Ahad, 6 Februari 2011

INGATLAH HIDUP INI





Dalam hidup ini,
buatlah apa saja
yang kamu suka
tapi perlu ingat
tiap perbuatan kamu
ada pembalasanya.

sebenarnya kawan,
nilai orang beriman itu
kekuatannya adalah
pada solat malamnya
yang sering bersujud
meletakan dahi di lantai

Di dalam dunia ini
jika kamu ingin mencari
carilah apa yang kamu mahu
akan tetapi kita perlu ingat
penghujung pencarian kita
ada kematian yang menunggu.

Oleh: Nurimanja,
catatan dari media semasa
tanbggal dua tiga bulan lalau 2011.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 14.
    ____________________________________________________________________



    Satu malam yang hening cuaca malam diterangi cahaya bulan, Ali canon mengambil kesempatan itu berehat di luar terataknya, sambil dia menyedut udara malam yang segar cukup mengasyikan. Keletehan siang hari bekerja di kebun bagai mengalir jatuh di hujung kaki.


    Tetiba Ali canon terlihat ada bebayang putih dalam kesamaran cahaya bagaikan satu lembaga putih berupa bentuk manusia, bersembunyi di belakang sebatang pokok meranti tua dipingger hutan itu.

    Ali canon segera bergegas ke dalam terataknya , lantas mencapai sebatang paku yang telah dijampi limau perut lada hitam dan bawang tunggal. Ali canon keluar semula di
    dapati suasana di sekeliling terataknya berbau harum dan wangi, Ali canon menutup muka
    dan hidungnya dari terus menghidu bau- baun bunga hutan itu.

    Walau bagaimana pun Ali canon berpura-pura berjalan cundung ruyung sebagai orang yang terkena pukau, beberapa kali pula jumba buat jatuh dan tersemban ke tanah. Diketika itu, Ali canon telah nampak wajah seorang perempuan yang tersenyum manis ke arahnya, dia berpura-pura gagal untuk bangun, namun perempuan itu juga gagal untuk mendekatinya.

    Dia cuma dapat mendepakan kedua belah tangannya seolah-olah ingin mencapai tangan Ali canon tetapi bagai ada halangan pula untuk dia menghampiri dan mendapatkannya. Akhirnya dia ketawa mengilai dan menghilangkan diri di celah hutan dalam bayangan samar bulan mengambang 15 haribulan itu.

    Setelah perempuan langsuir itu menghilang Ali canon merasa kesal, kerana dia telah membawa tangkai pengandang di tubuhnya, terutama limau perut dan tahi besi, lada hitan dan bawang tunggal. Itu pun cabai kering tidak termasuk lagi keminyan habsi dan rantai bawang putih.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KUMPULAN A

    1.PUAN ROSNAH
    2.RAJA YASSIR
    3.MISS KIM CHEUNG
    4.USTAZ KAMARUDIN
    5.AHMAD HASNOL
    6.SUBHI SOOD
    7 SAUFI NGADIMAN
    8 HAJI MASQUR

    9.GELETEK MALAM
    10.JEFFRY
    11.USTAZ MAJUSI
    12.USTAZ ZULKAINAAN
    13.RAJA MUDA
    14 ABUL HASSAN
    15 ZAIN ISSAC
    16 KERIS SAKTI

    =================================


    ===perlawanan pertama===

    1.PUAN ROSNAH
    2.RAJA YASSIR
    3.MISS KIM CHEUNG
    4.USTAZ KAMARUDIN
    5.RAJA MUDA
    6 ABUL HASSAN
    7 ZAIN ISSAC
    8 KERIS SAKTI

    4 pemenang sahaja................


    ===perlawanan kedua===

    1.GELETEK MALAM
    2.JEFFRY
    3.USTAZ MAJUSI
    4.USTAZ ZULKAINAAN
    5.AHMAD HASNOL
    6.SUBHI SOOD
    7 SAUFI NGADIMAN
    8 HAJI MASQUR

    4 pemenang sahaja....

    ================================

    jd antara 16 orang di kumpulan A sy akan pilih 8 sahaja pemenang utk bertanding lagi


    ===harap qalam dan en nuri paham pertandingan sayembara ni berlangsung====

    BalasPadam
  3. KONGSI HATI

    jika kupunya seratus hati
    pasti kuberikan semua sekali
    pada teman pada sahabat
    pada sang kekasih
    namun hatiku cuma satu
    cukupkah agaknya
    buat dikongsi bersama
    rasanya cukup
    malahan mungkin berlebih
    itulah kuasa hati
    walau cuma satu
    tersirat dalamnya berjuta rasa
    yang bisa dikongsi dengan berjuta
    pada saudara tetangga
    pada teman sahabat
    pada rasul sang pencipta
    pada cinta pencinta
    pada semua sekali
    ayuh mari kita kongsi sepuasnya…


