Sabtu, 5 Februari 2011

JANGAN SOMBONG MA



sajak pilihan ahli CR.


Kilat petir rebut
Taufan tsunami mendung dah reda.
Sekarang cuaca dah cerah
Cuma kadang hujan turun juga
Aku bawa payung kau Tak ada kan?
Mari sini kita kongsi
Janganlah jadi bodoh
Jangan sombong nanti kau basah
Sakit demam kau yang susah.
Lain kali jangan sombong lagi ma
  

OLEH: JESSICA LEW
12pagi
penang/2010 September 16 12:09









50 ulasan:

  1. SUAMIKU DAN MUZIK

    seperti membiar ikan berenang cetek
    melihat lelaki itu tanpa musiknya,
    semacam merenung helang diikat kaki
    keterbatasan memijak tekak suara.
    maka bagaimana hendak
    aku bisikkan pada dia
    aku rindu sama bunyi-bunyinya,
    aku laparkan gemersik suara
    dia menderai malam seperti dulu
    aku secara bersihnya tidak tahu.
    dunia sudah minum sampai kering.
    aku ini terpaksa
    berebut-rebut untuk meneguk dia.
    kasihan benar, wahai kekasih beta.
    keji benar sekalian maya dan raga.
    aku pujuk tuhan dikembali-hidupkan,
    semoga dia semula elektris pesona,
    sebab dia memang ikan di laut
    dermaga, air dan ombak besar adalah jiwa dia.
    Dunia jangan ratah suami aku. kasihan dia.


    Maisarah An Nisa
    sajak utk suami saya

    BalasPadam
  2. sekadar berkongsi saja

    JAMPI PANGGIL HANTU RAYA

    Hei si hantu raya
    Jembalang angin
    Aku tahu asalmu
    Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
    Makanan engkau telur ayam
    Mari engkau
    Mari makan benda-benda ini.
    Hei si hantu raya
    Mari kau bersahabat
    Mari menjaga diriku
    Engkau taat perintahku
    Ikut segala perintahku.
    Hei si hantu raya
    Menyerupa engkau serupa aku
    Menyerupa engkau dalam diriku
    Jangan engkau langgar perintahku
    Jikalau engkau engkar
    Aku panah engkau
    Dengan panah berpanah
    Panah sakti
    Panah rajuma


    =JAMPI Pemanis sireh=

    Hei sireh kau daun nan lembut,
    Daun cerah batang bersinar,
    Makanan malaikat empat puluh empat,
    Bukan kelatmu sebarang kelat,
    Airmu pahit penyeri muka,
    Kau penyeri wajah,
    Berseri muka anak adam.

    BalasPadam
  3. BELUM SEMPURNA

    dalam hati ada yakin
    dalam jiwa ada rasa
    dalam diri ada tahu
    dalam perasaan ada mahu
    tapi dalam minda ada keliru..
    satu pandangan penuh makna
    lenkung senyuman penuh rahsia
    ungkapan bisu melencong nada
    rentetan rindu penuh cerita
    tentang luka menawan cinta
    tentang lalu yang selalu ada
    masih belum bermula…
    masih punya erti punya tika
    masih punya hati untuk dirasa
    masih punya waktu
    untuk disentuh
    tapi aku tak punya masa
    mencipta apa yang tiada
    kerana yang wujud
    masih belum sempurna adanya….

    Sharifah Al Habsi
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  4. LEPASKANLAH

    lepaskanlah setiap terkurung itu
    bebaskanlah setiap tersimpan itu
    aku ingin tembus jauh ke dasar
    aku ingin hadir jauh ke dalam.
    separuh darimu
    membahagiakan separuh dari aku.
    tanpa sembunyi
    ruang bundar hitam putihmu
    memberi tanpa kata-kata
    jujur dan dalam
    memeluk hatiku tanpa melepaskan.


    Faridah Jamsari
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  5. KERIKIR TAJAM DIBAKAR

    kerikil tetap tajam
    merah hanya warna
    dalam tanpa ruang.
    aku hanya di puisi ini.
    besi itu adalah aku
    dipanggang bakar
    garing di dalam nyala api
    dijirus air meresap jauh dalam
    mengesan berkali-kali
    ditempa untuk satu rupa seluruhnya
    aku membakar dalam
    satu kalimat kesabaran.


