Ahad, 13 Februari 2011

PENDAKI



sajak pilihan ahli Cr.


Jalan yang selama ini kau tempuh
Semakin sulit dan kian sukar
Meracun di setiap hentakan
Namun komitmen selalu jadi kental
bergetar keras,mencabik sukma
setiap kali kau hendak mundur

Kegetiran yang kini kau rasakan
Adalah cermin dari tangisan alam
Yang kian terpuruk bersimbah nista
Mereka menjerit dan kau meronta
Mereka merintih dan kau terkapar

Masihkah ada harapan
Agar kalian dapat bernyanyi bersama
Tapi esok mentari masih bersinar
Harapmu jalan itu tak lagi gelap
Namun cahaya itu tidak cemas
Akan tuntutan sebuah hakikat kawan
Pengembaraanmu takkan ada akhir


OLEH: PAHLAWAN PEDANG KESATRIA
sewaktu mendaki di Gunung Kinabalu
12 tengah hari. rabu 17 Mac, 2010
diterbitkan semula 13/02/2011.






50 ulasan:

  1. BN janjikan calon terbaik di Merlimau

    KUALA LUMPUR 11 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan calon terbaik iaitu yang menepati kehendak rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.


    Saya ada bukti kukuh - Rahimi
    KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.


    SPRM diminta buka fail siasat Penasihat PKR

    KUALA LUMPUR 11 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka fail siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu operasi sebuah pejabat miliknya di Amerika Syarikat (AS).


    Lapan pemimpin kanan pembangkang jadi jutawan segera

    IPOH 11 Feb. - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendedahkan terdapat lapan pemimpin kanan PKR, DAP dan Pas menjadi jutawan segera dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.


    Zahrain: DAP politikkan isu kematian Beng Hock

    KUALA LUMPUR 11 Feb. - Tindakan peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh yang mahukan proses siasatan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan adalah sesuatu yang pelik dan amat mengelirukan.


    -SEDUTAN TAJUK AKHBAR UTUSAN hujung minggu.

    BalasPadam
  2. SEBELUM MELINTAS TITIAN RAMBUT

    Susur gelap di sebalik
    lebuh peganganmu
    Merabunkan iman
    Sepanjang jalan
    tersasar dari jalanan lurus
    Di sisimu ada pedoman dan nafsu
    didepanmu cahaya
    dibelakangmu lohong gelita
    dikananmu syurga
    dikirimu neraka
    Kau titi titian usang
    Berpijak di helaian rambut berbelah tujuh
    Mahu kemana kau?
    Lari kemana kau?
    Ayuh sebelum langkahmu dirantai
    ayuh sebelum langkah tersasar
    ayuh genggam tanganku
    Ayuh kita cari jalan pulang

    Syeikh Al Habib
    sajak tentang hari akhirat

    BalasPadam
  3. SI AKU

    aku sudah seperti begitu hampir
    untuk bertemu dengan si aku dulu
    si aku yang selalu buat kamu senyum
    si aku yang selalu buat kamu ceria
    si aku yang ada pada tiap duka-suka
    aku agak yakin kerana sudah lama
    aku tak lihat senyuman seperti itu
    senyuman yang kau berikan pagi tadi
    senyuman yang aku selalu tunggu
    senyuman yang engkau selalu
    beri pada si aku yang diabaikan
    bukan aku mahu jadi si aku
    aku hanya mahu curi
    segala rahsia dari si aku
    supaya aku dapat lihat
    senyuman dulu kembali tadi pagi
    amat suci amat aku rindu..
    kamu senyumlah lagi..
    aku takkan bosan.

