Rabu, 16 Februari 2011

KENAPA AKU DICAMPAK






Nah! mudah sahaja
kenapa aku dicampak
di tengah jalan?
di tepi longkang?
di dalam parit?
aku tidak bersalah
kalau tidak suka pun
masukan dalam bungkusan
campakan dalam tong sampah

Demi kebaikan anda
elakan longkang sebak
saluran paritan tersumbat
air sungai naik melempah ruah
empangan air pun pecah melempah
bila hujan lebat banjr pun melanda
boleh menimbulkan malapetaka
membahayakan harta dan nyawa
menyusahkan anda semua.


Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
berapa bulan lalu hujung januari, 2011.






50 ulasan:

  1. Dengan laptop tua kini; Saya semula
    Sambung siri seram langsuir siri
    ke 22. Akhir direngkakan ceita kta en nuri.

    KEESOKAN paginya kelihatan Ali canon dengan anaknya berjalan codong ryong kletehan setelah sehingga ke pagi berjaga malam kerana ditakui diganggu languir itu lagi, tetapi Kerana masih ada lagi saki baki bekalan peralatan pengandang pada Ali canon. Dan pada sepanjangan malam hantu langsuir itu gagal untuk mendekatinya sekadar berlegar di atas pokok kayu ara dan meranti tua.

    Bila anaknya Seri Bunian telah sedar dari teromanya yang amat sangat, barulah Ali canon menceritakan apa kah yang sebenarnya telah berlaku. Dia juga meminta maaf kepada anaknya kerana selama ini mendiamkan atau menymbunyikan rahsia ibunya yang sebenar .

    Melihat keadaan anaknya yang begitu terharu dan sedeh dia mengambil keputusan untuk meninggalkan teatak tumpangannya selama ini dan terus kembali lagi ke kampehingga kini di perkatakan orang Ali canon membawa balik anak hantu. Setelah dia dewasa mayarakat sekeliling sering melihat saekor kucing putih yang selalu berkeliaran di pinggir kampung itu.

    Bila Ali canon telah meninggal tinggal Seri Bunian seoang diri di rumah aruah nenekanya ibu bapa Ali canon yang telah lama meninggal dnia. Masyarakat kampong mengelarnya anak hantu. Malah ada yang mengelarkannya puntianak . Kampung puntianak kini maikekal di serawak.

    Kerana tertekan dia hidup bersama dengan saekor kucing putih yang bermata sayu di kepung oleh orang kampong dan telah pun membunuh kucing putih itu Tidak lama kemudian ramai orang menceritakan meeka menemui banyak kucing brkliaran bila di ekati ia hilang. Akhirnya inamakan Kucing ibu negeri serawak kini.

    Akhirnya tidak ada siapa pun yang berani mengur siapa dengan Sei Bunian. Orang kampung dan masyarakat sekeliling telah memulaunya. Dengan zman yang tidak mengenal agama kerana tertekan. Dia mengambil kepuusan terjun ke dalam lobok di sebatang sungai. Kini dia dikenali dengan nama lobok Antu di srawak. (Al maklum al tamat kisah donging miteri rakyat) jangan percaya nanti gila…


    TAMAT/ 16/02/2011.

    BalasPadam
  2. KUMPULAN C

    1 AH CHONG
    2.ENCIK MAHATDIR
    3 HAJI MASQUR
    4 RAJA MUNIR
    5 INSPEKTOR HALIM
    6 SAIZUL MAIZAV
    7 ZAINAL ARIFIN
    8 USTAZ MUDA

    BalasPadam
  3. ADAM DAN HAWA

    Tuhan ciptakan cinta untuk Adam,
    ketika langit syurga,
    tidak lagi menghidupkan,
    seri di hati Adam.
    Pertama kali Adam melihat Cinta,
    matahari memberi senyum,
    hangat memeluk dua roh,
    yang memandang dan dipandang.
    Cinta dihadirkan sebagai senjata,
    untuk bertarung dengan sunyi.
    Dan Cinta itu hingga kini,
    diturunkan dari satu jiwa,
    ke jiwa yang lainnya,
    dalam satu kitaran sampai saat manusia kembali ke FirdausNya.