    Haji Ghafur Hamdi
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    SUAMIKU DAN MUZIK, oleh Maisarah An Nisa pengucapan penuh delima rasanya. Penceritaannya mungkin cerita lama agaknya. Semaca si suami begitu ghairah memuja bulan, sehingga tersasul lupa daratan. Begitulah akibat keyakinan yang cukup menguda mengunakan lambing keagaamaan, sebenarnya syaitan lebih mengusai segalanya. Itulah yang kita rasai bila takabur, ujub. riak dan syam,ah menguasaii diri, tanpa sedar kita telah dipengaruhi. Lalu cakap orang lain tidak diperduli lagi,sebenarnya bukan mereka menyokong parti berteraskan Islam, tetapi parti pak haji. Apa pun doa seorang isteri diberkati. Kini tenyata kebenaran telah pun menyebelahi anda. Bersyukur kepada Allah, kerana dengar nasihat mak bapanya sendiri, memelih sesuatu yang ikhlas dalam pekerjaan seharian. Amin (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    Sajak bertajuk: BELUM SEMPURNA sdri Sharifah Al Habsi mengambarkan satu suasana pegangannya yang masih rapuh dalam soal bermain kemesraan , apatah lagi lewat kebelakangan ini berbagai cerita yang agak mengerikan tentan kisah cinta, menjadikan hati jadi hambar dan tawar untuk menilai cerita orang muda dalam dunioa fatansianya. Akhir si penulis cuma dapat menilai belum masanya lagi, dan masih terlalu belum sempurna untuk memikirkan, cerita alam bercinta dan berumah tangga. Apa-apa pun terpulang kepada keadaan jika ada ketentuan Allah, segalanya terserah! Amin (TB)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LEPASKANLAH suara hatimu begitu tajuk sajak daripada sdri Faridah Iamsari. buat sajak menilai erti kata hati terasa ingin minta dilepaskan dan dibebaskan jangan dibiar terkurung di dalam dada, katalah sesuatu yang mungkin boleh memberi keyakian buat si penulis, kalau boleh biarkanlah dirinya menjadi sebahagian dari dirimu, agar apa hati dapat merasakan apa yang telah dirasa, biar terang, tanpa sembunyi, putih atau hitam nyatakan kebenarannya. semoga hati ini dapat bersama dalam kemesraan yang diharapkan.sidikt banyak ada juga perasaan menyentuh jiwa dan raga. Amin (B)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KERIKIL TAJAM DIBAKAR sajak seorang yang veteran bersimbolik ternyata cubamenceritakan apa yang tersurat dan tersirat pada pengucapanya yang sinis bersahaja. Sesuatu yang sudah dikenali berguna, ianya tetap berguna, walaupun cuba ada pihak yang mahu menyalah gunakan kemampuan ketajamannya , dia tetap pada keasliannya walaupun cuba dipermainkan, tetapi pada kebiasaanya bukanlah senjata itu yang di nilai atau mata kerikil tajam dibakar yang digerunkan , tetapi pada kesabaran hati itu baik pada penguna atau pembuatnya. Kerana hati masih ada kemampuan untuk diri menahan bersabar. Amin (TU)

    BalasPadam
  10. sajak jessica plak tersiar? tahniah!

    BalasPadam
  11. thnkz en nuri kerana menyiarkan sajak semalam nk jawab semalam xboleh msuk penuh...

    BalasPadam
  12. jessica pilih sajak siapa plak?

    BalasPadam
  13. sajak ni macam ada simbolik sikit la nampaknya

    BalasPadam
  14. menarik sajak jessica ni pengajaran jgn sombong dgn org

    BalasPadam
  15. mcm sinis jgk sajak jessica ni

    BalasPadam
  16. isu politik xde ke en nuri?

    BalasPadam
  17. lama xde politik bila nk letak semula?

    BalasPadam
  18. isu politik ke isu semasa xde ker?

    BalasPadam
  19. sajak jessica ni nampak mcm simple je tp mcm ada makna tersirat

    BalasPadam
  20. btol tu jessica kalau sombong basah kuyup la kita

    BalasPadam
  21. SAJAK JESSICA NI UMPAMA PERIBAHASA MALU BERTANYA SESAT JALAN

    BalasPadam
  22. mmg sajak penuh makna tersirat jessica ni

    BalasPadam
  23. jalal pilih sajak siapa plak ni?

