Khamis, 10 Februari 2011

PEREMPUAN BESI



sajak pilihan Pb. CR,

 
Aku perempuan besi,
aku tahan caci maki,
yang dihambur dek mereka,
aku peduli apa,
bencilah aku,
tusuklah aku,
tikamlah aku,
aku ini perempuan besi,
kerana itu aku;
takkan luput dimamah kamu,
takkan reput dikunyah kamu,
ingat ini,
aku perempuan besi.

 
OLEH: SERI SURI.
ketita di pulau langkawi
5 ptg
Dicatat oleh Nurimanja di 17:53 





50 ulasan:

  1. ===============================

    pusingan pertama


    1 AH CHONG
    2 ZIARAH MAKRIFAT
    3 USTAZ SAHZAN
    4 INSPEKTOR HALIM


    ===============================

    pusingan kedua

    1 AYOB ZAKARIA
    2 SYED FAISAL
    3.ENCIK MAHATDIR
    4 NAJWA TAMRUN
    5 SAIZUL MAIZAV
    6 USTAZ RAHMAN
    7 USTAZ MUDA
    8 PAK HAJI

    BalasPadam
  2. WAYANG KULIT (ustaz rahman)

    di balik tirai putih
    tok dalang menguasai sendi gerak
    melakonkan menyuarakan semahu hati
    Wak Dogol berkepala botak
    menggembirakan anak-anak kecil
    mereka ketawa balik dan tidur
    hidup ini mudah buat anak-anak.
    di balik tirai tanpa warna
    manusia cerdik
    dengan lambang kepartian
    berlagak tenang di sebelah peguam
    tapi macam budak sawan
    ketika diajak berkereta
    masing tunjuk dengan jari
    aku betul kamu salah
    kita cuma agak-agak
    hidup ini mudah buat berpengaruh.
    di balik tirai tanpa apa-apa
    manusia minority cuba jadi hebat
    dalam peristiwa mencipta babak lain
    main tolak-tolak dan tampar-tampar
    main sorak-sorak dan maki-maki
    lain senyum-senyum komentar kita cuma geleng-geleng
    hidup ini mudah buat merasa hebat.

    Ustaz Rahman
    sajak simbolik sinis tp mudah sahaja utk qalam menangkapnya

    BalasPadam
  3. BUMBUNG RUMAH TUMPANGAN

    waktu meletakkan keletihan dikatil lalu aku memandang ke wajah bumbung
    antara bumbung yang kosong itu
    aku sisipkan banyak wajah
    aku terasa dekat.
    tapi dengan segala kekurangan
    hasrat aku dikunjungi resah
    jika sepasang kaki kujatuhkan ini
    tersesat dijalan segala kepercayaan
    juga kemesraan mereka di hatiku
    hilang seketika lalu ketabahan ini membatasi segala menyakinkan aku rumah tumpangan ini harus terisi

    Saizul Maizav
    sajak simbolik sikit

    BalasPadam
  4. DI TIAP KEHIDUPAN

    Dalam tiap kehidupan terselit hakikat pahit untuk ditelan
    tetapi kelat itulah penawar
    untuk jiwa yang keras,
    Dalam tiap kehidupan pelik
    itulah benar terjadi bagi percaya
    tentang tabir allah yang ghaib,
    Dalam tiap kehidupan hamba allah
    disembunyikan kenyataan
    agar kita bisa mencari dalam kasih
    Dalam kehidupan tertulis sudah
    penentu yang sulit bisa berganjak
    dengan doa mustajab dalam apa kehidupan menanti dihadapan
    kita tetap mencari erti tersirat
    dibalik pertemuan apakah
    gelap atau terang dihujung
    masih jauh untuk digapai
    tapi tidak mustahil untuk sampai….


    Ustaz Muda
    sajak tentang kehidupan

    BalasPadam
  5. MEMBACA PETA HIDUP

    membaca peta hidup
    di awal simbolnya kelahiran
    di akhir simbolnya kematian.
    membaca peta hidup
    di awal gridnya memenuhi keduniaan
    akhir gridnya memenuhi kerohanian
    membaca peta hidup
    di awal mata anginnya,
    dikenali dan tersanjung
    di akhir mata anginnya,
    dihormati dan terlupakan.

    Pak Haji
    sajak simbolik yang mudah saja

    BalasPadam
  6. Anwar perlu dedah pembiaya kos operasi pejabatnya di Washington

    SHAH ALAM 10 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
    Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

    Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
    Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

    "Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.
    "Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.

    "Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini," dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.

    Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzaman Johari dan Ummi Hafilda Ali.