    Oleh: Tinta Bayu
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  4. SESAK

    menjenguk dari bintang terang
    langit atas melihatkan
    aku yang duduk diam
    menangis dalam diam
    menunduk sayu atas batu
    dalam hati aku rasakan ingin
    memanggil engkau wahai sesiapa
    menarik aku duduk di realiti
    aku sedang dalam kejatuhan
    dari puncak teratas pahitnya
    aku sendiri dengan mahu sendiri
    lebih pahitnya
    sekarang aku memanggil
    tak ada mahu menyahut sadisnya
    di waktu paling tertekan,

    Seruling Kelana
    sjak simbolik

    BalasPadam
  5. SAYAP

    pasangkan sayap
    biar aku berterbangan
    melebar ke seluruh angkasa langit
    menebar sayap memayung panas terik
    melindung dari matahari
    aku pinta izinkanku memangku
    engkau di ribaan
    mengirim satu rasa
    senang ke lubuk hati
    membiar engkau merasakan aman
    ribut melanda tadinya
    aku harapkan redanya tiba sudah
    membawa tenang ke dalam dirimu
    supaya dimudahkan pekerjaan mu


    Oleh:Abang
    sajak kenangan dulu

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Syeikh Al habib dengan sajak terbarunya bertajuk SEBELUM MELINTASI TITIAN RAMBUT BELAH TUJUH; cuba membicarakan tentang azabnya pembalasan dihari
    Akhirat, atas apa yang telah kita lakukan sewaktu hidup di dunia ini akan diperhitung dan dihisab sebaiknya sebelum mendapat balasan yang setempal dengan apa yang kita
    Kerjakan di dunia fana sementara ini. Di masa itu semuanya harta benda, pangkat dan jawatan, anak isteri, sahabat taulan tidak berguna lagi. Sebaiknyalah kita si penulis Iman syeikh Al Habib jika kita tersasar kembalilah ke landasan yang lurus, genggam
    Tanganku ayuh kembali ke jalan yang benar. Layak dicalunkan (TU)tp.

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Tinta Bayu ahli Cr. dengan sajak kehilangan diri bagai roh hilang dari jasadnya; bertajuk SI AKU . Pengucapannya menceritakan dirinya yang sebenar telah hilang tidak seperti Dia yang mungkin lima enam tahun dahulu punyai kewarasan yang sebenar sebgai seorang manusia. Apatah lagi bagi seorang yang lemah lembut mengharapkan rasa perlindungan dari seorang jejaka. Tetapi itu semua bagai tiada. Terasa bagai telah pun diabaikan. Jika kini kau mengharapkan keadaan itu semua, agak sukar untuk menilainya. Mungkin terpulang kepada keadaannya. amin Sekadar layak untuk (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Apakah penceritaan bagai terdesak dan memang SESAK tajuk mengucapa sajak daripada sdra. Seruling Kelana ini bagai mahu menceritakan akan keadaan hidupnya mungkin dalam delima agaknya. Tetapi kurang jelas isi dan maksudnya. Adalah dia berada di alam fantasia tau dunia nyata, atau penyakit yang keronik yang sedang di alamainya. Kehidupan yang terseksa sedang menimpa? Kenapa tiada sesiapa , malah tidak ada siapa mahu menyahut panggilannya. Simbolik yang sukar diterjemahkan. Malah sekadar menyembut keadaan paling tertekan. Kecuali dalam mimpi. Layak Cuma sekadar (U)tk.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SAYAP Nah! bagaikan ada satu tanda tanya pula pada tajuk sajak Abang kali ini. Pengucapannya ternyata bagai mengharapkan sesuatu kekuasan yang luar biasa. Untuk mengatasi satu masalah atau kemelut yang kurang menyenangkan, mungkin ada rajukan isteri atau si dia yang banyak menanggung beban, kini perlu cari jalan penyelesaian secara aman dan damai dengan belaian kasih mesra , agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sempurna dalam urusan kehidupan seharian. Amin layak dicalunkan (TU)tp.

    BalasPadam
  10. seramnyer cerpen ni

    BalasPadam
  11. nampaknya saingan hebat2 tp rasanya ana ada peluang jgk ni

    BalasPadam
  12. aku rasa seruling kelana boleh menang mngkin

    BalasPadam
  13. sajak aku ok jgk rasanya boleh menang harap2....

