Sabtu, 12 Februari 2011

CUMA DERITA YANG TERTINGGAL



-  memory dalam sejarah  -



Kehidupan ini,
bagai tertinggal jauh
tersisih daripada segala
yang tinggal cuma derita parah
bersama suara-suara hati di dalam.

Lelagu puisi ini,
kunyanyikan berpuput
diangin malam nan syahdu
bersama gugusan lenang airmata
hasil keperitan luka derita berpanjang.



Oleh: Nurimanja,
puisi-puisi yang tercicir
catatan dahulu 01/01/1977.
diterbit semula tanggal 10/02/2011.






50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 18. tarikh: 20011
    ___________________________________


    Dalam cahaya bulan samar itu Ali canon menghapirinya, lalu menolak rambutnya yang terurai jatuh ke dahi, dengan jari yang kasar Ali canon menguak rambut itu, Ali canon ingin melihat apakah benar dia perempuan yang tersenyum manis padanya dahulu. Ternyata dia tidak membantah, apatah lagi tubuhnya terikat. Dia cuma menangis tersedu-sedu.

    “Kau yang menganggu aku selama ini?” Sergah Ali canon sambil tangannya terus mencekak rambut panjang perempuan itu..Giginya megeretap geram. Sebilah pisau
    Laden terhunus ditangan kirinya. Dia menunggu kemungkinan apa sahaja yang akan berlaku, pisau inilah yang akan menentukan untung nasibnya.

    Perempuan itu tidak menjawab, Cuma tangisan dan sendunya sahaja menguasai suasana malam bulan samar itu. Bila rambut terkuah, Ali canon terdiam, lama dia cuba memerhatikannya. Benar dia seorang perempuan yang ayu, manis seperti puteri bunian. Kekerasan suara ali canon terhenti seperti terpukau dengan wajah lembut anak gadis itu.

    Kemarahan Ali canon nampaknya semakin reda, tetiba hatinya bertukar menjadi belas pula Dia memujuk gadis itu, sambil berkata, “Aku akan lepaskan kau, jika kau bercakap benar, darimana asal usulmu, kenapa boleh jadi begini, siapa yang telah merasuk tubuh kau selama ini?, Sanggup kau menjadi orang jelmaan langsuir itu?

    “Saya Puteri Bunian, keturunan saya tidak jauh dari sini, tetapi saya telah di pulaukan oleh kaum bunian, mereka mengatakan saya membawa sial dalam kelompok kaum kami, apa bila saya engan berkhawin dengan anak lelaki ketua orang bunian di hutan ini. Lalu saya di rasukan oleh puak langsuir menjadikan saya anak angkat untuk menganggu manusia, tetapi saya tidak sampai hati menganggu tuan Ali,” kata-katanya
    Terhenti.

    Ali canon menjadi bengung, bagaimana dengan paku yang dibenamakannya kepangkal tengkok anak gadis itu tadi. Ali canon melihat tengkok anak gadis itu masih terbenan paku itu disitu. Tiba-tiba gadis itu terus saja memekek.”Tolong jangan cabut paku itu. Tolong jangan, jangan…” Sambil menagis minta belas kasihan dan penuh dengan rayuan.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KUMPULAN C

    1 SUFIAN AL ZAHRI
    2 PUAN ZAINAB
    3 HAMBALI MALIKI
    4 AH CHONG
    5 AYOB ZAKARIA
    6 SYED FAISAL
    7.ENCIK MAHATDIR
    8 NAJWA TAMRUN

    9a ZIARAH MAKRIFAT
    10 USTAZ SAHZAN
    11 SATRIA JURAGAN
    12 INSPEKTOR HALIM
    13 SAIZUL MAIZAV
    14 USTAZ RAHMAN
    15 USTAZ MUDA
    16 PAK HAJI


    ===============================

    pusingan pertama

    1.SUFIAN AL ZAHRI
    2 PUAN ZAINAB
    3 HAMBALI MALIKI
    4 AH CHONG
    5 ZIARAH MAKRIFAT
    6 USTAZ SAHZAN
    7 SATRIA JURAGAN
    8 INSPEKTOR HALIM



    ===============================

    pusingan kedua

    1 AYOB ZAKARIA
    2 SYED FAISAL
    3.ENCIK MAHATDIR
    4 NAJWA TAMRUN
    5 SAIZUL MAIZAV
    6 USTAZ RAHMAN
    7 USTAZ MUDA
    8 PAK HAJI

