Sabtu, 26 Februari 2011

JARUM PENITI




Orang-oang Arab
takut pada riba atau bunga
tetapi simpan wang di bank Swiss
wang itu diternak dan beranak-pinak
orang kapir dan orang Yahudi mengambilnya
membuat senjata moden membunuh orang-orang Islam
Ternyata apa yang kita lihat di Asia barat hari ini.


Kini lihatlah!
saudara kita Husni Mubarak!
Berbelioun simpan di bank konvensional
yang untung wang ternak dan beranak-pinak itu
bukan untuk membantu kesusahan saudara orang Islam
tetapi untuk menyerang memusnahkan apa yang dinekmati
dengan menyembeleh dan membunuh saudara Islam sendiri.
 


Oleh: Nurimanja,
catatan apa yang dilihat,
tanggal seminggu lalu February,2011





50 ulasan:

  1. _________________________________________________________________



    Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
    SPRM terima aduan Selangor seleweng RM80,500


    2011/02/25
    SHAH ALAM: Satu laporan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)semalam bagi membolehkan suruhanjaya itu menyiasat dakwaan satu lagi penyelewengan kerajaan negeri membabitkan salah guna wang rakyat berjumlah RM80,500 kerana
    membiayai Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu.

    Laporan dikemukakan Pemuda UMNO Selangor dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bersama dokumen daripada Menteri Besar Incorporated (MBI) dan dokumen Hotel Armada Petaling Jaya.kedua-dua dokumen terbabit dikatakan ada kaitan dengan
    pembayaran yang dibuat kerajaan negeri menerusi akaun Maybank Berhad bagi penginapan 100 perwakilan PKR pada 24 November tahun lalu. Salinan dokumen itu juga disebarkan kepada media.

    Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal, berkata pihaknya dan GAPS membuat aduan bagi mendesak SPRM menjalankan siasatan terperinci mengenainya kerana percaya kerajaan negeri menyalahgunakan wang rakyat.

    Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada kerajaan negeri untuk membongkar lebih banyak penyelewengan.

    "Kami menerima banyak aduan mengenai penyelewengan kerajaan negeri pimpinan Part menambah lebih 10 kes penyelewengan sudah didedahkan sejak PKR mentadbir Selangor. Ungku Md Salleh berkata, tindakannya membongkar penyelewengan itu bukan atas arahan Kerajaan Pusat atau UMNO tetapi atas rasa tanggungjawab.

    "Rakyat terkejut dengan pelbagai penyelewengan yang berterusan dilakukan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    “Penyelewengan terbaru ialah salah guna wang rakyat untuk membiayai penginapan 100 perwakilan kongres PKR pada 26 hingga 28 November tahun lalu,” katanya pada sidang
    media, di sini.

    Beliau kesal kerana harta rakyat Selangor sebelum ini diberikan kepada kumpulan pencuri pasir disusuli salah guna wang bagi membela Ahli Dewan Undangan Sri Muda angkara didakwa menderhaka kepada Sultan Selangor.

    BalasPadam
  2. 80 00 nk buat rumah kos rendah ke? sampai byk sgt tu

    BalasPadam
  3. rasanya dorg nak buat filem kot sampai 80 000 plak? hahaha

    BalasPadam
  4. byk sgt duit tu buat apa la agaknya

    BalasPadam
  5. curi duit rakyat la tu sampai 80 000 byk sgt tu!

    BalasPadam
  6. sah msti ada penyelewangan kat sini

    BalasPadam
  7. byk gila sampai 80 000? klu 50 000 boleh tahan lagi

    BalasPadam
  8. duit tu dorg buat benda lain plak?

    BalasPadam
  9. inilah namanya x amanah dorg songlap mcm tu jer

    BalasPadam
  10. sepatutnya rakyat patut saman kerajaan negeri

    BalasPadam
  11. sepatutnya sebelum buat apa2 kena ada senarai bagi membuktikan duit tu hilang ke mana

    BalasPadam
  12. kerajaan patut siasat ni nnt lebih byk hilang

    BalasPadam
  13. ni kerajaan negeri mana ni? selangor ker?

    BalasPadam
  14. sian rakyat di tipu bulat2

    BalasPadam
  15. rakyat patut bangkit membawa dorg ke muka pengadilan

    BalasPadam
  16. duit tu hilang ke mana plak?

    BalasPadam
  17. pelik jgk pnya byk duit di selewengkan

    BalasPadam
  18. patutlah dorg jd jutawan rupanya curi duit rakyat

    BalasPadam
  19. ha! duit mana dorg ambik? x berkat klu xthu asal usulnya

    BalasPadam
  20. mereka ni terdesak sangat sampaikan duit rakyat pun di songklap! teruk btol

    BalasPadam
  21. amat memalukan duit rakyat pun di ambil

    BalasPadam
  22. ni msti kejadian di kerajaan selangor sbb ada curi pasir

    BalasPadam
  23. gila tamak btol sampai 80 000!

    BalasPadam
  24. 80 000 brpa pnya org yg ambik?

    BalasPadam
  25. ni semua kerja ahli PKR atau PAS?

    BalasPadam
  26. dulu kes seleweng duit anak yaim skrg duit rakyat plak?

    BalasPadam
  27. manusia semakin tamak snggup buat apa saja walaupun haram

    BalasPadam
  28. apa nk jadi kt dorg ni x malu ke mkn duit rakyat?

    BalasPadam
  29. sedap sgt ke makanan dia nak bagi makan tu sampai 10 000?

