Isnin, 24 Januari 2011

WAKTU BEGITU PANTAS



kategori menilai masa.

 
Tak dapat kusambar
waktu melintas tersangat pantas
di lebuh masa teruja.
Tak dapat kuhentikan
waktu tajam memancung saat
kelalaian kealpaan mendekat.
Tak dapat kupintas
waktu bagai angin deras
menjadi ribut memangkas.
Ibarat dunia dengan akhirat
waktunya semakin dekat
harta sementara iman nikmat.
Siapa yang mengenal watak waktu
dialah manusia mencapai jaya
akan rahmat alam semesta.


OLEH: MEOR ZAKI
11malam / 26.9.2009,
johor negeri nilai orang kaya.





50 ulasan:

  1. KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam bahkan perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam. alam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.



    Nabi berkata Islam itu bersaudara, tidak pula dia berkata berbaiklah dengan bukan Islam dan menolak perpaduan dengan pertubuhan orang Islam. Jangan cuba putar
    Bilik , Soal dakwah lain soal perpaduan memang disarankan oleh nabi muhamad saw. Hijrah itu perpaduan. Antara muhajirin dan anssar. Bukan menolak persaudaraan sama Islam , Tidak sempurna iman seorang itu jika dia tidak kasih akan saudaranya ,Bagaimana dia kasih akan dirinya. Malangnya hari ini, kerana parti kedudukan dan penyokong fanatic, apa yang diseur nabi dipisungkan. Berpelukan dengan parti yang
    Dulu mencabar, langkah mayatku dulu jika ingin menubuhkan Negara Isalam. Yang Mencabar itu pun makguk. Dia ingat Negara ini bukan Islam. Dunia timur dan barat Pun mengangkat kedudukan kita sebagai Negara Islam contoh yang sedang membangun. Baik Negara Islam ataupun bukan Islam. Urutlah jangut dan serban. Fakir adakah aku Ini menolak kebenaran. Atau sengaja nak menambah beban dosa di kepala (catatan lama Suara Bebas).

    BalasPadam
  2. BERBULU

    mengapa kau lari
    sembunyikan diri
    apa kau takut
    usah cepat melalut
    apa kau malu
    adakah kita tidak sebulu
    atau mungkin engkau berbulu
    jika kerana itu
    cukurlah sepuas hatimu
    biar licin seperti dahulu
    usah lagi berhati gundah
    itu bukan punca masalah
    kau bukan spesies gorilla
    kau manusia biasa
    sama sepertiku
    sama seperti mereka itu
    kau cuma spesies berbulu…


    Subhi Sood
    sajak utk pertandingan

    BalasPadam
  3. ANAK MANJA

    Timang ditimang manja dimanja
    Silap ditimang dimanja
    Terus pijak kepala orang tua
    Hilang rasa hormat lupa watak anak
    Jadi si tanggang durjana
    Didik dididik ajar diajar
    Biar rotan berbirat
    Lima jari melekat
    Lekat di hati si anak
    Ikut pesan rasul
    Tanam ajaran quran
    Baja dengan ilmu
    Siram agama syumul
    Usap dengan hati
    Belai dengan sayang
    Peluk seikhlas ikhlasnya...


    Nurul Azyiani
    sajak utu sayembara

    BalasPadam
  4. PUTUSKAN NYAWA DARI BADAN

    agaknya, bagaimana hidup?
    ini perihal perpaduan alam.
    putuskan nyawa dari badan
    jangan sambungkan lagi
    ke hari nanti
    ada insan yang sudah mula benci
    aku sudah rasa tidak perlu
    putuskan nyawa dari badan
    nanti saat aku pejamkan mata
    jangan biar buka sudah
    menurut jejakku mencari permata
    akankah temukan barang satu dua?
    menyeberang lautan merentasi sungai
    walau melintasi awan dan angkasa,
    akankah temukan jawapan persoalan?


    Graham Neo
    aku ni org asli maaf qalam harap terima aku

    BalasPadam
  5. IKHLASKAH KAMU

    terimalah pemberianku ini
    aku ikhlas apa betul kamu ikhlas
    apa betul tidak terdetik
    rasa bangga rasa takbur
    mahu dipandang orang
    mahu dipuji orang
    mahu dipamer di akhbar
    mahu nama dicanang
    jika betul tidak sebegitu
    aku terima senang hati
    kerana kutahu sukarcari ikhlas
    bagai mencari semut hitam
    di atas batu hitam
    dalam gua yang gelap gelita
    di malam tiada bulan dan bintang…


    Muhamad Fadil
    sajak utk pertandingan ada simbolik sedikit

    BalasPadam
  6. SEMBAHYANG ISTIQARAH


    Tata Cara Shalat Istikharah

    Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.



