Ahad, 13 Februari 2011

KAWANKU LANGIT DAN AWAN



sajak pilihan ahli Cr,


bila kawan dengan langit
walaupun cantik biru
sedarlah ia takkan selalu cerah
bila kawan dengan awan
walaupun putih cerah gebu
tapi kadang-kala hitam

tapi biarlah aku suka kawan
dengan langit dan awan sekalipun
sebab tiada yang sempurna
sebab aku sama tidak sempurna
tak adil rasanya aku tidak sempurna
mahu sesuatu sempurna jadi kawanku
kawan yang memahami ada chemistery
bagi aku itu yang terbaik.


OLEH: NUR ATIKAH
minta maaf en nuri dan qalam
sy pun teringin jgk nk hntr sajak harapen nuri dapat terima
Diterbit semula tarikh; 10/02/2011





50 ulasan:

  1. PLAYGIRL

    halus tutur terkesan
    wajah manis senyuman
    lenggok gaya menawan
    buat semua tertawan
    bikin semua senang
    terus hulur umpan
    pantas umpan terkena
    terus sentap seganasnya
    habis licin diseka
    tiada langsung sisa
    playgirl mata RM
    hebat penuh sandiwara
    lakonan tahap dewa
    mantap tiada cacat
    buat semua melekat
    hanyut dibuai impian
    hanya tinggal harapan
    pisau cukurnya tajam
    mengikis dalam kelam
    sorok dalam diam
    tiada nampak hitam
    jaga-jaga semua
    dia sudah datang…


    Ah Chong
    sajak buat pelacur di tempat sy hehe

    BalasPadam
  2. MERENG

    apa lagi kau bising
    bikin kepala pening
    telinga rasa berdesing
    berpusing macam gasing
    usah cepat melenting
    menyalak macam anjing
    malu orang keliling
    semua dah mata juling
    tahulah kau orang penting
    jalan tiada seiring
    jangan nak tunding-tunding
    lengan baju disinsing
    jangan cuba nak kencing
    aku belum mereng
    jangan nak tunjuk taring
    nanti lumat kugiling
    jadi makanan anjing…


    Hambali Maliki
    sajak rasa tak puas hati

    BalasPadam
  3. DI ALAM FANA CINTA

    sayup dari kejauhan
    lagu merdu jadi siulan
    jadi halwa di telinga
    suatu masa dahulu
    hingga saat ini
    lagu itu tetap segar
    tetap jadi peneman
    kala diri terasa sunyi
    bagai sudah sebati
    di alam fana cinta
    kini tinggal kenangan
    bersama perginya bintang
    saat bintang itu kembali bersinar
    namun bintang itu terus malap
    dan terus padam
    menyahut panggilan tuhan
    penentu segala ketentuan

    Puan Zainab
    sajak kenangan sewaktu muda-muda dahulu kala

    BalasPadam
  4. HOI!

    Hoi! kau yang terdiam
    tidak bolehkah kau
    berkata-kataaku teriak
    dengan bangganya
    mujurlah kau tak melawan bodoh?
    siapa yang bodoh?
    aku atau kau? kemudian
    kau berkata padaku engkau itu
    bersifat penipu engkau binatang
    Hoi! jika kau melakar
    detik hitam maka bertukar
    psikologi manusia
    masa dan tak tentu arah
    selingkuh maupun berpanah
    ego seorang wira
    mati bersama wataknya
    jika kau melakar
    detik hitam maka bertukar
    pemikiran psikologi manusia

    Sufian Al Zahri
    ketika melawat tempat kerja dahulu

    BalasPadam
  5. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Sajak Pb. Sdra.Ah Chong walau pun lebih kurang sama dengan Lee Yap Hui pengucapannya cuma bersahaja, tidak begitu menyengat ataupun mantap, untuk menghidupkan bunyi ayat-ayat puitis. Tapi ada cerita dan maksud yang mudah ditangkap khalayak .Justeruitu anda layak utuk dicalunkan (TU)

    Kerana pengucapan puisi atau sajak adalah teguran yang membena, bukan menghina dan mencela, ilham\yang tuhan beri atau dipinjamkan sementara kepada kita, sebaiknya disalurkan Kejalan kebenaran, ketuhan, masyarakat, seperti mengingatkan, ada pengajaran, selain jiwa-jiwa dan banyak lagi yang masih ramai ahli Cr dan Pb belum lagi menerokainya. sebaiknya disalurkan ke atas kesedaran untuk minda berfikir. Elakan sajak menghentam, sender atau sinis orang lain. Demi mengindah dan memurtabatkan pengucapan bahasa puisi itu sendiri yang dikatakan indah dan menarik.

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pengucapannya bagai ada sesuatu yang kurang menyenangkan pada tempat kerja atau pada sesaorang, untuk mengelak dari rasa tertekan dan seperti apa yang telah berlaku
    kepada haji Ghamidi. rasanya kita sepatutnya mengambil pengajaran. Yang benar tetap benar. Tuhan itu ada, malaikat pasti akan mencatat segala. Biar mereka dengan budaya mereka tetapi orang ramai atau rakyat akan dapat menilainya. Mungkin mereka tersilap dunia yang mereka kejar, kematian yang sedang menunggu. Semoga kita bersama.Amin Cuma layak untuk (U)tk.