    BalasPadam
  14. aku terletak sajak jiwa2 plak? kalah la mcm ni

    BalasPadam
  15. sajak suara bebas ni mmg kena btol di tempat aku byk jgk gerai2 tepi jalan ni

    BalasPadam
  16. xkn x boleh suara bebas? lagipun kalau ada gerai tepi jalan snang x pyh pergi jauh2 mcm kat tmpt sy ni gerai roti canai dekat saja? setiap pagi perkena disana ok saja

    BalasPadam
  17. ha! sajak suara bebas ni mmg khas utk salam kt tempat aku ni jual roti canai di bahu jalan

    BalasPadam
  18. kat teluk kumbar ni bersepah org jual gerai tepi jalan... hehe

    BalasPadam
  19. kdg2 nk marah kdg2 kesian plak sbb mereka pun cari makan suara bebas

    BalasPadam
  20. suara bebas ni marah semacam saja? suara bebas ni keja di majlis pembandaran ker?

    BalasPadam
  21. kt teluk kumbar mmg bersepah gerai tepi jalan nk buat mcm mana xde tempat lain?

    BalasPadam
  22. mmg kdg2 menyakitkan mata melihat gerai tepi jalan ni

    BalasPadam
  23. aku x makan sgt gerai tepi jalan klu terdesak bru mkn sbb gerai tepi jalan byk kotor

    BalasPadam
  24. gerai makan kat dalam rumah ok la tepi jalan ni susah sikit la tikus byk mlm2...

    BalasPadam
  25. ape2pun makan di restoran lboh bersih

    BalasPadam
  26. susah jgk nk cari gerai yg bersih apa2pun baik masuk sendiri lagi senang

    BalasPadam
  27. sy pun berniaga di tepi jalan goreng pisang nak buat macam en suara bebas cari makan? tmpt lain org halau

    BalasPadam
  28. msti sedih org jual gerai tepi jalan baca sajak ni termasuk la aku...

    BalasPadam
  29. lagi senang makan masakan isteri lebih sedap dari gerai tepi jalan.. hehe

    BalasPadam
  30. sajak mcm hadapi rintangan saja?

    BalasPadam
  31. sajak tentang semangat ni?

    BalasPadam
  32. sajak ni klu x silap maksudnya apa pun berlaku perjalanan harus diteruskan

    BalasPadam
  33. sajak menarik dari pedang kesatria

    BalasPadam
  34. sajak tentang hadapi cabaran hidup ni

    BalasPadam
  35. sajak yg menarik tahniah pedang!

    BalasPadam
  36. sajak suara bebas best sajak pedang ni pun best

    BalasPadam
  37. sajak tentang perjuangan ni menarik

    BalasPadam
  38. gerai2 tepi jalan ni kalau ada org repot kena la klu xde selamat la dorg

    BalasPadam
  39. eh! suara bebas kat mana org jual gerai tepi jalan tu??? klu boleh sy nk panatau sy keja dia majlis pembandaran pulau pinang

    BalasPadam
  40. masih ada lagi org jual gerai tepi jalan? kt tempat aku sah kena roboh

    BalasPadam
  41. ada bukti kukuh ke??? cepat la dedah x sabar nk tgk anuar kena tangkap ni

    BalasPadam
  42. di harap cepat sikit diorg dedahkan tembelang anuar ni

    BalasPadam
  43. klu dorg dedahkan hbis la dia kena lucut jawatan dari YB

    BalasPadam
  44. eh! kenapa x kluar paper pun? nk baca jgk berita penuh pasal ni

    BalasPadam
  45. wah! jutawan segera! mana dpt duit tu?

    BalasPadam
  46. eh! pasal anuar ni klu x silap sy mmg tgh dsiasat..

    BalasPadam
  47. di harap kes ni dapat diselesaikan segera kalau boleh sumbat anuar ni jail

    BalasPadam
  48. anuar ni byk kes tp masih terlepas lagi di harap dapat tangkap dia dgn segera.

    BalasPadam
  49. merlimau BN letak calon sapa?

    BalasPadam
  50. nnt nk tanya abg aku pasal anuar ni sbb dia kerja di SPRM

    BalasPadam