Ahad, 6 Februari 2011

ORANG ITU BUTA ATAU CELIK



sajak pilihan ahli CR.

Terlihat si buta
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah panggilan azan
Walau buta terang arahnya
Walau buta terang hatinya
Walau buta jelas matlamatnya
Walau buta celik akalnya


Terlihat pula si celik
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah kedai judi
Walau celik gelap arahnya
Walau celik gelap hatinya
Walau celik kabur matlamatnya
Walau celik buta akalnya
Dalam buta ada celiknya
Dalam celik ada butanya
Jalan lurus atau bengkok
Jalan terang atau gelap

Jalan sibuta atau sicelik
Celikkah kita atau butakah dia
Semua itu sehingga kini
Ia kekal menjadi tanda tanya...

OLEH: JALAL RAFZEE
cacatan sewaktu lepas bersahur
pukul 6pagi/2010 Ogos 30 06:31
diterbitkan semula 5hb/02/2011.





50 ulasan:

  1. Sambung dari ruang ulasan ke 50
    sajak bawah JANGAN SUMBUNG MA.

    Tertarik dengan cerita kena tindis
    oleh RAJA MUDA. di istana pun ada.

    - Cerita kena tindis ini, ada orang kata hantu tindis, memang dia ini datang dalam mimpi, lepas itu dia nak rolling kita, akhirnya dia pun tindis tidak bergerak, pekiklah minta tolong. sapa pun tak dengar, cuma ingat mati, lemas,bunyi uhhhh Agrakkk. saja. kalau ada orang sebelah bolehlah tolong gerak. lepas itu barulah kembali ke alam nyata, gerun pun ada.seram pun ada. berastaghfar

    -Waktu muda Saya kerap kena tindis sebulan dua tiga kali. jadi risau saya. Pandak kadir abang pupu dia
    kata hang bawa tahi besi, dan pisau pelit atau lipat bubuh bawah bantal.ini pun kurapat dan syirik juga. sebab percaya dengan tidak
    sama banyak aje. hendak elak dari di kacau hantu tindis, bubuh juga. kena kacau juga, dia tindis juga, mengarut saja, cuma kurang sikit.

    - Bagi pihak sains , mereka kata bila kita ada tekanan kerja banyak bebanan, mungkin, perjalanan darah kita sewaktu tidur mengalir kurang betul ke otak itu sebab tersekat, kita pun bergelut, jadi lemah bila peredaran darah sangkut sikit, bila kita di sentuh atau bergelut, ada pergerakan , lalu kembali normal.

    - tapi waktu saya muda, yang datang dalam mimpi duk mai tindis
    ini, selalunya perempuan, dia mai rolling stone pula. Selalu saya kalah...

    BalasPadam
  2. RAMBUT TERPACAK

    hebat sungguh hebat
    jalan biar berkepak
    kolar baju tegak
    rambut tinggi bercacak
    lari semua cicak
    takut jatuh tercacak
    jalan tegak-tegak
    jeling orang muka berlagak
    mungkin dia rasa dia yang kacak
    tak malu muka berseredak
    jalan biar berkepak
    badan nampak berketak
    baru senang memikat
    si gadis mata galak
    dapat apa dihajat
    terus hilang kelibat
    jadi haprak suka susahkan umat
    peningkan mak bapak
    peningkan masyarakat
    berguni bagi nasihat
    taknak juga bertaubat
    apa boleh buat otak sudah berkarat
    hidup makin sesat
    tunggu saja hidayat kalau sempat…


    Raja Muda
    sajak sinis sikit ni.. hehe

    BalasPadam
  3. DULU KAU AKU YANG PUNYA

    TERINGAT DULU SAAT INDAH
    TIKA DIA DAN AKU
    BERSAMA BERGANDING
    SEIRING SEJALAN
    AKU DIJAGA DIBELAI
    TERINGAT SEGALA MEMORI
    AKU DAN DIA
    KENANGAN INDAH
    SENYUMAN KETAWA
    SANGAT MANIS BERSAMA DIA
    TAPI ITU DULU
    TIKA AKU DIA YANG PUNYA


    Abul hassan
    sory semua ejaan jadi besar lupa nak adjust comp plak... sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  4. KENANGAN LALU

    aku teringat suatu saat
    tatkala leka mengimbau kenangan
    suatu saat sebuah kisah
    muncul di benakku
    suatu saat ku kira kenangan indah
    kenangan duka terlihat
    engkau di hujung sana
    berura-ura ingin menegurku
    lantas ku lari tanpa alasan
    ku jua tak ngerti
    mengapa harus ku pergi
    ku jua tak fahami
    mengapa kau mengejarku
    itu suatu saat detik
    waktu perkenalan kita
    hingga kini kau
    tetap terutama bagiku
    cuma beza kau sudah
    tiada lagi denganku


    Zain Issac
    sajak kenangan lalu

    BalasPadam
  5. MOYANGKU PAHLAWAN

    moyangku pahlawan terbilang
    mat kilau pahlawan pahang
    semua musuh pasti ditentang
    memang jaguh ditengah gelanggang
    memang juara di medan juang
    sampai mati jasa dikenang
    datukku ulama terbilang
    juga jaguh di tengah gelanggang
    tiada seorang mampu mengekang
    sampai mati jasa dikenang
    ayahku imam terbilang
    tinggi pekerti suara lantang
    juga jaguh ditengah gelanggang
    segala mungkar pasti dihalang
    jadi rujukan semua orang
    sampai mati jasa dikenang
    aku pula segala kurang
    cuma jaguh tepi gelanggang
    ilmu sedikit amalpun kurang
    nasib baik ku jadi orang…


    Keris Sakti
    sajak tentang salasilah moyang sy..