    Lafaz niat:-

    Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

    Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala



    Rakaat pertama-

    Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun



    Rakaat kedua-

    Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

    Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

    Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


    Doa istikharah



    Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

    Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

    Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

    BalasPadam
  7. solat istiqarah ni la aku paling cari2 ni

    BalasPadam
  8. terima kasih ustaz rahman! dapat pun cara2 solat istiqarah

    BalasPadam
  9. solat istiqarah ni apa plak ustaz rahman?

    BalasPadam
  10. solat istiqarah ni solat bru ke? yg aku thu solat 5waktu jer

    BalasPadam
  11. boleh ke kalau nak cuba ustaz rahman?

    BalasPadam
  12. btol ke boleh dpt melalui mimpi ustaz rahman?

    BalasPadam
  13. solat istiqarah bnda apa plak ni?

    BalasPadam
  14. istiqarah? sebab nama ni tp apa bnda ni ustaz rahman?

    BalasPadam
  15. nmpk mcm senang je nak buat sbb dapat melalui mimpi...

    BalasPadam
  16. mna suatz rahman dapat doa istiqarah? sy cari dh lama xjmpa2...

    BalasPadam
  17. menarik jgk tentang oslat istiqarah ni boleh cuba ni

    BalasPadam
  18. solat ni boleh dilakukan ketika dlam dilema... terima ksih ustaz rahman

    BalasPadam
  19. solat tu bnda apa plak ni?

    BalasPadam
  20. org bukan islam boleh cuba ke ustaz rahman atau kena msuk islam dulu bru boleh cuba?

    BalasPadam
  21. ustaz rahman ni hebat jgk aku cari selama ni xjmpa pun doa istiqarah...

    BalasPadam
  22. ada bhasa malyu plak ustaz rahman bagi ni? mmg memudahkan keja nk menghafal

    BalasPadam
  23. wah! siap bagi dgn doa lagi ustaz rahman! lengkap! terima kasih!

    BalasPadam
  24. ustaz rahman!! terima kasih! solat istiqarah aku dok cari selama ni x jmpa2 akhirnya jmpa jgk

    BalasPadam
  25. cantik! cara solat istiqarah aku dh dpt! esok boleh cuba ni

    BalasPadam
  26. sy thu solat 5 waktu jer istiqarah ni xpnh dgr plak?

    BalasPadam
  27. esok boleh cuba la solat minta petunjuk ni

    BalasPadam
  28. sajak pasal kehidupan manusia nampaknya sajak meor zaki ni

    BalasPadam
  29. biasa2 je ajak meor zaki ni... hehe

    BalasPadam
  30. sajak pasal perjalanan masa rupanya sajak zaki ni

    BalasPadam
  31. ahli ke dia ni? xpnh nmpk pun

    BalasPadam
  32. nik aziz ni mcm dh nyanyuk jer...

    BalasPadam
  33. parti PAS dah roplah dah skrg ni

    BalasPadam
  34. smoga nik azi berubah sbb dh nmpk dia dh lain saja

    BalasPadam
  35. nik aziz skrg mcm dh gila pengaruh

    BalasPadam
  36. smoga kita jgn ikut sgt niz aziz ni aku rasa dia nk dh nyanyuk

    BalasPadam
  37. sajak meor zaki plak? di mana sajak ahli aktif x disiarkan ke?

    BalasPadam
  38. boring la astik sajak ahli x aktif saja yg disiarkan

    BalasPadam
  39. eh! sajak ni ahli ke? xpnh nmpk pun dia ni

    BalasPadam
  40. PAS dah terlampau tekankan pengaruh sampai jadi carca merba

    BalasPadam
  41. skrg org pun dh thu menilai yg mana btol dan salah PAS ni teryata salah!

    BalasPadam
  42. PAS ni betol ke parti utk islam? mcm bercanggah jer...

    BalasPadam
  43. halo! apa khabar semua! lama x msuk aku msuk ni utk cukupkan ulasan...

    BalasPadam
  44. qulbai patut baca pasal PAS ni

    BalasPadam
  45. mmg tindakan yg betol la kami kluar PAS sbb PASdah gila,..

    BalasPadam
  46. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BERBULU sajak Pb sdra. subhi Sood. Penceritaannya tentang cabar mencabar bagai Pulang paku buah keras, tuduh menuduh, sudah pun tahu keadaan itu terang lagi mahu bersuluh, berbulu ini mungkin istilah anak muda dini hari, bagaimana menanti terlalu lama naik rasa marah, benci dan meluat, satu istilah berbulu ini mungkin moyet ataupun saekor berok mat yeh. Muka tak tahu malu, cakap lain buat lain, jika diri buat salah cuba menyalah orang lain. Inilah jika tersalah langkah lebam biji mata. Jika mulut jelabas sesekali dia kena lebas. Elakan diri jadi menjadi makhluk berbulu. Amin.(U