    Puan Rosnah
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  4. YANG

    yang tidak terasa
    yang tidak menangis
    yang tidak ambil kisah
    yang tidak bangga diri
    yang tidak kedekut
    itu yang merasa
    itu yang menggembira
    itu yang diambil berat
    itu yang boleh dibangga
    itu yang senang dibelanja
    jumpa cuma seorang
    sebab tu aku terlalu sayang
    kalau hilang sumpah
    tak dapat bayang
    cuma dia yang masuk jiwa
    aku harap dia tak keluar
    sampai bila-bila

    Raja Yassir
    sajak agak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  5. HANYA MAMPU BERDOA

    apa lagi yang boleh aku lakukan
    Selain daripada memanjat doa
    Semoga jika dia itu aku perlu
    Maka Kau permudahkanlah
    jalan untuk kami bersatu.
    Kerana aku ini wanita
    tak sanggup meluka insan tersayang
    Bila mana aku sendiri pernah merasa
    Pedihnya hati tika yang dicinta,
    mencinta yang lainnya
    Hati aku ini hanya
    berdoa semoga semuanya
    berakhir baik-baik belaka
    Biar semua kan temui bahagia
    sebenarnya telah ditentukan olehNya


    Miss Kim Cheung (Nur Nisa Cheung)
    sajak utk sayembara kali ni

    BalasPadam
  6. LUAHAN HAMBAMU

    Perjalanan manusia berliku-liku
    Banyak dugaan dan rintangan
    Dugaan sungguh berat ditanggung
    Bagaikan memikul batu amat besar
    Selepas satu dugaan
    berjaya ditempuhi
    Satu lagi dugaan menjelma
    Lebih hebat daripada dugaan lalu
    Aku seorang manusia
    lemah tidak berdaya
    Aku tidak kuat menempuhi semua ini
    Walaupun orang lain melihat
    kehidupanku senang gembira
    Namun di dalamnya
    Hanya Tuhan Yang tahu
    Betapa sedihnya aku
    Betapa kecewanya aku
    Betapa peritnya kesakitan aku alami
    Apa yang aku harus lakukan?
    membetulkan keadaan hampir retak
    Aku tidak sanggup melihat semua
    Tolonglah aku YA ALLAH
    Hanya KAU yang boleh membantu aku
    Perbaikilah seperti sediakala
    Sesungguhnya aku hanya
    hambaMU yang lemah..


    ustaz kamarudin
    sajak ketuhanan saya buat selepas solat tahajud

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KONGSI HATI sajak oleh Puan Rosnah dengan pengucapannya ada sadikit punyarasa kelainan. Bila hati yang sekeping ini jika dijadikan seratus hati ingin dikongsikan bersama malah ingin diberikan kepasa semua selepas diberikan pada kekasih. Tetapi apakan daya hati yang satu ini pun telah boleh membuat beribu macam kerenah, kalau ia tidak terkawal, kerana sifat hati suka berubah-ubah. Justeruitu Allah cuma menjadikan satu hati yang penuh dengan berjuta perasaan. Adakah manusia mampu menanggung? Ada motif membuka minda Amin (TU)tp.

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    YANG sajak nukilan oleh Raja Yassir , pengucapannya ada juga kelaianannya. Tetapi pengunaan perkataan penyambung ayat yang boleh dikira menarik juga. cuma Penceritaanya hal pemilihan mencari pasangan, cuma penceritaan ini tertalu biasa dan sadikit ada menyentuh perasaaan atau jiwa-jiwa buat rangmuda punya biasa. Apa pun syabas! Buat Raja Yassir kerana Berjaya mencari pasangan seperti yang diharapkan dan diidamkan . Amin (U) tk.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    HANYA MAMPU BERDOA sajak nukilan citarasa oleh sdri. Miss Kim Cheung Pb.( Nur Nisa Cheung) Pengucapannya semacam menyerah kepada takdir Illahi akan apa yang berlaku ke atasnya . Ini sudah ada bukti Miss Kim atau Nur nisa sudah boleh dikatakan Mamtap keimanan. Kerana setelah bertawakal lalu menyerah kepadaNya. Soal kekasih atau bf. Semuanya itu ketentuan Allah. jika ada jodoh tidak akan kemana. Berdoa selalu dan yakin kepadaNya. Angaplah apa yang berlaku ujian tuhan untuk Menilai keimanan kita. Amin (U)tk.

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    LUHAN HAMBAMU Sajak nukilan oleh Ustaz Kamarudin menulis atas kebenaran. Pengucapannya bagai apa yang dirasai, mungkin dulu kejutan musibah kerana sahabat dan pekerjaan, setelah selesai, timbul pula satu lagi musibah mungkin kerana tidak ada sehaluan pula dengan keluarga. Ini biasa berlaku, sanggup pula berpisah kerana tidak sependapat. Siapa yang mengajur petua ini, diakhirat, akan diperhitungkan. Tiap pemimpin akan disoal akan kepempinan kamu. Adakah kamu menyatupadukan umat atau memecah belahkan keluarga? Bersedialah daripada sekarang untuk jawab di padang mahsyar.. Amin. (TU)tp.

