Khamis, 10 Februari 2011

MASA AKAN MENCERITAKAN



 diketika itu


Sejarah bisa mencatatkan
waktu pula akan menentukan
bila tiba saja masa dan saat nanti.

Setiap kerja yang mungkar
jangan pula cuba dimakrupkan
setiap kerja yang haram dan batal
jangan pula di halal dan disyahkan.

Kerana hari-hari dan waktu
tidak bisa mendustai catatannya
sejarah akan membuktikannya cerita.

seorang berwajah tampan
jika perbuatannya jahat dan keji
pastilah  ramai yang membencinya

seorang berwajah  tidak kacak
tetapi perbuatannya sangat disenangi
pastilah orang ramai sayang menyukainya.

Begitulah lumrah kehidupan,
masa tetap akan menceritakan segala
pada catatan lipatan sejarah yang silam
bagi satu pengajaran yang patut buat tauladan.


Oleh: Nurimanja,
tanggal 12 januari, 2010.
sejarah tetap akan menceritakan.






50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 19. tarikh: 02/20011
    ____________________________________________________________________


    Ali canon tersentak dan mengengam rambutnya, sambil memulaskan mukanya keatas Ternya dia seorang anak gadis yang manis dan cantik jelita, sepatutnyalah dia puteri dari alam bunian. “ Tetapi kau mesti ingat!Jangan cuba menganggu manusia seperti aku lagi!” Ali canon melepaskan cekakkan rambut panjang mengurai anak gadis itu.


    “Saya tidak pernah menganggu sesiapa , cuma tubuh saya dimasuki makhluk halus si languir itu yang mengarahkan saya. Sekarang dia sudah keluar dari tubuh saya, saya juga tidak boleh terbang lagi. Terima kasih! Terima kasih, saya sedia menjadi suruhan dan hamba abdi kepada tuan!” (nah pandai pula orang bunian yang dirasuk hantu langsuir itu bercakap dalam bahasa malaysia ) Kata anak gadis itu, penuh terharu.


    “Ada satu soalan lagi?” kata Ali canon penuh berani, sambil memecet kedua pipi anak gadis bunian itu bagaikan geram nampaknya. Ali canon merenung muka anak gadis itu dan meletakkan jarinya di dagu anak gadis itu, sambil berkata. “Jadi kau jugalah yang menjelma menjadi kucing putih di siang hari, dan memukau aku dengan haruman bungan dari hutan rimba itu?” tanya ali canon agak tinggi sadikit suaranya.


    “Ya! Benar, hantu languir itu yang mengarahkan saya untuk menganggu tuan, malah saya juga dipukau dan mengikut apa sahaja arahan dan kemahuannya. Saya tidak bersalah, maafkanlah saya, cuma roh dan jasad saya ditawan, tetapi saya tidak sampai hati untuk cuba melakukannya , kerana saya, saya sukakan tuan.” anak gadis itu memberi satu pengakuan yang berani dan nampak sekali akan kebenaranya.


    “Baiklah hari sudah hamper siang , jika kau tidak bertukar wajah menjadi saekor kucing putih berbulu gebu itu, aku akan bebaskan kau, jika kau bertukar juga, aku tidak akan melepaskan kau, aku akan tambat dan ikat kau di batang kayu mati itu.sehingga matari menjelang tinggi.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. MESIR

    jembalang apa merasuk
    jembalang tanah?
    jembalang api?
    hingga tergamak buat begitu
    tiada pernah terduga
    sanggup kau korban segala
    wadah suci milik kita
    itu bukan semulajadi kita
    itu sifat haiwan melata
    mengapa biarkan ia beraja
    mana akal warasmu
    mana nilai insanmu
    mana hilang manusiamu
    mengapa jadi haiwan
    buas tanpa sempadan
    terjah tanpa sekatan
    di bumi suci, Mesir
    mubarakkah yang salah
    atau tangan lain meredah
    agenda siapa agaknya…


    Syed Faisal
    sajak isu semasa

    BalasPadam
  3. TERIMA KASIH DATUK SERI

    itulah yang kita mahu
    itulah yang kita tunggu
    rakyat mesti didahulu
    memang itu perlu
    pedulikan apa orang kata
    pedulikan apa mereka kata
    kata sudah dikota
    pasti tiada terkata
    siapa kata kita miskin
    siapa kata kita sengkek
    harta kita makan tak habis
    minyak kita tak pernah habis
    pasti cukup kita isi
    walau berulang berpuluh kali
    kita kan pengeluar minyak
    apa nak kesah sangat
    cuma harga terus meningkat
    apa boleh buat
    terima kasih datuk seri
    kini si ibu tidak menangis lagi
    anak di mesir sudah kembali…