    BalasPadam
  30. rasanya dia bagi makan emas? berlian? perak? gangsa? intan? dan tembaga agaknya

    BalasPadam
  31. puitis jgk sajak bdk kcik ni

    BalasPadam
  32. sajak pasal dalam kelas je rupanya

    BalasPadam
  33. teringat plak masa zaman skola bila bca sajak badawee ni

    BalasPadam
  34. sajak pasal jd ketua kelas rupanya

    BalasPadam
  35. teringin plak nak skola balik bila baca sajak badawee ni

    BalasPadam
  36. mbest plak baca sajak zaman skola rindu sekola la plak?>

    BalasPadam
  37. mmg amat melucukan sajak muahamad badawee. ni

    BalasPadam
  38. sajak mcm bdk tadika jer.. hehehhe

    BalasPadam
  39. sajak kenangan ke badaweee?

    BalasPadam
  40. sajak zaman skolah rendah ke menengah?

    BalasPadam
  41. DI MANA JANJIMU?

    di waktu aku paling perlu mengesak,
    di mana kamu?
    di petang aku paling serabut,
    di mana kamu?
    di senja paling merah yang hilang serinya,
    di mana kamu?
    di ketika paling mengasak begini,
    di mana kamu?
    di mana kamu yang berjanji?


    Datin maimun
    sajak tentang kemarahan kepada sesuatu

    BalasPadam
  42. KAMU LELAKI HEBAT

    kamu lelaki hebat
    apa ada pada kamu
    hanya kamu yang tahu
    juga mereka-mereka itu
    yang senantiasa pujamu makin ramai
    yang malas bersepah masih hebat?
    kamu memang hebat
    kerjaya tinggi kualiti
    kesihatan tahap tertinggi
    kewangan tetap mantap
    gaya ketrampilan cukup hebat
    hubungan sesama gigih terjalin
    apa lagi yang perlu
    aku memang hebat
    bagaimana hubungan dengan tuhan?
    biasa saja hebatkah kamu? entah…


    Muhamad Badawee
    sajak tentang org yg suka berlagak

    BalasPadam
  43. KALIMAH DUSTA

    subhanallah
    alhamdulillah
    allahuakbar
    alunan makin kurang
    bibir sedikit ucapkan
    fikiran tiada teringat
    yang meniti di bibir
    yang banyak terucap
    kalimah dusta
    i love u
    i miss u
    i need u
    siang... aku sayang kamu
    malam... aku rindu kamu
    pagi... aku benci kamu
    masih hijau belum matang lagi
    lupa lagi...


    Angker 13
    sajak tentang isu semasa yg lupa tuhan

    BalasPadam
  44. IKUT SUKO DEN

    ikut suko den
    apo ekau peduli
    den nak melantak duo pinggan
    apo ekau kesah
    ado den kesah
    den tak mintak duit ekau
    poie kek sinun
    jangan kacau den laie
    kalau ekau nak sikit
    cakap botul botul
    den bulih bagi
    jangan main sindir-sindir
    den ado hati perasaan
    hati ekau den jago
    hati den ni ha
    cubo ekau jago samo
    jangan main sodap mulut
    kan den cili karang
    baru ekau sodar
    humang aiii
    dio buek laie
    nah kepalo ikan
    makan sampai habis
    ekau tu kucing....

    Ungku Zubir
    maaf qalam aku buat sajak bahasa nogori sembilan percubaan saja kan ni selingan

    BalasPadam
  45. Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

    Sajak Puan datin Maimun ini nampaknya semacam mara kpada sesaoang dalam keadaan yang tertentu. Mungkin pemandu atau orang gajinya. Tidak mungkin pada datuk pula tetapi jikalau hendak lepa geram boleh juga. Kalau janji selalu saja lewat. Selalu orang yang bergelar Puan Datin ini, sering diserang cemas dan susah hati. Al maklum, pangkat datuk rata-rata berwang. Silap hari bulan ada saja mambang yang datang. Dipujuknya datuk hilang terbang. Bukan nak cakap main-main selalunya begitu. Walaupun bukan semua. Tetapi yang datang itu montel dan tubuh melintuk liuk, datuk mana yang tak telan air liur…. Maaf gurau.

    BalasPadam
  46. Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

    Muhamad Badawee ini seorang yang kuat tabgligh sajak sini dalam dakwah agak kasar. Akan tetapi begitulah sebaiknya nak mengajar orang degil sumbung dan angkuh hidup di dunia ini. Tuhan pun kekadang beri amaran keras juga kepada orang-orang yang mungkar. Memanglah tak berguna walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Kata nyanyian budak-budak kelas tadika; Sepohon kayu.

    BalasPadam
  47. Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

    Angker 13 ini kalau main bola, jadi pemain simpanan. Memang benar lewat kebelakangan ini, aku elalu saja tenguk gaya budak-budak lepak dan gam ini. Jumpa kawan bagi salam, janji tempat mana nak berdengung, Insyaallah, tenguk jambul atau Baju kawan bagus sikit subhanallah.Waktu berdengung tarik nafas tolak pula tangan ke langit. Dia tanya kawan dia, hang nampak? Hang Nampak dak? Kawan dia kata: Aku tak nampak apa? Dia kata Allahuakbar. Awak hang bodohnya, Yang kita khayal itu… Boohh!!

    BalasPadam
  48. Sajak selingan Citarasa ulasan oleh Tinta dan Viger

    Ungku Zubir bunyi macam orang nogri aja? Den nak makan berapa pinggan pun biarkanlah apa yang kalian nak gaduh ha. Den punya duit den punya suka la. Kalau nak makan sama mari den boleh belanja , jangan duk perli. Hati sapa yang tak marah. Den kuat kerja den pun kenalah kuat makan.Apa konanya jang?

    BalasPadam