    BalasPadam
  11. eh! walaupun ali conan buat2 pensan tu dia thu jgk hantu tu

    BalasPadam
  12. eh! kenapa hantu selalu nak melarikan diri kat ali canon?

    BalasPadam
  13. ali conan ni kenapa dia bersungguh nak sgt hantu tu?

    BalasPadam
  14. mcm xde perempuan lain je ali conan ni hantu jgk dia nk?

    BalasPadam
  15. sian ali conan dia nak berlakon dpn hantu tu pun hantu thu jgk

    BalasPadam
  16. bila dia nak tangkap hantu ni asyik xdpt jer?

    BalasPadam
  17. eh! ali canon x tkut plak walaupun dia nampak susuk tubuh wanita balik pokok?

    BalasPadam
  18. mmg cari penyakit la ali conan ni kena hantu jgk yg dia nak?

    BalasPadam
  19. bila agaknya perangkap dia nak mengena sbb asyik hantu tu thu jer...

    BalasPadam
  20. susah nak tangkap langsuir ni kalau dapat pun kira bertuah la

    BalasPadam
  21. siap mengilai lagi! seram tu

    BalasPadam
  22. kumpulan A ni xde tentangan hebat sgt? rasanya sy boleh menang semua ni

    BalasPadam
  23. terima kasih jalal! aku dalam kumpulan plak dgn abul,zain issac dan keris sakti?? ada peluang aku nak bolot semua hahha kalau ada ustaz sahzan? penyair agung? susah sikit la...

    BalasPadam
  24. huh! undian kali ni nmpk mcm xde tentangan sgt tp raja muda dgn keris sakti plak ada? tipis harapan aku nk menang mcm ni

    BalasPadam
  25. rsanya sy x boleh menang sbb sajak sy pun x berapa baik.. rasanya adalam pat raja muda dan keris sakti ni

    BalasPadam
  26. aduh! hbis la xde harapan nk menang sbb 1 kumpulan plak dgn sifu saya puan rosnah dan ustaz kamarudin

    BalasPadam
  27. alhamdulilah xde tentangan hebat cuma mngkin raja yassir dan ustaz kamarudin saja

    BalasPadam
  28. nampaknya boleh menang mudah la sy.. sbb raja yassir dan miss kim menang dulu dgn bantuan saja skrg sy x tolong mereka buat sajak dah

    BalasPadam
  29. kenapa puan rosnah dan ustaz kamarudin sifu aku ada sekali? peluang tipis la... kalau miss kim aku x kisah sgt.. hee

    BalasPadam
  30. seram plak cerpen ni

    BalasPadam
  31. eh! bulan gambang ke hantu dtg?

    BalasPadam
  32. kenapa dia suka tidor kt kebun dia?

    BalasPadam
  33. eh! kenapa x tido kat rumah asyik kt kebun jer?

    BalasPadam
  34. eh! kwn dia lagi 3org mana?

    BalasPadam
  35. alamak! hantu tu xdtg jgk la nampaknya

    BalasPadam
  36. dia kena pikir trategi lain sbb hantu tu dh thu

    BalasPadam
  37. eh! kenapa hantu xnk dtg biarlah ali canon nak paku dia nnt dia boleh jd manusia?????

    BalasPadam
  38. bila dtg msti bau wangi minyak wangi apa dia pakai? hehehehe

    BalasPadam
  39. eh! kuat jgk pendinding ali canon ni byk kali dia nk capai bolehj?

    BalasPadam
  40. ali conan ni masih x berputus asa lagi nak tangkap jgk nampaknya

    BalasPadam
  41. eh! sampai skrg x thu plak apa nama hantu langsuri tu?

    BalasPadam
  42. mcm tgk drama plak bila baca cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  43. lada hitam,cabai,bawang dan limau purut pun ada? mcm nak memasak plak?

    BalasPadam
  44. hantu kena masih x muncul jgk ni? kenapa takut sgt?

    BalasPadam
  45. kemenyan habsi ni apa bnda? masih wujud lagi ke skrg?

    BalasPadam
  46. hantu sorg dia ke x bawak geng ke kaco ali canon?

    BalasPadam
  47. ali conan ni pegi cari perempuan manusia la sbb payah sgt nak tangkap hantu

    BalasPadam
  48. hantu tu tinggal kat mana?

    BalasPadam
  49. hantu tu tinggal kat mana?

    BalasPadam
  50. eh! jampi mentera apa dia baca? en nuri x tulis sekali ker?

    BalasPadam