?

    BalasPadam
  22. eh! smua binatang mcm takut je kenapa?

    BalasPadam
  23. smua binatang dalam tu hantu je ker?

    BalasPadam
  24. eh! ali canon dh selamat nampaknya

    BalasPadam
  25. ladin ni bnda apa plak?

    BalasPadam
  26. paku lima? klu buku 5 aku thu la

    BalasPadam
  27. malam nnt x thu la apa jd sbb ali canon xde dh kt rumah tu?

    BalasPadam
  28. hantu tu msti mengamuk pnya

    BalasPadam
  29. mlm2 msti hantu dtg semula tgk xde ali canon hbis la...

    BalasPadam
  30. ingatkan dorg bertiga ni jahat rupanya baik

    BalasPadam
  31. selamat x mati ali canon tu

    BalasPadam
  32. huh! hantu tu xthu ke dorg dh bwak kluar ali canon?

    BalasPadam
  33. rasanya msti hantu tu esok mengamuk kaco semua org kmpung

    BalasPadam
  34. eh! mana hantu tu siang mmg xde ker?

    BalasPadam
  35. wah! berjaya dorg dorg bwk kluar ali canon

    BalasPadam
  36. jahat btol hantu dia seksa ali conan

    BalasPadam
  37. mcm mana la akhir sekali cerita ni makin suspen plak?

    BalasPadam
  38. agaknya dorg boleh selamat ke takut hantu tu thu kedudukan dorg

    BalasPadam
  39. lps ni kena buka perniagaan la...

    BalasPadam
  40. rasanya rezeki mmg byk dtg dari niaga

    BalasPadam
  41. selalunya org keje sndiri lagi kaya dari yg mkn gaji

    BalasPadam
  42. sajak lama nampaknya pasal niaga ni

    BalasPadam
  43. nampaknya kena kluarkan zakat la lps ni selama ni lupa

    BalasPadam
  44. dapat rezeki dari main saham pun kena bayar zakat ker?

    BalasPadam
  45. byk org terlepas pandang ni sbb x bayar zakat

    BalasPadam
  46. esok nk tanya ayah aku dia bayar zakat x... hmmm...

    BalasPadam
  47. zakat tu wajib kena bayar ker?

    BalasPadam
  48. zakat aku blum bayar ni alamak! esok kena segera bayar

    BalasPadam