    Encik Mahatdir
    sajak tentang nabi adam

    BalasPadam
  4. KAMU MAHUKAN AKU?

    kamu mahukan aku?
    apa ada padaku
    apakah kerana hartaku
    yang nyata hanya sekadar waktu
    jika hilang lesap hartaku
    apa kau masih mahukan aku
    apakah juga kerana parasku
    jadi igauan waktu tidurmu
    jika nanti muncul kedut seribu
    apa kau masih mahukan aku
    apakah juga kerana keturunanku
    orang bangsawan penuh kurnia
    darjat tinggi penuh mulia
    jika nanti hilang kemuliaan itu
    apa kau masih mahukan aku
    apakah juga kerana agamaku
    yang membimbing jalan hidupku
    jika kerana itu aku terima kamu
    kamulah pilihanku


    Raja Munir
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  5. TERMENUNG MALAM

    Malam itu aku merenung,
    Malam sebelumnya aku termenung,
    Malam esok? petah mengagumi alam,
    jari-jari indah tertawa melihat
    kelibat sang arjuna
    Apakah pepatung sudah mula merajuk,
    menantikan kepulangan
    sang rama-rama kesayangan
    dulunya bersama-sama kesana kemari
    cuma akhir-akhir ini hilang
    sudah, punah, hancur lulur,
    manik berlian di sudut hati
    Dan pabila terhunusnya jelingan
    tidak takut bayang sendiri Sayup..

    Ustaz Muda
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. AKU BUKAN TUHAN

    hitam putih cuma pilihan
    menjadi kota kita di dalamnya.
    undur maju pilihan cuma
    menjadi bidak di dalamnya kita.
    kemampuan apakah lagi
    kesanggupan bagaimanakah pula
    harus tertulis cerita dewa dewi?
    aku bukan Tuhan mampu pegang
    setiap warnamu yang hilang itu
    detik ke detik hapus selamanya.
    selamat malam sang pelangi pergi.


    Ah Chong
    sajak tentang dewa-dewa

    BalasPadam
  7. pegandang ni apa bnda?

    BalasPadam
  8. pokok merantai mcm mana bentuk dia?

    BalasPadam
  9. eh! kjab! btol ke ni asal usul nama2 di sarawak sy bru thu je ni

    BalasPadam
  10. eh! biar btol en nuri mcm ni asal usulnya?

    BalasPadam
  11. sepanjang sy tinggal sarawak xpnh dgr pun cerita ni?

    BalasPadam
  12. eh! ni ke sebenarnya asal ususl saeawak??? nnt nk tanya org tua sy

    BalasPadam
  13. eh! ni bru pertama kali sy dgr mcm mana en nuri thu sedangkan sy anak jati sarawak pun xthu

    BalasPadam
  14. ada ke kat sarawak nama pontianak?

    BalasPadam
  15. oh cerita ni semua berlaku di serawak rupanya

    BalasPadam
  16. nnt sy cuba nak tanya org dulu2 pasal asal usul nama tempat disarawak

    BalasPadam
  17. eh! rn nuri dpt mana cerita ni? sy xpnh dgr pun?

    BalasPadam
  18. eh! selama ni sarawak byk hantu rupanya

    BalasPadam
  19. sumpah sy xkn pegi kt lubuk antu bila dgr en nuri cerita mcm ni sbb mak angkat sy tinggal sana

    BalasPadam
  20. eh! bunuh kucing 1 timbul lagi byk! pelik

    BalasPadam
  21. patutlah nama dia kucing rupanya cerita lagenda sarawak

    BalasPadam
  22. biar btol ni cerita lagenda di sarawak????

    BalasPadam
  23. MAAF BUKAN SY KATA EN NURI TIPU CERITA NI TP SUSAH NAK PERCAYA JGK BETOLKAH NI LAGENDA ASAL USUSL SERAWAK?

    BalasPadam
  24. mula-mula sy x mhu percaya cerita ni tp nmpk mcm logik jk asal usul serawak dari langsuir

    BalasPadam
  25. walaupun sy xthu pun asal usul tempat2 di serawak wlpn sy tinggal lama di sini tp sy percaya cerita en nuri sbb mmg logik jgk

    BalasPadam
  26. anak hantu? mcm cerita dalam TV plak anak pontianak...

    BalasPadam
  27. eh! ali conan ni masih ada bapak dan mak ke? ingatkan dia sebatang kera

    BalasPadam
  28. la.. xde sapa ke nk kwin dgn seri bunian??? sian dia...

    BalasPadam
  29. dia bunuh diri kat lubuk ke en nuri? tu tempat sy selalu lepak dgn kwn2 lps ni tobat xmhu pegi

    BalasPadam
  30. eh! kenapa kucing tu hanya berkeliaran saja di luar rumah?

    BalasPadam
  31. cerita ni susah nk percya tp nmpk menarik

    BalasPadam
  32. berdasarkan kisah benar ke en nuri?

    BalasPadam
  33. cerita ni buat dalam asisgment aku tentang asal usul tempat di sarawak best ni

    BalasPadam
  34. selamat nama dia bukan seri suri klu x jd anak hantu la aku

    BalasPadam
  35. eh! jd teratak tu tinggal mcm tu je la?