    Encik Mahatdir
    sajak tentang pergolakan di luar negara

    BalasPadam
  4. MAKI

    rasa mahu memaki
    masih sabarkan diri
    simpan dalam hati
    walau menyeksa diri
    takut terlepas nanti
    pasti ada yang mati
    mati bukan sebarang mati
    akalnya mati lidahnya mati
    ini bukan pertama kali
    dah masuk tiga kali
    dah kupesan berkali-kali
    masih juga buat tak reti
    bahasa apa kau fahami
    mahu kuguna bahasa parsi ?
    bila sengkek aku kau cari
    dah kaya kau hilangkan diri
    buat-buat tak reti lagi
    bayarlah balik babi!
    haaa… kan dah kena maki
    kurus pahala hari ni…

    Najwa Tamrun
    sajak sy marahkan seorang rakan

    BalasPadam
  5. KATAKAN TIDAK

    katakan tidak
    pada bisik rayu durjana
    pada pujuk rawan pendusta
    bujukan makhluk sesat
    lagi menyesatkan
    usah biar hanyut
    usah biar terleka
    oleh nikmat sementara
    oleh manis seketika
    oleh sari madah berhelah
    yang sentiasa dihidang
    di hadapan kelopak mata
    di kiri kanan lurah hidup
    di atas singgahsana darjat
    di belakang lorong nesta gelap
    katakanlah kepada semua


    Ayob Zakaria
    sajak tentang lorong gelap di tempat sy

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Tiga buah saja ada cerita yang tersendiri kerana untuk memilih salah satu sajak dari Dua orang ini (setelah Pak haji dikeluarkan) kini cuma tinggal dua antara MESIR dan TERIMA KASIH DATUK SERI. Akhirnya terpaksa buat undian. Pertama Pak Haji pula yang terkeluar, kini yang tinggal Cuma dua. Syed Faisal dengan Encik Mahtdir

    Meninjau dari pengucapan sajak dan skop yang dibicarakan agak besar dan luas.Dua-duanya boleh diterima tetapi ternyata sajak Mesir lebih menekan kepada kemarahan kepada pencabulan kata Fitnah dan sumpah seranah sang dalang yang membuah tohmah. Untuk mendapatkan Lebih pahala. Ada baiknya kita menilai sesuatu yang positif dari maki hamun yang agak negetif. Biarkan mereka dengan labunya. Kita berkempen dengan cara yang baik Dan digemari rakyat. Nescaya mereka akan terpikat. Insyaallah . Amin sekadar layak Untuk (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Dengan ini undian penilaian telah jatuh kepada encik Mahatdir untuk dicalunkan dan terpilih (YU) untuk mewakil seyembara seterusnya. Amin. Pengucapan sajak yang bertajuk: TERIMA KASIH DATUK SERI terdapat penceritaan kita hidup patut juga berbudi bahasa dan mengenang budi. Jangan contohi sikap tidak pandai berterima kasih sesame manusia. Jauh sekali untuk cintakan tanah air, semangat negetif ini jika kita tanam pada jendarasi muda kini, Negara kita, akan sering kali bertukar tangan, Seperti apa yang berlaku dinegara luar,lihat akhir sekali untuk
    membangunakan semula sesuatu yang sedang berjaya, akan memakan masa yang lama. Kini tidak hairanlah negara kita merentas masa mengejar dan mengatasi negara maju yang sering sahaja bersengketa. Amin . layak untuk dicalunkan (TU).