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    RAMBUT TERPACAK sajak nukilan oleh Raja Muda dengan pengucapannya yang
    Ternyata ada sadikit sinis tajam dengan keadaan situasi anak muda dini hari, yang suka sesuatu yang kelaianan. Dulu kalau disekolah, rambut tidak sikat kena marah, tidak kemas, kini pembaca berita pun rambut terpaca fesyen sarang ayam atau daun lalang. mungkin itulah mereka kata seni gaya orangmuda.Apa-apa pun jika kita orang timur ingalah kembali pada asalnya, jika Islam ingat kembali pada makrifatulah . Ada rasa keaianan mesej dari Raja Muda. Amin (TU)tp.

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    DULU KAU AKU YANG PUNYA sajak ciptaan sdra Abul Hassan dengan peceritaan Jiwa-jiwanya , pengucapannya menyenduh perkara biasa kisah rangmuda punya biasa, mungkin kisah lama yang pernah sama-sama bermesra dahulu. Kini Mungkin masing-masing mewmabawa diri. kini mungkin Cuma tinggal kenangan Sesekali datng mengusik jiwa. Apa-apa pun dwaktu itu semuanya manis dan indah belaka dipandang mata.kini semoga dapat segera mencari ganti. Amin (U) tk.

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    KENANGAN LALU oleh Zain Issac juga pengucapannya menceritakan terkenangan ke masadulu, hatiku merasa rindu, mungkinkah dapat bertemu padamu cahaya mataku. Itulah lagu A.R Azmi. Boleh mencuit hati siapa saja mendengatrnya. Sama juga sajak Zain Issac dia menolak tuah, mungkin ada hikmahnya , atau bukan hak kita, jika esok nak khawin hari ini tak jadi, semuannya ketentuan Allah swt. Yang telah pun tercatat di dalam luhmahput lagi. (telah pun ada tertulis diketetapan Allah) Amin. (U)tk.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MOYANGKU PAHLAWAN sajak nukilan Keris Sakti pengucapannya juga ada Kelainan yang menyentuh tentang salasilah keturunan nenek moyang kepahlawanan salah seorang melayu terbilang yang menentang kehadiran penjajah, diburu sehingga ke hutan Belantara, hidup dalam kesusahan demi mempertahankan tanah air tecinta. Walaupun ada orang lain menilai dari sudut lain pula. Tetapi itulah perjuanagn yang sepatutnya tidak boleh dilupakan dalam catatan sejarah tanah air kita. Amin (TU)

    BalasPadam
  10. jgn ingat kat istana xde hantu ada jgk kebanyakn hantu org dulu ka keturunan kami jgk

    BalasPadam
  11. kalau istana lama lagi byk hantu en nuri

    BalasPadam
  12. sy pun kerap kena tindih jgk msa muda skrg x dah

    BalasPadam
  13. apa tindih tu en nuri?

    BalasPadam
  14. sy kat oversea tindih2 xde la hantu kat sini lagi seram kebanyakan menjelma dpn mata sy pnh kena!!! nnt sy cerita bila cerpen en nuri dah hbis

    BalasPadam
  15. benar tu hantu tu kdg2 tindih sampai kita lemah 100%!! MMG GERAM PUN ADA...

    BalasPadam
  16. eh! mcm mana nak elak di kacao selalu?

    BalasPadam
  17. pasal kena tindih ni sy xpnh kena plak anak sy pnh la....

    BalasPadam
  18. tahi besi mmg hantu takut pisau belit tu kenapa plak?

    BalasPadam
  19. nnt nk cuba jgk la petua en nuri sb kerap jgk kena

    BalasPadam
  20. apa bnda roling stone tu en nuri? mcm jenama keret ayah sy saja

    BalasPadam
  21. ha! sokong en nuri kalau lelaku kena tindih selalu dgn betina kalau perempuan jantan yg tindih

    BalasPadam
  22. sy x brapa pasal benda ghaib ni sy rasa mngkin peredaran darah x btol agaknya

    BalasPadam
  23. sajak ketuhanan lagi nampaknya? hehe

    BalasPadam
  24. sjak ketuhanan saja en nuri letak sajak simbolik xde ker?

    BalasPadam
  25. kalau sy malam2 nk tido msti basuh kaki utk mengelakan di tindih

    BalasPadam
  26. hantu ni di mana2 pun ada x kira di istana pun ada.