    BalasPadam
  3. PERMAINAN SILANG KATA

    di rumah kecil berkepung pagar
    kemiskinan masih ada bumbung kasih
    memberikan ruang syukur.
    bahawa banyak kasih
    telah mati dalam penjara nikmat
    dari cerita budak hingus
    riang dan nakal
    membawa rasa tanggungjawab
    tak putus kutemui kemelaratan
    tak pernah sampai sebiji mata pun
    hanya material mampu
    membuka saudara
    aku pun menangguhkan keriangan
    mengetuk-getuk ruang ilmu
    kuat sekali berprinsip.
    ilmu membawa banyak pintu
    mpama kunci kecil di pintu besar.
    material tidak lebih nikmat
    seumpama bukit disondol kian habis
    tanpa lupa berkali-kali
    mengusahakan jadi manusia baik
    biarpun dalam perjalanan
    mencari cahaya ini
    tiada lebih sebuah
    permainan silangkata

    Ustaz Sahzan
    Sajak simbolik

    BalasPadam
  4. DENAI BAQA

    Di deretan perbarisan
    Bebayang kelam pekat hitam.
    Sepercik cahaya terpacak
    Dari dinding yang usang.
    Dangau ini masih bernyawa?
    Tatkala tempat lain
    Sedang membuai nyenyak penghuninya?
    Ada sesuatu sedang berdiri.
    Berpusing kiri kanan,dan lagi.
    Jerkahnya mengilai
    Nyaring melagukan derita.
    Berputar lingkar mengumpul
    Warkah tanpa tinta.
    Denai Baqa telah lama tadi terbuka.
    Agar lucut dambaan yang didamba.


    Inspektor Halim
    sajak tentang siksaan di akhirat kelak

    BalasPadam
  5. NAKHODA,PETA DAN OMBAK

    peta perjalanan terlalu luas
    dibaca utara dan selatannya
    ragam angin bertalu mematahkan harapan berpintal antara
    layar mimpi sang nahkoda
    diratah saban detik
    lambungan rusuk ganas kasar
    ombak dikirim tenggara angin
    cukuplah hari ini aku harus pergi
    kita tetap sahabat wahai ombak
    liburan waktu tiada tercukup
    seluruhnya tanpa permainan tertulis
    hadapan sana aku rindui perbaringan
    penuh di atas sekeping tanah berbau mesra dibelai hebat
    si tangan bayu terlepas antara pelangi petang dari hujung jauh
    langit dibumbungi kepala nahkoda
    pernah dikelirukan senja.
    nyanyian ombak menderu dendang pilu
    mematahkan layar agung
    nyanyian camar mendayu dendang luka
    melunturkan biru langit
    nyanyian nakhoda medendang sayu
    meninggalkan kabus pelabuhan
    setiap nyanyian beralunan
    tanpa nota muzik tetap sunyi
    jika mendengar tanpa sekeping hati.
    aku bukan nakhoda itu
    mereka menemui laman peta ini
    terkeliru bacaan mata angin
    mereka sendiri balada laut
    ombak itu tetap samar dalam kabus
    membelit setiap inci pelabuhan tinggal di balik rusuk hari.


    Ziarat Makrifat
    sajak kenangan masa muda dahulu

    BalasPadam
  6. BERULANG-ULANG

    Berulang kali kau kata jgn hampiri
    Berulang kali aku cuba mendekati
    Berulang kali kau kata jangan pergi
    Berulang kali aku masih undur lari
    Berulang kali kau beritahu
    ada berjuta komplikasi
    aku jawab kau apa peduli
    Tapi berulangkali kali kita begini,
    masih jua mengulang kembali
    Main tarik tali hati sendiri.
    Lelap matanya tak terlena
    Diselubungi perasaan salah hina
    Titis air mata muda
    Tewas dalam cinta setahun cuma
    Angkara diri yang tak reti setia
    Dia hilang segalanya
    Hilang orang tercinta
    Walaupun setahun cuma
    Tak lama Setahun Cuma


    Satria Juragan
    sajak jiwa2 sikit

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pengucapannya terlalu umum dan mencangkumpi luar luang legar, terlalu sukar khalayak menangkap maksud dan isi penceritaannya. Apa pun terasa ada menyentuh tentang kehidupan seharian manusia diangap si penulis bagai permaianan silang kata. Ada terdapat berbagai kerenah manusia, seperti kasihan, simpati, si miskin, kanak- kanak, pendidikan, kebendaan,Apa-apa pun ilmu itulah lebih penting dari memburu kebedaan, sanggup melakukan apa saja demi memburu nekmat cahaya kejayaan di dunia fana ini, tapi emuanya itu, tidak lebih dari satu permainan silang kata sahaja. Layak untuk TU)

    BalasPadam
  8. Sajak yang tenat untuk menangkap maksudnya, walaupun ada bayang menceritakan Siksaan di akhirat kelak. Tetapi buat khyalayak amat sukar untuk di terjemahkan. Namun apa pun sekadar andaian saja. DENAI BAQA membayangkan mungkin kehidupan yang rangkus sesaorang melakukan sesuatu tabiat yang kurang baik dan menyenangkan.baik pada hokum adapt dan agama. Akhirnya apa yang tersembunyi selama ini terbuka juga pada khalayak. Dan menjadi kutukan di dunia dan azab siksa pula diakhirat. Semoga kita semua tidak suka dambaan atau didamba. Amin layak untuk dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  9. Hidup ini bagaikan seorang ahli pelayaran buat penulis, selain kapal, nakhoda, peta dan ombak yang sering bermain dan kerjasama di antara membuktikan kejayaan dan kemusnahan sesaorang di dalam kehidupannya di dunia ini boleh digambarkan simboliknya itu sebagai nakhoda, peta dan ombak atau pacaroba kehidupan. Semua ada pengajaran Amin! Layak dicalunkan (TU)