    BalasPadam
  47. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    ANAK MANJA oleh Pb sdri Nurul Azyiani, Pengucapannya bagi menceritakan tentang Pendidikan anak , dia ibarat kain putih yang perlu dicorakan sama ada mahu menjadi majusi atau nasrani dan yahudi. Jika ibubapa tersalah mrndidiknya itulah natijah atau hasilnya. Waspadalah mendidik anak jangan terlalu manja, sehingga jangan sampai dia naik atas kepala.Seperti cerita P. Ramlee. Kisah anakku sezali. Semoga ibu bapa hari ini tidak begitu. Amin (B)

    BalasPadam
  48. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    PUTUSKAN NYAWA DARI BADAN tajuk sajak oleh Graham Neo Pb cuba bertanya pada penceritaannya mungkin tentang alam dan kemesraan kehidupan yang terasa bagai ingin dimusnahkan. Jika pokok, bukit, sungai telah dicemari dengan cara
    Morden, dimana lagi haiwan dan ungas untuk berteduh, tersa kehidupan penghuni shan alam di rimba telah diceroboh . Baik mati saja tak perlu hidup lagi, kerana ada manusia yang langsung tidak berikemanusiaan, kerana enggan melihat keganasan yang tidak
    ada kemesraan atau perihal perpaduan pada alam. Apatah lagi untuk mencari sesuatu apa yang dijadikan tuhan, jika semuanya telah musnah. Cuma andaian saja (TB)

    BalasPadam
  49. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    IKHLASKAH KAMU.oleh sdra Muhamad Fadli dengan pengucapannya tentang rasa keikhlasan hati. Apa –apa pun jika kita laku dengan ikhlas tidak mengharapkan satu balasan, kita biasa langsung tak ingat apa yang kita beri ataupun kita buat jasa kepada orang itu, biasanya orang lain yang menilai dan orang yang menerima yang sesekali akan terkenang. Sebaiknya begitulah tangan kanan memberi , tangan kiri tidak tahu apa-apa. Hati pula langsung tidah mengharapkan sesuatu semuanya membantu kerana Allah.sekadar redha dengan niat kerana Allah. Itulah keikhlasan yang sebenar. Amin(U)

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    - Tinta Azimat menjawab.

    - Cerpen kami duk cari mana pergi Ah Guat dengan Pengali Kubur. semperna hariraya Cina
    ini ada baiknya kita terbit orang thoinghua pula. tahun baru cina tak berapa hari lagi...

    - Terima kasih bagi ahli ahli yang sumbang hasil tuisan mereka tentan agama, baik juga
    untuk saudara baru kita. kekadang orang kita pun tak berapa tahu juga. terima kasih
    ustaz ramai, kekadang al maklum sebuk cari rezeki, nak belu buku sunat-sunat solat pun
    tak ada masa.

    - Cerpen ini bukan tak boleh letak . en nuri takut nanti blog ini dicop pula banyak hiburan,
    tak berbau puisi agama lagi, penuh dengan cerpen rumaja dan ceramah politik pula. Pada
    hal lima sen kita tak dapat apa dari kerajaan, semacam ummi Hafelda, depa duk tuduh PM
    upah. depa cukup pandai putar kerana nak hidup.

    - Saya ingat dulu abang kepada suara bebas. dia pendiam saja , kalau tak betul cakap dia
    dia , dia akan bedal balik sampai tulang hitam tak lupa. Dulu ramai juga depa kata hang
    upah berapa kerajaan bagi. Gila punya cerita, Suara Pulau berkata apa yang benar dia rasa
    depa kata dia dapat upah pula... ramai juga dulu penyukung dia. tapi dia bukan orang politik.
    sama seperti kita juga.

    - Maaf sajak lambat terbit ulasan semalam. Tak pernah berlaku dalam sejarah, Qalam boleh
    tertidur waktu buat ulasan, kami cadang nak tenguk cerita seram, semua melepas. letih.
    hujan pula dekat jawi ke sungai bakau, kereta pula enjin bising. tak guna bengkel Wahid
    sudahlah bayar mahal, bukan dia buat bagi elok. telungkup lagi ada. Inilah melayu, kita nak
    tolong bantu dia. dia ambil kesempatan pekena kita. Adakah ganti tali kipas, dengan wayer
    realley senang hidup enjin sampai RM120 lebih. cekek darah betul. Sebenarnya ramai orang
    duk bagi tahu, aku kasihan pi juga. hari ini taubat kut.


    - Yang lain tak ada kut. sy nak jawab pasal agama tak berapa pandai, tanya ustaz rahman
    nanti untaz raman catat, dalam ulasan sajak bubuh pi berapa pun, kita bagi penuh 50 okey
    ustaz rahman. Ini pasal saudra baru duk tanya ini, kasihan mereka. en nuri pun sebuk saja.
    semedang hilang kat perak, khawin lagi apa...ha ha. maah gurau.

    BalasPadam