    ESOK SAMBUNG.(PETEKAN AKHBAR UTUSAN)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak ustaz rahman menyentuh tentang kehidupan keadaan dunia politik kita dini hari. Seakan sama seperti wayang kulit di pantai timur, atau wang tongkol di utara tanah air dan wang gelap pula di Selangor. Mesti ada tukang karut, pengarah cerita dan seorang sang dalang yang menyusun cerita. maka jadilah apa yang dirancana, soal suka tidaksuka khalayak tidak tahu apa semuanya sudah celaru minda, ikut saja apa sang dalang Dan kuncu-kuncunya kata. Betul saja. semoga kita dapat berfikir dengan sewarasanya. Amin layak untuk dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Sazul Maizav cuba mengesahkan tempat tumpangannya di rumah pangsa kos rendah barangkali dengan masyarakatnya yang berbagai kerenah dan gaya memeningkan kepala kita dibuatnya. Tidak bermasyarakat salah cuba bermasyarakat lagi banyak kerenahnya. Kini sekadar jinak-jinak lalat saja, jangan kita menganggu ketenteraman jiran atau orang awan , sudah cukup baik dikira.layak untuk dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak ustaz Muda juga menyentuh tentang kehidupan manusia yang telah terlontar di dunia ini, kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang ditentukan tuhan dalam menempoh cabaran asam dan garam kehidupan. Hanya dengan keyakinan iman dan ketauhidan yang kuat dapat mengatasi segala ujian dan cubaan.Tidaklah mustahil untuk dicapai. Layak dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  10. Sajak Pak haji ternyata skopnya begitu luas dan baik untuk diperktakan. MEMBACA PETA HIDUP . juga membicarakan tentangkehidupan semasa lahir hingga kemati.dan gaya dan cara kedudukan kita dalam kehidupan. Bagaimana angina kita untuk mendapat kedudukan yang terpuji atau sebaliknya. Kerana sajak ini terlalu rengkas dan pendek agak samar-samar maksud pengucapannya. Layak dicalunkan (TU) - (U) tetapi perlu ada undian pula dan terpaksa ditolak jadi (U) sahaja..

    BalasPadam
  11. aku condint sajak aku boleh menang rasanya

    BalasPadam
  12. saya x pasti sajak sy ni boleh menang sbb sama dgn syed faisal tentang pergolakan di mesir...

    BalasPadam
  13. sajak aku sah xmenang sbb ada bahasa kasar sikit

    BalasPadam
  14. sajak aku rasanya x cukup puitis kot

    BalasPadam
  15. sajaksy ambil idea dari sajak en nuri harap en nuri benarkan sajak x sama maksud sy tukar2 sikit....

    BalasPadam
  16. rasanya sajak sy boleh menang sbb ringkas dan padat jgk

    BalasPadam
  17. mngkin sajak aku xmenang mngkin dpt kat penyair agung dgn pak haji

    BalasPadam
  18. sajak aku rasanya puitis tp saingan hebat2

    BalasPadam
  19. sajak pasal balasan di hari akhirat ker

    BalasPadam
  20. sajak nasihat yg menarik

    BalasPadam
  21. walaupun x phm sajak en nuri tp best jgk baca

    BalasPadam
  22. mungkar dan makrup ni apa?

    BalasPadam
  23. sajak tentang peringatan jer...

    BalasPadam
  24. sajak ketuhana lagi ke nampaknya?

    BalasPadam
  25. eh! sajak pasal lain xde ke en nuri?

    BalasPadam
  26. byk sajak ketuhanan je nampaknya

    BalasPadam
  27. sajak menarik jgk kali ni wlpn x phm

    BalasPadam
  28. sajak apa ni xphm la

    BalasPadam
  29. nampaknya sajak2 en nuri skrg susah nk paham la

    BalasPadam
  30. sajaka apa plak ni? smua ayat2 sy xthu

    BalasPadam
  31. macam robot plak pmpuan besi ni

    BalasPadam
  32. pmpuan besi? seri ni tomboy ke?

    BalasPadam
  33. eh! kenapa pmpuan besi? keras bunyinya

    BalasPadam
  34. pmpuan besi? msti seri tahan lasak ni

    BalasPadam
  35. wah! sajak mcm nk tunjuk seri ni kuat jer...

    BalasPadam
  36. nampaknya sajak ni membuktikan seri suri boleh menerima cabaran

    BalasPadam
  37. kuat jgk hati seri ni sbb besi

    BalasPadam
  38. semoga kita ikut sajak en nuri ni buat baik dgn semua

    BalasPadam
  39. nampaknya lepas ni kena kerja jujur sbb dia soal disana kelak

    BalasPadam
  40. rasanya dia ni tah judi kot sbb tu byk duit

    BalasPadam
  41. entah2 dia godam duit bank agaknya?

    BalasPadam
  42. dia main saham kot? sampai byk byk duit dia ni

    BalasPadam
  43. rasanya jutawan israel kot yg support?

    BalasPadam
  44. mana dia dapat duit sebanyak tu entah duit halal ke haram>

    BalasPadam
  45. eh! selama ni xde sapa thu rupanya dia ni kaya di USA

    BalasPadam
  46. ni msti duit dia menipu duit rakyat ni

    BalasPadam
  47. ENTAH2 DIA AMBIK DUIT KERAJAAN NEGERI AGAKNAY?

    BalasPadam
  48. mngkin bush dan tony blair yg support kot?

    BalasPadam
  49. rupanya jutawan la anur ni dalam diam2...

    BalasPadam
  50. nampak mcm sengkek je rupanya dia kaya! dia tipu rakyat selama ni

    BalasPadam