Sabtu, 5 Februari 2011

BENARKAH ?




 
Orang yang paling bijak
orang yang paling banyak mengingati mati
dan bersiap sedia menghadapi kemungkinanya.

Orang yang paling rugi
orang yang paling banyak mengumpul harta
dan sayang pula untuk memfaatkan belanjanya.

Orang yang paling bodoh
orang yang paling banyak mengejar kehidupan
dan enggan pula menerima hari- hari kematianya.


Oleh: Nurimanja,
tanggal 27/04/2010.
pagi hari sajak lagenda.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 13
    ____________________________________________________________________



    Entah bagaimana satu hari Alicanon seperti biasa selepas bekerja dia makan tengah hari dan terus terlena di bawah pokok rending di kebunya. tetiba ada saekor kucing putih datang dengan harum bauan bunga-bunga dihutan rimba, telah pun menghampirinya, dengan penuh perasaan sayu kucing itu memerhati keadaan Ali dengan lama sekali, seperti dia ingin berbicarakan sesuatu.

    Seketika matanya nampak berair semacam berharap untuk minta pertolongan dari Ali canon. Setelah Ali canon terjaga dari tidurnya, dia dapat menghidu bau harum bunga-bungandari hutan rimba itu di sekelilingnya.

    Pelahan-lahan dia membuka mata, dia ternampak ada saekor kucing putih agak jinak disisi tempat pembaringannya, tetapi Ali canon terasa tubuhnya semacam lemah dan rasa tidak terdaya pula hendak bangun, tidak seperti hari-hari yang lain. lama juga Ali canon terbaring di bawah pokok rendang tempat dia berteduh itu..

    kenapa aku jadi begini? pekek hati kecil ali canon. kenapa aku tidak menankap saja kucing putih yang berada disisiku. Mana perginya tenaga aku selama ini. Ali canon baru sedar hari ini dia tidak membawa bekalan menangkap hantu di pinggangnya. benar-benar dia
    terlupa dan telah tertinggal di terataknya, kini dia menyerah dan menyesal pada kelalai dirinya..

    Mujurlah dia masih ingat jampi serapah yang di ajar oleh atuk Irafanul haq padanya dahulu, jika tidak pasti langsuir itu dapat menguasai dirinya sepanjang hari. Setelah dia terasa ada tenaga kembali dia segera bergegas pulang. Sewaktu dia berjalan pulang itu ada beberapa kali kucing putih itu mengikurinya dari belakan, bial dia berhenti kucing itu juga turun berhenti, sekejap ada kelihatan , sekejap tiada pula.

    Apa yang dia mahu dari Ali canon, ternyata Ali canon juga sukar untuk mencari dan meneka menjawabnya. Malah kian menjadi tanda tanya, kenapa kucing ini selalu saja mengikurinya, kekadang sehingga terbawa ke dalam mimpi tidurnya. Malam ini Ali canon telah pun bersiap sedia untuk menanti siapa pembawa bunga bungan ke dalam teratak kecilnya.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. JANJI ITULAH

    digetusnya dedaun perang
    pada saat ini
    kelmarin ada getah merah
    mengering di jejari halus.
    biar bersungguh ia menyembunyikan
    wajah hati berparut pahit segala.
    sekilas kerdip cahaya songsang
    tumbuh bebayang kesakitan,
    serba gerun di kaca calar
    retak melintang semakin
    bergelap dari cahaya
    bertambah sulit nafasnya,
    berbaur serba
    kenangan ketika manisnya
    menipis pergi
    terjenguk wajah-wajah sinis
    tersenyum, senyum yang sinis !
    dedaun perang digetusnya
    satu, dua melayah tanah
    yang jarang-jarang rumputnya
    memecah deretan semut-semut hitam.
    janji itulah mesra rayu itulah
    kekuatan lelaki kelemahan buatnya.
    dan saat matanya tiba di deretan
    semut-semut hitam yang tiada sukar
    melepasi daun-daun perang di hujung kakinya
    sebak hati kian membesarkan kekesalan, dialah
    dedaun itu digetus dengan janji
    mesra dan layu seorang lelaki.