    BalasPadam
  36. cerita lagenda sarawak rupanya

    BalasPadam
  37. sy ingat cerita dongeng rupoanya btol2 plak..

    BalasPadam
  38. eh! sian kenapa panggil anak hantu bukan anak bunian?

    BalasPadam
  39. akhir sekali dia bunuh diri? mayat dia x jmpa ker?

    BalasPadam
  40. dia bunuh diri masa umur brapa en nuri?

    BalasPadam
  41. kenapa x tangkap balik bini dia tu

    BalasPadam
  42. eh! klu cabut paku mmg dia berubah jd kucing ke?

    BalasPadam
  43. menarik cerita ni klu benar la cerita ni boleh sy ceritakan kps cucu sy

    BalasPadam
  44. eh! bunian tu akhir sekali mmg jadi hantu buat selamanya la?

    BalasPadam
  45. itulah kwin berlainan makhluk x kekal lama

    BalasPadam
  46. smoag cerita ni jd iktibar kpd kita supaya jgn pndai2 kwin dgn langsuir kwin la dgn manusia...

    BalasPadam
  47. ADAM DAN HAWA sajak Encik Mahatdir penceritaanya bersahaja dan terlalu biasa Mengmbarkan kejadian Adam dan Hawa kepada khalayak. Bagaiman allah mensalurkan persaan cintanya mereka di antara saru sama lain . Dimana sebum ini kita Tahu Adam selalu resah gelisah kerana keseorangan , ;a;u Allah cipta hawa dari pada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok . Sebab itu dengan perempuan tidak boleh kita berkeras , kena lemah lembut belay dengan mesra. dikhuatir akan patah jika kita cuba berkeras dan kasar.Amin. Layak hanya untuk (U)tk.

    BalasPadam
  48. KAMU MAHU AKU sajak daripada Raja Munir tajuk mengucapannya bagai bunyi bahasa Indonesia. Penceritaannya juga terlalu biasa dan lumrah kehidupan manusia yang sering memburu kebendaan, Tentu ramai yang datang mengoda . Apa tah lagi, punya kedudukan dan keturunan, harta benda yang luar biasa.pastnyai menjadi idaman anak-anak gadis jelita. Tetapi bagaimana jika semuanya tiada? Tanya si penulis pula. Contoh seperti sultan johor telah mengeluarkan zakat hartanya sahaja satu juta. Bagaimana dengan Hosni Mubarak x dengar keluar zakat pun hartanya 70 beliun. Hari ini dibekukan wangnya. Apa pun bagi seorang ada kerabat dan darjat perlu lebih berwaspada. Solat hajat dan istikharah sebelum menentukan jodoh atau calun untuk isteri yang benar ikhlas taat dan setia.. Amin! Kerana ada persaingan hebat , Sekadar layak untuk diberi (TU)tp.

    BalasPadam
  49. TERMENUNG MALAM sebaiknya malam bermenung . penceritaannya agak biasa saja , mungkin mengambarkan akan seseorang yang selalu ditinggalkan kekasih .tetapi bila diketahui ada orang lain pula memujanya, terasa hati hancur luluh . tetapi sekadar senyuman keksih yang menutup kesilapan bolehkah dibiarkan begitu saja.. kini dilanda penyakit bermenung panjang. Semoga cari sesuatupenganti yang lebih baik dari segala kebaikan. Tidak lagi perlu bermenung panjang.Masih terdapat ayat yang kurang jelas dan tetap pengucapannya contoh (jari-jari indah ketawa) Amin layak untuk (U)tk

    BalasPadam
  50. Oleh:Ah Chong sajak tentang dewa-dewa/16 Februari 2011 4:49 PM
    AKU BUKAN TUHAN sajak oleh sdra. Ah Chong ada kekuatannya yang tersendiri Menceritakan tengan kelemahan manusia tidak standing dengan Tuhan yang kita sembambah, apa bangsa dan agama di dunia ini mereka percaya Ada nya Tuhan yang mereka sembah, Cuma cara dan gaya tangkapan kepercayaan agak berbeza dan berlainana sadikit. Apa-apa pun pengucapan si penulis menceritakan manusia cuma perlu memelih akan kehidupannya sendiri, baik atau buruk terpulang pada diri sendiri. Kerana kita bukan tuhan yang mencipta makhluk di dunia ini. Pilihlah warna kehidupan yang sebenar. Mudur maju, kita yang menentu.Syabas! Layak untuk dicalunkan tetapi tewas dalam pilihan undian kepada raja munir . kini Cuma layak (U)tk.

    BalasPadam