Selasa, 22 Februari 2011

PENCURI



 sajak pilihan ahli Cr.


Hati perempuannya dicuri,
oleh sekeping hati
milik lelaki berwajah manis.
Lalu pasangan hati itu
disangkut di celah dedaun,
sambil bersaksikan
sang sungai yang mengalir deras.
Bibir saling terkunci,
mata berat melepas pandangan,
mengharap pasangan hati,
pandai-pandai menyimpulkan ikatan.
Seisi rimba turut merestui,
bagaimana sekeping hati,
erpaut pada sekeping hati lain.

 
Oleh: Tengku Anita
2.5.2010 2010 Mei 16 12:51
Diterbitkan semula tarikh 21/02/2011






50 ulasan:

  1. SEDUTAN CERITA . SELEPAS DUN TENANG MENANG (BB)

    -Ternyata 1 Malaysia rakyat di DUN tenag telah buka mata tiga bangsa telah pun bersatu MIC dan MCA dibantu orang kawasan felda. Membuktikan temberang jangan dijual lagi . Fikiran rakyat tidak celaru lagi. Ternyata segala bukti.

    -Si hu! hu! Ahmad Sabu sekadar
    berani buat bantahan di kedutaan sokong pembangkan di Mesir, tetapi gagal memekirkan untuk bawa balik pelajar kita yang terkandas di Mesir. Hanya BN dan PM yang sedang berfikir bagaimana untung nasib mereka jika gagal dibawa pulang. Inilah cerita pembangkang cari publisiti murah, yang kita tetang pemerentah saudara Islam, carilah jalan berhemah, menyelesaikan masalah. Jangan pula pi goncang paggar nak tunjuk marah. Protes yang tak tentu arah.

    -Mester bean yang gah kata di Tenang beribu perhimpunan penyukong PAS memberi sokongan menapikan Tenag bukan kubu kuat BN ternyata meleset dan memalukan cakap lebih banyak pembohong dari merakah. Mereka juga tiru gaya BN Dr Rais Yatim membawa budaya kesenian di Tenang, yang hadir bukan orang tempatan, tetapi penyokong pembangkang termasuk orang DAP dan PKR, termasuk orang PAS dari luar kawasan.

    -Nek Aziz pula lebih suka solat hajat di surau bukit jalil untuk pasukan bola sepak Kelantan menang, daripada memikirkan banyak tumpuan untuk DUN Tenang. Sebab dia dah tahu, selepas GALAS dibawa dengan TENANG untuk dapatkan MELIMAU . Lagi pun bukannya kawasan DUN orang kita, tenang Ini memang kubu kuat DUN kempunyaan BN. Mengapa Mr. Bean buat sebuk.

    Kata Tuk Fa Pas punya ceramah x ramai dah ikut, mereka naik muak
    dengan kempem menhentam peribadi,
    ada yang kata kami tok seir tamabh
    dosa dengan bersubahat.

    BalasPadam
  2. JANGANLAH NAIK LAGI

    apa sudah jadi
    malaysia hari ini
    benda sudah jadi
    semua sakit hati
    mana pergi janji
    dulu kamu meterai
    kata kami didahului
    tengok apa sekarang jadi
    usah berdolak lagi
    kami tak tahan lagi
    usah buat kami begini
    wahai datuk menteri
    cuba fahami kami
    tak tahu mana lagi
    kami nak bawa diri
    tak tahu mana lagi
    nak adu nasib kami
    usah naikkan lagi
    harga keperluan kami
    hargailah kami


    Atan Yahoo
    sajak isu semasa

    BalasPadam
  3. WANGI

    awak busuk satu persepsi
    apa benar badan berbau
    deodorant terlupa disapu
    apa benar terlupa mandi
    terus sarung baju
    apa benar sekadar gurauan
    mainan kata semata
    rasa hati ditusuk
    layan segala perasaan
    luahkan segala di media
    mungkin hati puas
    biar satu malaya tahu
    engkau sebenarnya wangi
    wangi pada ketiak
    wangi pada nama
    tahniah buat kamu
    kamu sudah berjaya
    semburkan segala wangian
    busuk dalam hujan
    hujan tetap turun
    baik dalam wangi
    baik dalam busuk


    Balqish
    sajak utk boyfriend sy yg selalu bau badan dia agak busuk

    BalasPadam
  4. SIRAP MERAH

    Aku sudah tidak lagi berasa itu
    Sekelumit pun sedang lupus.
    Tak lagi berasa dulu cukup terasa.
    Hari ini hari akhir aku berasa
    kau datang tepat jam 6:45
    di restoran itu.
    waktu gelas penuh merah sirap
    sudah habis ku minum.
    katamu, maaf, aku terlambat.
    aku cuma tersenyum pahit, perit.
    kau minta dua sirap merah, pekat
    satu kau satu aku maaf kau lambat.
    aku dah kenyang tapi bukan
    dengan sirap merah kau.

    Abul Hassan
    sajak semasa berdating dgn awek

    BalasPadam
  5. HATI DAN RUSUK

    pada hari diri hampir rebah
    dipanah warkah kubesikan hati
    agar kebal dari termusnah
    kerana bila sampai saat
    kalam tulis menumpul
    tidak lagi mahu aku meraut diri
    dimakan asah tajamnya pisau
    sampai akhirnya tiada lagi
    sampai akhirnya mati hati
    ini deklarasi sepi,
    dari hati tiada segi.
    aku memilih untuk pergi,
    kerana aku bukan
    pemilik rusuk kiri.