    Syeikh Al Habib
    sajak dgn bantuan rakan2 di majsid

    BalasPadam
  3. MEMUJUK DIRI

    Sedih dihati tidak terkira
    Diminta sembuh kembali
    Apa jua perkara tetap ku akan tabah
    menghadapinya sepenuh keberanian
    Walau apa terjadi
    sekali pun aku harus tabah
    Tangisan ku seumpama permata
    ini dibiar mengalir
    bagai anak sungai mengalir deras
    Tanpamu Coba memujuk
    Dan menghilangkan
    Tangisan di pipiku
    Apa yang harus ku lakukan
    Tanpa dirimu seorang ku percayai
    Tiada lain bisa cuba memujuk ku


    Suria kencana
    11malam
    1.2.2011

    BalasPadam
  4. TIADA LAGI PENGGANTI

    seindah suria pagi
    setenang air di kali
    secantik purnama seri
    sesuci embun pagi hari
    seharum mawar mewangi
    semuanya menghiasi diri
    semuanya dikau miliki
    dikau tiada pengganti
    budi jasamu tiada terperi
    bersama belaian kasih suci
    kasih sayang tulus murni
    bersemi cintaku abadi
    dikau milikku pasti
    ummi engkau baiduri
    tiada lagi pengganti

    Kasih abadi
    sajak dgn bantuan suami

    BalasPadam
  5. HARGAILAH AKU

    hargailah aku itu yang aku pinta
    pada kau selama ini
    janganlah menyindir diri ini
    selagi aku mampu memikul beban ini
    segali nafas terus ku hembus
    selagi jantung ini berdegup
    selagi mata ini terbuka
    hargailah aku jika aku tiada
    buat selama-lamanya
    itu semua tidak bermakna lagi
    di hari-harimu yang akan datang

    Izaty Husna
    kelantan
    20.1.2011

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak ini agak sukar untuk ditangkap maksudnya, ternyata menjadi sajak yang orang tertentu saja yang mengetahui. Tetapi khalayak akan menolak untuk mencari maksud apa yang tersurat dan tersirat. kerana gagal menangkap maksudnya. Sekadar andian saja. Mungkin ada komplot yang menabur janji untuk mempengaruhi keadaan mungkin cuba memberi sadikit imbuhan, walaupun cuba disembunyi, tetapi khalayak ada yang tahu, Tetapi bila janji tidak ditunaikan, kata sinis yang tajam pasti dihujani, kini dia menjadi lemah dengan kata janjinya sendiri . Cuma andaian saja. . (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sebuah sajak meneritakan rasa ketabahan hati menghadapi musibah di antara sesaorang yang amat di kasihi selama ini. Mungkin ibu bapa atau suami yang mungkin dirundung malang atau sakit berpanjangan. Ini menyembabkan si penulis rasa bagai tegelam punca, lalu mericau tanpamu bagai pincang segala-galanya, kerana selama ini si yang ditimpa musibah yang melaksanakan semuanya. Semoga kita kena Juga belajar erti kesusahan. (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Penceritaannya membicarakan tentang keunggulan sebuah harapan yang diharapkan selama ini, hanyalah kepada sesaorang yang amat dikasihi, mungkin ibu yang melahir dan membesarkan kita sehingga dapat melihat bulan dan matari. Tetapi bila dia sudah tiada terasa bagai hilang segala-galanya. Semoga doa rastu disusuli
    kehadratmu Ya Allah swt. (TB).