    BalasPadam
  24. harap2 jalal nnt pilih sajaka ku plak selepas jessica pilih sajak dia

    BalasPadam
  25. eh! menarik sajak jessica ni sinis bunyinya.... ha! jessica ni masih single ke?

    BalasPadam
  26. huh! jampi panggil hantu raya pun ada!!! biar btol kau ni jeffry!

    BalasPadam
  27. ni mcm dah lari akidah siap panggil hantu raya plak jampi ni

    BalasPadam
  28. nampaknya kena boikot jeffry ni sbb jampi2 hantu raya plak dia bagi?

    BalasPadam
  29. ni jampi syirik ni jeffry siap ada hantu raya plak?

    BalasPadam
  30. jampi pemanis sireh boleh la ikut yg hantu raya tu dh menyimpang dari agama ni

    BalasPadam
  31. nampaknya jeffry ni semakin menjadi plak nk sumbang pun jgn la sampai seru hantu raya plak?

    BalasPadam
  32. jeffry ni seperti menyukutukan Allah saja sbb panggil hantu raya

    BalasPadam
  33. ni dh khurafat ni jeffry

    BalasPadam
  34. minta maaf semua lupa nak bagi tahu jampi ni bukan seru hantu raya tapi JAMPI NAK HALAU HANTU RAYA DALAM BADAN PESAKIT

    BalasPadam
  35. jeffry ni org islam ke? sbb teruk sgt sampai puja hantu raya plak?

    BalasPadam
  36. di harap jgn ikut jampi jeffry ni sbb jauh menyimpang disisi agama sbb pakai khidmat hantu raya

    BalasPadam
  37. jampi panggil hantu raya mmg aku xkn baca tp jampi pemanis muka boleh cuba

    BalasPadam
  38. ape ni jeffry ko berubat selama ni pakai hantu raya ker?

    BalasPadam
  39. jampi pemanis muka saja boleh ikut yg 1 lagi seram aku...

    BalasPadam
  40. apa la jeffry ni siap bagi mentera seru hantu raya! jeffry dah gila!

    BalasPadam
  41. kenapa sampai nak seru hantu raya plak jampi serapah ni

    BalasPadam
  42. best jampi jeffry ni aku nk cuba la malam ni

    BalasPadam
  43. nnt aku nk hantar hantu raya dgn jampi jefffry ni sbb aku ada masalah sikit dgn along kat tempat aku ni

    BalasPadam
  44. eh! ni jampi ke sajak? kalau hantar kat sayembara boleh menang ni... hahahaha

    BalasPadam
  45. x berdosa ke nak cuba jampi jeffry ni?

    BalasPadam
  46. jampi serapah ni org islam boelh cuba ker?

    BalasPadam
  47. eh! jampi hantu raya ni kalau baca hantu raya ada sebelah ke jeffry?

    BalasPadam
  48. kalau jampi seru wali ke? org bunian ker? aku nak jgk cuba kalau hantu raya xmahu la...

    BalasPadam
  49. takut nk baca jampi takut solat x diterima 40 hari plak

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    - Jaffery ini kekadang betul bentul juga. cerita minta tolong lain daripada Allah boleh sangkut. tetapi minta makhlukhalus itu
    keluar, kalau x keluar kau akan dilaknat Allah okeylah! Dalam
    hidup kita di kampung pendalaman ada benda begini, segala macam hantu ada, termasuk juga manusia jadi hantu. Kini Jeffry sudah perbetul tajuknya: Menghalau hantu....(ralat saja)

    - Termasuk siri langsuir, memang saya malas nak siar mungkin boleh keluar aqidah, jangan percaya x berapa masuk akal, saya tulis ini waktu rumaja, cerita ini saya dapat waktu budak lagi, mak saudara yang cerita. Kini dia masih ada, di kemunting taiping.

    Apa yang mengejutkan. berjalan dia bongkok, anak saya takut nak
    jumpa. Macam nenek kebayan, uban putih semua kepala.berjalan bawa parang, keliling rumah dia semacam masuk utan. tinggal dua beranak saja. tapi masih kuat. Guest mesti tahu agaknya?

    - Gambar hiasan langsung tak kena dengan tajuk sajak yng diterbitkan.
    kerja Tinta Agaknya tangkap muat. harap maklum

    BalasPadam