    Mona
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  6. Cikgu Atan yahoo ! jangan naik lagi. Minta dipertimbangkan nampaknya macam tenat aje keadaan
    Sajak pasal barang naik memang memeningkan. Ini angkara Naray dan yahudi, bila enomi mereka
    Di cabar oleh cina mereka mula susah hati , cina akan memetas penguasai number 1 dunia . amarika
    Cari pasal guling Husni dan libya, Yaman, Iran dln. Cara tak langsung minyak pasaran dunia naik, kita Ada minyak pun ikut terjejas, tapi masih paling murah di Asia.

    BalasPadam
  7. Apalah Balgis kuorang tak ada sajak ke . bau ketiak bf pula kau tulis, aku pun kekadang bila datang
    Selsema, memang tak mandi, semua habis bau. Lepas dua tiga hari, okeylah. Tapi aku memang tak
    Keluar duk berkurung dalam bilik saja.

    BalasPadam
  8. Ini lagi seorang kena penyakit kawan atau gf lambat datang, merajuk. Sirap merah Dah habis minum , Apalah jadah si dia haram tak datang, mana tak hot kawan. Cari lain buat ganti. Macam mana kau nak khawin gf lambat sikit kau nak putus. Mungkin ada Hal yang tak dapat dielakan.

    BalasPadam
  9. Mak mah ini sajak dia mengancam juga, kisah hati walau pun wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, nabi adam,tak mudah patah , malah tabah hati besi, bagus mamak ini siapa dapat buat isteri. Anak dara boleh tiru gaya mak mah ini. Syabas mak mah.

    BalasPadam
  10. smoga BN menang la di merlimau nnt.. amin

    BalasPadam
  11. sajak merlimau? menarik boleh pinjam en nuri? cadang nak letak di pintu masuk tempat sy..

    BalasPadam
  12. merlimau ni melaka ke? ingatkan negeri sembilan

    BalasPadam
  13. sajak merlimau plak kali ni?

    BalasPadam
  14. merlimau? tempat tinggal sy tu

    BalasPadam
  15. smoga merlimau terus di terajui BN

    BalasPadam
  16. sajak utk kerdau xde ke en nuri?

    BalasPadam
  17. semoga merlimau BN menang! hidup BN!

    BalasPadam
  18. sajak jiwa2 plak tengku anita ni?

    BalasPadam
  19. sajak jiwa2 plak ke? aduh

    BalasPadam
  20. kenapa perempuan byk sajak jiwa2 plak?

    BalasPadam
  21. sajak pasal bf plak ke tengku anita

    BalasPadam
  22. jemu la asyik sajak jiwa2 je ahli kali ni

    BalasPadam
  23. yahudi rupanya bangsa yg cerdik

    BalasPadam
  24. ingatkan jepun yg cerdik rupanya yahudi

    BalasPadam
  25. yahudi bangsa yg kita kena contohi ni

    BalasPadam
  26. ingatkan yahudi ni bangsa teruk rupanya pandai

    BalasPadam
  27. kenapa tinta macam sanjung yahudi plak? kita kena boikot dorg ni

    BalasPadam
  28. sajak jiwa2 plak dari citra rsa?

    BalasPadam
  29. sajak jiwa2 pnya byk dari ahli? aduh

    BalasPadam
  30. btol tahniah kepada penduduk tenang!

    BalasPadam
  31. rakyat skrg dh pandai menilai dh skrg

    BalasPadam
  32. rakyat di tenang dh buka mata dh

    BalasPadam
  33. hu hud tu mm teruk rasa mcm nk belasah je dia

    BalasPadam
  34. si hu hu tu umpama tin kosong jer

    BalasPadam
  35. dorg smua x kenang budi duit kerajaan dorg boleh balik

    BalasPadam
  36. mr bean tu ada jgk di tenang sapa plak?

    BalasPadam
  37. mr bean kat negeri omputih dtg tenang buat apa?

    BalasPadam
  38. mr bean buat pengembara filem kat tenang ker?

    BalasPadam
  39. pembangkang mmg mcm tu selalu ambik org luar utk bgi ramai

    BalasPadam
  40. entah2 pembangkang yg menang ni kebanyakan pengundi hantu?

    BalasPadam
  41. hahaha nak tergelak nik aziz sembahyang utk bola plak?

    BalasPadam
  42. nampaknya PAS mmg susah nak menang smua kubu kuat BN

    BalasPadam
  43. PAS kalau nak menang pun jgn mimpi la

    BalasPadam
  44. apa pnya nik aziz ni nyanyuk ker? solat hajat kat bola plak? adoi

    BalasPadam
  45. btol2 aku sokong apa yg dikatakan geletek pagi!!!

    BalasPadam
  46. PAS xde modal kot? pusing2 yg tu jgk?

    BalasPadam
  47. bagus geletek pagi dedahkan lagi baru padan muka qulbai tu

    BalasPadam
  48. aku rasa pilihan raya akan dtg pun dpt kat BN

    BalasPadam
  49. pas boleh bermimpi je klu nk ambik merlimau dan kerdau

    BalasPadam