Ahad, 27 Februari 2011

JANGAN MERATAP DIA BUTA DAN TULI



sajakpilihan ahli Cr.


Aku mencoba lagi menatap matamu
Sungguh tusukan yang menyakitkan
Seempat kulihat rembulan sembunyi
Dan kau pun sempat mengakuinya
Meskipun hanya melalui tamparan
sampai sekarang tersisa bekasnya
Kau kata aku membunuh satu musim
Dan itu membuatmu kehilangan
kesempatan merapatkan kesempat
Tak mungkin berhenti satu titik
Dan kau pun mulai memaki
Mulutmu tak mampu lontar sombong
Entah menangisi siapa atau apa
Sementara deru kehidupan
semakin dekat mencumbu kematian
Adaku karena aku akan menyadarinya
Bukan kau, bukan pula dia...
Malam kau rayu untuk menjadi siang
Sayap-sayapmu malaikat terbang
Semua nama kini tak ada beza
Dosa dan pahala pun lebur
Mari kita segera pergi
Sebab tempat ini penuh kemunafikan


 
Oleh: Jengking Perak
1.3.2010
Pulau Pinang
Diterbitkan semula 28/02/211






50 ulasan:

  1. CERITA RAKYAT EDUNIA ONGING RAKYAT NEGRI CINA BERTAJUK PAPAN MERAH. OLEH: NURIMANJA.
    Dicerita dan ditaipkan semula secara bebas Oleh: TINTA AZIMAD

    Siri Pertama

    PADAِ ZAMAN DAHULU. Ada sebuah kampung di pendalaman di negeri Cina , Ada eorang ibu tunggal tua yang tinggal bersama anak lelakinya yang pemalas untuk membantunya turun ke ladang. Begitulah pekerjaan mereka rata-rata di kampung itu pekerjaan mereka cuma berkebun sayur.

    Anak muda ini bernama Ah Ling. Dia seorang pemuda yang kacak tetapi malas bekerja di kebun. Hari-hari kerjana cuma menyabung ayam dan berjudi. Jika ayamnya meang adalah dia sadikit wang , kemudian dia pergi pula berjudi sampai dua tiga hari baru dia pulang ke rumahnya.

    Tinggallah ibu tua ini seorang diri dalam keadaan yang selalu uzur dia merangkak juga turun ke kebun diBelakang rumahnya itu. Nyonya tua ini selalu saja sakit-sakit dan deman urat sarap kerana selalu melakukan Kerja yang berat, seperti menyangkul dan menanam keledek, ubi kayu dan jagung manis, sayuran yang lain.

    Kekadang ibunya deman sampai dua tiga hari, terlantar di rumahnya, matanya berpinau-pinau, kepalanya memuing bagai tonang trbalik, rasa bagai duduk di dalam kapal dipukul gelombang besar, kemudian nonya tua muntah, pahit keluar dari uncang perut melalui rengkongnya. Berpeluh selepas muntah, urat perutnya bagai nak putus, seorang dirilah dia bergelut dengan kesakitan.

    Kalau Ah Ling balik dia bertambah kecut an takut lagi. Kerana Ah Ling sering saja memarahi dan akan memukulnya, kalau dia tidak ada wang hasil jualan ubi keledek, ubi kayu dan jagung, dan sayuran dari kebunnya. Jika ada seringgit dua habis diberinya kepada Ah Ling buat modal berjudi di pecan kecil.

    Pernah satu hari nyonya tidak dapat berkebun kerana sakit tua, pada hari itu teruk nyonya tua dibelasah oleh Ah Ling, dipukul, disepak dan ditendangnya semacam bola, menyeritlah nyonya tua meminta tolong, tetapi tidak ada seoang jiran pun yang berani memberi pertolongan.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. 32 PERSERTA LELAKI


    1 en sanusi
    2 jalal rafzee
    3 hambali maliki
    4 asyar mujid
    5 sufian al zahri
    6 zainal arifin
    7 haji hamdan
    8 haji khali
    9 harimau berantai
    10 ustaz saad
    11 ustaz rahman
    12 ustaz muda
    13 ustaz sahzan
    14 ustaz majusi
    15 ustaz zaidi
    16 ustaz kamarudin
    17 ustaz omar sharif
    18 karim ghani
    19 abang
    20 nabil quldi
    21 tinta bayu
    22 hamba allah
    23 capricorn
    24 malik wariya
    25 lukiee
    26 vijay kumar
    27 raju linggam
    29 saizul maizav
    30 abul hassan
    31 mozaire
    32 jalil janggut