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Sajak Najwa Tamrun mengambarkan kemarahannya bila kesabarannya sudah memang tidak dapat lagi dibendung, sesekali kita fikirkan untuk mencari pahala, membantu kawan , keluarga dan sapa sahaja, tetapi bala pula yang kita dapat. Oleh itu berhati-hali bila kita memberi pinjamanm. Ramai kawan, banyak kerenahnya, mungkin dalam seribu satu, dua yang boleh percahaya. Carilah kawan yang beriman luar dan dalam. Pasti hidup dan persahabatan kita akan aman.semoga bersabar atas apa saja ujian. Amin. sekadar layak untuk (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak yang hamper sama dengan Ah chong semalam, membicarakan tentang kupu-kupu malam yang srering berkeliaran. Cukup amat menyedehkan jika ada berlaku di Kalangan orang Islam. Hudup hanya memperjudikan nasib menjual maruah dengan harga mujurah. Dijalan yang berdebu, penuh kutu-kutu, menanti ibu-ibu hantu,datang dengan senyap sepi , menanti dengan hati-hati, Itu sedutan sajak lagenda en nuri yang Bertajuk: Jalan Yang Berdebu. Semoga yang terlibat kembali bertaubat. Amin sekadar layak untuk (U)

    BalasPadam
  10. ali conan di minati oleh puteri bunian rupanya? hahahha

    BalasPadam
  11. eh! dia suka kat ali canon la

    BalasPadam
  12. mcm mana dia pandai cakap melyu? hairan btol

    BalasPadam
  13. sian ali conan asyik seksa je puteri tu..

    BalasPadam
  14. kalau aku jd ali conan aku minta dia kwin dgn aku? hehe

    BalasPadam
  15. eh! boleh plak langsuir tu kawal badan dia?

    BalasPadam
  16. mcm mana lagnsuir tu kawal bdan dia plak?

    BalasPadam
  17. langsuir tu pukau puteri bunian tu rupanya

    BalasPadam
  18. ni la di katakan pukau atas pukau? hehe

    BalasPadam
  19. semua main pukau2 jer...

    BalasPadam
  20. apa la ali conan ni nk buat dgn hantu tu agaknya?

    BalasPadam
  21. puteri tu dh minta maaf masih nak seksa dia lagi ke? kejam btol ali conan ni mcm mana aku boleh suka kt dia plak dlm cerita ni

    BalasPadam
  22. selalunya puteri bunian cantik2 minta kwin je la.... hehe

    BalasPadam
  23. kenapa dia nak minta puteri tu bertukar jd kucing balik?

    BalasPadam
  24. kesian kena cekak rambut? kena cekak dagu? hehe

    BalasPadam
  25. agaknya dia bertukar x bila siang nnt? hehe

    BalasPadam
  26. eh! jd dia xde kuasa la lagi..

    BalasPadam
  27. nampaknya hantu dah lari dia jd manusia normal semula la nampaknya?

    BalasPadam
  28. kenapa dia marah kalau pmpuan tu tukar jd kucing/

    BalasPadam
  29. eh! hantu tu pegi mana lps dia lari dari jasad bunian tu?

    BalasPadam
  30. dia ni bunian rupanya ingatkan langsuir btol td...

    BalasPadam
  31. apalah nasib dia nanti? ali conan sembelih ke x?

    BalasPadam
  32. kenapa marah sgt kat bunian tu sian dia..

    BalasPadam
  33. ali canon ni dayus la sbb pukul pmpuan

    BalasPadam
  34. x sabar nk thu lagi apa smbungan kisah ni

    BalasPadam
  35. agak2 ali conan maafkan dia x?

    BalasPadam
  36. eh! rasanya klu ali conan minta kwin dia terima x?

    BalasPadam
  37. kenapa x minta kwin je ali conan ni?

    BalasPadam
  38. puteri bunian pun suka kat dia kawin je la snang

    BalasPadam
  39. ape la kesudahan nnt semakin berdeabr ni

    BalasPadam
  40. apalah ali canon ni maaflah puteri bunian tu lagipun dia dh jd manusia

    BalasPadam
  41. eh! kenapa panggil ali conan tuan plak?

    BalasPadam
  42. dia x bagi thu kat kawan2 dia lagi ker?

    BalasPadam
  43. apalah nasib bunian ni nnt dia penggal agaknya

    BalasPadam
  44. eh! adakah dia lepas atau dia bunun bunian ni?

    BalasPadam
  45. dlu kesian kat ali conan skrg kesian kat bunian ni plak?

    BalasPadam
  46. ali conan masih x lepaskan bunian tu ker?

    BalasPadam
  47. was2 jgk adakah bunian ni baik atau jahat?

    BalasPadam
  48. kalau dia kwin dgn ali conan boleh dpt anak ker?

    BalasPadam
  49. harap2 dia x bunuh puteri bunian tu?

    BalasPadam