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak menceritakan bagaimana seorang yang cukup mengharap agar orang lain menghargai segala yang dilakukan selama ini, sekadar apa yang dia mampu, Nampak semacam minta simpati pula. Biasanya simpati dia akan datang dengan sendirinya tidak perlu minta belas kasihan, sekiranya kita benar menjalankan tugas dengan rasa tanggung jawab dan penuh ikhlas. Semestinya orang akan ingat, sama ada baik atau pun buruk apa yang pernah kita lakukan. Termasuk juga sesebuah pemerentah semua akan disoal oleh Allah apa yang telah kita laksanakan. Manusia sekadar mengenang (B)

    BalasPadam
  10. eh! kucing tu dtg lagi la plak?

    BalasPadam
  11. eH! dtg dlam mimpi saja ker hantu tu?

    BalasPadam
  12. eh! tgh hari pun dia dtg jgk langsuir tu?

    BalasPadam
  13. eh! dia tinggal plak peralatan dia

    BalasPadam
  14. hantu tu boleh kacao bila ali canon xde peralatan

    BalasPadam
  15. hantu tu pun pndai dia mcm thu2 je ali conan xde peralatan dia dtg kaco

    BalasPadam
  16. ali conan kena tindih la plak?

    BalasPadam
  17. eh! kali ni dia dtg sebagai kucing saja ker?

    BalasPadam
  18. kucing kali ni jelmaan hantu ke btol2 kucing?

    BalasPadam
  19. eh! mcm mana dia boleh terlupa plak bawak peralatan dia

    BalasPadam
  20. huh! habis la ali conan x bawak peralatan plak?

    BalasPadam
  21. ali conan ni kena macam situasi kena tindih saja? sy pnh kena mmg masa tu rasa mcm dh msuk dimensi lain

    BalasPadam
  22. selamat ali conan ada ilmu klu x hbis la kena pukau

    BalasPadam
  23. apa peralatan dia tu?

    BalasPadam
  24. kenapa langsuir tu lemah klu ali canon ada peralatan

    BalasPadam
  25. eh! langsuir ni xde nama ker?

    BalasPadam
  26. ali conan akhir sekali mcm mana la nasib dia nnt

    BalasPadam
  27. panjang lagi ke cerita ni en nuri?

    BalasPadam
  28. misteri la kucing tu

    BalasPadam
  29. kenapa masa ali canon tido je dia dtg?

    BalasPadam
  30. kenapa x paku je kat tengkuk kucing tu sbb nk tunggu dia jadi hantu susah sgt

    BalasPadam
  31. eh! langusir tu kenapa suka sgt kat org betol bndul?

    BalasPadam
  32. kenapa langsuir tu asyik buru aku je byk lagi lelaki lain kenapa aku jgk yg jd mangsa?

    BalasPadam
  33. ali canon ni lemah semangat ni

    BalasPadam
  34. sajak yg agak menarik ni benarkah?

    BalasPadam
  35. kenapa dia x menjelma jadi arnab plak? hehehe

    BalasPadam
  36. kita tergolong dlm golongan yg mana agaknya?

    BalasPadam
  37. selain dari kucing dia boleh menjelma jadi apa?

    BalasPadam
  38. rupanya mcm ni asal usul langsuir..

    BalasPadam
  39. cerita dogeng ke benar punya ni en nuri?

    BalasPadam
  40. semoga kita x tergolong dgn org paling rugi dan bodo

    BalasPadam
  41. di mana agaknya kedudukan kita? orng yg manakah kita?

    BalasPadam
  42. dia msih xpdt paku lagi ke tengkuk pntinanak tu? nampaknya makin panjang la cerpen ni

    BalasPadam
  43. sampai berapa siri pontianak ni?

    BalasPadam
  44. eh! ada 3 jenis org plak yg ada kat sini

    BalasPadam
  45. hanya ada 3 golongan saja ke en nuri?

    BalasPadam
  46. nampaknya ada 1 golongan yg yg bolh kita ikut

    BalasPadam
  47. smoga kita dalam golongan yg baik2

    BalasPadam
  48. xde golongan lain dah ke selain 3 golongan ni?

    BalasPadam
  49. ada 3 je golongan 2 daripadanya x baik...

    BalasPadam