    BalasPadam
  3. AWAN PATUH BERARAK

    apa pula irama indah
    tuhan labuhkan diberi aku untuk mengganti bintang dulu mati
    rupanya kubur itu belum dihuni
    maka dengannya aku dijumpa semula
    ihsan tersangat aku kasihkan
    lalu apa pula perlu aku kebumi
    akan lagu yang mengindah
    hari seorang aku sudah tak hilang
    aku dendangkan membawa pulang
    bintang ku yang belum mati
    matahari yang lama bersembunyi
    lagu hari-hariku aku kenangkan
    selama awan patuh berarak bersama
    disayang tuhan diberi sempurna
    aku ini pasti juga tuhan kasihkan
    begini kisahku dikata,
    selama mana merasa syurga
    selama itu juga aku merasanya.


    Haji Hamdan
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. KIRIM BUNGA

    waktu aku kirimi bunga ros untukmu aku ingin jadi lelaki jujur.
    setelah bunga ros itu
    lerai dari tangkainya
    aku akan tetap lelaki yang dahulu.
    tak tercari olehku akukah,
    atau dirimu itukah
    yang harus kubenci.
    sedang cermin yang kugantung
    di daerah sini tak termampu olehku,
    jika berdarah di kaki ini.
    kerana kucuba hadir
    dengan kendiri pelindung
    tak sanggup dimusnahkan
    oleh benciku sendiri.


    Asyar Mujid
    sajak jiwa2 plak hehe

    BalasPadam
  5. INTERLOK

    kita manusia lemah
    tiada mampu memilih semuanya
    ketika hanya satu pilihan ditentukan hari-hari yang panas
    menjadi gusar seluruhnya
    saat petangnya disayapi kelam pasti
    kata-kata adalah senjata
    paling sakit sewaktu ia membunuh.
    satu demi satu lebur
    di jambatan hari
    manusia bercakap
    kerana mulutnya mampu
    banyak bercakap tapi ilmunya tiada.
    Sejarah lalu bagaimanakah
    YB itu plak ingin menafikannya !


    Ustaz Saad
    sajak simbolik

    BalasPadam
  6. KESAKITAN

    kepada merahnya ros kesakitan ini,
    membusungi ke sudu menyilang kesemua kepercayaan milikku.
    kelelahan menghitung kelopakmu
    mendekatkan banyak mimpi.
    terpecah jalur realiti
    menghantarkan kembali
    ke daerah kesaktian kata - adil.
    benarlah kepada aku tiada pernah
    meletakkan kesakitan pada tempat

    Tinta Bayu
    sajak jiwa2

    BalasPadam
  7. di harap qalam pilih 2 lelaki dan 2 perempuan sahaja utk sayembara perempuan lawan lelaki ni jangan ambik x seumbang sbb sy dh susun elok....

    macam mana sekalipun qalam di harap ambik 2 pemenang lelaki dan 2 pemenang wanita....

    kalau qalam ambik 3 pemenang lelaki? sy batalkan sayembara ini sbb jd x seimbang plak nnt susah nak susun balik

    BalasPadam
  8. papan merah? setahu aku papan merah ni cina selalu tulis utk ong pnya

    BalasPadam
  9. bila baca pasal papan cina ni teringat cerita kungfu kat dalam TV plak?

    BalasPadam
  10. aku terbayang jackie chan plak bila baca cerpen ni... hehe

    BalasPadam
  11. teruk btol anak dia pemalas btol!

    BalasPadam
  12. kalau kebun getah anak dia rajin la kot? hehe

    BalasPadam
  13. cina pun thu psal sabung ayam? aku ingatkan melayu jer...

    BalasPadam
  14. org cina ni klu x berjudi mmg x sah la...

    BalasPadam
  15. mcm mana nak kaya sbb asyik berjudi jer?

    BalasPadam
  16. aku terbayang nyonya kiat panggil plak bila baca cerpen ni

    BalasPadam
  17. manyak kisian itu nyonya talak guna punya anak

    BalasPadam
  18. sampai muntah2 plak nyanyo tu?

    BalasPadam
  19. ah ling pkul mak dia plak! celaka pnya anak!

    BalasPadam
  20. ni bukan anak tp dia tu binatang snggup plak dia buat kt mak dia sndiri!!!

    BalasPadam
  21. anak jenis apa la ah ling ni kurang ajar btol!

    BalasPadam
  22. aku harap akhir sekali ah ling ni kena sumpah jd babi sbb dia buat kat mak dia mcm tu

    BalasPadam
  23. ah ling tu anak dia ke anak angkat?