    BalasPadam
  10. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Satria juragan dengan sajak BERULANG KALI. Atau BERULANG-ULANG.Nyata penceritaan menyentuh tentang hari orang muda punya biasa. Apa pun diberi alas an, tetapi masih tetap sama. Begitulah selalunya, bila hati suka pada sesaorang tetapi hatinya susah untuk kita cuba mengertikan, malah selalu sahaja bertentangan dengan kemahuan kita, pastinya kisah cinta tidak akan lama. Semoga cari sahaja yang lain dan boleh mengerti apa yang dia dan kita suka. Semoga sukses. Amin. layak (U)

    BalasPadam
  11. eh! puteri bunian plak? bukan langsuir ker?

    BalasPadam
  12. rupanya selama ni puteri bunian yg kacao jd xpyh la tukar nama terima kasih letak nama sy

    BalasPadam
  13. eh! boleh cakap rupanya hantu tu

    BalasPadam
  14. eh! dari org bunian jd langsuir???

    BalasPadam
  15. menarik jalan cerita ni sbb smua nampak mcm logik saja

    BalasPadam
  16. kenapa x boelh cabut plak paku tu?

    BalasPadam
  17. la.. org bunian rupanya selama ni hantu tu?

    BalasPadam
  18. mmg 1 yg x di jangka rupanya dia org bunian?

    BalasPadam
  19. eh! ingatkan hodoh tp cantik plak muka hantu tu?

    BalasPadam
  20. selamat hantu tu menjawab klu x habis la ali conan bunuh dia..

    BalasPadam
  21. huh! nama sy pun ada jgk dalam cerpen ni??? rupanya sy watak hantu selama ni??? aduh!! hahahha

    BalasPadam
  22. eh! org bunian rupanya langsuir ni???

    BalasPadam
  23. ingatkan org bunian baik2 tp jahat jgk sbb buang anak dorg

    BalasPadam
  24. eh! boleh becakap rupanya jd bukan dia hantu selama ni

    BalasPadam
  25. menarik cerpen ni sbb x di jangka dia adalah puteri bunian???

    BalasPadam
  26. cerita ni buat drama best ni sbb xpnh lagi org buat drama hantu langsuir asal dari bunian?

    BalasPadam
  27. kenapa x boleh cabut paku plak????

    BalasPadam
  28. kalau cabut paku dia jadi hantu balik ker?

    BalasPadam
  29. huh! manusia ke selama ni ingatkan dia hantu?

    BalasPadam
  30. wah! agak mengejutkan bila thu dia rupanya org bunian?

    BalasPadam
  31. eh! selama ni langsuir asal dari bunian ker?

    BalasPadam
  32. kenapa dia dari bunian bukan ke langsuir ni org mati beranak ker?

    BalasPadam
  33. selalunya kita dgr cerita pontianak lain en nuri cte lain plak?

    BalasPadam
  34. eh! hbis selama ni smua langsuir kat dunia ni bunian ker?

    BalasPadam
  35. mcm cerita org minyak plak? hehe

    BalasPadam
  36. semakin lama semakin suspen plak cerita ni?

    BalasPadam
  37. mna en nuri dapat tentang kisah langsuir ni?

    BalasPadam
  38. ni semua kisah benar ke tentang langsuri ni?

    BalasPadam
  39. nama dia apa plak en nuri?

    BalasPadam
  40. rasanya nama dia puteri mayang sari kot?

    BalasPadam
  41. eh! boleh cakap malyu jgk hantu tu? hehe

    BalasPadam
  42. eh! selama ni dia berlakon ke jd hantu nak takut2 org kmpung?

    BalasPadam
  43. ingatkan dia cakap bahasa alien td rupanya dia pun cakap mlyu jgk... hhee

    BalasPadam
  44. agak misteri kenapa x boleh cabut paku kat tengkuk dia?

    BalasPadam
  45. ni cerita lagenda langsuir ker?

    BalasPadam
  46. eh! mmg mcm ni ke asal usul langsuir?

    BalasPadam
  47. eh! dia kena sumpah ke jd langusir ker?

    BalasPadam
  48. RASANYA MESTI DIA KAWIN DENGAN ALI CANON NI....

    BalasPadam
  49. kwn2 dia xthu ke pasal perkara ni?

    BalasPadam
  50. eh! semakin lama semakin berdebar nak thu kesudahan cerita ni

    BalasPadam