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak mengenang dari Puan Zainab agaknya. Mungkin mengingati cerita-cerita yang lalu kepada sesaorang yang begitu asyik dalam dunia fana cintanya. Tetapi mungkin kemesraan tidak lama,sidia dijemput kembali, mungkin tuhan lebih sayang padanya.
    Kini terasa segalanya bagai lampu malap dan terus padam. Inilah erti menelai ujian Tuhan untuk hambanya mengukuhkan iman akan diambil apa yang kita sayangi. Semoga tabah hati. Amin . sekadar layak (U) tk.

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pengucapannya berbunyi bagai marah berpanjangan. Tidak ada lagi salam melaikan Hoi!(budaya mereka x jawab salama) Inilah juga satu fenomena penyakit masyarakat kita yang menyerang orang diangkasa yang
    konon memuja sang rang bulan. Biarkanlah mereka Sufian Al Zahri. Semoga mereka baca cerita dulukala si luncai terjun dengan labu-labunya. Atau cerita lebai malang dengan dua kenduri yang terlepas. disini (dunia) tak menentu Di sana (akhirat) pun belum tahu. Hanya gah mengatakan mereka dirastui Allah. Di dunia sudah kita dapat menilai diri, di akhirat lagi susah tuhan hendak terima pakai. Viger! Kami menyahut pesan PM hentikan menghentam peribadi lawan. Mereka kata kita dapat pahala. Qalam beri anda cuma layak untuk (U) tk.

    BalasPadam
  9. seram plak cerpen ni

    BalasPadam
  10. seram plak cerpen ni

    BalasPadam
  11. aku rasa sajak aku boleh menang ni.... rasanya

    BalasPadam
  12. semalam kwn sy tersingkir hari ni klu sy tersingkir habis la hrp2 sajak sy di terima qalam

    BalasPadam
  13. mcm tips saja sy nk menang kali ni sbb ahli nampaknya semua hebat2

    BalasPadam
  14. sajak aku sah msti kalah pnya sbb ringkas sgt aku buat

    BalasPadam
  15. rasanya ahli boleh menang lagi ni sbb semua org hebat2 ada..

    BalasPadam
  16. sajak sy di harap dapat memuaskan hati qalam sbb sy buat mmg puitis tu

    BalasPadam
  17. nampaknya kali ni aku dikellilingan org hebat2 habis la mcm mana nak menang ni?

    BalasPadam
  18. sajak sy tunggang langgang sikit tp rasanya qalam boleh phm

    BalasPadam
  19. wah! nampaknya baru la jmpa org hebat2 kali ni

    BalasPadam
  20. pertandingan sajak semakin sengit sbb ramai org hebat2 masih bertahan

    BalasPadam
  21. sajak mcm sedih je en nuri?

    BalasPadam
  22. sajak jiwa2 ker ni?

    BalasPadam
  23. kenapa ruang ni kosong je? mne isu politik?

    BalasPadam
  24. eh! xde politik ke kali ni?

    BalasPadam
  25. kenapa politik xde en nuri?

    BalasPadam
  26. kenapa xde isu politik en nuri?

    BalasPadam
  27. kenapa ruangan ni kosong jer?

    BalasPadam
  28. isu politik mne en nuri?

    BalasPadam
  29. eh! xde sapa sumbang ke isu semasa?

    BalasPadam
  30. rasa mcm tgk drama plak cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  31. cerpen en nuri buat filem msti best sbb lain dari yg lain sikit

    BalasPadam
  32. xsangka btol dia rupanya bunian?

    BalasPadam
  33. makin lama makin menarik plak baca cerpen en nuri ni terhibur

    BalasPadam
  34. mmg lain dari yg lain sbb selalunya langsuir ni di kaitkan dgn pmpuan mati beranak en nuri buat di kaitkan dgn bunian plak?

    BalasPadam
  35. kenapa kosong je kat sini mne isu politik?

    BalasPadam
  36. sajak apa ni simbolik ke?

    BalasPadam
  37. sajak kali ni mcm jiwa2 je en nuri/

    BalasPadam
  38. politik dh xde ker?

    BalasPadam
  39. kenapa kosong saja kat sini politik xde ker?

    BalasPadam
  40. hantu ni keturunan bunian rupanya?

    BalasPadam
  41. eh! org bunian buang dia hantu plak yg ambik? mmg pelik.. hehe

    BalasPadam
  42. cerita ni jd x seram rasa seronok plak baca? hehe

    BalasPadam
  43. eh! mne politik ni?

    BalasPadam
  44. mcm sajak kanak2 je atikah ni? hahahhaa

    BalasPadam
  45. patutlah atikah x masuk sayembara sajak mcm bdk2 jer... hehehehehe

    BalasPadam
  46. sajak atikah ni lain sikt dari yg lain

    BalasPadam
  47. mcm org gila je atikah ni ada plak yg kwn dgn benda alam?

    BalasPadam
  48. sajak en nuri dgn atikah ni jiwa2 ker?

    BalasPadam
  49. sajak atikah ni simbolik jgk ni

    BalasPadam
  50. atikah ni kecewa sgt agaknya sampai xnk kwn dgn manusia nak kwn dgn benda alam plak?

    BalasPadam