    BalasPadam
  27. perempuan selalu kena histeri je jarang kena tindih ni

    BalasPadam
  28. mcm mana pengalaman di tindih? sy xpnh kena plak?

    BalasPadam
  29. hantu ni dia tindih org yg macam mana?

    BalasPadam
  30. ha! aku semenjak pindah gertak sanggul ni kerap kena tindih yela dh nama pun pendalaman selamat aku bukan keje pagi kalau x boleh letih....

    BalasPadam
  31. NI PETUA SIKIT UTK MENGELAKAN DARI DI TINDIH BILA KITA TERLALU LETIH TERLAMPAU???? JANGAN TIDO!!!!!! SBB BENDA-BENDA NI MEMANG SUKA ORANG YANG LETIH TERAMAT SEBAB SENANG DIA NAK TINDIH SEBOLEH-BOLEHNYA KALAU LETIH TERLAMPAU SANGAT TIDO KENA BERTEMAN SBB BAHAYA TIDO SORANG WALAUPUN WAKTU SIANG

    BalasPadam
  32. cadang nak bagi petua elak di tindih tp ayahanda aku kata dia dah bagi jd orang jgn lupa ikut yer

    BalasPadam
  33. seram plak cerita pasal tindih ni sbb bru semalam aku kena tindih

    BalasPadam
  34. selalu kalau kena tindih ni sesorang tu msti nampak mcm2 bayangan

    BalasPadam
  35. hantu dia pilih org macam mana dia nak tindih agaknya?

    BalasPadam
  36. sajak jalal menarik simbolik yg senang paham

    BalasPadam
  37. ha! kalau orang nak buat sajak kena tiru mcm jalal walau simbolik senang phm

    BalasPadam
  38. sinis jgk sajak jalal ni

    BalasPadam
  39. sajak jalal hebat klu masuk sayembara msti menang ni

    BalasPadam
  40. dulu sajak jalal hebat2 la skrg xthu la mcam mana

    BalasPadam
  41. sajak simbolik tp mudah nak phm

    BalasPadam
  42. sajak mcm jgn menilai sesorang hanya dari luaran saja

    BalasPadam
  43. tahniah jalal sajak anda menarik!

    BalasPadam
  44. sajak jalal sini dan agak tajam jgk? hehe

    BalasPadam
  45. eh! waktu siang pun dia tindih jgk ke? aku selalu kena siang

    BalasPadam
  46. hantu dia tindih org yg lemah semangat ker?

    BalasPadam
  47. selaunya yg kena tindih org laki pmpuan selalu histeria

    BalasPadam
  48. eh! sajak kali ni agak sinis dan simbolik tajam jgk kata anda ni jalal

    BalasPadam
  49. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    -Jingking perak: pisau pun dia takut juga asalkan besi , tembanga, emas, perak
    elok pakai cincin asal ada besi dekat badan

    -Baca macam jeffry jampi agaknya.

    - Saizul mi :vaKemenya habsi ini ada lagi, dia nampak macam getah berlekek
    lebeh kurang macam gula getah

    - Pak Kassim: mungkin hantu itu ingat dia nak kena buat gulai kut

    -orang yang selalu banyak tekanan mental atau banyak problum
    kerja berat atau terlalu keletihan.

    BalasPadam
  50. Padam
    Tanpa Nama Jalal Rafzee berkata...

    KUMPULAN A

    1.PUAN ROSNAH (TP)
    2.RAJA YASSIR(TK)
    3.MISS KIM CHEUNG(TK)
    4.USTAZ KAMARUDIN(TP)
    5.AHMAD HASNOL
    6.SUBHI SOOD
    7 SAUFI NGADIMAN
    8 HAJI MASQUR

    9.GELETEK MALAM
    10.JEFFRY
    11.USTAZ MAJUSI
    12.USTAZ ZULKAINAAN
    13.RAJA MUDA(TP)
    14 ABUL HASSAN(TK)
    15 ZAIN ISSAC(TK)
    16 KERIS SAKTI(TP)

    =================================


    ===perlawanan pertama===

    1.PUAN ROSNAH
    2.RAJA YASSIR
    3.MISS KIM CHEUNG
    4.USTAZ KAMARUDIN
    5.RAJA MUDA
    6 ABUL HASSAN
    7 ZAIN ISSAC
    8 KERIS SAKTI

    4 pemenang sahaja................


    ===perlawanan kedua===

    1.GELETEK MALAM
    2.JEFFRY
    3.USTAZ MAJUSI
    4.USTAZ ZULKAINAAN
    5.AHMAD HASNOL
    6.SUBHI SOOD
    7 SAUFI NGADIMAN
    8 HAJI MASQUR

    4 pemenang sahaja....

    ================================

    jd antara 16 orang di kumpulan A sy akan pilih 8 sahaja pemenang utk bertanding lagi


    ===harap qalam dan en nuri paham pertandingan sayembara ni berlangsung====

    2011 Februari 6 16:28

    BalasPadam