    BalasPadam
  24. sajak politik ke jengking perak?

    BalasPadam
  25. jiran2 langsung x tolong ke??? teruk btol

    BalasPadam
  26. kalau aku nampak ah ling serius mmg aku tetak dia dgn parang! bagi mampus sbb kurang ajar sgt

    BalasPadam
  27. sajak apa plak jengking ni?

    BalasPadam
  28. sajak simbolik susah nk phm ni jengking

    BalasPadam
  29. sajak apa plak ni jengking? mcm sajak politik pun ada

    BalasPadam
  30. sajak jiwa2 ke politik ni?

    BalasPadam
  31. sajak jengking ni mcm sajak jiwa2 pun ada

    BalasPadam
  32. kenapa buat kebun sayur buat la kebun getah boleh cepat kaya sikit... hehe

    BalasPadam
  33. sajak apa plak jengking ni buat mcm simbolik jer

    BalasPadam
  34. sajak en nuri skrg mudah phm sajak ahli plak susah2

    BalasPadam
  35. sajak ahli nampaknya makin x best plak

    BalasPadam
  36. apa benda la sajak jengking langsung aku xphm

    BalasPadam
  37. CERPEN NI BERLATAR BELAKANG NEGERI CINA ATAU MALAYSIA?????

    BalasPadam
  38. xkn sorg je anak nyonya tu?

    BalasPadam
  39. eh! dah mula rupanya sayembara

    BalasPadam
  40. nampaknya kena mula buat sajak la lps ni sayembara dh mula utk bulan 3

    BalasPadam
  41. wah! ada cerpen smula nampaknya

    BalasPadam
  42. terima kasih tinta sbb letak semula cerpen

    BalasPadam
  43. ada cerpen semula x la boring sgt

    BalasPadam
  44. cerpen kali ni berapa siri plak?

    BalasPadam
  45. -Sayembara sudah bermula anda semua
    perlu bersedia, Qalam x boleh buat apa, sekadar pilih dua lelaki dan
    dua wanita, contoh (TP) telah terpilih dan (TK) Telah keluar atau trkeluar dari saymbara seterunya.

    -Cerita hari ini bukan cerpen
    tapi cerita rakyat seluruh dunia. mungkin dalam kategori dongingan
    yang ada pengajaran disebaliknya.

    -

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    AWAN PTUH BERARAK Sajak Pakhaji Hamdan tajuk sudah cukup menarik, tetpi kami gagal. Maaf saya akan sentuh bentuk isi dan gaya. Pengucapan pada peringkat awalnya sudah mula rasa sangkut atau tegantung, bagaimana mungkin untuk khalayak dapat membaca seterusnya. Adakah sajak ini telah melompat bait-baitnya, menjadikan huru-hara bila dibaca, mana mungkin boleh saya menangkap isi dan maksudnya, bila maananya dalam perkataan gagal diterjemahkan; kabur mencari isi cerita. Mungkin over atau terlalu simbolik Harap maaf ,Usaha lagi (TK)

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    KIRIM BUNGA sajak Asyar Mujid masih baru belajar menulis sajak jiwa-jiwa agaknya sebagai permulaan percubaan pertama cari pengalaman . Nanti akan terbiasa dan boleh mengetengahkan sajak yang lebih mencabar.Apa pun kini mulai nampak kemanpuan dengan sajak menberi satu harapan dan keyakinan kepada si dia, semoga sukses. Maseh belum mantap walau apa pun boleh dicalunkan pengucapannya.perlu diperbaiki.(TP)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.

    INTERLOK sajakdaripada ustaz saad ini berbau sinis dan politik memutar belitkan keadaan catatan fakta sejarah,mungkin ada agenda tersembunyi, kalau ada penghasut, jika benar jangan kira bulu sumbat sahaja ikut ISA. Kerana kita terlalu mesra rakyat .maka ada YB atau pihak tertntu untuk mengambil kesempatan menangok di air keruh atau menahan jerat. Layak diberi laluan (TP)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI CITRA RASA SIRI KEDUA AHLI DAN PENJAGA BLOG 2011.
    KESAKITAN sajak Tinta Bayu menyelinkap tentang rasa hati luka ditanggung semua, mungkin
    Pengorbanan buat si penulis sebagai realiti untuk menerima kesakitan yang dihadapi semuanya selama ini terbukti nyata tanggungnya.Pengucapannya rasa berbelit-belit menggagalkan tiap pembaca menangkap isi dan maksud ceritanya, menjadikan hambar khalayak pasti enggan terus membacanya, Harap maaf tepaksa (TK)

    BalasPadam